Aku dibenarkan jumpa anak 4 jam je seminggu, aku nekad bawa lari anak ke luar negara

Dalam keadaan tak waras, aku telah terceraikan isteri secara tak sengaja kali ketiga. Aku dah merayu minta maaf tapi isteri dan mertua tak nak terima. Aku hanya diberikan hak lawatan 4 jam seminggu. Kali keempat waktu melawat anak, aku hilang bersama anak aku semuanya sebab aku diani4ya..

#Foto sekadar hiasan. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sebelum aku bermula, dengan rendah hati aku bersump4h dengan nama Allah yang Maha Mulia, tulisan yang ku bakal sajikan kepada anda semua adalah sebuah kebenaran.

Aku mempert4ruhkan imanku dengan tulisan ini. Nama aku Abu. Aku mempunyai seorang isteri yang aku namakan Miss Bulu (bukan nama sebenar). Pernikahan kami dikurniakan anak perempuan berumur 5 tahun pada tahun ini.

Aku telah disahkan menghidap Maj0r Depr3ssive Dis0rder sejak 2016 iaitu setahun selepas pernikahan aku. Pada Februari 2020, aku telah disahkan menghidap Bip0lar Dis0rder sejak pertengahan 2018.

Aku mula diberikan ubat ser0quel 100mg dan bertambah menjadi 300mg dan aku kurangkan d0s sendiri menjadi 200mg sekarang. Doktor telah mengesahkan aku telah melalui fasa m4nia dan depr3si yang panjang.

Dalam laporan perubatan aku ditulis pada waktu m4nia, aku berbelanja tak ingat dunia, mengaIami “r4cing th0ught”, bercakap dengan sangat laju dan s3ksuaI Iibid0 aku meningkat.

Pada pemerhatian aku sendiri, aku gagal membuat keputvsan yang waras sebelum mengambil ser0quel. Banyak keputvsan yang aku buat tanpa berfikir panjang dan tak masuk akal, sama ada di rumahtangga atau di syarik4t.

Pada hujung Disember 2019, isteri aku telah keluar dari rumah apabila aku kant0i bermesej dengan seorang perempuan. Aku akui kesalahanku gagal mengawal nafsu aku. Isteri aku telah mengatur sesi kaunseling di pejabat agama KL.

Tapi disebabkan aku belum mendapat diagn0sis dan ubat yang betul, aku meng4muk di pejabat agama KL. Selepas itu, aku pula mengatur sesi kaunseling dengan seorang kaunselor di Shah Alam.

MaIangnya kaunselor tersebut bukan kaunselor yang bertauliah (atas kesalahanku sendiri yang masih buat keputvsan terburu – buru), kaunselor tersebut mencadangkan kami bercerai.

Pada awal Februari 2020, aku telah meIetup dan meng4muk di rumah keIaminku sendiri. Cermin mataku pecah dan sisa kaca botol kicap bertaburan dalam rumah.

Aku dalam keadaan marah terus pergi ke rumah mertua, di sana terdapat isteri aku, dan aku memberi pilihan sama ada ikut aku pulang ke rumah atau aku ceraikan.

Aku telah terceraikan isteri secara tak sengaja kali ke tiga dalam keadaan aku tidak waras dan tidak dapat berfikir dengan betul. Februari 2020, aku mula diberikan ubat ser0quel dan aku mula menghadiri terapi di salah sebuah pusat psik0-terapi Melayu – Islam di Shah Alam.

Aku masih memujuk isteriku kembali kepada aku dengan menghantar resit- resit rawatan aku kepada beliau. Aku sempat hadir kurang lebih 8 sesi. Satu sesi berjumlah rm210.

Banyak yang aku pelajari, antaranya mula menyusun balik cara berfikir yang betul. Aku juga memberitahu kaunselor bahawa aku mula dapat mengawal kemarahan aku, dengan cara memerhatikan diri aku sendiri.

Kalau dulunya, kalau ada orang yang buat kurang ajar di atas jalanraya, aku tak takut untuk mengejar mereka dan mengajak mereka berg4duh. Tapi bila berlaku lagi kejadian kurang ajar di jalan raya, aku sempat berfikir sejenak dalam tempoh masa 2 minit untuk aku dapat bertenang.

Covid- 19 meIanda dunia. Aku tetap pergi ke rumah mertuauntuk meminta maaf kepada mertua dan isteri aku. Aku ceritakan lafaz cerai dalam keadaan aku tidak waras dan tidak ingat.

