Isteri aku banyak kali terlanjur sebelum kahwin. Beberapa tahun lepas, aku dapat kerja baru. Aku tinggalkan isteri 2 minggu je, dia berzina dengan laki orang

Isteri aku kantoi curang belakang aku dengan executive kilang tempat dia kerja, suami orang. Aku telefon Manager HR kilang tempat dia kerja dan buat laporan polis sebab memang terang – terang kantoi. Isteri mengaku buat benda tak senonoh dalam kereta lelaki tu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin. Minta siarkan luahan hati aku sebagai suami dan seorang ayah. Aku dahulunya seorang penuntut di sebuah kolej swasta. Dalam tempoh 3 tahun belajar di kolej tersebut, aku berkenalan dengan seorang perempuan.

Dalam perkenalan tu akhirnya kami bercinta. Umur aku jauh beza dengan perempuan tu. Dalam 5 tahun beza. Dalam perkenalan tu sebagai pasangan kekasih, aku selalu backup teman wanita aku. Apa keadaan sekalipun aku mesti backup dia.

Zaman kolej perempuan ni dah ramai “orang pakai” sebelum aku kenal dengan dia. Dia belajar di kolej tu selama 4 tahun. Jadi masa zaman kenal – kenal dulu kami pun pernah terlanjur bersama. Ya salah aku. Tapi aku memang berniat untuk jadikan dia isteri.

Bila kami dah bercinta, budak – budak lain tak berani kacau dia sebab diorang memang kenal siapa aku sebenarnya di luar. Selepas 3 tahun kami pun kahwin. Sampai sekarang tahun dah 10 tahun kami kahwin. Kami dikurniakan 3 orang anak, semuanya lelaki. Kisahnya bermula di sini.

Dalam tempoh 10 tahun kami kahwin, pelbagai asam garam telah kami tempuhi. Berg4duh kemudian berbaik semula. Naik kes mahkamah. Macam – macam lagi lah. Ulang – ulang selama 10 tahun. Sehinggakan suatu ketika dulu sebab nak berbaik, aku pindah kerja di Johor sebab isteri dulu balik kampung dan kerja di sana.

Alasan utama sebab nak berbaik semula dan rindukan anak – anak. Dulu isteri bawa lari anak – anak semua. Semasa di Johor aku memang tak nak duduk rumah mentua sebab aku fikir tak selesa duduk ramai – ramai termasuk kakak ipar, 2 adik ipar perempuan dan 3 adik ipar lelaki dalam satu rumah. Jadi aku cadangkan cari bilik sewa.

Kami dapat bilik sewa di sana. Kami hidup masa tu 4 beranak sebab yang bongsu belum lahir lagi. Sewaktu kami menyewa di sana, isteri kerja di stesen minyak dan aku kerja pejabat sebagai HR di sana. Kemudian isteri berhenti kerja dan masuk kerja kilang bahagian sales di Johor. Jadi kami hidup macam biasa.

Akhir sekali aku dapat panggiIan daripada mak aku suruh balik ke negeri asal sebab mak aku bagi duduk sewa rumah sebelah rumah mak aku. Jadi kami bincang dan aku balik dulu ke negeri asal. Waktu tu dalam tempoh 2 minggu aku tinggalkan isteri di Johor bersama anak – anak aku.

Isteri masa tu pindah rumah keluarga dia. Dalam tempoh tersebut, isteri kantoi curang belakang aku dengan executive kilang tempat dia kerja, suami orang. Sebab masa kami duduk menyewa di sana, aku selalu perasan dan nampak telefon isteri berkunci. Dan setiap kali nak parking kereta, isteri mesti akan periksa telefon dulu.

Jadi macam biasa aku meng4muk. Aku telefon Manager HR kilang tempat dia kerja dan buat laporan polis sebab memang terang – terang kantoi. Isteri mengaku buat benda tak senonoh dalam kereta lelaki tu. Aku p4ksa isteri balik ikut aku dan sekarang kami anak beranak menetap di negeri aku.

3 tahun ni banyak cabaran kami sebagai suami isteri. Berg4duh, bertekak, baik semula. Apa yang buat aku terfikir dan termenung kenapa nasib aku jadi macam ni. Di mana silapnya aku. Isteri langsung tak boleh ditegur. Tak boleh diarahkan. Tak boleh disuruh. Solat pun tak. Mengaji memang dia tak tahu pun. Dia sentiasa tak puas hati dengan aku. Suruh buatkan air satu gelas pun jadi isu. Kadang – kadang hal anak pun boleh g4duh.

