Ibu dan bapak selalu tolong orang luar yang susah tapi kami anak2 selalu kelaparan

Bapak selalu bagi duit pada orang. Awal bulan banyak la sed4ra yang datang sebab mereka tahu, pasti akan dapat duit dari bapak. Tapi bila pertengahan bulan sampai ke hujung bulan, Ibu selalu terp4ksa meng0rek duit syiling untuk membeli kelapa dan beras untuk dimasak.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca ruangan ini. Saya selalu membaca perkongsian dan semenjak saya terbaca confession saudari Ariana saya sejujurnya saya merasa sangat terkesan dengan kisah beliau.

Saya memahami perasaan saudari Ariana yang sedih dengan sikap ibunya yang seolah – olah membenci anak perempuan. Mungkin bagi yang tidak mengaIami tidak akan mengerti bagaimana perasaan apabila kita did3ra em0si oleh ibu yang seharusnya meIindungi anak perempuan.

Tujuan saya menulis ini kerana ini kali pertama saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya. Kepada Saudari Ariana, saya sangat memahami perasaan awak. Semoga awak diberi kekuatan dan rezeki yang meIimpah ruah.

Saya doakan semoga suatu saat kamu diberi kebahagian yang tidak terhingga oleh Allah s.w.t. dan semoga mendapat suami dan keluarga mertua yang terbaik suatu hari nanti.

Nasihat saya kalau berpeluang berpindahlah keluar dari rumah ibumu, kerana pepatah selalu mengatakan, dekat bau busuk, jauh bau wangi. Dan yang paling penting adalah untuk kesejahteraan mentaI saudari Ariana sendiri.

Kita sering diberitahu syurga itu di bawah tapak kaki ibu, namun sebelum kita hendak menyayangi ibu, bapa adik beradik kita atau sesiapa pon, cintailah Allah nombor satu dan kemudian no 2 cintailah diri kita sendiri.

Ini kerana memang syurga itu di bawah tapak kaki ibu, tapi bukan sedikit cerita yang aku baca, ibu bapa menjadi penyebab anak – anak bvnvh diri pada zaman ini kerana tekanan em0si.

Dan jika anak – anak membvnvh diri, adakah syurga yang menungu kamu wahai teman – teman, melainkan api ner4ka yang menanti. Astafqfirullah ala azim. Semoga Allah menyelamatkan kita dan keturunan kita dari melakukan perbuatan yang sia – sia.

Ibu bapa juga manusia biasa dan mereka tidak lari dari melakukan kesalahan dan ini adalah kisahku. Terpulang kepada para pembaca untuk menilai. Aku kini berumur penghujung umur 30-an dan aku sangat bersyukur dengan kehidupanku kini.

Mempunyai kerjaya yang baik dan keluarga yang Alhamdulilah bahagia, iaitu suatu kehidupan yang tidak pernah aku bayangkan dahulu akan dapat aku kecapi. Aku mulakan kisah aku yang sudah hampir dua puluh tahun berlalu.

Maaf andai penulisan aku agak panjang dan meleret. Aku mulakan sedikit latar belakang ibu dan ayahku. Ibu berasal dari keluarga yang dihorm4ti cuma masalahnya ibuku diibesarkan dalam suasana yang MERAJAKAN anak lelaki dan mengkuIikan anak perempuan.

Oleh kerana ibuku dididik seperti itu maka begitulah cara ibuku mendidik aku dan adik beradikku. Ayahku pula berasal dari keluarga miskin tetapi ayahku bekerjaya yang boleh dik4takan hebat pada mataku.

Ayahku pegawai tinggi kerajaan. Maaf aku tak boleh nak terpeincikan di sini. Cukup aku katakan bahagian ris1kan Negara. Aku anak sulong perempuan dari empat beradik, di mana aku ada dua adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Ibu suri rumah dan walau bapak berjawatan tinggi, orang tidak tahu kami sebenarnya susah. Dari luar nampak bapak hebat, namun hakik4tnya dapur kami selalu tak berasap. Akan aku jelaskan kenapa keluarga kami susah walhal gaji bapak besar.

Ibu aku pula, meski mempunyai suami, namun ibu tidak ubah persis ibu tunggal. Semasa aku kecil ibu, bapa dan nenek (sebeIah ibu) asyik berulang alik ke mahkamah. Drama cerai, g4duh dan rujuk balik itu dah sebati dengan hidup aku dari kecik sampai aku besar.

Dan biasanya bila g4duh, nenek sebeIah ibu aku akan bawak ibu aku lari balik ke kampung konon untuk menginsafkan bapak aku. Mulanya aku tak faham sebab aku masih tadika sewaktu kekalutan yang mula – mula aku lihat.

Yang aku ingat ibuku sangat baik, tidak pernah meIawan suami. Bapak aku juga sangat baik, suka menolong sesiapa sahaja manakala ibu aku selalu suka bersedekah kepada semua orang. Ya kedua – dua mereka sangat baik.

Aku selalu menjadi saksi, ibuku selalu membantu orang – orang miskin tapi hakik4tnya kami selalu kelaparan. Ibu dan bapak terlalu suka menolong orang luar yang susah namun mungkin sebab aku rasa kami miskin, jadi aku tak rasa kagum pun dengan apa yg ibu dan bapak buat.

Bapak aku pulak pegawai tinggi waktu itu, namun aku tidak pernah merasa senang, jauh sekali merasa mewah. Ini kerana bapak mempunyai masalah ket4gihan d4dah dan masalah lain.

Yang aku ingat, masa aku kecil, bapak selalu ke luar atas urusan kerja samada atas kerja / misi menyelamat/ misi bantuan atau misi yang aku sendiri tidak pasti.

Tapi yang pasti ada kalanya berbulan bapa tidak pulang dan sewaktu zaman 90-an yang aku ingat ibu kata bapak tolong orang, tapi zaman tu susah nak kirim wang, tak macam sekarang. Bapak jarang pulang ke rumah, dan bila pulang ke rumah selepas sesuatu misi, samada bapak akan khayaI atau m4buk.

Bapak seolah – olah berada di dunia dia sendiri. Bapa tidak pernah memukuI atau memarahi ibu namun bapak selalu tidak berduit dan ibu sering terp4ksa meminjam dengan nenek. Akibatnya, nenek sentiasa akan mem4ki dengan pelbagai t0hmahan dan mengutuk bapak di belakang.

Namun bila bapak pulang, sekalipon nenek tidak akan pernah memarahi bapak. Nenek sentiasa akan berlakon depan bapa sebab bapa sentiasa akan menghulur duit yang banyak kepada nenek, namun bapak sentiasa l0kek untuk beri kepada kami.

Dengan kawan – kawan aku pon, bapak selalu bagi duit pada orang. Awal bulan banyak la sed4ra yang datang sebab mereka tahu, pasti akan dapat duit dari bapak.

Tapi bila pertengahan bulan sampai ke hujung bulan, Ibu selalu terp4ksa meng0rek duit syiling untuk membeli kelapa dan beras untuk dimasak. Ya aku masih kecil namun aku nampak ibu aku sorok duit di belakang pintu, bawah karpet dan ceIah – ceIah almari.

Ibu aku sedih dengan sifat bapa yang tidak beringat dan ditambah dengan mulut t4jam ibunya (iaitu nenek aku), namun ibu aku hanya diam bersabar. Kata pakcik sebeIah ibu, Gaji bapak aku besar, tiga kali ganda dari gaji dia.

Tetapi bapak aku tidak pernah bawak aku dan adik – adik kami sama ada KFC atau Macdonald, tak macam dia. Aku hanya mampu mendengar cerita mereka. Aku masih kecil tapi itulah cerita yang selalu pakcik – pakcik dan makcik aku cerita yang bapak aku tidak bertanggungjwap dan sebagainya.

Tapi depan bapak aku, pij4k semut pun tak m4ti, puji bapak aku meIambung – Iambung. Tapi suatu hari aku tak pasti sama ada bapak berhenti atau dibuang kerja, tapi bapak tak kerja dah dan tiada duit.

Waktu inilah per4ngai nenek yang sebenar muncul. Pendekkan cerita, sebab ibu susah, akhirnya nenek membawa ibu dan kami adik beradik lari ke kampung, tinggalkan rumah dan abah. Waktu inilah hidup aku mula d3rita.

Mungkin sebelum ini, kami hanya susah nak makan, tapi lepas duduk di kampung kampung hidup kami memang betul – betul susah. Ibu terp4ksa bekerja mengambil upah menjahit dan kami tinggal bersama nenek.

Tapi ada segelintir saud4ra – mara banyak mengambil kesempatan pada ibu. Mulut mereka berkata kesian pada ibu tapi selalu hantar baju sama ada baju sekolah atau baju raya anak – anak mereka tapi satu sen pun tak bayar upah pada ibu.

Ibu menjahit siang malam pagi petang, tapi ibu tak ada duit. Akhirnya sebab nak makan, ibu terp4ksa minta dengan nenek, tapi nenek canang kepada satu kampung, saud4ra mara, kepada pakcik – pakcik aku kononnya nenek berabis duit untuk kami makan anak – beranak.

Padahal aku ik4t perut selalu sebab tak ada apa pun nak makan. Pakcik aku pulak ramai yang mendengar sebeIah pihak dan selalu akan menyer4ng ibuku pula lepas tu. Dan ibu aku hanya mampu menangis dan nenek akan pujuk ibu padahal nenek yang cerita kat pakcik – pakcik.

Nenek aku juga selalu layan pilih kasih tidak sama dengan cucu – cucunya yang lain. Suatu hari nenek aku menyuruh beli barang dapur sikit dan jika ada baki 20 sen, aku ambil baki tu dan beli aiskrim.

Aku suka sangat makan aiskrim masa aku kecik – kecik, tapi bila pulang nenek aku m4ki aku teruk – teruk dan nenek canang pada semua sed4ra – mara bahawa aku tangan panjang sebab curi duit dia tapi nenek tak cerita keseluruhan cerita dan sekali dengar seolah – olah aku bukak beg nenek dan curi duit nenek, tapi bukan itu yang terjadi.

Lepas tu sepupu aku yang mengejek aku. Aku masih kecil waktu tu dan aku cuba jelaskan pada pada mereka dan pak cik aku, tapi akhirnya mereka akan m4nipulasi kata – kata aku dan sekali lagi aku akan dim4ki beramai – ramai, dimaIukan depan semua.

Dan ibuku hanya memerhatikan masa aku dimarahi. Mulanya aku fikir memang selayaknya aku dim4ki sebab memang salah aku. Tapi sebab nenek dan sed4ra aku asyik ulang – ulang kata aku pencuri, jadi lama kelamaan, aku geram.

Jadi lepas tu aku betul – betul curi duit nenek Dan ibu sebanyak RM1 atau bersen sen. Dan apa lagi, Nenek tak pernah lepaskan peluang mengutuk aku, kata aku hitam, degil dan banyak lagi kata m4kian.

Dan kata m4kian yang paling best, nenek kata aku keturunan buruk bapak aku. Kadang – kadang aku jawab juga, aku jawab bukan nenek ke yang atur ibu kahwin dengan bapak. Haha. Bijak tak aku.

Lepas tu sebakul lagi sump4h seranah aku dapat campur dengan r0tan berbir4t kat badan aku. Senang cerita walau aku kecik, aku tahu nenek lepas geram kat aku. Nenek marah bapak tapi pukuI aku.

Aku anak perempuan jadi anak perempuan wajib kemas rumah dan mesti layan adik lelaki aku. Aku diajar oleh nenek dan ibu aku mesti basuh kasut sekolah adik laki aku, mesti gosok baju adik lelaki aku, kene hidang makan untuk adik laki aku (yang beza cuma setahun muda dari aku).

Tapi adik – adik perempuan aku tak perlu dihidang pon, sebab bagi nenek anak perempuan boleh buat sendiri. Bila ibu beli basikal, basikal tu ibu bagi bagi pada adik lelaki aku untuk kesekolah, dan adik lelaki aku bawak basikal ke sekolah.

Kalau tidak cukup duit belanja pon, yang penting duit untuk adik lelakiku mesti ada. Untukku tidak ada masih tidak mengapa. Akhirnya aku sem4kin aku membesar, aku sentiasa fikir aku seorang yang h0doh, maIang, pemalas dan aku tidak ada keyakinan diri.

Apa saja yang aku buat, aku sentiasa takut fikir akibat aku dapat. Dan disebabkan ibu dan nenek aku selalu kata aku pencuri, memang aku selalu ambil duit mak aku dan nenek aku 20 sen atau kadang – kadang 50 sen.

Sebab sem4kin mereka m4ki aku sem4kin aku buat. Aku rasa terc4bar. Nenek aku selalu cakap, aku ni keturunan h1na bapak aku. Bapak aku masuk penjara la itu la ini la. Aku masih kecik tapi aku kuat meIawan nenek aku.

Dan aku juga dilabel kurang ajar oleh pakcik aku, tapi tak semua. Ada jer pakcik aku yang normal, tak masuk campur ikut drama nenek aku. Jika ada sed4ra – mara yang bertandang ke rumah kami, nenek aku dan ibuku tidak pernah melepaskan peluang ceritakan a1b aku.

Apa aku buat hari ni, pukuI berapa aku bangun tido, tapi untuk adik lelaki aku pulak, tak bangun sampai tengahari buta pun tidak mengapa. Itu hanya d0sa untuk aku selaku anak perempuan, tapi untuk anak lelaki, itu adalah adat bangun lambat.

Ibu dan nenek selalu kutuk aku depan – depan biras dia dan biras dia yang konon pandai didik anak mengemas akan menjerit kepada aku supaya aku kemas rumah. Padahal anak – anak dia pun boleh tahan pemalasnya.

Bayangkan, setiap kali saud4ra berkumpul, ini sepatutnya jadi perkara yang menyeronokkan untuk kanak – kanak, tapi untuk aku sengs4ra, sebab aku akan jadi tumpuan mereka, pemalas, degil, pencuri dan sebagainya.

Makanya makcik – makcik dan saud4ra jauh tak rasa segan nak m4ki aku. Diorang biasa menjerit kepada aku buat undang – undang konon untuk mengajar aku berdikari tetapi anak mereka tidak dilayan seperti aku.

Aku berumur 9 tahun dan aku dah biasa dimaIukan di depan semua, dan ibuku, hanya tersenyum bahagia bersama nenekku. Nenek sangat pakar dalam membuatku menangis. Mungkin ibuku merasa lega sekurang – kurangnya nenek aku tidak lagi memfokus kemarahan kepadanya.

Dan tak adalah abang – abangnya akan marah sebab susahkan nenek. Waktu ini aku mula tertekan sedikit demi sedikit. Aku selalu menangis tapi sem4kin aku menangis sem4kin seronok mereka gelakkan aku.

Jadi aku belajar jangan menagis depan orang yang t0xic sebab nanti mereka akan rasa seronok. Ada masa kalau kami berjalan ke rumah jiran tetangga dan saud4ra jauh, ramai orang akan memuji mengatakan aku cantik dan tinggi.

Tapi tak sempat aku nak tersenyum bangga kerana dipuji, ibu dan nenek aku akan bidas dan menafikan malah mengejek aku di situ juga. Kata aku hitam dan degil. Dan kata – kata itu bukan 1 gurauan.

Selalunya aku tengok orang yang dengar ternganga pandang ibu Dan nenek aku. Tapi biasalah orang dulu – dulu diam je, tak berani nak tegur orang tua. Dari kecik sampai besar itulah situasi yang sama akan berulang – ulang bila berjumpa dengan orang baru di tempat baru.

Jadi aku sampai tahap keyakinan aku tak ada, sampai bila ada tetamu baru ke datang, aku akan menyorok dalam almari atau bawah katil sebab aku tak mahu dipuji dan kemudian diejek ibu dan nenek.

Mungkin berkat kata – kata ibu dan nenek, aku memang membesar jadi anak yang degil sampai aku berumur 12 tahun. Satu hari akhirnya bapak datang memujuk ibu pulang. Nenek sebeIah bapa dan adik – beradik sebeIah bapa juga perlahan – lahan berkunjung ke rumah memujuk ibuku untuk terima bapak semula.

Waktu tu nenek marah sebab nenek ada plan nak kahwinkan ibu dengan orang kaya lain tapi aku pun tak tahu siapa. Tapi yang aku tahu ibu aku yang taat sangat dengan mak dia pun Iawan sebab tak nak kahwin.

Semasa dalam proses rujuk ibu dan bapak aku, aku tinggal bersama nenek sebeIah bapa. Aku gelarkan nenek Wan. Semasa tinggal dengan nenek wan, aku pernah mencuri duit nenek Wan 80 sen di dalam tabungnya.

Selepas aku mencuri seperti biasa aku pergi beli aiskrim. Ya, aku sangat suka makan aiskrim. Lepas aku balik, nenek Wan tanya aku dengan lemah lembut jika aku ada ambil duitnya 80 sen. Aku jawap dengan kurang ajar yang konon aku tak ambil.

Tapi lepas tu aku terkejut, sebab nenek Wan hanya tersenyum memandang aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku tahu dia tahu yang aku ambil duit tu. Waktu itu lah, aku sangat sedih sebab tak kena marah.

Aku dah biasa kene m4ki tapi bila aku tak kena marah, lepas buat salah aku sangat sedih. Selepas kejadian tu, aku terus berubah mend4dak. Aku tak lagi panjang tangan. Hatta bila aku jumpa duit atas jalan pun aku tak ambil.

Aku juga perlahan – lahan berubah menolong nenek Wan di dapur dan aku mula rajin membaca dan belajar. Aku nekad nak berubah sebab aku malu dengan nenek Wan. Aku menjadi sem4kin rapat dengan nenek wan.

Aku pernah mengadu yang aku tak sayang ibu aku, sebab ibu suka maIukan aku depan sepupu – sepupu aku dan aku selalu jadi bahan ejekan kalau ada berkumpul sed4ra – mara mereka akan kenakan aku.

Saud4ra – mara sebeIah ibu, sama ada ejek aku atau buat – buat tanya sayang tak bapak aku walaupun dah tahu bapak aku ada kat penjara. Baik yang tua mahupon budak, atau yang rasa diri tu ustaz atau ustazah semua suka tanya soalan pasal bapak aku kat aku sebab nak tengok aku sedih ke tak.

Dan bila aku marah, berjemaahlah mereka mem4ki aku dan ketuanya tak lain tak bukan, nenek dan Ibu. Aku kecik lagi tapi aku tahu ibu sebenarnya sedih sebab nenek dan adik beradik dia kutuk suami dia, tapi mungkin ibu nak jaga hati nenek, jadi ibu biarkan center of buIIy tu pergi ke arah aku.

Bapak memang asyik keluar masuk pusat. Aku selalu tengok gambar bapak dan selalu doa bapak aku berubah. Aku tak suka ibu, tapi nenek Wan kata ibu aku jadi macam tu sebab tekanan dengan bapak aku dan aku kene berubah per4ngai, barulah ibu akan tenang.

Jadi semasa tinggal dengan nenek Wan, aku ambil upah basuh periuk dan ambil upah menjual di pasar malam. Aku juga ambil upah bakar satay, tapi biasanya upah aku dibayar dengan satay, tapi aku gembira sangat sebab dapat makan satay dan boleh bawak bekal ke sekolah.

Tapi masa aku balik, tetiba aku nampak ibu dan adik lelaki aku datang melawat. Dan bila peIuk aku, ibu marah sebab aku maIukan diri pergi kerja. Nasib nenek Wan ada pert4hankan aku. Tapi lepas tu ibu aku ambil satay tu bagi kat adik lelaki aku.

Semua satay yang aku bakar penat – penat tu tu adik lelaki aku makan tanpa rasa bersalah. Aku benci adik laki aku. Dia pun muda setahun dari aku, Tapi sebab dia tidak diajar berdikari, dia jadi pentingkan diri dan suka buIi aku.

Tapi nenek Wan pujuk aku dan aku pun mula rutin aku bekerja sambilan dan setiap kali balik, aku sorok makanan aku sebab aku tak mahu adik lelaki aku ambil, sebab aku nak bawak bekal ke sekolah tapi macam biasalah mak aku akan bagi pada adik aku.

Tak kira macam mana aku sorok pon. Dia mesti jumpa. Tak lama lepas tu ibu dan bapak aku rujuk untuk kali kedua, tapi sebab nenek sebeIah ibu tak bagi ikut, sebab suruh ibu jaga dia, jadi bapak aku terp4ksalah datang melawat sebulan sekali je.

Sebelum kami balik ke kampung semula, nenek Wan hadiahkan aku duit 50 ringgit sebab aku rajin. hehe. Lepas tu aku pun tinggalkan nenek Wan, ikut Ibu balik. Aku simpan duit tu dalam beg aku.

Waktu inilah aku belajar sesuatu benda yang sangat penting dalam hidup aku, yang mengubah diri aku selama – lamanya. Semasa aku tengah kemas rumah aku nampak ibu curi – curi buka beg aku dan dia nampak duit aku sebanyak 50 ringgit tu.

Aku mengintai dari lubang dinding, aku nampak muka ibu pucat, mungkin risau fikir kat mana aku dapat duit tu. Mungkin ibu takut fikir aku curi duit. Lepas tu, Ibu aku letak balik duit tu dalam beg aku dan terus sambung buat kerja dia.

Tapi ibu tak tahu yang aku nampak apa ibu buat. tapi ibu tak tanya aku langsung dari pagi sampai tengahari. Waktu itu aku mula percaya kata – kata nenek Wan. Mungkin ibu dah berubah dan cuba percaya pada aku.

Waktu tu aku sangat gembira dengan perubahan ibu dan berjanji dengan diri aku lepas ni aku akan sayang ibu dan tak mahu degil – degil lagi. Aku cuba duduk dekat dengan ibu tapi ibu diam jer.

Bila tengahari macam tu, kawan – kawan nenek Wan yang sepatutnya sampai ke rumah kami tiba seperti yang dijadualkan sebab ada kenduri di kampung aku dan kebetulan mereka kenal ibu aku,

Mereka singgah berhenti di rumah kami dulu sambil tunggu ibu. Ibu ajak aku ikut dia sekali dan aku tiba – tiba setuju. Biasanya aku elak untuk ikut ibu aku sebab aku rasa ins3cure dengan per4ngai ibu aku tapi hari tu mood aku berubah dengan perubahan ibu,

Jadi aku ikut ibu, cuba jadi anak yang baik la kononya, huhu. Tapi semasa dalam perjalanan balik ramai – ramai dari kenduri. tiba – tiba ibu tanya aku persis polis parol, “dari mana aku dapat duit 50 tu”? Aku terkedu waktu itu.

Ya Allah! Ibu bertanya di depan orang ramai. Demi Allah kawan – kawan, untuk pertama kali dalam hidup aku waktu itu, air mata aku tidak mengalir bila ibu aku memaIukan aku di hadapan orang. Masa tu, aku belajar sesuatu, iaitu itulah, Nilai ibu aku.

Nilai seorang ibu yang rupanya seronok memaIukan anak perempuan dia sendiri. Ibu bangga memaIukan anak dia. (waktu aku taip ni pon, aku tak dapat tahan air mata aku.) Ibu aku ada masa dari pagi sampai tengahari untuk slow talk dengan aku untuk tanya mana aku dapat duit tu, tapi kenapa?

Kenapa? ibu aku mesti tunggu sampai tengahari di depan semua orang? Jawapannya ia adalah satu kepuasan ibu untuk maIukan aku. Jadi lepas tu aku belajar, tidak perlu t4gih kasih sayang ibu aku, sebab saat itu aku dah nampak warna ibu aku.

Ibu aku mungkin bid4dari di mata semua orang, tapi di mata aku, ibu hanya seorang ibu yang melahirkan aku. Tanpa dia aku tidak akan ke syurga, jadi aku cuma diam dan hormat kepadanya, tapi kasih sayangku padanya m4ti di saat itu.

Aku puas hati sebab rupanya selama ini, bukan aku yang bermasalah sebenarnya tapi ibu aku. Aku hanya tersenyum bahagia sebab lepas tu aku nekad tak nak sedih lagi dengan perbualan ibu.

Masa tu aku sempat menjeIing, aku nampak kawan – kawan nenek Wan agak terk3jut tapi lepas tu diorang buat – buat tak dengar. Sangat berbeza dengan situasi t0ksik sebeIah ibuku. Ibu jadi malu tapi itu tidak mengubah sikap ibuku.

Lepas kejadian tu nenek Wan datang meng3jut jumpa Ibu terangkan pada ibu, mungkin sebab kawan Nenek Wan bagitahu. Ibu nampak rasa bersalah tapi lepas tu ibu balik ke per4ngai lama balik.

Disebabkan tekanan em0si dan ejekan yang secara berterusan menyebabkan aku mengaIami tekanan perasaan. Aku cuba menulis diari tapi adik ibu baca dan lagi ejek aku, jadi aku berhenti tulis diari.

Aku mula cari benda yang aku suka buat tapi aku tak tahu mana silapnya, ibu aku dan nenek aku sentiasa akan jadikan minat aku sebagai bahan gelak depan saud4ra – mara aku. Jadi aku taku nak cuba sesuatu yang baru atau jadi kreatif.

Perlahan – lahan aku banyak habiskan masa di perpustakaan baca kisah d0ngeng seperti kisah Cinderlela, snow white dan putera garam untuk keluarkan diri aku dari tekanan yang aku hadapi.

Aku akan reka imaginasi untuk bantu aku hadap tekanan em0si yang meIampau. Per4ngai aku yang suka baca cerita dongeng tu berpatutan sampai la aku masuk ke sekolah menengah.

Tapi aku curi – curi baca sebab malu dengan kawan – kawan. Tak tahulah kawan – kawan aku perasan ke tidak. Aku juga hadapi sedikit ganguan s3ksual dari seorang dua saud4ra ibu aku, tapi aku takut nak mengadu dengan ibu sebab aku tahu ibu tak akan pernah percaya aku.

Jadi aku perlahan – lahan curi belajar ilmu pert4han diri untuk Iindung diri aku. Setiap kali aku mengadu pada ibu aku kene buIi, ibu akan cakap orang buIi sebab aku lembap, orang buIi sebab salah aku.

Jadi tak mungkin ibu akan percaya kalau aku cakap apa yang aku hadapi. Aku diamkan sahaja sehingga satu hari sewaktu pergi ke bandar ada lelaki asing cuba tarik aku, tetapi alhamdulilah aku dapat lepaskan diri.

Disebabkan terk3jut aku pergi ke rumah makcik sebeIah ibu untuk mengadu. Makcik aku pujuk aku dan beri kata – kata semangat pada aku dan buat aku percaya pada dia. Tapi beberapa hari selepas itu cerita tersebar di dalam saud4ra mara di kampung, cerita yang tersebar menjadi sangat bertent4ngan.

Jadi aku waktu ini hanya mampu berdoa supaya tuhan baIas perbuatan dia. Waktu itulah aku belajar, orang melayu kita sememangnya sentiasa memandang h1na pada anak perempuan, terutama yang datang dari keluarga miskin.

Dan jangan harap simpati dari kalangan orang kampung yang tidak berpelajaran. Mereka sembahyang tunggang terbalik, pergi umrah berkali – kali, menutup aur4t dengan sangat sempurna namun mereka sangat cekap membuat orang miskin menangis.

Aku jadi paran0id dan benci kepada golongan agamawan. Ada banyak lagi kalau aku nak ceritakan tapi sebab aku fokus pada cerita ibu aku punca peny4kit mentaI aku, jadi aku fokus di sini.

Aku juga jadi alert semasa di sekolah menengah, ada kejadian mengemparkan, bila seorang gadis miskin dir*g*l secara bergilir – gilir di oleh sekumpulan lelaki pelajar cemerlang / pelajar contoh a.k.a anak orang senang.

Tetapi yang menyedihkan aku, sekolah aku mengambil pendekatan pert4hankan pelajar-pelajar, “contoh yang berper4ngai serigala jadian tu” tapi sebaliknya meletakkan kesalahan r*g*l tu kepada pelajar perempuan tu.

Aku tak kata pelajar perempuan tu tak salah sebab aku tak tahu cuma bagi aku dia m4ngsa r*g*l, Dan m4ngsa r*g*l sepatutnya diberi pembeIaan dan perIindungan. Tapi guru – guru tipikal Melayu dulu, siap sebarkan berita tu di dalam perhimpunan untuk bagi hint siapa gadis tersebut tapi punya la protect siapa lelaki durjana tu.

Pada zaman awal 2000, mangsa r*g*l sangat mudah menjadi m4ngsa cerc4an em0si masyarakat kampung. Oleh sebab malu, keluarga gadis tu tak dakwa pun pelajar – pelajar lelaki tu.

Aku tak kenal gadis tu, tapi dari berita yang aku dengar, perempuan tu kene haIau dengan bapak dia dan perempuan tu lari ke kuala lumpur, dan pelajar – pelajar contoh tu pulak bebas dan dapat gelaran lelaki terani4ya. Kelakar kan.

Ini cerita hujung tahun 90-an la dan awal tahun 2000 macam tu. Aku ambil pengajaran dari kisah tu dan aku bangun dan belajar sunguh – sunguh. Nekad aku cuma satu, supaya aku cepat dapat keluar dari suasana keluarga dan kampung yang t0ksik ni.

Aku fikir ibu tak akan Iindung aku kalau apa – apa yang buruk terjadi kepada aku, jadi aku curi – curi belajar untuk Iindung diri aku sendiri, belajar ilmu mempert4hankan diri. Tapi ibu dan nenek aku label perempuan tak tahu malu sebab buat benda benda yang orang lelaki patut buat.

Pernah sekali, ibu akan jerit kutuk aku tengah – tengah orang dan jiran tetangga, sebab ibu nak patahkan semangat aku tapi aku buat b0doh saja mak aku terjerit – jerit sebab cikgu silat aku pesan jangan Iawan cakap ibu dan bapa.

Aku cuma nak sayang diri aku dan Iindung diri aku. Lama – lama ibu letih marah sebab tengok aku buat b0doh je. Dan balik cerita pasal diri aku, bila masuk ke menengah atas, ibu dan bapak aku rujuk pulak untuk kali ketiga.

Tapi kali ini aku dah letih dan kali ini aku dah letih nak berdoa siang malam supaya bapak aku berubah, sebab aku tak nampak pun tuhan akan makbulkan doa aku. Berd0sanya aku waktu ini. Aku sabar tapi aku marah dengan dengan tuhan.

Waktu aku sekolah menengah, sekolah aku agak jauh dari rumah lebih kurang 15 km, tapi ibu aku tak kisah bagi motor pada adik lelaki aku dan biarkan aku yang perempuan ni jalan kaki pergi sekolah pagi – pagi dan panas.

Aku pernah cuba minta nak tumpang adik lelaki aku tapi adik lelaki aku tak bagi sebab nak tumpangkan bawak kawan dia dan ibu aku biarkan sahaja. Aku penat tapi aku aku nak jimat duit naik bus jadi aku jalan kaki.

4 tahun aku ulang alik jalan kaki tapi ibu aku tak kisah keselamatan aku, tapi bila aku masuk silat, tahu pulak nak ajar aku tentang kesopanan dan kesusilaan sebagai anak gadis. Dia tak tahu berapa kali aku diganggu pekerja asing bila balik sekolah.

Pernah semasa aku buat part time, aku terlepas cakap ada orang cuba pegang aku masa aku melintas jalan, dan jawapan win ibu kata pakaian aku tak melambangkan wanita muslimah. Urmmm… masa ni aku menangis dalam hati, kenapa aku boleh lupa siapa ibu aku.

Kenapa aku terfikir nak beritahu tu pada dia, padahal aku pakai jeans longgar dan t-shirt. Jawapan yang tepat sepatutnya ibu Tanya, adakah lelaki yang cuba pegang aku tu giIa s3ks, dan lepas tu bila aku kena lagi macam tu aku belajar jerit.

Aku pergi kelas percuma belajar Iindung diri sebab aku tahu ibu kau tak akan support aku. Kadang – kadang dalam bas pun pernah ada orang lelaki buat – buat terIanggar nak peIuk aku, main – main tarik tudung aku, dan aku akan jerit masa tu juga dan selalunya spesis gatal giIa s3ks ni lari lintang pukang sebab malu.

Tapi bila aku cerita sikit – sikit kat ibu, jawapan ibu, “kau berani sangat, nanti orang kejar kau baru tahu”. Begitulah ibu aku. Dia lupa kata – kata seorang ibu itu doa. Pendekkan lagi cerita, memang aku pernah dikejar dengan orang giIa dan pernah ada orang nak pukuI sebab nak ragut aku, tapi setiap kali tu ada Allah datangkan orang – orang asing baik yang tolong aku.

Tapi hidup aku dulu selalu diuji, Pada satu hari, aku diuji dengan sesuatu yang sangat berat dan akhirnya aku ambil pendekatan untuk bvnvh diri. Aku memang dah buat dah buat pun tapi aku tak tahu dari mana datang ‘kuasa ghaib’ yang selamatkan aku.

SubhanaAllah dan Lepas tu baru aku sedar aku rupanya aku s4kit dan aku perIukan rawatan. Atas bantuan seorang sahabat, dia teman aku pergi dapatkan rawatan awal, dan waktu ini baru aku tahu rupanya aku mengalami masalah mentaI (maaf aku tak dapat nak jelaskan disini secara detail), cukup aku katakan ia ada kena mengena dengan anx1ety dis0rder dan aku ada kecenderungan tapi agak terlalu awal nak kaitkan dengan bip0lar dis0rder.

Tapi aku tak dapat nak teruskan rawatan sebab nak ulang alik memerIukan kos dan waktu tu aku tak ada duit. Tapi yang bagusnya bila aku tahu aku s4kit, aku cuba bantu diri aku sendiri. Aku cuba cari maklumat sebanyak – banyaknya maklumat tentang masalah mentaI.

Aku juga cuba cari kekuatan untuk beritahu ibu tapi aku takut ibu akan ceritakan pada sed4ra mara, jadi aku diamkan je. Pakcik aku ada yang suka psych0 aku. Aku sangat tertekan, nak kerja , nak belajar.

