Aku geli dgn suami, mulut yg dia cium aku tu jugaklah mulut yg dia cium betina tu

Aku sanggup ambil cuti 3 minggu sebab nak siasat dan cari bukti. Jatuh terduduk aku tengok gambar suami dengan janda umur 50 tahun. Kononnya selama ni mereka adalah team aktivis Istiqomah, penunggang agama! Aku nekad nak pergi jumpa betina tu secara berdepan dengan segala bukti yang aku ada tapi dia nafikan..

#Foto sekadar hiasan. Namaku Nataly. Aku bekerja di Arab Saudi sebagai nurse. Suami aku seorang kontraktor jugak aktivis politik yang aktif. Aku selalu balik ke Malaysia setiap 3 bulan untuk bertemu suami dan anak. Dengan izin Allah tahun 2017 aku dikurniakan lagi seorang anak.

Dalam tempoh berp4ntang di Malaysia, Aku tidak mensyaki suami aku ada perempuan lain. Setelah habis 6 bulan cuti dan aku pulang semula ke Arab Saudi untuk sambung bertugas. Sikap suami aku mulai berubah dan hati kecil aku berdetik.

Masa gelora rakyat mengenai isu ICERD, suami aku dan perempuan tu sudah mula bercinta. Perempuan tu tua setahun dari suami aku. Umurnya 50 tahun pada waktu tu dan aktivis politik terkenal. Setiap kempen politik parti tersebut pastinya dia dan suami aku ada bersama.

Hati aku mulai rasa ada benda yang tak betul. Justeru aku senyap – senyap hantar ibu dan anak sulung aku bercuti di Europe dan aku pulang bercuti di Malaysia untuk 3 minggu. Aku nak cari bukti sebenarnya. Suami aku buat alasan untuk ikuti program cyber tro0pers di Melaka bersama team istiqomah dan tinggalkan aku dan anak kecil aku di rumah hingga larut malam.

Bila aku bertanya adakah program hingga larut malam dan suami hanya berdiam diri. Suami tak izinkan aku ada FB jadi aku tak pernah tahu hubungan dia dan perempuan tu. Masa kempen di Cameron Highland, suami tinggalkan kerja dan anak – anak di bawah jagaan adik – adik aku dengan alasan sibuk.

Aku benar – benar makan hati. Paling aku sedih bila waktu aku call suami dan dia t3ngking aku dan cakap dia sibuk. Kemuncaknya adalah pada bulan puasa, suami kata ada program team istiqomah untuk bagi bantuan pada orang susah.

Dan suami berpesan suruh aku tunggu dia balik dan iftar bersama. Aku masak lauk kesukaan dia dan biarkan anak – anak aku berbuka dahulu dan aku hanya minum air dan tunggu suami balik. Dia hanya muncul pada jam 11.30 malam dan tanpa rasa bersalah terus mandi dan tidur.

Bila aku tanya, aku dimarahi. Aku memang dah dapat rasakan yang suami ada menyimpan rahsia cuma aku mampu luah dan serah pada Allah untuk tunjukkan sesuatu. Aidilfitri menjelma dan suami aku asyik dengan phone jugak phone tak pernah lekang dari tangan dia waima ke tandas sekalipun.

Bila di minta untuk bergambar sekeluarga, suami elak. Aku memang sedih. Aku pendamkan jua. Bila malam waktu “bersama” suami tersasul panggil sayang sedangkan itu bukan cara suami panggil aku. Aku rasa pelik tapi m4kin membuahkan rasa yang memang suami aku ada perempuan lain.

Selepas “bersama” suami aku kelam kabut keluar bilik bawa phone dan mesej seseorang. Aku mengintai dari dalam bilik. Keesokan harinya tergerak hati aku nak cek phone suami dan betapa luIuh hati aku Bila baca di paparan skrin phone perempuan yang di panggil sayang tu adalah betina dalam team istiqomah yang selalu dia keluar berdakwah dan beraktivis.

Hanya Allah yang mengetahui apa yang aku rasa. Terus aku bukak phone dan nak cek semula tapi suami dah tukar password. Entah macam mana, aku berjaya buka dan aku tengok semua mesej dan gambar – gambar.

Jatuh terduduk aku, gambar berpeIuk bercivm dan mesej – mesej mesra dan Iucah dari betina tu kepada suami aku juga gambar separuh b0geI betina tu kirim pada suami aku. Nauzubillah.. ini yg dinamakan penunggang agama, di luar sebolehnya berupa solehah tapi sebenarnya hanya propa tuk menutupi nafsu serakah.

Dalam FB suami aku banyak gambar – gambar seolah – olah keluarga team istiqomah tapi kalau diteliti betul – betul, betina tu akan duduk sebeIah suami aku tak kira di mana sahaja. Aku selongkar bag suami dan jumpa banyak resit – resit hotel dan jugak tiket penerbangan air asia ke sibu sarawak.

Terus terimbas kembali yang suami cakap kena pergi outstation dengan pak daeng tapi sebenarnya betina tu ada dan seat mereka bersebeIahan. Terbukti semunya dalam gambar – gambar. Post – post mesra berpegang tangan dan berpeIuk dalam flight.

Juga gambar di Cameron highland, berpeIuk dan betina tu mencivm suami aku. Juga gambar di Melaka kononnya dalam auditorium bagi segment cybertro0per politik. Kempen kononnya sampai ke menara taming sari..!!

