Lepas SPM suami gigih cari duit bantu adik beradik tapi bila diuji kena buang kerja, ini yang mereka baIas

Lepas SPM suami terus bekerja sebab nak bantu besarkan 6 orang adik yang masih bersekolah. Hingga mereka nak kahwin pun semua suami kena tanggung walaupun masing – masing dah bekerja. Sehinggalah kami diuji suami dibuang kerja, kami dapat tahu adik bongsu suami akan kahwin..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat pembaca semua. saya kenalkan diri sebagai Khuziyah. Beberapa bulan dulu saya dengar ceramah Ustaz Khazim Elias katanya, perkahwinan akan jadi lebih bahagia jika dapat restu ibu bapa.

Tapi nak buat macam mana ketika itu kami tengah h4ngat bercinta, dan kami percaya bahawa j0doh pertemuan itu ketentuan Allah juga. Jadi kami pun kahwinlah. Mak bapak saya tak ada haIangan, tetapi mertua saya pulak membantah.

Nak kata mertua tak suka tak tepat juga, sebab mereka hadir majlis perkahwinan kami. Tetapi kehadiran saya ke rumahnya tidak berapa disukai. Alasan mak mertua, saya orang luar tak tahu hal mereka orang susah dan mengharap seratus peratus bantuan suami saya iaitu anak sulungnya.

Saya faham sangat, dan suami saya Amar sudah ceritakan pada saya sejak awal kami berkenalan lagi, dan saya tak pernah sek4t berapa banyak wang yang hendak diberikan kepada orang tuanya. Itu duit dia.

Tetapi Amar mestilah ingatkan anak – anaknya sendiri. Simpan sikit untuk kami. Awal perkahwinan memang Amar beri macam biasa kerana dia tahu dia ada 7 orang adik lagi yang masih belajar dan perIukan bantuannya, sementara ayahnya men0reh getah.

Bila Amar mula bekerja dan hantar duit setiap bulan, ayahnya berhenti men0reh dan peduakan kebun getah dengan orang kampung, alasannya dah tua tak larat. Kerana tanggung jawabnya amat besar, Amar tak belajar hingga universiti setakat SPM saja.

Tetapi adik – adiknya terus belajar ada masuk universiti dan kolej. Kerana pendapatan tak seberapa, Amar terp4ksa ik4t perut kerana nak bayar hutang bank sebab setiap tahun perbelanjaan untuk adik – adiknya meningkat.

Untuk ringankan beban sebeIah malam dia bantu orang berniaga. Sebenarnya bermula dari jadi pembantu gerai itulah Amar dapat kerja tetapi dia tetap buat kerja sambilan untuk menambah pendapatan.

Kata Amar, ada tiga sebab mengapa dia terp4ksa jadi pembantu gerai. Pertama dia boleh dapat duit lebih, kedua dapat makan percuma dan ketiga selain dapat tempat tidur percuma, tak perlu cari rumah sewa yang mahal harganya.

Kerana ada tanggungjawab Amar lewat kahwin, tetapi adik perempuannya yang dah jadi guru terus kahwin lepas bekerja. Tapi dia tak bantu emaknya, sebaliknya Amar kena terus bantu emaknya sebab adik – adik perIukan duit.

Amar pernah bercerita pada emaknya, supaya adik perempuannya membantu, tetapi kata emaknya dia perempuan tak wajib bantu emak dia ada keluarga sendiri. Apabila adik lelaki ketiga dan keempat bekerja, barulah Amar bercadang nak berkahwin.

Tetapi emaknya tak setuju, sebab ada lagi adik – adik yang belum habis belajar. Amar mengharapkan adik – adik lelaki yang sudah bekerja bergilir bantu emak ayah, tetapi Amar hampa.

Mereka beri alasan tak ada duit sebab kena bayar sewa rumah dan bayar ansuran motor. Akhirnya emaknya setuju Amar berkahwin dengan saya, alasan Amar kami dah lama berkenalan.

Emak saya nasihatkan kalau mertua tak sukakan saya banyak masalah bila kahwin nanti. Saya memang sudah menjangkakan masalah ini akan berlaku sebab emak Amar sudah ada gadis pilihannya.

Amar pilih saya bukan kerana saya ada kereta dan berjawatan tinggi daripadanya, tetapi kerana saya faham masalahnya, lagi pun kami dah kenal semasa saya masih belajar lagi dan selalu singgah makan di tempat dia berniaga.

Saya tak pilih pangkat, tetapi saya lihat Amar jujur. Tapi emak Amar kata saya kahwin Amar kerana pangkatnya. Namun saya maafkan, kerana emaknya tak faham dunia kerjaya hari ini, mereka masih berfikiran pendapatan lelaki lebih besar daripada isteri.

Hinggakan kereta saya pun dia kata Amar punya. Bila anak bertambah Amar mula kurangkan duit bantuan ke kampung. Inilah antara punca saya sem4kin dibenci. Sedangkan ketika itu cuma 2 orang adik Amar masih belajar.

Kerana marah yang tak berkesudahan, setiap kali balik kampung emak Amar tak pernah mahu bercakap dengan saya, malah anak – anak saya pun tidak disukai. Berbanding layanannya kepada cucu – cucu yang lain, hinggakan anak – anak saya malas nak balik kampung kalau kami tak p4ksa.

Saya hairan mengapa Amar sahaja jadi sas4ran tidak kepada anak – anak lelaki lain. Semua mereka sudah bekerja, kalau tak mahu minta pada anak perempuan Amar ada 4 orang adik lelaki.

Tetapi mengapa Amar sentiasa jadi sas4ran jika emaknya hendak buat kenduri kahwin, besarkan rumah dan ganti atap rumah? Bayangkan 5 orang adik lelaki dan perempuan Amar sudah berkahwin, tetapi setiap kali buat kenduri Amar jadi sas4ran emaknya minta duit.

Takkan yang punya diri tak mahu bantu emak jika nak buat kenduri kahwin. Ketika kami kahwin dulu, keluarga Amar langsung tak buat majlis kenduri sambut menantu, saya faham bila Amar kata keluarganya tak ada duit.

Dia pulak terp4ksa siapkan duit hantaran. Tapi saya tak kisah, tak ada kenduri pun tak apa, sebab sebeIah kami dah buat kenduri. Sedihnya bila 2 adik lelakinya nak kahwin Amar pulak kena bagi duit untuk buat belanja kenduri.

Kerana tak mahu emaknya bising, Amar bantu juga, m4ngsanya tentulah saya, kerana bulan itu Amar tak bagi saya duit belanja dapur jadi sayalah kena keluar belanja. Kalau seorang dua tak apa jugak ini setiap kali adik nya kahwin Amar jadi sas4ran.

Sesabar saya pun sesekali naik angin jugak. Tambahan pulak kehadiran saya tidak disukai, macamkan saya mengikis duit Amar. Nak jadikan cerita, kami diuji Allah. Amar diberhentikan kerja kerana syarik4t bermasalah dan pembuangan pekerja terp4ksa dilakukan.

Pada usia 40an apa kerja boleh Amar lakukan. Akhirnya dia terp4ksa bekerja dengan gaji tak seberapa. Pada saya itu tak jadi masalah asalkan dia bekerja. Tetapi masalahnya keluarga Amar, emak dan adik beradik pulaukan Amar.

Dulu kehadiran saya tidak dipedulikan, kini Amar pula hadapi masalah yang sama. Kalau dulu Amar suruh saya sabar, kini dia dah hilang sabar. Dia sering menangis bila ingatkan keadaan dirinya sekarang.

Amar sering salahkan dirinya, dan menganggap dirinya tidak berguna lagi kepada emak dan adik – adiknya. Kata Amar sejak remaja dia bekerja sambil belajar untuk tampung belanja sekolahnya dan untuk makan minum adik – adik.

Keadaan itu tidak pernah berubah hinggalah berkahwin dan ada anak. Dia sentiasa jadi tumpuan adik – adik. Tetapi kini setelah tidak bekerja dia dipinggirkan. Kadang kala saya turut menangis bila dengar cerita Amar tentang kepayahan hidupnya sejak remaja.

Dan saya memang bersimpati dan amat kecewa apabila peng0rbanannya itu tidak diingati apa lagi dihargai oleh adik – adiknya. Kini hampir setahun kami tak balik ke kampung Amar, saya tak tegah Amar balik tetapi dia sendiri berat hati nak balik.

Dia terlalu kecewa bila tidak dihiraukan oleh adik – adiknya. Amar tak marah emaknya, kerana itu emak. Tetapi mengapa tidak ada seorang pun adik – adiknya menghubunginya bertanyakan khabar?

Kalau dulu mereka sering telefon kalau nak minta duit tetapi sejak mereka tahu Amar kena berhenti kerja mereka langsung lupakan dia, kini walaupun Amar sudah bekerja semula dengan gaji yang kecil.

Apa yang lebih buat Amar kecewa, dia dengar cerita adik bongsunya akan kahwin pada cuti sekolah akan datang, maIangnya hingga kini dia masih tidak mendapat khabar dari mulut emaknya.

Kata Amar h1na sangatkah dia kerana tidak bekerja? Dia tak perIukan duit ringgit adik – adiknya setiap bulan, memadai jika mereka bertanya khabar dan horm4tinya sebagai abang. Namun nasihat saya lupakan sahaja.

Kepada adik – adik ipar saya, satu saja pesan saya ingatlah kejayaan kamu kecapi sekarang hasil titik peluh abangmu yang berk0rban masa, tenaga dan wang ringgit sejak zaman remajanya.

Cuba ingat kembali ketika kamu belajar di sekolah berasrama dan di kolej, pada siapa kami minta duit. Siapa beli keperluan dapur, bil elektrik, bil air dan belanja harian? Siapa lagi kalau bukan abangmu itu.

Memang jasa ibu bapa itu penting tetapi siapa di belakang ibu dan ayah yang memb4nting tuIang empat ker4t membantu kalian? Abang kamu tidak minta budinya dibaIas. Tetapi tolong hormat beliau.

Kepada anda yang bergeIar ibu tolong jangan bezakan anak – anak, jangan suka anak ketika berada dan dibenci ketika tidak berduit.