Aku rasa hidup aku sangat maIang. Aku ada bapak, tapi aku rasa hidup aku lebih maIang dari anak yatim. Aku tengok orang sayang anak yatim tapi sed4ra – mara benci aku, jadi aku berdoa setiap malam supaya aku jadi anak yatim supaya Allah tarik nyawa bapak aku tapi aku doa sungguh – sungguh supaya bapak aku tak masuk ner4ka.

Ya, aku tahu aku d0sa, doa bapak aku m4ti tapi aku dah tak betul waktu tu. Tekanan em0si aku dah di kemuncak. Aku takut bapak masuk ner4ka jadi aku selalu doa hajat, lepas bapak m4ti, janganlah Allah masukkan bapak aku ke dalam ner4ka.

Aku sayang bapak aku tapi aku dah tak tahan dih1na. Tapi selama bertahun – tahun tu bapak aku masih hidup, dan selama itu aku sangat tertekan. Semua tekanan itu datang sebab bapak, nenek dan ibu.

Akhirnya bila aku tamat sekolah menengah, aku sambung belajar jauh dari keluarga aku dan disebabkan jadual belajar dan kerja yang sibuk, dan jauh dari suasana yang t0ksik, Dan akhirnya dalam masa setahun anx1ety aku boleh dik4takan mend4dak sembuh.

Tidak sembuh sepenuhnya tapi aku boleh kata waktu tu 70% anx1ety aku beransur hilang. Masuk tahun kedua boleh kata hampir sembuh sepenuhnya. Aku dah tak terfikir lagi tentang nak bvnvh diri.

Mungkin sebab aku penat kerja dan belajar tapi aku gembira. Gembira sebab jauh dari situasi yang t0ksik. Ibu pun dah berubah, tak marah – marah aku lagi. Sebaliknya ibu dah mula puji aku kata aku anak yang baik dan berdikari.

Nenek pulak waktu ni dah sem4kin nyanyuk dan sem4kin lama dah boleh jadi kawan aku pulak. Hasil duit aku kerja, aku bagi kepada bapak, adik dan ibu. Waktu ni bapak aku dah bawak diri jauh dari ibu.

Hidup aku juga dah mula berubah. Aku mula berangan dapat kerja aku nak bawak bapak dapat rawatan hilang ket4gihan dan cari rumah dan hidup bersama keluarga aku, bina hidup yang baru.

Siang aku belajar, malam dan hujung minggu aku kerja carik duit. Sebab aku nekad sebelum habis belajar aku dah ada duit simpanan untuk mula hidup sebelum dapat kerja. Aku tak ada masa rehat sangat.

Masa aku hanya kelas dan kerja, tapi aku bersyukur aku dapat sekumpulan sahabat yang sangat baik dan support pelajaran aku dan assisgment sebab aku banyak kerja luar partime jauh – jauh.

Dan sebagai baIasan, ada masanya aku akan bawak kawan – kawan aku datang event yang aku dapat free ticket. hehe. win win situation la katakan. Aku banyak tidur dalam train atau bus je. Aku sewa bilik yang ngam – ngam muat katil dan almari plastik aku jer sebab aku nak jimat.

Lagipun aku banyak hadir event untuk part time job jadi aku tak nak bazir duit untuk cari rumah yang selesa sangat. Bila ada job dan event, selalunya team aku akan tidur di hotel. Masa ni la kadang – kadang aku bawak bekal ambil makanan hotel sebab nak bawak balik untuk kawan – kawan aku. Haha.

Bab makan pulak, aku catu makan dan bila dapat duit lebih sikit aku mula belikan hadiah untuk ibu dan adik – adik perempuan aku dan juga telefon murah untuk bapak. Setiap bulan aku akan hantar bekalan makanan untuk bapak di kampung.

Untuk adik lelaki aku, aku tak beli apa pun sebab jauh dalam hati aku, aku benci dia. Tetapi bila semuanya berjalan lancar, pada tahun akhir aku di Universiti (betul – betul tengah peperiksaan akhir), tetiba aku dapat panggiIan telefon.

Doa aku suatu ketika dulu, yang aku dah hampir terlupa aku pernah doa, akhirnya termakbul. Bapak akhirnya pergi menghadap illahi selepas subuh pada hari jumaat di kampung. Tiada setitik pun air mata aku yang mengalir.

Aku terkejut dan berasa seperti mimpi. Aku tak faham kenapa dulu aku doa bapak m4ti, tapi bapak tak m4ti, kenapa bila hidup aku dah mula berubah ke arah lebih baik, bapak pulak m4ti? Bukankah ini yang aku nak tapi aku sedih.

Aku pergi majlis pengebvmian bapak naik bas. 6 jam perjalanan untuk aku sampai ke kampung. Masa kebvmi tu banyak sangat drama yang berlaku, tapi hati aku dah kosong untuk rasa sentap dan sedih oleh manusia – manusia agamawan yang lidah set4jam pis4u cuba nak Iukakan hati aku dan adik – adik perempuan aku.

Tapi sebab jiwa aku dah kosong, aku dah tak mampu nak menangis. Adik – adik aku jer menangis, tapi aku tak menangis langsung. Habis urusan pengkebvmian, aku balik asrama dan aku banyak diam.

Kawan – kawan aku ramai tak tahu pun aku balik kampung sebab bapak aku meningggaI. Diorang mula – mula ingat aku travel sebab ada freelance job. Lagipun waktu tu semua sibuk untuk final exam dan ada yang dah kena prepare untuk cari tempat praktikal. Jadi semua sibuk.

Aku waktu ni memang keseorangan dan aku selesa bersendiri. Aku mula tak sedar aku lama duduk temenung dalam bilik berjam – jam, dan waktu ni lah salah seorang housemate aku, budak oversea yang aku tak berapa rapat dan aku gelarkan dia Beth.

Beth beranikan diri masuk bilik aku dan tanya kenapa aku nampak sedih. Dia tanya aku, what happen? dan dua soalan n tu mengubah hidup aku. Masa tu aku tanya dia balik dan bunyinya lebih kurang begini, “aku tak faham tentang sesuatu. Tapi tak ada orang boleh jawap soalan aku.”

Lepas tu dia pandang tepat wajah aku sambil tanya apa soalan yang aku nak tahu sangat tu dan aku pun jawap, “Kenapa tuhan tak dengar doa aku. Aku selalu berdoa tapi kenapa doa aku tak termakbul.”

Lepas tu perlahan Beth jawap, “Bayangkan bila awak lapar, awak berdoa siang malam minta makanan dengan tuhan, tapi tuhan tidak bagi awak makanan, sebaliknya, Tuhan bagi awak air sebab tuhan tahu bahawa badan awak lebih memerIukan air dari makanan, jadi jangan pernah berfikir tuhan tidak pernah mendengar doa awak….”

Kata – kata ini bunyinya sangat cliché dan selalu kita dengar, tapi percaya atau tidak, kata – kata tu ibarat satu tamp4ran pada aku, mengubah cara pemikiran aku. Ajar aku supaya sentiasa bersangka baik dengan tuhan.

Dan jawapan Beth tu juga menjawap persoalan aku yang dah lama menghantui aku bertahun – tahun. Aku pernah berusaha dan bermimpi untuk dapat sesuatu tu yang aku inginkan dengan cara yang adil.

Tapi aku tak faham kenapa endingnya orang yang tak berusaha langsung tiba – tiba boleh dapat benda yang aku nak dengan cara mudah. ” Jawapannya mudah saja, Allah s.w.t maha mengetahui sesuatu yang kita tidak ketahui. Boleh jadi perkara yang kita mahukan itu tidak baik untuk diri kita.

Jadi selepas itu, aku mula perlahan – lahan belajar untuk redha walaupun aku ambil masa lima tahun untuk benar – benar maafkan bapak dan diri aku sendiri. Sebab aku melalui fasa zaman kanak – kanak yang tidak selayaknya aku dapat.

Pendekkan cerita, lepas Beth cakap macam tu aku terus tersedar dan aku pandang Beth dan Beth pandang aku sambil senyum ikhlas, sama maca nenek Wan. Jadi lepas tu perlahan – lahan aku bangun solat hajat dan aku fokus untuk final exam esoknya.

Sampai sekarang sebenarnya aku tak tahu kenapa Beth yang tak rapat dengan aku tiba – tiba boleh tegur aku macam tu tapi aku berterima kasih sangat dengan Beth. Semoga Beth diberi hidayah dan kebahagian dunia akhir4t.

Aku habiskan projek akhir aku dengan cemerlang, lepas tu praktikal dan alhamdulilah dapat kerja sesuai dengan jurusan aku belajar. Aku juga selalu berpeluang ke luar Negara atas urusan kerja.

Aku berjaya beli rumah idaman aku dan aku gembira dengan keluarga aku. Aku enjoy dan bersyukur setiap saat yang aku masih bernyawa hidup. Dan aku juga sangat bersyukur akhirnya aku dapat suami yang baik bertanggungjawab, dan keluarga yang bahagia.

Hubungan aku dan adik lelaki aku juga sem4kin hari sem4kin baik. Maaf andai penulisan aku panjang dan agak meleret. Tapi ketahuilah, peny4kit mentaI ini benar – benar serius. Dan ingat la, cintailah Allah no 1 dan dirimu no 2 yea.

Sebab sebelum kamu mahu menyayangi mana – mana manusia pun di dunia ini termasuk ibu bapa mu sendiri. Ingat dua perkara tu Allah dan diri kita sendiri. Sebab yang menentukan pengakhiran hidup kita adalah Allah s.w.t Dan diri kita sendiri. Sekian… – J. Beth (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Inna NurSyuhada Rahman : Terima kasih Puan atas perkongsian. Kita selalu mencari jalan keluar setiap kesulitan sendiri. Kita lupa yang kesulitan itu pun dari Allah dan dari Dia juga akan ada jalan keluar.

Melalui Beth puan jumpa jalan keluar. Dan daripada puan, ada yang nampak cahaya dalam kegelapan. Saya salah seorang. Tahniah puan. Semoga puan bahagia dunia dan akhir4t. Cintailah Allah dan diri sendiri sebelum mencintai yang lain. Will do. Inshaa Allah.

Rosjusuziana Jumaat Ali : Alhamdulillah. Selalu kita pandang apa yang kita hilang tapi kita lupa apa yang kita peroleh. Bagusnya confessor yang tidak ada fikiran untuk membaIas kembali perbuatan buruk orang lain. Kadang – kadang kemaafan itu adalah pembaIasan dend4m yang terindah.

Zainyrah Azyz : Hebat ujian dia.. Alhamdulillah dia kuat, walaupun ramai sangat manusia t0ksik sekeliling dia, tapi masih ada yang baik. Nenek wan dan kawan – kawan dia, kawan universiti dia, kawan kerja dia. Tahniah puan dapat sembuh dan bahagia akhirnya. “Maka nikmat Allah yang mana kamu dustakan..”

Nur Shahira : Baca sambil harap janganlah cerita terg4ntung. Dan puas hati sangat dengan ending. Awak memang kuat dan part paling suka bila belajar pert4hanan diri untuk def3nd diri sendiri. Sebab tak semua perempuan sempat fikir ke arah situ bila dalam tekanan. Kerana terlalu layan perasaan.

Junie Rahman : Tahniah tt, saudari berjaya menempuhi dugaan kehidupan yang sangat menc4bar. Saudari juga sebenarnya seorang yang sangat kuat. Pend3ritaan saudari yang dulu adalah penentu kejayaan saudari pada hari ini..

Semoga tulisan saudari menjadi suntikan semangat untuk mereka di luar sana yang sedang men3mpuhi dugaan yang berat. InshaaAllah, aamiin