Tak sangka suami jenis pendiam tapi curang. Suami aku licik, dia check in hotel waktu tengahari 2-3 jam je,. Dia kata tak buat apa, takkan check in saja

Lepas aku tunjuk gambar, tunjuk bukti semua baru suami aku mengaku. Tapi diorang bijak, bukan check in bermalam. Check in siang je. Dah 2 kali check in. Pertama bulan September. Dan kedua hujung bulan Januari. Aku lari rumah tinggalkan anak – anak dekat suami..

#Foto sekadar hiasan. Salam Admin. Hide profile. Memang macam gini ye kalau hati isteri dah koyak, dah taw4r hati? Suami aku memang seorang yang bertanggungjawab terhadap segala benda dalam family kami. Seorang yang rajin tolong buat kerja rumah. Ayah yang penyayang.

Boleh kata ketua keluarga yang baik lah orang kata. Kerja suami aku memerlukan dia banyak outstation. Aku faham soal kerja dia. Jadi aku faham sangat dah, adalah tugas aku menjaga anak – anak masa dia outstation. Suami aku tu memang jenis pendiam, tak banyak cakap.

Boleh kata bukan jenis lelaki liar lah orang kata. Tapi tak sangka awal bulan 2 dia kantoi ada skandal dengan bini orang dekat ofis dia. Aku dapat hidu dan aku jumpa depan – depan bertiga. Mereka menafikan bahawa ada hubungan. Hanya sebagai kawan satu ofis saja.

Jadi mereka berjanji dah tak nak contact. Ok aku percaya. Aku pegang janji diorang. Tapi aku silap min, rupanya diorang berhubung lagi min. Diam – diam, tapi aku masih dapat hidu. Aku ambil keputusan untuk bincang dengan family.

Suami aku salahkan aku, dia cakap aku suka ambil keputusan sendiri tak bincang dengan dia. Sedangkan aku dah pegang janji diorang tu so aku bertindak wajar dah tu. Akhirnya masuk campur tangan family. Mak mertua aku sayang sangat dekat aku min. Dia tak nak family kami runtuh.

Mak mertua marah – marah anaknya. Anaknya pun nangis – nangis depan maknya dan janji tak buat dah. Ok keputusannya kami baik balik. Aku stalk WhatsApp dia pun dah tak ada berhubung dengan bini orang tu. Aku namakan sebagai Aini je lah. Tapi bukan nama sebenar.

Aku lega sangat, konon dia dah balik dekat family kami. Tapi raya baru ni boss dia buat open house raya. Ok kami satu family pergi sana. Boss dia buat ucapan terima kasih kepada semua staff yang hadir dalam group WhatsApp ofis dia.

Tapi boss dia ni eja nama suami aku lain daripada nama sebenar. Contohnya nama suami aku Usman tapi boss dia eja Osman. So one day aku terdetik nak stalk group WhatsApp ofis dia untuk tengok ucapan daripada boss dia. Aku search lah nama yang boss dia taip tu and guess what I have seen?

Ada satu nombor yang terpampang muka suami aku tapi disave dengan nama yang dipanggil oleh bossnya. Tapi dia tambah dengan nama company dekat belakang. Contohnya Osman GPN. Terk3jut aku. Aku stalk nombor tu. Aku stalk juga nombor Aini.

Dan aku nampak, nombor Osman tu online, nombor Aini tu pun online. Sah dah sah dah ni. Mereka berhubung lagi. Aku minta suami aku mengaku tapi m4ti – m4ti dia tak mengaku. Sedangkan dah jelas terpampang muka dia dekat picture profile WhatsApp.

Dia cakap tak tahu apa – apa pasal nombor tu. Dia memang tak ada pakai nombor lain. Aku tak puas hati. Aku cari contact number kawan dia dekat company tu aku tanya ada tak nama staff Osman GPN. Kawan dia cakap tak ada nama tu.

Memang sah dah ni dia pemilik nombor baru tu. Untuk pengetahuan semua, kami baru tukar telefon baru dan telefon lama elok lagi. Dia tinggal telefon tu dekat ofis. Aku p4ksa dia bawa balik telefon lama tu. Ok dia berani buktikan dia bawa balik dan bagi aku simpan.

Aku syak dia pakai nombor baru guna telefon lama. Aku check telefon tu tapi date lama dah. Tak ada sign pernah buka. Rasa pelik lah juga. Check telefon baru pun tak ada tanda ada nombor lain. Aku buat chill je lah. But one day tergerak hati nak tengok gambar – gambar yang dia transfer ke telefon baru daripada telefon lama tu. Semua gambar family je yang dia transfer.

