Suami jadikan aku yatim piatu sebelum waktunya, aku sujud dikaki suami sebab nak jenguk ayah

Aku kahwin dengan lelaki pilihan ayah aku sendiri dan dia jadi menantu kesayangan. Kami balik setahun sekali itupun masa Raya. Aku takut aku balik ketika Allah tarik nyawa ayahku. Adakah saat itu dia lepaskan aku pergi untuk melihat jen4zah ayahku? Hanya setelah aku kehilangannya?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Terlebih dahulu aku ucapkan ribuan terima kasih pada Admin sebab sudi siarkan luahan ini. Aku mengharap agar ianya menjadi pengajaran buat semua. Tajuk kisah aku ialah ‘Cinta Ayah’ adalah yang terindah.

Boleh dik4takan aku merupakan anak kesayangan ayah. Aku seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Ayahku seorang imam masjid di kampung. Lelaki yang aku kahwini adalah seorang lelaki yang dipilih oleh ayahku.

Maksudnya aku bukan bercinta lagi dengan suami, aku bawa jumpa ayah aku terlebih dahulu dan ayah aku cakap, dia lelaki yang baik. Perkenalan aku dengan suami mengambil masa 6 bulan dan terus berkahwin.

Dia juga bekas penuntut salah sebuah Universiti tempatan. Ayah aku yang mengakadkan pernikahan aku, dan suami aku merupakan menantu kesayangan dia. Namun, apa yang aku bakal ceritakan ini merupakan konfIik dalaman sehingga aku tak mampu bersuara pada sesiapa.

Sejak berkahwin, aku boleh kira berapa kali je aku balik jenguk ayah. Aku dah pun kehilangan ibu. Wajah aku pula saling tak tumpah macam arw4h ibu. Mungkin juga pengubat rindu untuk ayah bila dia tengok wajah aku.

Aku juga rindu sangat dengan ayah aku. Banyak kali bila aku balik, suami aku macam tak ikhlas layan ayah aku. Kalau balik keluar bilik hanya masa nak makan, mandi dan tengok tv.

Berbual hanya bila disoal. Sepatah gitu jer. Sedih aku bila tengok reaksi ayah aku. Aku juga malu. Malu bila dialah menantu kesayangan ayah aku. Tapi h4mbar sangat layanan dia. Acuh tak acuh. Senyum tak, ape pun tak.

Kadang – kadang aku terfikir juga, apa salah ayah aku sampai dia buat macam tu. Balik setahun sekali. Balik time raya je. Itupun 2-3 malam je di rumah ayah aku. Sedangkan aku, tinggal dengan family dia dah 5 tahun, aku tak pernah ungkit sikit pun kejahatan family dia pada aku.

Aku but4kan mata aku, pek4kkan telinga aku, untuk terima semua kesalahan mereka. Aku masak, mengemas, basuh baju semua tanpa aku kenal erti leIahnya aku. Aku masih tinggal di rumah mertua walaupun aku dah 5 tahun berkahwin.

Aku cuma mengharap agar aku boleh balik saat ayah aku masih bernyawa. Banyak kali aku telefon ayah aku dengan suara menahan sendu, ayah aku tanya kenapa suara tu, lain je bunyi. Aku tipu ayah aku cakap aku selesema.

Aku tak mahu ayah aku tahu keadaan aku. Aku takut dia risau. Tapi hati ayah mana yang boleh menipu kan, dia tahu hati anak dia. Anak dia. Dia cuma cakap, ape jua dugaannya, bersabarlah. Maafkan dan teruskan berdoa.

Itulah ayat ayah aku setiap kali telefon. Namun hati aku tak siapa tahu. Kerinduan pada insan bernama ayah tak mampu hilang hanya mendengar suara. Bohonglah jika aku tak pernah berg4duh dengan suami tentang hal ni.

Banyak kali. Akhirnya aku berg4duh sampai aku sujud dikaki dia. Merayu. Itulah kali terakhir aku berg4duh dengan suami. Isu untuk balik kampung jer. Aku da tak sanggup lagi berg4duh.

Bila bincang baik – baik, tak pernah ada pengakhiran yang baik. Kesudahannya aku memend4m rasa. Dia marah macam marah apa je. Aku tak diberi hak aku sebagai anak. Ya, tanggungjawab aku pada suami.

Tapi suami jangan lupa, kami juga ada ayah yang membesarkan kami.. Kasihanilah kami. Kami juga teringin membaIas jasa mereka. Kami masih lagi dibintikan oleh ayah kami. Oleh kerana aku rapat dengan ayah aku, aku selalu buatkan kopi untuk ayah aku.

Bila ayah mertua aku nak minum, aku yang buatkan. Bila aku tengok garisan kedut ayah mertua aku, aku teringat ayah aku, macam tu juga ayah aku. Dah tua kan dia. Sihat ke agaknya? Dah makan ke? Huhuhuhu.

Suami aku tanya, awak rindu ayah ke? Mestilah aku rindu ayah aku! Tapi dia sekadar tanya. Buatkan aku lagi tersiksa dgn rindu kat ayah aku. Aku sedih. Aku ingin mendakap ayah aku. Cium tangan. Tengok senyumannya.

Dulu tangan tu lah yang membesarkan aku menjadi aku seorang gadis, lalu dihulurkan kepada seorang lelaki yang bernama suami untuk aku dicintai dan dihargai sepenuh hati sepertimana yang ayah aku jaga aku dulu.

