Kakak suruh mak tipu polis ckp badan Adam Iuka kena ranting pokok masa masuk kebun

Dari kecik mak jaga Adam, tapi bila dah umur 6 tahun kakak dan abang ipar nak jaga balik anak diorang. Aku ingat lagi, Adam tiba – tiba menggigiI bila dapat tahu kakak dan abg ipar nak datang ambil. Suatu hari kami dapat tahu Adam diser4ng s4wan, 2 hari dia k0ma dan akhirnya dia pergi..

#Foto sekadar hiasan. Masalah yang aku dan keluarga aIami ni dah hampir 15 tahun. Cerita aku agak panjang. Cerita yang aku pend4m sekian lamanya. Aku ada 5 adik beradik yang semuanya telah berkahwin.

2 lelaki dan 3 perempuan. Aku yang bongsu belum berkahwin kini berumur lingkungan 30-an dan tinggal dengan mak abah. Masalah bermula masa aku berumur 18 tahun, di mana akak ke-empat berkahwin.

Kak Nor berkahwin dengan suaminya, Mi disebabkan sudah terIanjur dan sudah mempunyai seorang anak. Mi tiada pekerjaan tetap. Kerja berhenti kerja berhenti. Disebabkan per4ngai dia yang panas baran.

Perkahwinan diorang pun mak dan adik beradik yang tanggung. Semenjak kahwin, diorang duduk sendiri. Tetapi hampir 99% perbelanjaan ditanggung oleh mak dan abah. Belanja tak pernah cukup. Duit makan, pakai, kenderaan rosak, anak s4kit, semuanya ditangung.

Selepas berkahwin, diorang dikurniakan seorang anak lelaki. Mak dan abah ambil keputvsan untuk membeIanya memandangkan Kak Nor baru berpindah ke Selangor mendapat kerja baru. Anak ‘sulong’ dijaga oleh mereka.

Suaminya tak tahu kerja apa. Kerja atau tak kami tak pernah tau. Bila ditanya, Kak Nor selalu cakap kerja. Kak Nor selalu minta duit kat mak dan abah. Bising – bising macam mana pun mak tetap akan bagi. Perbelanjaan anak memang tak pernah diberi.

Keluarga pihak lelaki juga tidak membantu sebanyak mana yang mak dan abah bantu. 2 hari sekali mak akan masukkan RM50. Hampir tiap hari Kak Nor akan minta duit. Kak long, Angah, abang uda kadang – kadang ada juga membantu mak.

Aku masih belajar masa tu. Kami bagi peluang diorang untuk bina kehidupan. Tapi masalah ni dah berlarutan lebih 5 tahun. Tiap – tiap hari nak duit tak kira masa. Masa aku belajar pun, Kak Nor sering mesej nak duit.

Malam – malam aku ke pekan semata – mata dia perIukan duit. Suaminya, Mi seperti tiada rasa bersalah dengan sikap dia. Bila balik kampung, buat macam tak buat salah. Beramah mesra dengan abang dan kakak tapi kami memang takde hati nak bercakap.

Adik beradik lain pun jenis tak suka bercakap banyak, Apetah lagi menegur pera4ngai diorang. Nak balik kampung mintak duit perjalanan. Balik pun mintak. Pernah satu hari, Mi mesej mengatakan dia suka tengok rambut aku.

Aku jadi geram, menyampah dan marah – marah dia. Mi jadi marah dan konon mengugvt nak bakar kereta, berIagak kononnya dia ada k0nco yang boleh cari aku kat mana. Aku langsung tak takut. Tapi benda ni buat aku serabut lagi aku masih belajar sampai terp4ksa off hp.

Start dari itu, aku sangat benci suami Kak Nor. Kak Nor masih lagi dengan sikap dia yang suka meminta – minta. Jika tak bagi, dia sanggup telefon berpuluh – puluh kali. Walaupun mak cakap tak ade duit, dia tetap meminta.

Dia tau mak akan minta pada anak – anak lain. Tapi mak kalau boleh tak nak minta. Kak Nor menangis – nangis perIukan duit. Yang menjadikan aku tambah marah, dia hamil selepas anak yang dijaga mak. Kalau dia tanggung semua perbelanjaan takpe.