Tiba – tiba terdetik hati nak tengok Gmail dia. Tapi kena buka personal hotspot nak buka email tu. So aku share guna personal hotspot aku. Bukan susah pun nak teka password suami aku tu. Dengan mudah je dapat akses. Dan aku terk3jut beruk.

Dalam email kepada “rak baju” suami aku masih bahasakan B. Luluh hati aku. Dan paling luluh bila aku tengok semua gambar – gambar mesra diorang. Daripada gambar – gambar dapat menceritakan segalanya. Setiap gambar ada tarikh.

Semua gambar aku forw4rd dekat Aini. Aini gelabah. Dia kata dia tak nak layan dah suami aku tapi suami aku yang asyik kejar dia. Menyusahkan dia. Aku tanya Aini, Osman kacau kau guna nombor lain ke? Aini cakap ye. Paling luluh tengok aksi – aksi dalam gambar suami aku sedang memeIuk Aini dekat dalam hotel, so faham – faham saja lah.

Aku pernah tanya suami dengan jujur. Dia pernah terlanjur dengan Aini tak? Suami aku cakap, tak pernah. Dia masih w4ras, masih boleh fikir batas. Tapi min gambar – gambar tu semua menceritakan semuanya. Lepas aku tunjuk gambar, tunjuk bukti semua baru suami aku mengaku.

Ya diorang pernah check in. Tapi diorang bijak, bukan bermalam tau min. Check in siang. Dah 2 kali check in. Pertama bulan September. Dan kedua hujung bulan Januari iaitu sehari selepas birthday Aini. PukuI 1 lebih. Itu bukti yang aku nampak min, yang aku tak nampak macam mana? Kami g4duh besar.

Aku lepaskan kemarahan aku, aku gigit lengan aku sampai hampir berd4rah. Aku pukuI betis aku guna hanger. Dia cuba halang tapi aku teruskan. Habis bengkak – bengkak dan lebam – lebam. Aku terus lari rumah. 1 malam aku tidur dalam kereta. Sepanjang malam nangis sampai bengkak mata.

Aku sungguh kecewa. Tak sangka suami aku sejahat itu. Lepas tu 3 malam aku tidur hotel. Aku biarkan anak – anak dia yang handle. Dia pujuk, merayu tak nak buat lagi. Merayu minta peluang terakhir nak betulkan keadaan. Hati aku ni masalahnya nak ubat macam mana? Dah h4ncur. Dah luluh. Aku jadi benci dekat suami aku. Bila aku tengok muka dia aku terbayang apa yang berlaku dekat hotel dengan Aini tu. Aku memang nak minta cerai je min. Aku dah penat. Aku penat. Aku penat.

Ulasan pembaca :

Shieera Adam : Biasa lelaki yang diam ni, berisi. Diam – diam buat hal. Diam – diam menipu. Diam – diam curang. Syukur lah kalau dapat lelaki yang kita boleh nampak jahat dia depan – depan. Sekurang – kurangnya kalau berubah dia berubah betul – betul.

Sebab dia tak pandai simpan kesilapan yang dia lakukan. Dari dapat yang diam – diam berisi macam ni, diam – diam buat hal lagi. Biasa benda kalau dah jadi habit, memang susah nak ubah. Kecuali dia betul – betul dekatkan diri dengan Allah dan mohon doa daripada Allah. Tu insyaAllah. Dapat laki macam ni, boleh buat hati isteri retak seribu, taw4r hati, dan hilang semua rasa cemburu, rindu, sayang semua. Moga – moga Allah lindungi semua wanita dari dikhianati macam ni. Sedih!

Nor Azima Ahmad : Aku dah lalui benda yang sama. Tapi mertua memang support bekas suami. Bekas suami memang nampak baik, lembut dan orang takkan sangka macam tu per4ngai dia. Tapi bila semua picture bermesra dia dengan bini orang tu dan semua bank statement hotel, baru lah aku percaya.

Sebelum ni kawan – kawan bagitahu. Aku hanya dengar tapi yakin pada suami. Untuk apa kau siksa diri sendiri dik. Kau pukuI dan s4kitkan badan sendiri. Manusia macam tu pandai berpura – pura. Selama mana lagi kau nak tunggu.

Cukup – cukup lah menyiksa jiwa dan hati sendiri. Kumpul dan simpan semua bukti tu. Bawa ke pejabat agama. Tu je cara mengajar diorang yang sebenar. Aku masih simpan segala bukti – bukti tu sampai sekarang. Untuk tatapan anak – anak juga. Sebab apa apa berlaku, pihak belah sana akan reka pelbagai cerita untuk membuatkan macam diorang manusia paling suci.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :