Dari kecil aku pilih ayah dari ibu, sehinggalah ayah pergi tinggalkan kami dgn muka bengis dan marah

Ayah adalah segala – galanya bagi aku. Aku nak jadi macam ayah. Aku ingat detik itu, masih jelas dalam ingatan aku sehingga ke hari ini, AYAH meninggaIkan kami pergi tanpa menoleh. Bengis dan marah! Saat itu, aku dan kakak mula kerja basuh pinggan untuk cari duit. Kini ayah datang dengan ayat, MAAFKAN AYAH…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan salam sejahtera. Aku doakan kalian sihat dan sentiasa diberkati oleh Pencipta. Andai artikel ini disiarkan. Pinta aku jangan kalian menghakimi aku yang jahiI ini.. Nasihat dan kata – kata semangat aku perIukan untuk meneruskan hari – hari mendatang..

Aku si bongsu dari tiga beradik. Sedari kecil aku amat menyayangi AYAH. Antara ibu dan AYAH, aku memilih AYAH (di masa itu). Bagi aku AYAH sangat memahami aku, manjakan aku dengan semua kehendak aku dan selalu membeIa aku saat ibu berleter panjang.

Aku akan lari kepada AYAH untuk menjadi benteng untuk aku berhadapan dengan garangnya ibu. Di waktu kecil, aku akan menangis untuk mengikuti AYAH ke tempat kerjanya. AYAH aku peniaga KASUT, jadi tiada haIangan untuk AYAH membawa aku ke tempat kerjanya.

Aku ingat lagi, kaki kecil ini melangkah renek mengejar langkah AYAH dan tangan kanan aku memegang tangan AYAH. Sepanjang perjalanan ke bus stop, AYAH akan bercerita dan lirit matanya akan tunduk memandang aku yang renek.

Jika aku penat, AYAH akan mendukung aku ke bahunya (Sump4h aku rindu zaman itu). Sampai sahaja di tempat kerja AYAH.. kerusi malas telah tersedia untuk aku dengan sebungkus air sirap ik4t tepi. Sepanjang hari aku melihat pekerjaan AYAH dan detik itu juga aku ingin menjadi seperti AYAH. SEORANG PENIAGA.

Best tau ikut AYAH pergi kerja sebab bila balik kerja je AYAH akan bawa aku ke kedai buku. Aku beli buku cerita mengikut gambar yang menarik (Baca? masa itu aku baru kenal ABC) cuma kulit buku mewarnai perasaan aku.

Kekadang, bila rezeki AYAH murah. AYAH akan bawa aku ke A&W (zaman itu fast food ini paling fam0us tau). Pagi ahad jam 8.00 (18.04.2004), ketika itu umur aku 13 tahun. hari paling tert4mpar dan detik meIukakan dalam kamus hidup aku.

Masih jelas dalam ingatan aku sehingga ke hari ini, saat perpisahan berlaku. AYAH meninggaIkan kami pergi tanpa menoleh.. b3ngis dan marah. Jiwa aku k0yak dengan drama yang berlaku pagi tu. Hilang semua manis dan kenangan yang lama kami bina.

Atas sebab AYAH tersendiri, barangkali bosan dan sudah ada yang menghiasi hati AYAH. (Orang ketiga itu k3jam!). Bermulalah hari – hari aku dengan dend4m dan kesedihan. Aku murung, banyak persoalan aku tiada jawapan.

AYAH pergi seperti tiada kasih sayang yang terbina. Kami tergapai – gapai membina semula rumah yang hilang tiangnya. Alhamdulillah.. Aku mempunyai abang yang sangat bertanggungjawap, ketika itu abang baru habis SPM.

Impiannya hendak ke menara gading di tangguhkan demi memikul tanggungjawab AYAH. Aku ingat lagi, abang aku menangis di malam hari dan siangnya dia senyum seperti tiada beban yang di rasa. Merintih agar diberi kekuatan untuk melangkah pada hari – hari kedepan.

Demi Ibu dan dua adik perempuannya. Segala jenis pekerjaan dia lakukan, Ibu aku pula seorang suri rumah yang mengambil upah menjahit. Alhamdulillah.. Allah SWT tidak pernah meninggaIkan h4mba – h4mbaNya saat ujian melanda.

Walaupun kami tidak mempunyai AYAH tetapi kami masih merasa cukup dengan Iimpahan rezeki yang diberikan. Aku? bukan seperti rakan seusiaku.. 13 tahun aku mula bekerja part time di katering milik jiran aku.

Menjadi pelayan tetamu di majlis kahwin orang dan membasuh pinggan kotor yang ada. Malu? Entah barangkali kerana RM50 sehari hilang perasaan itu. Sama seperti kakak aku, kami mula bekerja di usia yang muda.

Pelbagai jenis pekerjaan kami lakukan andai ini mampu meringankan beban ibu dan abang, kami rela. Tahun berganti tahun. Kami bertiga sudah dewasa, mempunyai pekerjaan yang boleh membanggakan keluarga.

Jika dahulu.. ada saud4ra menjauh, memandang juga seperti tidak mengenali.. kini, mereka berteriak.. ’dia anak buah ku’. Kelakarkan mainan dunia. Lupa yang kami juga ada perasaan? Lupa kami boleh mengingati setiap kenangan.

Tapi, yang lepas kami biarkan jadi pengajaran untuk kami tidak mengulangi pada insan yang senasib kami dahulu. Aku tidak pernah sesalkan takdir Allah SWT. Bagi aku, hikmah indah Allah SWT dah aturkan pada kami sekeluarga.

Kisah AYAH? BerbeIas tahun aku tidak pernah berjumpa AYAH. Walaupun khabar kewujudannya berdekatan pada rumah yang kami diami dulu. Jiran memberitahu.. eh! aku nampak AYAH kau dekat lorong sebeIah rumah..

Eh! AYAH kau ada dekat sini tadi. Tapi.. AYAH tak singgah pun berjumpa kami. SEDIH? Hati yang k0yak menjadi lopong tanpa jahitan pengubat. BerbeIas tahun.. Hati aku kosong tanpa AYAH. Di awal – awal kesedihan meIanda dahulu, ada terbit rasa rindu pada AYAH.

Muncul kenangan menyapa minda. Tapi, AYAH tak pernah datang merawat rasa itu. Akhirnya, aku seperti anak derh4ka tiada rasa kasih sayang aku pada AYAH dan cuma baki kenangan di atas sahaja mampu aku ungkapkan mengenai AYAH.

Selebihnya.. hilang.. hilang dan lenyap. Jika rakan – rakan aku bertanya di mana AYAH aku? Kenapa tidak pernah mulut aku bercerita pasal AYAH. Jawapan yang mampu aku ungkapkan.. ‘AYAH dah tak ada’. Ada yang mengucapkan Innalillah, ada mengatakan kata – kata maaf.

Sangkaan mereka AYAH aku dah tiada di alam nyata. Aku berd0sa tidak membetulkan kenyataan mereka. Aku diam dan menukar cerita perbualan baru. Itu kesilapan aku dan aku akuinya. Masa membawa aku ke tapak ini menggaIi semula kenangan bersama AYAH.

MENGAPA KINI? Saat AYAH muncul memohon kemaafan dari kami, satu sosok tua mer0bek hati aku. Kali terakhir aku bertemu AYAH ketika rambutnya masih hitam, badannya tegap dan tiada garis – garis tua di wajahnya.

Usianya ketika itu 47 tahun. Di depan aku kini, AYAH yang lama aku simpan persoalan mengapa berbuat begini pada kami? Mana kasih sayang AYAH? Kami anak – anak AYAH. D4rah kami dari d4rah AYAH. Tapi tak terpancul soalan itu ketika matanya menyapa mata aku dan kami.

Jelas dalam matanya ada kolam yang sedia untuk dicurahkan. MAAFKAN AYAH.. satu ayat yang mer0bek hati. Tapi terus terang aku nyatakan, aku sudah lupa pada kenangan bersama AYAH. Puas aku gaIi puas aku seIam, tidak aku jumpa.

Kasih sayang juga hilang. Aku cuma tahu yang panggiIan AYAH itu masih ada tetapi janggal di sebut – sebut. Berbeza saat ibu s4kit atau ibu berjauhan dari aku, aku rasakan rindu, sayang dan takut untuk kehilangannya.

Andai kalian paham situasi aku saat ini bukan aku tidak memaafkan AYAH. Siapa aku untuk menghukvm AYAH? Cuma kasih sayang itu tiada. Kenangan juga berbaki sedikit. Aku buntu mencari rasa yang hilang. Doakan aku berjaya mencari rasa yang pernah bertakhta dalam hati aku 16 tahun dahulu. Assalammualaikum.. – EZ

Komen Warganet :

Rdel Vcr : Sini aku ceritakan satu cerita, salah seorang sahabat aku. Dulu ayahnya sangat memanjakannya. Ayah dan ibunya selalu bertengk4r sebab apa tidak pernah diketahui. Yang dia tahu menurut cerita ibunya ayahnya ada isteri lain.

Dan sehinggalah satu hari terjadi pertengk4ran yang sangat besar sehingga mem4ksa ayahnya pergi dari rumah tanpa sebarang kata. Tapi ayahnya tidak pernah lupa pada anak – anaknya. Sering dia datang tapi tidak singgah.

Melihat dari jauh. Bila anaknya meningkat dewasa dan berjaya dalam hidup, waktu ini ibunya telah tiada. Ayahnya hadir memohon kemaafan kerana meninggaIkannya suatu masa dulu tapi dia tak dapat terima kerana dia sangat – sangat terIuka dengan ayahnya.

Sehinggalah satu hari dia menerima surat dari seorang wanita memaklumkan ayahnya sudah tiada. Tapi setitik pon airmata dia tak jatuh, dia tidak kesal dalam surat meminta dia hadir untuk pembacaan wasi4t dari ayahnya.

Ya ayahnya meninggaIkan sebidang tanah untuk dia dan adik – adiknya. Dan wanita yang dik4takan sebagai isteri lain ayah itu hanyalah adik tiri berlainan bapa yang saat itu sedang belajar dan ditanggung oleh ayahnya kerana ibubapa adik tiri ayahnya sudah tiada.

Tinggal di rumah pusaka datuk dan nenek ayahnya yang tidak pernah diterima oleh almarhumah ibunya sendiri. Perg4duhan ibubapanya kerana adik tiri bapanya yang memerIukan belanja yang agak tinggi untuk pembelajaran.

Adik tiri bapanya adalah seorang doktor yang belajar di luar negara waktu itu. Ayahnya tidak pernah berkahwin lain dari itu dia sangat menyesal kerana tidak memberi kemaafan waktu ayahnya hadir untuk memohon kemaafan.

Kepada confessor, selagi ibubapa kita masih ada berilah maaf di atas kesilapannya kerana kita tidak tahu apa yang dilalui pada masa lalu, harap dapat beri pengajaran.

Rosefatimawati Roslan : 30 tahun lalu, aku lalui semua ni dik. Bezanya aku “hilang” mak, Tapi tak juga dekat kasih sayang ayah tu. Bila m4kin dewasa, setelah segala mala pahit manis kehidupan yang aku lalui, aku memilih untuk maafkan mak.

Memori memang sangat terhad sebab aku hanya 7 tahun masa tu. Adik – adik ada yang tiada memori langsung pasal mak. Tapi aku percaya semua ni memang dah ditakdirkan untuk aku. Memaafkan tu umpama hilang “berat” di hati.

Ain Ahmad : Bapak tinggal anak. Bila anak dah besar, dah berjaya, pandai mulut tu memohon maaf. Bila kasih sayang tiada, dijerit orang, “oh, dia anak derh4ka, dibiar ayahnya tua itu sendiri.” Tapi anda lupa atau tak pernah bertanya. Susvk tua itu pernah muda, lalu apa dibuatnya pada anak??

Hawa Hisham : Tipu! Tipu! Tipu! Sebenarnya ko rindu kan ayah ko sebab tu ko tulis confession ni. Ko eg0. Sebenarnya ko nak peIuk ayah ko kan? Menangis sepuas – puasnya kan? Ko nak cakap dekat dia, kenapa baru sekarang?

Kan kan. Well, ko bukan seorang, ramai sebenarnya yang senasib dengan ko. Apa pun dia tetap ayah ko. Maafkanlah dia. Semua orang ada salahnya cuma tuhan tutup a1b.

Adinda Rose ;Kau dan adik beradik kau berjaya sekarang sejak dari peristiwa ditinggalkan ayah. Membenci membuat hati lebih s4kit. Nak lupakan terus si ayah masih menunggu kemaafan. Kemaafan untuk dia, kemaafan dend4m yang terindah.

Indah kerana peristiwa manis kau dan si ayah. S4kit untuk membenci. Akak harap kau bukakan hati kau untuk beri kemaafan. InsyaAllah pasti Allah baIas kau dengan jalan hidup yang diredhaiNYA.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.