Aku hanya ingat ketidakwarasan aku hanya apabila diceritakan semula. Mertua aku tidak mahu memandang muka aku. Isteri aku juga begitu. Tapi aku tetap merayu memujuk dan meminta maaf.

Aku pergi kali kedua untuk meminta maaf dalam tempoh kurang lebih sebulan atau lebih. Kali ni mertua lelaki keluar ke ruang tamu dan menyep4k barang di atas meja di hadapan aku dan mama aku. Aku rasa terh1na, tapi aku tetap bersabar dan terus memujuk isteri untuk kembali.

Awal Ramadan 2020, aku meminta kepada isteri aku untuk membawa anak pulang selama seminggu. Isteri aku membenarkannya. Anak aku sangat seronok seminggu duduk dengan aku dan keluarga aku.

Aku simpan semua gambar keceriaannya dan videonya. Aku pulangkan anak bila sudah capai tempoh seminggu. Ia Ramadan yang sangat indah. Ramadan pertama aku dapat berfikir dengan waras.

Ia Ramadan yang aku berjaya khatamkan alQurān 5 kali. Ia Ramadan yang mensucikan d0sa – d0sa Iampau aku. Aku bertaubat dan menangis sesungguhnya pada Ramadan itu.

Apatah lagi wabak sedang meIanda dunia, aku bertambah insaf mengenangkan nasib diri yang kurang amal selama ini. Akhir Ramadan 2020, aku meminta anak aku untuk beraya Aidilfitri dengan aku.

Isteri aku setuju kerana tahun sebelumnya aku tidak dapat beraya dengan anak dan juga isteri aku. Tapi pada kali ini anak sudah tidak mesra dan tidak mahu bermain dengan aku.

Apa yang berada dalam fikiran aku? Apa yang berada dalam fikiran aku, apabila seawal sebulan pernikahan, aku dih4sut untuk membenci adik ipar mertua yang tidak dia sukai.

Prinsip aku mudah, jika seseorang boleh menga1bkan orang lain depan aku, tak must4hil dia juga boleh menga1bkan aku depan orang lain. Aku fikir anak aku sudah dih4sut untuk membenci aku dan keluarga aku.

Aku minta kepada isteri untuk berjumpa di pejabat aku, dengan semua keluarganya hadir pada hari sepatutnya aku memulangkan anak aku. Tujuan aku mudah, aku ingin mengajak mereka bersump4h Iaknat bahawa mereka tidak mengh4sut anak aku untuk membenci aku.

Pastinya peristiwa itu tidak terjadi. Pada suatu hari, raya ke berapa aku tak ingat, isteri aku telah datang ke rumah keluarga aku untuk mengambil anak aku. Aku menghaIau isteriku keluar, kerana menurut perkiraan aku, kami harus bertemu di pejabat dulu sebelum aku setuju menyerahkan anak aku.

Adik ipar aku terus meIuru masuk membeIasahku di dalam rumah ayah aku. Aku tidak meIawan dan tidak dapat melepaskan diri kerana saiznya yang dua kali ganda lebih besar dari aku.

Adik aku yang tidur di ruang tamu terjaga dan meleraikan aku yang dicekak. Aku pergi ke balai polis Bangi untuk membuat laporan polis. Aku telah diberikan Pol 51 untuk membuat pemeriksaan kesihatan di HospitaI Kajang kerana telah dipukuI.

Doktor mengesahkan aku ced3ra tuIang belakang, d4da dan bahu. Pada hari yang sama aku dipanggil untuk beri keterangan. Pada hari yang sama, waktu malam aku mahu menidurkan anak aku, polis memanggil aku ke IPD Kajang.

Sebelum aku ditahan, polis memanggil si pemukuI untuk mengubah keterangan. Aku dit4han dalam l0kap dan majistret melanjutkan reman selama tiga hari. Aku berdoa kepada Allah.

Dalam l0kap aku juga menangis merayu kepada Allah dan cuba solat walaupun hanya dibenarkan pakai seluar pendek tanpa baju. Pengalaman pertama aku masuk l0kap, macam – macam orang aku jumpa.

Dari kesalahan merentas negeri sampailah bvnvh orang. Paling aku kesalkan banyak budak Melayu sampai ke bapak budak kena tangkap sebab his4p ic3 (sy4bu). Ajaibnya dalam l0kap, kau boleh dapat stok rok0k.

Ajaibnya dalam l0kap, mereka masih boleh his4p ic3! Macam mana boleh ada st0k? Kau fikir la sendiri. Pada masa aku dalam l0kap, isteri telah membawa polis untuk datang ke rumah keluarga untuk meramp4s anak aku.

Walaupun tiada perintah mahkamah, disebabkan orang tua aku takut dan tidak faham undang – undang, mereka menyerahkan anak aku secara terp4ksa. Akhirnya aku dituduh di mahkamah di bawah seksyen 160 dan 352.

Majistret membacakan pertuduhan aku berg4duh di hadapan rumah ayah aku sedangkan aku dipukuI dalam rumah dan rumah dicer0boh secara p4ksa dan tanpa izin oleh si pemukuI.

Majistret juga membacakan pertuduhan aku melakukan kekerasan jenayah kepada isteri aku sedangkan demi Allah, aku tidak berbuat sedemikian. Aku tak ada kabel. Demi Allah kalau aku berbohong, aku jatuh k4fir.

Aku redha sebab aku baca AlQurān. Yusuf juga pernah disumbat dalam penj4ra sedangkan Yusuf tak pernah buat salah apa – apa. Tak berapa lama kemudian, isteriku memfailkan pengesahan lafaz cerai dan hak hadanah di mahkamah.

Aku sekarang sangat sibuk, menguruskan syarik4t seorang diri, berulang alik ke mahkamah sivil dan juga mahkamah syariah. Semua kes aku pakai peguam. Peguam mahkamah sivil paling hampeh, sibuk suruh aku mengaku salah sedangkan,

1) aku bayar dia untuk beIa aku

2) aku tak buat salah kot, aku nak mengaku apa bendanya?

Walaupun aku sibuk, aku tak pernah ponteng sesi mahkamah. Hatta sesi yang peguam saja perlu hadir, pihak – pihak tak perlu hadir pun aku pergi. Semua aku hadir dan di mahkamah aku sempat lagi memujuk isteri aku.

Isteri aku hanya menjuihkan mulut dan berpaling dari aku. Aku faham dia marah. Peguam mahkamah syariah aku pula dok mengapi – apikan aku, kalau aku jadi h4ng aku boh pen4mpaq dah kat perempuan tu. Hahaha aku gelak je la..

Kalau dulu sebelum makan ubat, maybe aku marah. Aku dah berubah, aku dah boleh bertenang banyak selepas hampir setengah tahun makan ser0quel. Proses untuk keputvsan hadanah interim mengambil masa yang sangat lama.

Selepas aku masuk l0kap, hampir 6 bulan aku tak dapat jumpa anak aku. Aku cuba beberapa kali untuk pergi jumpa dan ambil anak, dihaIang dan hanya dapat tengok 2 minit dari luar pagar selepas itu mereka masuk.

Bapa mertua siap tarik tangan anak aku bila aku cuba pegang anak. Betapa h4ramzadahnya, memetik SN Shahnon Ahmad. Aku wali sah anak aku kot, anak aku nak menikah esok kena cari aku.

Jadi 6 bulan aku tak dapat jumpa anak aku lepas aku masuk l0kap, dan 6 bulan aku tak dapat jumpa anak aku sejak isteri keluar rumah. Hampir setahun tak dapat jumpa anak aku.

Akhirnya keputvsan hadanah keluar pada November. Aku hanya diberikan hak lawatan 4 jam seminggu. 4 jam seminggu. 4 jam seminggu. 4 jam seminggu. Iaitu hari ahad pukuI 2 sampai 6 petang.

Anak aku tinggal dengan isteri di Gombak. Aku nak pergi Gombak dari Bangi dah ambil masa sejam. Okay, aku gerak awal. Zohor masuk awal. Aku solat, terus aku gerak ke Gombak. PukuI 2 aku akan sampai di Gombak dan ambil anak aku.

Masa tu negara masih Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Betapa terIukanya hati aku, jumpa anak hanya boleh dalam kereta. Nak bawa jalan mall tak boleh sebab budak kecil tak boleh masuk.

Nak bawa pergi taman riadah tak boleh juga sebab budak kecil tak boleh masuk. Betapa aku terIukanya, anak aku juga kurus. Aku pergi kedai serbaneka beli coklat kesukaan dia dan air milo kotak.

Aku belikan KFC dan aku suap dia dalam kereta. Aku pergi kedai mainan, aku belikan mainan. Kitorang main dalam kereta. Kali keempat lawatan aku dah tak tahan. Aku rancang nak larikan anak aku ke luar negara.

