Ipar saya ni dah la duduk sekali dengan mak ayah, tapi peti ais, meja semua asing2. Sampai beli beras pun asing

Apa yang mak saya masak tak dijamah ipar saya, mereka suami isteri duduk makan asing di meja mereka sendiri. Bila makan tidak dipelawa mak ayah. Dia lebih sanggup makan di rumah jiran sebeIah yang satu bendera dengan dia. Bila kami datang bawa anak – anak, adik akan bising, hingga saya terdengar dia cakap..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin, saya Zaim. Apa yang hendak saya ceritakan di sini telah lama saya pendamkan. Mengenai ipar saya yang berkahwin dengan adik perempuan saya.

Sebelum tu biar saya ceritakan serba sedikit tentang latar belakang keluarga kami supaya pembaca dapat memahaminya. Mak dan ayah saya tinggal di rumah pusaka moyang di kampung.

Yang tinggal dengan mak dan ayah ialah adik perempuan sebelum dia berkahwin lagi. Umur dia pun dah banyak ketika berkahwin. Maknanya sama – sama dah m4tang dalam melayari rumahtangga bersama suaminya yang ketika itu berstatus duda.

Selepas mereka berkahwin, 4 tahun lepas mereka terus tinggal di rumah dengan mak ayah saya. Apa yang saya tak puas hati dengan ipar dan adik saya ni ialah sikap mereka yang s0mbong dengan keluarga.

Bayangkan dalam 1 rumah tapi masak asing – asing. Peti ais asing – asing, Bekas beras pun asing – asing. Apa yang mak saya masak tak dijamah ipar saya. Bila makan tidak dipelawa mak ayah.

Saya nak cerita bila masuk bulan ramadhan, berbuka puasa juadah mereka di meja kecil, mereka akan berbuka 2 orang sahaja. Juadahnya pula yang mereka masak sendiri atau beli.

Tak campur dengan juadah yang kami beli dan mak masak. Mak ayah pula di meja lain bersama anak – anak yang lain jika kami yang lain berbuka puasa di rumah mak. Janggal tak? Tak tahulah kalau perasaan janggal tu hanya saya saja yang rasa.

Tapi saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Bila Raya pula, ipar tak menjamah juadah hari raya yang mak dan adik – adik saya sediakan. Dia lebih sanggup makan di rumah jiran sebeIah yang 1 bendera dengan dia.

Sebenarnya saya tak kisah kalau dia jijik dengan rumah mak kami jika kotor sangat bagi dia. Tapi bila kau dan tinggal dengan orang tua kenapa dibuat musvh dengan mertua sendiri. Pada saya mulut orang tua ni biasalah.

Kadang – kadang ada pedihnya tapi anggap sajalah dia orang tua. Terfikir juga saya tak suka sangat ke dengan mak ayah saya sampai begitu sekali. Cakap jiran – jiran sekeliling pun bila dengar balik kat telinga ni kadang – kadang s4kit hati pun ada.

Lagi satu sikap mereka ni akan marah bila barang mereka disentuh dalam rumah tu. Contoh buku letak atas meja makan. Bila nak cari buku tu tak jumpa bisingnya mengalahkan hilang barang kemas.

Mereka seolah – olah tak suka jika anak kami datang ke rumah tok mereka. Tambahan cuti sekolah ni mana lagi cucu – cucu nak pergi kalau tak ke rumah tok dan wan mereka.

Bila rumah bersepah adik saya berleter dan pernah saya terdengar dia cakap ‘makngah tak suka lah korang datang. Lain kali tak yah datang lah. Habis bersepah rumah!’

Kalau pembaca di tempat kami adik beradik wajarkah kami berkecil hati dengan adik dan ipar kami sendiri. Kadang – kadang saud4ra jauh datang bertandang tak pernah ipar saya tu nak bersembang.

Hari mood dia baik datang bersalam. Tapi bila mood tak bagus jalan laju macam kilat dah tak nampak siapa yang ada dalam rumah. Satu lagi sikap pelik dia yang saya dapat kesan ialah dia pasti akan ke satu tempat berdekatan tempat kami juga setiap minggu seorang diri.

Sebab saya selalu terserempak dengan kancil adik saya dan saya tau adik saya sedang kerja. Dan tempat itu sangat tidak sesuai bagi seorang yang berumur seperti dia. Wallaualam. Saya tak pasti apa yang dia buat.

Kami tak mahulah mulakan sengketa adik beradik. Kalau nak tegur sikap mereka tu boleh sangat tapi saya fikir juga apa perasaan mak ayah nanti. Mesti mereka sedih kalau kami bergaduh adik beradik.

Nak tegur sikap adik ipar dia lagi tua dari saya. Patut dia tahu apa tanggungjawab dia pada isteri terlebih dahulu. Saya pasti mak ayah saya berkecil hati dengan sikap mereka tetapi tak diluahkan kerana dia kesian pada anak dia.

Dah lah suami tak ada pekerjaan tetap. Harapkan gaji adik saya saja. Kadang – kadang adalah duit dia bila dia ambik upah men0reh getah. Kenderaan pun tak ada hanya guna kancil adik saya saja.

Tapi somb0ngnya mengalahkan orang berpangkat tinggi. Bukan saya nak h1na dia tak ada harta. Bukan niat begitu. Cuma saya bandingkan sikap dia dengan orang yang berharta pun tak s0mbong begitu.

Bukan saya tak ada adik ipar saya lain yang jauh lebih berharta tapi tak adalah s0mbong sampai teruk begitu. Kepada anda yang duduk sekali dengan mertua terutamanya lelaki, kalau boleh saya nak nasihatkan cuba berdikari dan sediakan tempat tinggal pada isteri anda.

Kalau isteri anda yang ajak tinggal sekali dengan mertua cubalah bersuara minta keizinan dari mertua sendiri. Jika mertua sendiri yang pelawa itu tiada isu. Itu rezeki anda. Malah ada yang tolak kerana paham apa itu tanggungjawab.

Bila dah tinggal sekali cubalah berbaik dengan keluarga mertua ipar duai anda. Janganlah s0mbong b0ngkak seolah – olah rumah tu rumah mak ayah kau yang punya.

Bawa – bawalah menolong jika ada pekerjaan yang berat dalam rumah tu. Bergaullah bersama keluarga jika ada aktiviti. Bila dah kawin kita berkahwin dengan famili sekali. Bukan isteri sahaja. – Zaim

Komen Warganet :

Norma Mdnor : Memang ada spesis menantu sama ada lelaki atau perempuan lebih suka berbaik dengan jiran dan mencanang cerita mentua ani4ya. Manusia begini tak harus diberi ruang duduk bersama keluarga.

Anda sebagai anak lelaki yang tua patut beri nasihat pada adik dan ipar supaya berubah. Itu lebih baik dari duduk tidak puas hati bercakap belakang tentang perangai mereka. Contoh sampai makan pun duduk lain – lain meja, apo ke jadahnya.

Bagi dia ucapan Selamat Jalan laki bini kalau dah tak boleh nak bergaul dengan keluarga. Ini namanya manusia tak tahu adab dan adat.

Mohd Yunus : Halau je yang duduk menumpang dengan mak bapa. Bila dah kahwin, tolong duduk asing. Tak adalah pening kepala orang dengan korang laki bini nak berIagak sombong.

Wati Alisha Adam : Sedangkan 5 jari tak sama ukuran, walaupun bercantum dengan 1 tangan.. Ini kan pula dalam adik beradik dan ipar duai. Lantak la sana.

Fatimah Abdul : Paling senang awak sebagai abang tegur adik tu, adik perempuan kan. Tegur dia elok – elok dulu, kalau tak makan saman, tegur ipar tu plak. Kalau tak jalan jugak baru guna cara kasar, halau je terus.