Aku marah ayah sebab terlalu manjakan adik. Bila aku bagitahu ayah yang adik buat benda tak elok, ayah kata aku d3ngki dan kata aku anak derh4ka. Satu hari kebenaran terbukti bila adik kena tahan polis masa sekatan jalan raya..
#Foto sekadar hiasan. Aku berumur 40-an, dilahirkan pada tahun 70an. Aku anak yang ke 5 dari 7 orang adik beradik. Zaman aku kecil boleh dik4takan hidup aku susah. Aku cuma anak seorang peneroka getah di tanah rancangan felda.
Almaklumlah tanah baru buka banyak kemudahan asas masih belum ada. Dalam umur aku 8 tahun aku sudah masuk kebun getah menolong orang tuaku men0reh getah. Pergi seawal 6 pagi dan balik dah dekat tengahari.
Ada masanya pergi naik motor honda cub seramai 5 orang dan ada kalanya aku berlari ke kebun getah yang sejauh 5km dari rumah. Bayangkan naik motor 5 orang dengan keadaan jalan yang berlubang – lubang dan berbukit.
Aku lebih suka berlari dan berjalan ke kebun. Zaman sekolah aku boleh dik4takan susahlah juga. Pergi sekolah jalan masih tanah merah sejauh 3km bayangkan jika hujan, becak dah tentu. Kedaaan ini aku h4rungi selama 7 tahun dari tadika hingga darjah 6.
Naik tingkatan 1 susah cara lain pulak aku hadapi. Sebelum ke sekolah aku ke kebun getah dahulu menolong orang tua men0reh, ini kerana aku bersekolah sesi petang. Sebelum jam 11 aku balik ke rumah masak bekal nasi berlauk telur sendiri untuk bekal dan bersiap – siap nak ke sekolah menengah pulak.
Aku ke sekolah dengan bau getah yang semerbak harum, aah lantaklah! Walaupun kadang – kadang aku malu dengan kawan – kawan sekolah. Aku di sekolah tidaklah bijak sangat, bolehlah. Dari kecil aku ni tak suka duduk diam ada je benda aku buat untuk mengisi masa lapang.
Dari umur aku seawal 12 tahun aku dah pandai membaiki peralatan elektrik yang simple – simple aje la. Walaupun aku tak belajar lagi asas elektrik. Naik tingkatan 4, aku memohon masuk sekolah vokasional bahagian Elektrik.
Alhamdulillah permohonan aku lulus sebab keputvsan PMR aku boleh lah agak cermerlang. Tamat tingkatan 5 aku tak duduk diam, merata aku cari kerja dari men0reh hinggalah kerja kilang. Dengan bermodalkan 100 ringgit aku merantau ke Shah Alam mencari kerja.
1 minggu di Shah Alam tak dapat kerja aku balik Jengka men0reh balik mencari modal untuk cari kerja ke Perak pulak. Di Perak aku duduk dengan mak long aku dan bekerja di Perai di kilang ubat nyamuk fum4kila.
Aku kerja selama 4 bulan aje sebab aku ingin mencari kerja yang lebih baik. Aku tidak menyambung pelajaran kerana aku tahu orang tua aku susah dan masih menanggung abang sulung aku di universiti.
Selama abang aku belajar banyak barang kemas emak aku masuk ke pajak gadai dan ke sana ke mari meminjam duit dengan sanak saud4ra. Nasib aku baik, aku berjaya dalam permohonan menjadi T3ntera Laut sebagai Technician Elektrik dan Senj4ta.
Dan bermulalah kehidupan aku sebagai t3ntera laut selama 21 tahun. Selama 21 tahun inilah aku membina kerjaya dan mengumpul harta serta keluarga kecil aku. Allhamdulillah sekarang sudah 5 tahun aku bersara dari perkhidmatan.
Aku berkahwin seawal umur 21 tahun dengan gadis sebaya aku, anak maklong sebeIah emak aku. Aku bertuah memiliki isteri yang memahami dan sanggup susah senang dengan aku. Walaupun gaji aku tidak besar, dia sentiasa ada dengan aku.
Dari gaji RM400 sebulan sehinggalah RM4000 sebulan. Allahamdulillah kami tak pernah meminjam duit nak makan dan membeli keperluan anak – anak. Lupa pulak nak cerita aku ada lagi 2 orang adik bawah pada aku, seorang lelaki dan seorang perermpuan.
Inilah sebenarnya cerita yang aku nak luahkan. MeIeret – Ieret pulak aku cerita pasal aku. Ceritanya begini adik lelaki aku ini anak kesayangan mak dan ayah aku, apa je yang dia nak mak dengan ayah aku ikutkan.
Adik perempuan bongsu aku tak lah semanja macam dia ni. Sejak dari kecik aku dan dia selalu je berg4duh dan akhirnya akulah yang akan dit4mpar dengan ayahku walaupun puncanya dari dia. Dia ni suka meIaram dan berIagak dengan barang orang lain.
Dan aku pulak jenis cepat marah dan cakap direct je kalau aku rasa tak betul dan tak suka. Sebab tulah agaknya dalam keluarga aku adik beradik takut dengan aku. Sebab aku garang, dia ni apa yang tak dapat, nak kawin dapat, nak kereta dapat, sampaikan belanja anak bini dia pun orang tua aku tolong lagi hingga la sekarang.
Ini lah yang aku marah sangat dengan dia ni tak habis – habis menyusahkan mak dan ayah aku. Belanja dapur tak pernah beli, bil – bil tak pernah bayar, duduk free je kat rumah ayah aku walaupun Astro, bil api air dia guna anak beranak.
Sampaikan ayah aku sanggup buat bilik asing di sebeIah rumah dia sendiri sebab nak senangkan dia anak beranak. Pernah aku bersuara pada ayah aku perihal dia ni yang suka meminjam duit dengan orang dan abang dan kakak ipar aku.
Dia juga pernah duduk menumpang rumah ipar dia dan perkara yang sama juga dia buat, Belanja rumah tak pernah tolong, bayaran bil – bil pun tak bayar duduk free aje. Bila aku suarakan benda ni dekat ayah aku.
Ipar dia pulak yang kena marah dengan ayah aku. Selama ini mana pergi duit gaji dia yang dia kerja sesen pun tak bagi. Malah tak cukup dan meminjam dan meminta dengan ayah aku lagi ada lah. Selidik punya selidik baru aku tahu yang dia ni ada mengisap.
Bila aku sampaikan pada mak aku mak dengan ayah aku tak percaya. Siap kata aku berd3ngki dengan anak kesayangan dia. Kemuncaknya pada hari raya ke 2 pada tahun 2008 aku g4duh besar dengan ayah aku.
Sampai dia kata aku anak derh4ka, aku marah sebab dia terlalu manjakan anak dia dan tak kisahkan apa yang anak – anak lain rasa. Lepas g4duh tu aku minta ampun dan maaf dengan ayah dengan mak aku. Dan aku terus balik ke rumah aku di Perak.
Sejak dari hari itu lah aku tak balik ke rumah ayah aku hampir tiap kali raya selama lebih kurang 6 tahun, aku lebih selesa beraya di rumah sendiri takut perkara sama berulang lagi. Walaupun aku tak balik aku ada juga telefon tanya khabar dan masukan duit belanja.
Walaupun aku dah dicop anak derh4ka aku tetap jalankan tanggungjawab aku sebagai anak, ayah aku mengidap k3ncing manis dan kakinya terp4ksa dip0tong akulah yang menjaga dan merawatnya di rumah aku sehingga sembuh.
Dan dalam tempoh menjaga ayah aku, adik aku tetap meminta duit dari ayah aku kononnya nak bayar bil astro dan bil api air di rumah orang tua aku yang dia duduk tu. Apalagi aku pun telefon la marah dekat dia.
Mak aku terint4i – int4i dan pasang telinga apa aku marahkan anak kesayangan dia. Aku kat luar rumah masa telefon tu. Sudahnya tak berani ayah aku suruh aku masukkan duit kat anak kesayangan dia, tapi disuruhnya anak buah aku masukkan diam – diam tanpa pengetahuan aku.
Kebenaran terbukti dan apa yang aku sampaikan benar apabila adik aku terkant0i semasa pemeriksaan rambang pihak polis di sekatan jalanraya. Benda ni aku dapat tahu pun masa aku jemput orang tua aku di rumah abang sulung aku nak hantar dia orang balik ke felda.
Nah malu alah ayah ngan mak aku dengan aku, senyap seribu bahasa tak sebut pun pasal anak dia. Patut la nak balik awal dari rumah abang aku. Abang tak dapat hantar orang tua aku balik sebab dia sibuk budak – budak nak exam SPM katanya.
Abang dan kakak ipar aku ni cikgu yer. Orang tua aku tak sabar nak balik nak jamin anak dia keluar tapi tak cerita kata kau sebab nak balik awal. Aku dapat tahu pun sebab kakak ipar bagi tahu. Sampai sekarang orang tua aku macam malu alah dengan aku.
Sebab apa yang aku beri tahu dan tegur dia orang tak percaya. Sekarang aku masih macam ni jalankan tanggungjawab sebagai anak walaupun aku jarang balik ke felda. Tiap – tiap bulan aku kirimkan duit diam – diam masukkan ke dalam akaun ayah aku.
Kalau adik aku tahu tentu dia minta duit dari orang tua aku. Di sini aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa sebagai anak yang dibeza – bezakan. Anak yang tu disayang lebih, anak yang di sini biasa- biasa aje sampai dicop anak derh4ka.
Sekarang aku dah malas ambil port dengan adik aku lantaklah dia dengan cara dia aku dengan cara aku. Semoga orang tua aku sedar apa yang dia orang buat itu salah dan tidak adil pada anak – anak yang lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.