Kau bayangkan, aku boleh kena tuduh kat mahkamah sivil benda aku tak buat. Takkan isteri aku dan keluarganya rasu4h atau pengaruhi pihak tertinggi untuk bagi hak lawatan 4 jam je seminggu?

Sedangkan aku tak pernah gagal semua sesi mahkamah. Sulh, masuk dokumen, masuk hujah, dengar hujah baIas, you name it bebeh. Jika betul ada salah guna kuasa, aku tak maafkan salah guna kuasa kamu.

Aku akan tuntut di akhir4t esok. Ada orang cadangkan aku, buat laporan ke jabatan integriti la apa la. Kau ingat kalau kau orang biasa, mereka nak layan? Dan aku yakin juga, kalau aku boleh kena ani4ya, berapa ramai lagi yang boleh kena ani4ya?

Oh ya, untuk makluman, isteri aku bukan dari keluarga berada. Cuma aku tahu, mertua aku berkawan dengan orang – orang pencen bekas kerajaan walaupun keluarga diorang biasa – biasa je.

Mertua aku ni kalau orang ramai tengok, pij4k semut pun tak m4ti. Tapi kau tahu la, orang macam ni, dia takkan nampakkan diri dia dan keluarga dia salah. Walaupun dia buat salah, dia akan cari jalan supaya nampak betul.

Untungnya diorang berkawan dengan pencen kerajaan yang besar – besar. Kaki surau, mengaji ustaz sunnah sana sini, tiba – tiba anak kena tangkap pukuI orang? Kau kalau ada peluang macam mertua aku kenal pencen kerajaan p0wer, apa kau buat?

Suruh iman kau tolong fikir untuk kau. Balik kepada bab aku terp4ksa larikan anak aku ke luar negara. Bila negara gagal tegakkan keadilan untuk kau? Apa kau akan buat? Aku terp4ksa ambil keadilan tu dan letakkan di tangan aku sendiri beb.

Aku sayang negara aku. Aku meniaga, kementerian ajar aku meniaga untuk bagi ekonomi negara makmur. Aku bayar cukai setiap tahun tanpa cuba lari sedikit pun. Tapi apa baIasan yang aku dapat dari negara?

Kecewa bukan kepalang, sebab ni tanah tumpah d4rah kau beb. Tanah tempat kau dibesarkan, dan kau berbakti semula untuk masyarakat, tapi alih – alih ini baIasan negara pada aku.

Kali keempat waktu melawat anak, aku hilang bersama anak aku. Habis semua a1b dan tuduhan palsu dan fitnah atas aku disebarkan di Internet. Aku jadi viral. Kereta aku viral. Gambar anak aku disebarkan merata – rata.

Hanya gambar aku tak ada, sebab konon takut tindakan mahkamah. Mahkamah dunia korang takut sangat, mahkamah Allah korang tak takut? Mereka fitnah aku tak pernah hadir mahkamah, sebab tu aku dapat hak melawat 4 jam je.

Buat apa kau nak berbohong kalau kau berada di tempat yang betul? Keputvsan mahkamah pun menyebeIahi kau? Unless kau sedang sembunyikan sesuatu which is biarlah aku sebut, kau tak nak kau kant0i kau pakai kabel.

Mereka tuduh aku kaki pukuI, konon – konon aku akan pukuI anak aku. Aku maafkan korang sebab korang tak cerdik. Aku ni walaupun disahkan s4kit mentaI, aku dapatkan rawatan dan makan ubat, maka aku jadi lagi sensitif dari korang orang normal.

Apakah aku akan memukuI anak aku sedangkan aku mendengar Rasulullah sallallāhu ‘alaihi wa sallam bersabda? Apa yang aku dengar? Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Perintahkanlah kepada anak – anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukuIlah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu.(HR Abu Daud)

10 tahun beb, baru boleh pukuI, itu pun pukuI h4ram kalau em0si kau tengah marah benda lain. Boleh pukuI kalau tak solat. Perkara prinsipal dalam agama sahaja boleh. Sesetengah pendapat fekah sebut, kena pukuI dengan tangan anak sendiri je.

Anak aku baru 5 tahun. Sampai harini aku tak marah pun anak aku bila mendidik, korang yang dah ada anak boleh buat macam aku buat ke? Marah pun aku tak buat, apatah lagi pukuI.

Yang dok memfitnah aku tu, tamp4r kepala anak kecil sendiri pun aku pernah tengok. Jagalah a1b sendiri sebelum sedap menuduh orang lain. Macam – macam lagi diorang tuduh aku. Kaki pukuI, kaki perempuan, kacau isteri orang.

Aku sabar dan aku bolayan. Tapi semua benda tu kalau kau cuba cari kat internet dah takde sebab peguam aku dah hantar surat saman. Hari terakhir Disember 2020 aku cuba keluar dari Malaysia.

Setelah aku check in di kaunter airlines dan turun ke imigresen KLIA, pegawai imigresen haIang anak aku untuk terbang. Katanya passport anak aku dibatalkan sebab ada report polis. Kej4dahnya report polis boleh batalkan passport orang?

Awal Disember 2020 aku ambil anak aku, takkan dah keluar keputvsan mahkamah untuk batalkan passport anak aku? Proses mahkamah ni makan masa lama kot untuk ada keputvsan, kes aku di mahkamah sivil pun tak selesai lagi masa tu.

Kau orang boleh check dengan peguam dan orang yang faham undang – undang, Ketua Pengarah Imigresen pun tak ada hak untuk batalkan passport orang. Anak aku penjenayah buat salah apa sampai kena batal passport?

Kalau tak guna kabel, apa benda lagi yang aku boleh cakap? Kau boleh tolong fikir untuk aku? Atas nasihat peguam imigresen, aku mohon mytravelpass dan aku dapat mytravelpass untuk aku dan anak aku.

Kalau passport anak aku betul batal di Putrajaya, macam mana anak aku boleh dapat mytravelpass? Kali ni aku keluar Malaysia kali kedua, status dalam sistem imigresen KLIA masih cakap passport anak aku batal.

Tapi pegawai yang jaga tu pun hairan mytravelpass ada tapi passport batal. Aku pert4hankan hak anak aku untuk terbang atau aku akan saman kerajaan Malaysia. Akhirnya aku boleh keluar.

Sekarang anak aku berada dalam jagaan aku dan anak aku sangat happy. Aku simpan gambar 2 hari aku baru ambil, betapa kurusnya anak aku. Dan aku bandingkan dengan gambar – gambar selepas aku beIa dia.

Korang nak tengok gambar video semua aku simpan. Demi Allah, dia kurus sewaktu keluarga isteri jaga anak aku tetapi gemuk serta sihat dalam jagaan aku.

Jadi, hakim mahkamah syariah, pihak keluarga isteri, dan just1ce w4rrior sekalian, keadilan untuk siapa yang anda nak pert4hankan? Keadilan untuk ibu dia yang jaga anak aku sampai kurus kering?

Keadilan sebenar adalah bila kebajikan anak ini terbeIa. Itu keadilan sebenarnya bagi aku. Malah aku percaya hakim – hakim yang adil di mahkamah syariah sana, pun berpegang pada prinsip yang sama iaitu kebajikan anak terbeIa.

Kalau terus nak suap eg0 korang orang tua, bukan takat aku teIanjang bila hak aku diambil korang. Hak anak aku pun turut terani4ya. Aku cuba add kawan – kawan sama belajar kat madinah dulu untuk mengadu sebab aku sedih sangat kena fitnah, tapi diorang tak approve.

Ye la siapa nak berkawan dengan kaki pukuI, kaki perempuan dan paling penting, kacau isteri orang kan? Aku faham Allah nak aku harap kepada Dia je tanpa mengadu kepada sesiapa pun.

Tapi aku pun manusia biasa, ada hari aku down, sedih orang fitnah aku macam – macam, aku nak bercerita juga. Cuma aku sangat bersyukur kepada Allah, Allah banyak pujuk aku melalui mimpi – mimpi gembira.

Mimpi baca surah alFātihah, surah alBaqārah, surah adDhuha, alInshirāh, mimpi jadi imam solat, mimpi keluar masuk masjid, mimpi berpuasa dan sebagainya. Mimpi peringatan orang nak buat sesuatu yang buruk kepada aku pun aku dapat.

Aku start dapat mimpi lepas aku keluar lokap. Kalau korang rasa cerita ni rekaan lantak korang la. Neelofa dah buktikan kalau ada duit, kau memang boleh bypass undang – undang.

Tapi bagi aku ada duit tak cukup, kau kena ada connection dan networking untuk belanja duit kau untuk bypass undang – undang. Aku dan anak aku? Aku masih takut kepada isteri aku sekarang.

Aku cuba runding lagi walaupun aku takut sebab aku kasihkan anak aku, hati aku ni baik boleh maafkan semua fitnah dan tuduhan palsu yang dia dah canangkan, asalkan jujur dengan aku.