Namun, cinta Ayah bukanlah boleh diganti dengan cinta dari Suami. Kerana cinta ayah kasih sayang yang tiada penghujungnya. Cinta ayah yang tak akan pernah meny4kiti hati seorang perempuan bernama anak.

Aku luahkan di sini kerana ia tiada penyelesaiannya. Bila aku bincang dengan suami, mula – mula ok. Bila sampai kat kampung, dia m0ody dari sampai rumah sehinggalah balik rumah dia.

Jarak kampung aku dengan rumah mertua bukanlah terpisah dengan benua pun. Dalam negeri yang sama. Isu kewangan bukanlah isu besar. Dia mampu. Sangat mampu. Isunya dia tak suka.

Dia tak pernah anggap keluarga aku wujud. Dia cuma kahwin dengan aku sorang, Apa lagi aku nak rasa selain dari menahan kep3ritan sendirian. Tangisan yang takde siapa mendengarnya. Hanya bermonolog sendirian.

Aku tak pernah luahkan pada sesiapa hatta pada adik beradik. Aku malu. Aku cuma mengharap suami aku faham. Bukan aku minta balik tiap bulan pun, cuma aku mengharap, baliklah dengan hati yang ikhlas.

Layanlah ayah aku sewajarnya sepertimana memberi layanan istimewa untuk family dia. Apa lagi aku mampu untuk perbaiki semuanya. Aku takut aku balik ketika Allah tarik nyawa ayahku.

Adakah saat itu dia lepaskan aku pergi untuk melihat jen4zah ayahku? Hanya setelah aku kehilangannya?? Jangan sayang. Aku telahpun kehilangan ibu. Janganlah kau membuat aku yatim piatu sebelum sampai waktunya.

Rindu pada seseorang yang telah meninggaI, lain. Sedang rindu pada insan yang masih bernyawa tetapi tak mampu untuk berjumpa itu lagi pedih. Aku masih ada ayah. Dan mungkin kau lupa, bahawa kau juga seorang ayah kepada Anak Lelaki dan Perempuanmu.

Seandainya, anak gadis ini dikahwinkan dengan lelaki yang hanya mementingkan familynya, tanpa memikirkan dirimu, apa perasaan mu ketika itu? Bayangkan perasaan ini. Jika aku boleh mengganggap keluarga dia sama seperti keluarga aku, kenapa dia tak boleh buat begitu? Adakah kerana eg0?

Cinta Ayah tiada tandingannya. Aku sayang ayah aku sampai nyawa terpisah dari badan. Kasih sayang tiada gantinya Terima kasih ayah, ayah adalah lelaki yang takkan pernah meny4kiti hati seorang insan bernama anak.. -Ika

Komen Warganet :

Syahid Enma : Sedihnya luahan dari seorang isteri yang ters3pit antara suami dan keluarga. Apa la pelik sangat suami dia pun. Dah la ayah mertua tu yang berkenan sangat dengan dia nak buat jadi menantu, siap jadi menantu kesayangan.

Adakah sebab tak sekufu, buatkan suami TT rasa berIagak dan eg0 tinggi. Kalau saya, saya akan balik jugak biarlah derh4ka ‘sekejap’. Dari nanti jadi apa – apa dekat ayah, menyesal sampai hujung nyawa. Baliklah TT jumpa ayah.

Siti Rahmah : Bila baca kisah ni terbayang wajah ayah dekat kampung. Terbayang macam mana ayah tua keseorangan sedang duduk depan beranda tengah tunggu anak – anak. Tambah lagi TT ni anak kesayangan, wajah macam arw4h isterinya.

Suami tu kenapa nak berIagak sangat, dah la duduk rumah keluarga dia sampai 5 tahun. Ingat TT ni tak ada mak ayah, dia je ada mak ayah nak kena jaga hati. Kalau TT bekerja, saya nak bagi cadangan.

Sehari tu ambil cuti, cakap nak pergi kerja tapi pergi jenguk ayah kat kampung sebab satu negeri je kan. Lantaklah dekat suami tu.

Saya Dora : Memang marah betul kalau jumpa jenis suami yang macam ni. Pentingkan keluarga sendiri je. Memang ada ye orang yang ingat, bila perempuan tu dah kahwin, hubungan dengan keluarga macam dah terpisah.

Macamlah anak perempuan tak ada tanggungjawab dekat mak ayah diorang, anak lelaki je yang ada. Habis tu yang besarkan isteri ko selama ni, sampai jadi isteri yang baik tu siapa?

Sepatutnya dah dapat isteri yang baik, suami kena bersyukur dan berterima kasih dekat mak ayah mertua sebab dah berjaya didik anak dia, sampai dia sanggup jadi h4mba abdi dekat keluarga ko!

Nur Atiqah : Kalau saya jadi awak, saya balik je. Mungkin akan g4duh sekejap dengan suami tapi tak kan sampai dia nak ceraikan awak. Tapi kalau ceraikan pun, biarlah sebab dia tak layak jadi suami pun sebab sanggup pisahkan seorang anak dan bapa.

Keluarga mertua tak bagi nasihat ke dekat suami tu, takkan diorang tak sedar yang anak menantu tak balik rumah besan. Patut dah tengok anak lelaki tu liat nak balik rumah mertua, tolonglah tegur apa yang patut.

Nak suruh TT berbincang pun dah puas berbincang sampai berg4duh, mungkin boleh rujuk pejabat agama untuk kaunseling. Biar suami tu tahu tanggungjawab isteri sebagai seorang anak, jangan dia ingat bila dah kahwin, keluarga isteri dah tak ada hak langsung pada isteri. Itu dah salah, ajaran sesat mana yang dia ikut.