Aku memang tak mampu nak cakap apa – apa dah. Air mata yang mampu berbicara, h4ncur lebur kini. Rumah tangga yang dibina selama 17 tahun h4ncur dan musn4h kerana kecurangan. Sanggup suami aku gadaikan aku dengan anak – anak dan perkahwinan ni pada betina yang kononnya istiqomah tapi sebenarnya perosak dan penunggang agama.

Aku minta suami bawa aku berjumpa dengan betina tersebut untuk konfrantasi tapi suami enggan. Aku putvskan untuk bagitahu kakak ipar sulung aku hal sebenarnya. Dan atas nasihat kakak ipar, suami bawak aku berjumpa betina tersebut di Klang.

Di rumah betina tersebut aku memang berdepan dengan dia dan dia menidakkan. Aku punyai semua bukti dan aku bagi amaran pada betina tersebut berhenti dan bertaubat. Jangan ganggu suami orang dan kalau terdesak sangat tuk kahwin cari duda atau bujang.

Aku faham status janda yang kau pikul tapi jangan burukkan status janda tu dengan tingkah laku yang tak bermaru4h. Umur dah 50 tahun sepatutnya mendekatkan diri pada Allah, kubvr dah kata mari dan rumah dah kata pergi tapi tanda – tanda sebagai wanita tawadduk tu tak ade.

Semuanya aku ucapkan pada waktu tersebut. Aku simpan aib suami aku dari ibu dan ayah aku juga semua adik beradik aku kerana mereka semua sangat hormat pada suami aku. Juga aku rahsiakan dari pengetahuan ibu mertua aku dan adik beradik suami aku kecuali kakak sulungnya dan abang keempat suami aku kerana mereka terlalu rapat dengan keluarga aku dan suami sangat hormat pada mereka.

Aku minta untuk bercerai tetapi suami tak mahu ceraikan aku. Jujurnya hingga saat bingkisan ini dititip, dah 2 tahun lebih peristiwa hitam ni, tapi aku tak mampu untuk maafkan suami. Kepercayaan yang aku bagi dah h4ncur dan aku tak mampu nak percayakan dia semula.

Terbayang segala – galanya setiap kali aku pandang suami aku. Jaket yang dia pakai, jaket itu jugakla dia berpeIuk dengan betina tu, mulut dia yang mencivm aku dan mulut itu jugakla dah civm betina tak bermaru4h tersebut.

Hati aku benar – benar h4ncur. Aku masih berdiri di sebeIah suami aku kerana anak – anak. Anak sulung aku menulis 2 pucuk surat pada aku dan merayu menangis untuk aku jangan berpisah. Anak aku yang masih kecil pun faham tapi kenapa ayahnya sanggup buat begini.

Setiap lepas solat pasti aku mohon doa supaya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran dan semoga aku mampu untuk lupakan. Mungkin doa aku masih belum termakbul mungkin juga kerana rasa Iuka yang terlalu dalam.

Dulu aku terima suami aku untuk jadi imam aku walaupun waktu tersebut aku punya kekasih hati. Setelah ijab kabul dan aku berjanji untuk menyayangi suami aku selagi hayat dikandung badan dan terus setia. Alhamdulillahh hingga 17 tahun usia perkahwinan dan akhirnya suami menggadaikan semuanya pada betina yang bertopengkan muslimah.

Adakah salah aku tak pandai jaga suami? Tak cukup setiakah aku pada suami? Tak cukup kasih sayang ke aku pada suami? Kalau alasan sunyi, setiap hari aku video call dan setiap 3 bulan dan kadang – kadang 2 bulan sekali aku balik Malaysia.

Kalau masih alasan sunyi, anak – anak masih kecil dan perIukan perhatian. Aku di Arab Saudi pun kerana suami aku jugak. Aku nak bantu dari segi ekonomi dan juga melunaskan hutang – hutang suami dan aku yang banyak.

Aku berk0rban untuk keluarga dan ini baIasan yang aku terima. Hingga kini, waktu video call pun, pandangan aku pada suami hanya kosong dan aku dah takde hati pada suami aku. Hanya kerana anak – anak, aku bertahan.

Aku punyai rupanya paras yang cantik, bentuk badan yang menarik, pertengahan umur 30an, berpendidikan tinggi, bekerjaya dan berdikari, tapi aku tak gunakan semua itu untuk berlaku curang walhal terlalu kuat cab4ran aku di Arab Saudi.

Tetap aku setia pada suami aku yang jarak usia adalah 13 tahun beza. Aku tak guna usia muda aku dan kelebihan yang aku ada untuk berlaku curang. Tetapi kenapa baIasan ini yang aku dapat setelah aku k0rbankan segalanya.

Aku buntu.. tak tahu macam mana nak pupuk balik rasa sayang dan cinta aku pada suami. Aku rasa geIi jika suami sentuh aku, aku rasa marah dan benci bila pandang suami tapi dalam masa yang sama aku perlu berdiri di sebeIah dia.

Aku kesian pada diri sendiri tapi aku tak mampu nak buat selebihnya kerana anak- anak. Suami aku cuba berubah tapi bagi aku dah terlambat. Aku dah maafkan kes kecurangan dia sebelum ni sebanyak 3x. Tapi masuk yang ke empat ni, aku dah tak mampu Nak maafkan dia. – Nataly (Bukan nama sebenar).

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.