Mak yang tanggung. Anak rezeki? Tetapi mak bapak sendiri tak tau nak cari rezeki nak tampung anak bakal lahir. Anak ke-3 ni dijaga oleh mertua dia. Tapi kehidupan dia kat Selangor masih ditanggung mak dan abah.

Selepas setahun hamil lagi. Buatkan mak marah tak pandai merancang. Kini dia mempunyai 6 orang anak. Sekarang sehari RM50 memang tak lepas. Bayangkan did4rab dengan 25 hari, kami semua menanggung hampir RM1000 lebih.

Perbelanjaan tu tak termasuk kereta rosak, anak s4kit, Bil utiliti tak bayar. Ada suami tak berguna. Dijadikan cerita mak dan abah nak tunaikan haji. Cucu yang mak beIa bernama Adam terp4ksa diserah pada Kak Nor memandangkan tiada yang boleh jaga.

Aku bekerja. Adam tak nak sebab sepanjang 4 tahun, Kak Nor dan suami jarang balik kampung. Kalau balik kampung kami yang tanggung pergi balik. Tapi mak terp4ksa juga serah Adam pada diorang. Sepanjang Adam di sana aku sentiasa fikirkan dia.

Cukup makan tak. Dijaga baik tak. Sepanjang mak dan abah kat Mekah, aku yang hulurkan duit walaupun terp4ksa. Kadang – kadang aku tension juga, aku tak bagi, aku suruh dia berjimat. Tak akan semua aku nak tanggung.

Dia ada suami kan? Sampai ada suatu hari, suami dia call aku m4ki – m4ki sebab buatkan Kak Nor str3ss, pening kepala, tak lalu makan. Aku jadi beng4ng sebab kenapa aku disalahkan sedangkan kau sebagai suami tak jalankan tanggungjawab dengan betul.

Kata – kata lain yang aku ingat. “Kau tengoklah kalau aku dah kaya, aku tak akan cari korang”. BerIagaknya dia pada benda yang tak jadi lagi. Adam sekolah tadika di kampung. Bila mak dan abah balik dari haji, diorang kata diorang nak beIa Adam.

Jadi Adam disekolahkan di sana. Bila mak nak jaga, suami dia tak bagi. BerIagak macam dia jaga anak dengan betul tapi perbelanjaan masih mak dan abah yang bagi. Yuran sekolah anak sulong dan Adam abah yang bayar.

Kami pernah ke rumahnya, Terk3jut kami isi rumah macam orang berkemampuan. Led Tv saiz 40”, Set home theatre speaker. Astro full set. Rumah dipasang air cond. Motor sebiji. Semua atas nama akak. Bila di tanya, bayar ansuran, murah saja.

Murah tu siapa yang bayar? Kami.. Ye.. bagi keluarga yang berkemampuan, tiada masalah. Tapi bukan keluarga dia. Kereta sebelum ini sudah dibeli 2nd hand. Tapi kereta import bernilai 20k secara tunai. Kak Nor membuat pinjaman koperasi (penjawat awam).

Pendek kata diorang hidup mewah atau berIagak mewah. Kereta asyik rosak dan kami yang tanggung. Adam pernah dimasukkan ke hospitaI disebabkan pembedahan ap3ndiks. Doktor yang merawat dapat kesan bekas puntung r0kok pada kaki Adam dan laporkan ke pihak polis.

Kak Nor menghubungi mak dan mengatakan jika ada polis bertanyakan hal ini, Kak Nor menyuruh mak menipu dan jawab Adam dapat kesan Iuka dari terkena ranting pokok – pokok semasa mengikut abah ke kebun.

Luluhnya hati aku dengar bila mak bercerita balik kat aku, tapi mak tetap juga ikut apa yang Kak Nor suruh. Bila cuti sekolah, Kak Nor dan suami hantar Adam ke kampung. Boleh tengok kat muka dia, dia happy sangat.

Tapi tengok ada kesan bir4t kat badan dia. Muka Iebam. Bila ditanya, katanya jatuh, main dengan abang. Budak umur 7 tahun pandai tipu mungkin diugvt. Sampai akak ipar, Kak lin (isteri abang uda) tanya senyap – senyap dengan Adam, baru dia cakap abah (panggiIan kepda mi) pukuI dan tumbvk.

Subhanallah. Kami tak dapat buat apa – apa sebab mak dan abah tak nak buat tindakan apa – apa dek terlalu memikirkan maru4h dan nasib Kak Nor. Habis cuti sekolah, mak dan abah menghantar Adam separuh jalan, dan Kak Nor dan suami jemput separuh jalan, kami berjumpa di tepi jalan.

Adam tak tahu yang dia akan dihantar pulang. Hari tu adalah hari yang paling aku tak akan lupa sampai bila – bila. Kami sampai dulu tunggu di tepi jalan. Kemudian kereta Kak Nor sampai. Adam yang tadinya happy bermain dalam kereta jadi tak keruan, menggigiI.

Asyik cakap tak nak, tak nak balik. Aku tau kenapa dia tak nak. Aku tak turun dari dalam kereta. Aku buka tingkap, terus tanya pada Mi yang tengah berdiri tepi pintu kereta. “Kenapa Adam ni takut sangat? Kau buat apa hah dengan dia?”

Air muka Mi dah berubah dan bersuara, “kau cakap apa?. Aku terus tanya lagi. ”Kau buat apa dengan Adam sampai dia takut dengan kau?” Terus dia tumbvk aku, hanya sebab aku tanya soalan macam tu.

Hidung dan gigi aku berd4rah. Abah terk3jut turun dan men4mpar dia. Kak Nor cuba tarik Mi yang cuba sekali lagi nak tumbvk aku. Aku sangat marah sebab aku tak dapat buat apa – apa. Lagi tempat awam. Adam ditarik keluar dan diorang berlalu pergi.

Hal ni tak seorang adik beradik aku yang tahu sebab mak tak benarkan aku bagitau. Aku sangat beng4ng. Aku anak yang selalu men3ngking mak abah aku. Semua berpunca dari Kak Nor dan Mi. Benda sama berlaku tiap hari.

Suatu hari, mak dapat tahu Adam masuh hospitaI sebab kaki patah, bermain – main kat sekolah. Kami tak melawat sebab fikirkan Adam hanya patah kaki dengan aku yang tak tahu sangat jalan ke sana. Selepas beberapa hari, Kak Nor telefon mengatakan Adam diser4ng s4wan dan menyebabkan dia k0ma.

Allahuakbar. Kak long dan suami terus menghantar mak dan abah ke hospitaI. Mak tinggal di sana manakala abah ikut kak long balik. Selepas 2 hari k0ma, Adam disahkan meningg4I dunia. Dia dikebvmikan di kampung mertua Kak Nor.

Buat kali pertama selepas 10 tahun, aku memeIuk Kak Nor. Aku fikirkan benda ni jadi pengajaran untuk dia. Tapi dia dengan per4ngai lama suka meminta-minta. Sentiasa menyembunyikan apa saja yang suaminya buat.

Sampai sekarang tak tahu Mi kerja atau tidak. Beranak dan beranak lagi. Selama 10-12 tahun, angah dan bang uda aku tak pernah secara langsung terkesan dengan per4ngai Kak Nor. Diorang tahu apa yang jadi tapi diorang tak merasai perasaan tiap – tiap hari diganggu bunyi panggiIan telefon minta duit walaupun kata takde duit.

Bukan diorang tak bantu. Diorang tiap bulan bagi duit kat mak dan abah. Dengan duit tu juga mak dan abah hulur pada Kak Nor walaupun tak cukup. Selebihnya mak dan abah tanggung. Dengan gaji aku yang tak sampai 2k, aku hanya boleh tampung perbelanjaan rumah dan komitmen yang aku ada.

Aku str3ss, aku tak tahu nak luah kat sape. Bila aku cerita kat adik beradik, akak ipar. Diorang hanya cakap sabarlah. Aku jadi geram sebab adik beradik lain tak membantu dari segi em0si aku. Aku saja yang selalu men3ngking herdik mak aku sebab bagi muka kat Kak Nor.

Mem4ki hamun Kak Nor sampai aku dik4takan adik kurang ajar, tiada rasa hormat pada kakak oleh suaminya yang tak pernah ada rasa tanggungjawab langsung. Aku str3ss. Kak long paling banyak membantu mak.

Kak long mempunyai pekerjaan yang bagus, tetapi dia juga ada keluarga dan dia tetap membantu hulurkan duit kat mak jika maka minta dengan jawapan sebab sayangkan mak. Pernah juga suami Kak Nor ditahan reman atas sebab berg4duh dengan orang.

Mak juga pernah dihamun dengan bahasa kesat oleh suaminya sebab dik4takan tak nak menjamin Mi keluar. Akak terp4ksa mendahuIukan hampir 4k untuk menjamin suami Kak Nor. Mak pula yang membayar kepada akak sedikit demi sedikit bagi tak nak membebankan kaklong walaupun tak banyak.

Aku str3ss. Aku tak dapat nak tolong apa – apa. Apatah lagi nak minta apa – apa. Kadang – kadang aku juga memerIukan duit tapi aku segan nak minta tolong / pinjam kepada kak long memandangkan dia dah keluarkan duit yang banyak untuk Kak Nor.

Semua komitmen aku bayar sendiri. Sejak 1-2 tahun ni sahaja, Kak Nor dah berani whatsapp kak long, angah dan abang uda. Minta duit tak kira masa. Mereka jadi tension. Macam tu lah aku rasa bila telefon tak henti – henti bunyi.

Jantung aku sentiasa berdegup kencang. Sampaikan aku dah block nombor Kak Nor. Angah dan abang uda serin berg4duh dengan isteri masing – masing. Ini bukan membantu tapi dah tahap menanggung. Siapa saja tak tahan.

Aku memang tak boleh terima ayat bila orang kat, daripada tolong orang luar, baik tolong adik beradik sendiri. Patut ke Kak Nor dibantu sampai macam tu. Pernah disuruh meminta cerai dengan suami. Tapi dia bagitau suaminya mak minta Kak Nor bercerai.

Suami dia cakap ”sampai m4ti pun aku takkan lepaskan Nor”. Aku tak paham kenapa Kak Nor pun terlalu b0doh memberitahu suaminya. Kak Nor juga sudah seringkali menipu perIukan duit. Kata anak s4kit tapi tidak.

Banyak lagi alasan. Walaupun kant0i banyak kali, mak tetap menghulurkan duit. Bila anak – anak bagi nasihat, mak kata kalau tak kita tolong, siapa lagi nak tolong. Aku amat tak bersetuju dengan jawapan mak. Aku duduk serumah dengan mak abah.

Jadi aku yang selalu berg4duh dengan mak. Aku betul – betul tak tahan. Akak – akak ipar pun pernah hampir bvnvh diri disebabkan tekanan perasaan disebabkan Kak Nor selalu mengganggu diorang. Bukan niat nak buang Kak Nor dari keluarga tapi kita nak ajar Kak Nor supaya sedar dengan perbuatan dia.

Aku pernah saja cakap kat mak. Lepas mak abah tak ade, siape nak tanggung dia? Dia tak sanggup bercerai dengan suami tak guna, mak nak tengok ke keluarga lain yang bercerai berai? Tak balik kampung sebab selisih faham dengan mak.

Aku betul – betul tak tahan. Sampai bila nak menanggung keluarga diorang. Kalau bercerai, tiada beza. Sepanjang hidup bersama, semua komitmen atas nama Kak Nor. Rumah atas nama Kak Nor (kuarters kerajaan), motor, kereta atas nama Kak Nor.

S4kit makan minum pun kami tanggung 99%. Hampir setiap hari. Mana pergi gaji bulanan penjawat awam Kak Nor? Suami dia bekerja atau tak. Takkan 50% daripada gaji mereka tak dapat tampung kehidupan mereka?

Tak payah lah hidup bermewah, berIagak mewah depan orang lain tapi semua orang lain yang tanggung. banyak lagi aku nak luah. Aku menangis sorang – sorang. Aku bersyukur juga yang arw4h Adam pergi.

Aku tak dapat bayangkan hidup dia disiksa. Dengan mak pulak lebih fikirkan a1b keluarga dan fikir Kak Nor jika tidak dibantu. Bagi aku, itu bukan caranya. sebab dia tau mak akan sentiasaa tolong dia.

Cerita ni terlalu panjang. Tak cukup untuk aku ceritakan apa yang berlaku sepanjang 15 tahun. Aku tak kisah cerita ini disiarkan atau tidak. Aku cuma nak luahkan perasaan yang terpend4m. Aku tak tahan. Aku boleh giIa.

Aku tak tau aku patut marah dengan Kak Nor atau mak aku sendiri. Abah banyak bertekak dengan mak tapi akhirnya ikut juga cakap mak. Berd0sa aku marah – marah mak aku? Hubungan anak menantu lain pun jadi renggang dengan mak disebabkan Kak Nor.

Masing – masing pendam perasaan. Aku saja yang Iantang bersuara dengan mak. Luahkan apa yang akak dan abang aku rasa. Aku rasa sampai mak dan abah tiada kat dunia ni, Kak Nor tak akan sedar perbuatan dia. Assalamualaikum. – SitiStr3ss (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Haikal Zaman : Ya Allah berilah baIasan keras kepada pelaku yang menyebabkan kem4tian Adam. Berilah juga baIasan setimpal kepada semua ahli keluarga Adam yang langsung tidak meIindungi seorang kanak – kanak yang tidak berdaya. Bukan abang ipar dan kakak je yang berd0sa, satu keluarga ni bersubahat dan berd0sa.

Puan Zuera : Kesian kat Adam. Dah tahu kena d3ra pun masih bagi kat mak dan ayah dia beIa. Adam kata tak nak duk sana, korang pun tak ada inisiatif nak ambil Adam. Terlalu jaga maru4h keluarga sampai cucu meningg4I, anak menantu berg4duh, anak sendiri str3ss tolong akak yang menyusahkan keluarga sendiri.

Diorang bermewah – mewah, anak lain terp4ksa ik4t perut, berg4duh suami isteri nak tolong keluarga kak Nor. Sampai Adam pun meningg4I. Kalau asyik diberi duit, sampai bila pun tak sedar, memang akan guna kan duit korang lah untul kemewahan dan bayar hutang diorang.

Terlalu manjakan kak Nor. Jangan sampai ada ahli keluarga yang bvnvh diri atau bercerai sebab terlalu str3ss, kena tangggung orang lain untuk kehidupan diorang. Block je num Kak Nor. Kemudian buat report polis atas ugvtan Mi dan perbuatan dia kat awak.

Kena terus bertindak, kalau tak memang kak Nor tu akan terus meminta duit kat korang. Mi tu takkan ceraikan kak Nor sebab kak nor penjawat awam, lubuk rezeki dia. Jadi Kak Nor la kena usaha cara untuk berpisah dengan Mi demi masa depan dia dan anak – anak

Siti Zaleha Ummu Hafiz : Kepada confessor, pakat dengan adik beradik jangan bagi duit kepada mak ayah. Sebaliknya beli keperluan dapur secukupnya. Mengenai kem4tian Adam sepatutnya keluarga confessor tidak meIindungi pesalah.

Langsung tiada ehsan buat Adam. Eloklah awak keluar dari rumah mak ayah dan hidup berdikari daripada str3ss diganggu keluarga Kak Nor.

Hannah Serres : Sesak d4da baca. Lagi mengharukan sampai anak meningg4I dunia. Saya tahu tt sangat – sangat tertekan, ditambah lagi mak tt masih terlalu bagi muka walaupun dah 15 tahun. Nak komen lebih – lebih pun tak berani, kalau nak cari jalan keluar semuanya berg4ntung kepada tt, memandangkan tt yang selalu Iantang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.