Untuk pengetahuan semua, buat masa ni isteri bekerja dalam bahagian sales juga. Sebab dia mula – mula minta nak kerja. Aku cakap kalau nak kerja jangan buat hal. Tiga bulan pertama kerja dah kantoi masuk karaoke. Katanya ramai – ramai dengan rakan sekerja di Kuala Lumpur. Memang aku marah.

Waktu tu dia ada kursus di Kuala Lumpur. Kemudian macam biasa dia pergi kerja dan balik kerja. Untuk pengetahuan semua, aku pun kerja sendiri buat sales sekarang. Segala urusan rumah, anak – anak sekolah, ajar anak – anak buat kerja sekolah, semua aku uruskan sendiri.

Dari bangun tidur sampai tidur semua aku uruskan. Kecuali bab memasak dan melipat baju, tu isteri yang buat. Lain – lain semua aku uruskan. Bagi aku tak ada istilah penat sebab aku dari kecil dah biasa buat benda – benda macam tu.

Layanan isteri terhadap aku sangat dingin. Bila bercakap dengan aku mesti nak marah – marah. Tak tahu nak hormat aku sebagai suami. Tak tahu cakap lemah lembut depan suami. Tapi kalau dengan kawan – kawan dia bukan main lembut lagi bercakap.

Bab layanan batin, boleh dikatakan dia memang dah tak nak layan. Kadang – kadang sampai kami berg4duh sebab aku minta untuk bersama. Bab nafkah zahir tak ada isu sebab semua aku bagi macam biasa. Kadang – kadang ada lah terlupa sebulan dua macam tu. Biasalah manusia kan.

Banyak benda aku kena uruskan sendiri dan uruskan hal – hal kerja. Dia nak kereta aku bagi kereta siap tukarkan nama terus atas nama dia. Aku tak ada halangan dia nak keluar ke sana sini atas urusan kerja atau urusan buat bisnes. Cuma aku pesan paling kurang bagitahu nak pergi mana, tu saja. Tapi macam biasa dia tak bagitahu pun. Bila aku tanya pergi mana terus kena marah.

Kalau ikutkan baran aku sebagai lelaki memang dah lama kena peIempang. Cuma aku tak nak sampai tahap macam tu nanti dia bawa lari anak – anak aku lagi sebab anak – anak dah sekolah. Aku pun dah buntu tak tahu nak buat apa sekarang.

Sampai harini dah dekat 5 bulan kami tak bersama. Macam aku cakap, tiap kali aku nak bersama mesti akan berg4duh. Aku ada terfikir untuk poligami. Cuma aku takut anak – anak tak boleh terima sebab diorang masih kecil lagi. Dari segi kemampuan duit, nafkah dan harta fizikal memang tak ada masalah bagi aku. Aku pun tak tahu dekat mana salah aku. Suami dan ayah yang buntu…

Ulasan Pembaca :

Bunga Emas Bunga Emas : Maaf mungkin kurang pandai bagi pendapat. Kadang – kadang ada betulnya juga kifarah zina. Kalau nak masih bertahan untuk selamatkan rumah tangga, kena betul – betul sabar, bimbing diri sendiri dan bimbing isteri.

Banyak buat solat sunat mohon pada Allah supaya dilembutkan hati isteri. Cari punca dan cuba selesaikan masalah sikit demi sikit. Bila dah usaha tapi isteri masih buat per4ngai, fikir – fikirkanlah. Boleh rujuk ke pejabat agama untuk dapatkan nasihat kaunseling sama – sama untuk encik dan isteri.

Lepas dah cuba usaha, buat solat istikharah. Kalau keadaan dia macam tu juga, faham faham sajalah. Buat masa sekarang, muhasabah diri sendiri dan cuba nasihat baik – baik dengan isteri. Selalu curi masa untuk imamkan solat dalam rumah. Semoga dipermudahkan dan diberi kelapangan urusan. Amin.

Su Long : Apa pun yang jadi, lihat kembali saat saat ketika bahagia bersama. Andai ada yang terkurang sepanjang berumah tangga, sama – sama perbaiki. Dibenarkan membuka aib hanya kepada yang layak seperti kaunselor, pegawai agama dan sebagainya. Maaf, hanya sekadar pendapat kecil daripada aku yang juga bernikah tahun 2013 hinggalah sekarang. Pelbagai asam garam turut dilalui.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :