
Kalau aku nak tolong mak aku masak, nak pergi k3ncing sekalipun mahupun mandi aku kena minta izin suami. Kalau dia cakap tak boleh, jadi aku tak mandi lah sampai ke tengah malam. Makan pun perlu ada keizinan dari dia. Suami tak bagi aku tolong mak buat kerja, katanya aku bukan kuIi…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Aku tak faham dengan suami aku. Kenapa dia mudah naik angin. Lepas tu permintaan dia bukan – bukan. Kami kerap g4duh. Daripada kami menyewa bilik sampailah ke hari ni kami duduk dengan keluarga aku.
Kalau bangun pagi, aku tak boleh bangun dari tempat tidur selagi dia tak bangun dari tidur. Aku juga dilarang main handphone sebab dia cakap dia balik rumah seminggu sekali. Aku dengan suami PJJ. Tapi kalau dia melayan game boleh je. Dan aku perlu duduk di sebelah dia. Tak boleh bergerak ke mana – mana.
Kalau aku nak tolong mak aku masak, nak pergi k3ncing sekalipun mahupun mandi aku kena minta izin. Kalau dia cakap tak boleh, jadi aku tak mandi lah sampai ke tengah malam. Makan pun perlu ada keizinan dari dia. Sebagai satu – satunya anak perempuan yang mak ayah aku ada, memang aku jenis suka bantu mak aku.
Walau buat kuih raya yang senang sekalipun aku nak tolong. Tapi laki aku tak bagi tolong mak aku sebab dia cakap aku dah macam kuIi batak sebab tolong mak aku buat kerja rumah dan buat kuih raya. Bulan puasa, dia tak nak puasa. Solat Jumaat pun tak nak.
Macam – macam alasan dia bagi untuk elakkan semua tu. Lepas tu dalam bilik dia akan cakap dekat aku, bapak aku tu tak layak nak nasihatkan dia sebab bapak aku tu sendiri solat tak cukup. Tapi salah ke sebagai seorang bapa menegur menantu yang dianggap macam anak sendiri?
Masa bulan puasa juga, dia p4ksa aku untuk bersama. Dia suruh aku tak payah puasa. Tapi aku jawab balik, aku tak kisah. Walaupun aku cuma dapat puasa 10 minit pun aku tak kisah sebab aku tak nak disoal dekat akhirat nanti.
Disebabkan kami PJJ, dia selalu on call dengan aku. Ada satu malam tu, dia suruh aku teman dia sampai lewat malam sedangkan dia tahu aku tak boleh tidur lambat. Dia selalu cakap dia rasa macam diri dia tu orang asing dalam keluarga aku.
Aku tanya, bahagian mana yang dia rasa macam tu? Family aku tak layan dia ke? Tapi hakikatnya dia sendiri yang suka menghabiskan waktu dalam bilik. Macam mana nak berbual sesama family. Suami aku ni bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.
Dia akan bertolak ke tempat kerja pada hari Ahad pagi dan akan pulang semula ke sini pada hujung minggu. Ada suatu hari dia lambat untuk pergi kerja, dan adik – adik aku serta mak aku tanya lah, tak pergi kerja lagi ke? Dia jawab tak.
Kemudian dia cakap dekat aku yang family aku menyibuk hal dia. What?! Tanya macam tu menyibuk hal orang lain ke? Kata keluarga aku layan dia macam orang asing. Tapi bila mereka layan dia macam keluarga sendiri, dia macam rimas pula. Aku pula naik rimas dengan per4ngai dia.
Aku tak kisah nafkah bulanan aku cuma RM20 yang diberi pada aku. Masalahnya bila dia tak ada duit dia akan minta semula duit tu. Aku ni sebagai bini pun hulur lah sebab aku kesiankan dia. Suami aku memang ada hulur duit belanja dapur dekat rumah ni.
Aku tak bekerja sebab suami aku tak bagi kerja walaupun aku ada kelulusan yang tinggi. Pernah aku berbincang dengan dia dan tu telah menjadi punca kami berg4duh. Niat aku nak membantu meringankan beban dia, tapi dia tak benarkan aku kerja.
Maaf, korang semua jangan pula cakap aku tak pernah nak nasihatkan dia. Naik penat aku. Aku dah naik pening dengan per4ngai dia. Ada tak cara lain nak buat untuk bagi suami aku tu sedar? Penat aku nak handle seorang. Aku tak pernah cerita masalah antara aku dengan dia pada orang lain, walaupun pada mak aku sendiri. Tolong. Macam mana nak buat? Oh ye, kami belum ada anak dan perkahwinan kami belum mencecah satu tahun.
Ulasan Pembaca :
Noorain Zulkifly : Entah lah nak galakkan penceraian macam berd0sa pula aku, tapi aku yang baca pun rasa str3ss entah macam mana kau yang hadapnya. Sementara belum ada anak ni kau fikir lah yang mana paling terbaik untuk diri kau.
N Hazwani NZakaria : Mana kau jumpa laki kau ni dik? Aduhai. Semua dah gagal jadi pembimbing. Lepas tu ada hati nak bini dengar cakap dia 100%. Kau dik, pakai akal fikiran dik. Belajar betul dah tinggi. Kalau tak belajar pun logik sikit lah dik.
Orang macam ni tak layak jadi laki. Lepas tu nasihat merepek meraban. Kau pulangkan aje lah laki kau dik. Dengar cakap mak ayah lagi bagus. Baik angkat kaki sementara tak ada anak. Jangan jadi pak turut semata. Jadi bijak dik.
Shaza Shamsiah : Aku yang baca pun naik mendidih dengan per4ngai laki kau dik. Sebelum keturunan psik0 tu membiak – baik kau jauhkan diri dik. Kau tanya diri kau, bahagia tak selama dia menjadi suami kau. Dengan mak ayah pun tak hormat. Kalau banyak yang d3rita kau buatlah keputusan dik. Kadang – kadang betul kata seorang ilmuan, kegagalan seorang wanita apabila salah memilih suami. Kau cari bahagia kau dik. Bahagiakan mak ayah kau.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.