Tapi nampaknya dia masih merancang makar nak pedajaI aku di luar negara pula. Macam mana nak selesai? Macam mana aku nak balik Malaysia? Korang doakanlah aku dan anak aku selamat di luar negara dari makar dan tipu daya manusia – manusia sy4itan.

Anak aku baru mula nak menghafal alQurān, tolong doakan dia ya? Sesiapa yang fitnah aku dan baru tahu kebenaran ini, kemudian dia bertaubat, aku maafkan dia.

Sesiapa yang masih lagi menuduh aku secara zaIim walaupun dah tahu kebenaran, aku tidak tahu bagaimana nak bersikap. Kerana anda bukan sekadar mengambil hak aku, tetapi juga hak anak aku. Aku serahkan kepada Allah.

Demikianlah cerita aku. Demikianlah cerita anak aku. Demikianlah cerita negara ini. Sekali lagi, aku bersump4h dengan nama Allah yang mulia, semua yang aku tuliskan ini benar. Tidak ada yang benar melainkan benar belaka. Tamat. – Abu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Munirah Nur Shadad : Bila baca confession ni macam rasa tt yang bermasalah. Segala tuduhan pada isteri dan mertua macam tak ada bukti dan andaian sendiri. Ada bukti ke mertua h4sut anak?

Ada bukti ye dorang rasu4h atau guna kabel untuk menang kes? Banyak dari perasangka sendiri je. Memangla dorang takut nak bagi anak tu kat awak sebab hal yang awak buat tak nak pulangkan anak tu balik pada mak dia.

Kan dah janji nak ambil anak pulangkan anak sekian – sekian. Sampai kena bertumbvk tu. Memanglah isteri risau nak lepaskan anak dia lama pada pes4kit macam awk. Fikir logik.

Kalau sayang anak pikir keselamatan anak dulu, ubat diri sendiri dulu sampai sembuh, jumpa anak ikut je apa yang ditetapkan mahkamah. Confession lebih kepada nak menuduh dan play v1ctim sangat..

Ttdi Runner : Jangan skip ubat atau kurangkan d0s tanpa kebenaran Dari tt, baca confession pun tau dah haruk pikuk pemikiran, dengan larikan anak keluar negara, risau aku keselamatan si anak tu, kesiannya pada si emak.

Baca kisah kau kalau nak tau kenapa mahkamah berikan jadual jumpa anak macam gitu sebab utama tahap kesihatan mentaI kau tt, bukan kabel bukan pilih kasih bukan isu tak adil ke apa, kau mentaIIy unstabIe dan sangat – sangat s4kit.

Cerita pun.. kau kau kau kau.. apa perasaan bini kebajikan anak semua tak penting tapi ya lah kau tak dapat fikir dengan waras kan. Semoga bini kau dapat bawa balik anak dan kau dapatkan rawatan yang sebaiknya.

Anita Kamaruddin : Ya Allah scarynya. Tak boleh bayangkan perasaan si ibu bila dapat tau anak dibawa lari oleh bapanya yang dah disahkan ada peny4kit ps1kiatrik. Awak perlu dipantau oleh doktor.

Jangan pandai – pandai ubah d0s sendiri. Awak sedang s4kit ni, dari tulisan awak ni dah tahu dah. Mungkin awak berhaIusinasi saja yang anak happy dan gemuk. Hakik4tnya mesti ada sebab hakim mahkamah buat keputvsan tak menyebeIahi awak, semua orang pun menjauhi awak.

Ya Allah selamat kan lah anak tu. Kejap, bila awak bawa lari anak ke luar negara? Lepas covid19? Kan sempadan negara di tutup. Ke awak ni berhaIusinasi je ni. Betul la awak reka je cerita, cerita yang hanya wujud di minda awak saja?

Sila pegi hospitaI sekarang! Atau awak yang sebenarnya suap pegawai emigresen sampai boleh lepas bawa anak ke luar negara?

Syahid Harön : Ape kej4dah bawak anak lari ke luar negara macam ibu dan keluarga dia takde hak? Jangan sibuk nak salahkan orang sana sini, cermin sikap sendiri. Kalau dah meng4muk pecah – pecah barang tu, entah – entah tangan kaki naik dekat bekas isteri.

Pandai petik surah yusuf la kitab la, hak ibu ke atas anak pon tak paham. Balik semula la Malaysia, pulang anak tu dan ikut yang mahkamah tetapkan. Ada sebabnya kenapa mahkamah hadkan masa awak dengan anak. Lagi – lagi bila ada hist0ry mentaI.