Walaupun aku tahu suami tak mampu, kerja kerajaan Gred N19, aku bagi dia kahwin lain. Tapi janda tu tak nak bermadu maka aku plak yang jadi janda. Aku nekad tuntut hak anak – anak, aku minta RM780 sebulan, sekali bekas mertua call marah kata aku kikis duit anak dia..
#Foto sekadar hiasan. Aku adalah salah seorang isteri yang termasuk dalam statistik mahkamah syariah yang diceraikan oleh suami. Suami aku sakan bercinta dengan janda anak satu, dan sibuk nak bernikah dengan janda tu.
Bila sibuk bercinta memang suami abaikan aku dan anak – anak. Setelah kisah curang suami terkant0i aku izinkan suami berkahwin satu lagi walaupun dia tak mampu pun bermadu. Dengan jawatan yang disandang N19 dan janda tu tolak sekerasnya cadangan aku untuk berkongsi kasih. Tak mahu berkongsi katanya.
Maka aku dan anak – anaklah yang jadi m4ngsa k0rban percintaan mereka berdua. Aku yang dijandakan. Maka aku teruskan kehidupan menyandang gelaran ibu tunggal anak dua yang berusia tiga tahun dan 6 tahun. Hak penjagaan anak – anak aku yang dapat.
Seperti yang sedia maklum, kita pasti ada komitmen loan rumah, komitmen loan kereta, komitmen perbelanjaan rumah. Dari segi financial memang ketat. Ikutkan memang sepanjang perkahwinan memang belanja rumah, belanja anak aku yang cover. Suami bayar bil utiliti sahaja.
Jadi aku buat permohonan nafkah anak – anak di mahkamah syariah. Melenting suami, termasuklah bekas mak mentua yang call m4ki – m4ki kata aku ni perempuan pisau cukur, macam – macamlah tohmahan yang aku dapat.
Aku hanya tuntut hak anak – anak aku. Anak tiri dia boleh bela dan tanggung plak, takkan makan pakai anak – anak aku d4rah daging dia sendiri lepas tangan. Kalau dia tak nak bertanggungjawab aku tuntut kat w4ris – w4ris je.
Aku bukan buat tuntutan b0doh pun. Aku buat list, yuran pengasuh anak umur 3 tahun RM400, Yuran sekolah anak umur 6 tahun RM300 sampai petang. Aku try apply pra kemas tak dapat sebab nak jimat duit. Tak dapat.
Duit susu anak 3 tahun susu 900 gram 25* 4= RM100, medical card anak untuk dua orang RM360. Duit belanja makan anak sehari breakfast + lunch + dinner RM20 sehari* 10 hari = RM200 seorang. Total RM1560 (bahagi dua aku dan bapa anak-anak): Jumlah tuntutan sebulan = RM780 untuk dua orang anak.
Ini pun tohmah aku macam – macam. Aku tak tuntut pun baju raya anak – anak. Seluar baju harian anak – anak yang sem4kin membesar. Kasut, selipar. Selipar pun paling murah RM25 pun aku tak tuntut. Aku tak tuntut duit pendaftaran tadika anak aku yang sulung setahun RM1000.
Duit makan anak pun aku tuntut lump sum breakfast, lunch, dinner untuk 10 hari je dalam sebulan. Pun tohmah aku macam – macam. Pensil anak boleh beli sekotak RM2.40 kat kedai eco pun dia tak terbeli. Daripada aku tak nak tuntut hak aku sebelum, aku dah cakap kat lawyer JBG nak buat tuntutan tunggakan nafkah, tuntutan harta sepencarian (kalau ada la), dan tuntutan lain – lain yang boleh aku tuntut, aku akan tuntut.
Rumah aku duduk sekarang aku beli sebelum kahwin. Dah la curangi aku, jandakan aku plak. Sekali mak dia dok m4ki aku kata macam – macam. Aku dah tak tahan, dari aku ada empathi hilang dah sifat ihsan aku. Aku akan tuntut hak aku dan anak – anak.
Biarlah ko nak tinggal apa pun. Ko bina bahagia atas kedukaan kami anak beranak. Ko h1na, tindas kami. Nafikan hak kami. Anak s4kit demam pun takde jenguk anak. Yang bercerainya kita suami isteri, kenapa layan anak macam tu???
Lagi nak h1na wanita yang teraniaaya, bila kami tuntut hak kami. Gelarkan kami pis4u cukur, jaIang, betina garik, tak tahu jaga laki. Maknya tu siap tohmah, “anak kau bukan kau jaga sendiri, banyak sangat halnya nak minta duit meh aku jaga!” Macam tu dik4tanya.
Ikut logik pun dah nama aku bekerja, dalam tempoh perkahwinan pun anak – anak hantar pengasuh. Dah kene cerai takkan nak angkut anak pergi tempat kerja?? Dah tu tak kerja siapa nak bagi duit teruskan kehidupan??? Memang tak la aku nak serahkan anak aku pada manusia yang sangat t0ksik.
Str3ss!!!! Orang nak kahwin, awak nak kahwin. Dah kahwin ada anak awak abaikan anak isteri. Pentingkan diri sendiri. Puas bertolak ansur. Bright side terlepas dari hidup makan hati, makan diri sampai ke tua. Alhamdulillah… Doakan aku dipermudahkan segala urusan. – Fiona (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nia Kazar : Tuntut SEMUAAAA yang boleh dituntut sebab m4kin besar m4kin banyak keperluan. Masa tu nanti dah leceh kalau nak revise tuntutan. Perlu duit kalau nak bicara lagi. So tuntut sekarang terus. Tuntut je duit baju sekolah.. raya.. buku – buku. Sekurang – kurangnya yang dapat sekarang boleh simpan jimat cermat untuk masa depan sebab masa depan jangan harap dia nak tambah bagi duit.
Nurul Hidayah Abd Latip : Anak dia yang curang, puan pulak dik4takan pis4u cukur. Dia patutnya tau, tu tanggungjawab anak dia dan ahli keluarga sebeIah ayah yang menanggung nafkah anak – anak. Kalau tak buat apa jadi wali.
Tuntut je semua yang puan patut tuntut. Abaikan apa mereka nak kata. Sebelum curang tu patutnya fikir akibatnya. Kalau cari skandal yang lebih kaya takpe juga. Ni sama je, sibuk nak menanggung anak orang lain, anak – anak sendiri terabai. Ni yang orang kata kera di hutan disusukan, anak di rumah m4ti kelaparan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.