Aku baru je beli kereta, sekali suami bagi pinjam dekat adik ipar. Aku ungkit bab suami tak bagi nafkah, terus dia lari

Puncanya suami bagi adik dia pinjam kereta baru aku. Masa tu terkeluar semua yang terbuku dalam hati aku. Aku ungkit suami tak bagi aku duit nafkah. Nak belikan aku kereta pun tak mampu, tapi berani pinjamkan kereta aku kat adik dia. Pakai harta mak bapak, bisnes takde kemajuan. Suami lari tinggalkan aku dalam bilik. Aku dah menangis ready nak jadi janda..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Ini kisah aku. Aku Bunga, sudah berkahwin. Aku namakan suami aku Hero. Kami dah kahwin lebih dari 10 tahun. Kami datang dari latar belakang keluarga yang berbeza.

Keluarga Hero sangat moden, tinggal di bandar besar dan kurang tekankan soal agama. Manakala keluarga aku sebaliknya. Cukup serba sikit pengenalan sebab bukan tu yang aku nak cerita. Aku dapat kerja lepas dah kahwin dan tinggal bersama keluarga Hero.

Hero masa tu dah ada perniagaan kecil – kecilan. Rezeki aku, aku cepat naik pangkat dan naik gaji. Aku beli kereta pertama aku. Takde lagi pegi keje Hero hantar atau bapak mertua aku hantar. Oh, duduk dengan keluarga Hero ni bukan takde masalah, cuma aku malas fikir.

Hinggalah sampai satu masa tu terjadi perg4duhan besar kami. Puncanya Hero bagi adik dia pinjam kereta baru aku. Masa tu terkeluar semua yang terbuku dalam hati aku. Masa tu tahun kedua kami kawen. Aku ungkit Hero tak bagi aku duit nafkah.

Nak belikan aku kereta pun tak mampu, tapi berani pinjamkan kereta aku kat adik dia. Pakai harta mak bapak. Bisnes dia dah bertahun macam tu jugak takde kemajuan. Macam – macam lagi aku cakap sampai Hero keluar tinggalkan aku terkulat – kulat dalam bilik. A

ku menangis. Aku ingat mungkin lepas tu aku jadi janda. Mungkin Hero akan benci aku sebab mulut jahat aku. Amazingly, esoknya seperti hari baru buat kami. Aku mintak maaf dengan Hero sebab aku tahu aku tak patut cakap camtu.

Hero pun mintak maaf kat aku sebab tak mampu nak bagi duit kat aku. Kami nangis bersama – sama. Hero usahakan cari rumah sewa untuk kami berdikari. Aku nampak usaha dia cari duit nak bahagiakan aku. Masa berlalu..

Gaji aku dah cecah 5 angka.. Manakala Hero masih macam tu. Kadang – kadang ada duit, kadang – kadang takde duit. Bukan dia malas kerja, malah dia kerja lagi kuat dari aku. Ada masa dia down sangat. Dia cakap, dia dah usaha macam – macam, tapi kenapa tak senang macam orang lain.

Nak beli barang untuk diri sendiri pun berkira – kira sebab selalunya duit habis untuk perbelanjaan rumah. Tu pun kadang – kadang aku topupkan. Dia jadi tak gembira. Dia takut susahkan aku. Berkali – kali dia mintak maaf sebab dia tak banyak duit macam suami orang lain.

Aku pun kadang – kadang cemburu tengok kawan – kawan dapat hadiah macam – macam dari suami masing – masing. Satu hari, aku terdengar satu ceramah pasal rezeki. Salah satu yang aku ingat ialah kadang – kadang Allah turunkan rezeki suami melalui isteri.

Isteri pegi kerja atas redha suami, maka rezekinya murah mencurah – curah. Aku ingat balik.. Hero tak pernah bising kalau aku sibuk kerja. Kadang – kadang dia temankan aku buat kerja. Kadang – kadang dia siap basuhkan baju, kemas rumah bila aku letih.

Tak pernah dia mintak aku masak yang bukan – bukan. Hero tak cerewet. Saat tu seperti tert4mpar pipi aku. Aku dan duit aku, aku rasa tu duit aku hasil penat lelah aku. Padahal, itulah rezeki kami bersama. Sejak tu, aku tak pernah miss kongsi duit bonus aku dengan Hero.

Aku dah tak harapkan apa – apa lagi. Aku tengok orang share apa – apa kat media social pun aku cuma rasa happy untuk diorang. Takde dah rasa sedih ke apa. Kalau aku nak, aku boleh beli sendiri. Tapi bila dah selalu bagi duit kat Hero, dia pulak yang terasa.

Lalu aku buat 1 keputvsan besar dalam hidup aku untuk berhenti kerja dan jadi suri hati Hero sepenuh masa. Hero terasa sangat Hero bila dia dah berjaya tanggung aku.. Haha.. Ya, banyak keinginan aku yang terp4ksa aku k0rbankan.

Aku belajar hidup semampunya kami. Ada masa makan nasik dengan telur je. Tapi aku ok. Aku dah sedar yang hidup ni bukan la satu perlumbaan dengan orang lain. Yang aku doakan ialah Hero sihat, jadi suami yang soleh, ditambah – tambah rezekinya, sayang aku sampai m4ti.

Ulang – ulang aku doakan Hero. Hasilnya, hidup kami sem4kin tenang. Kadang – kadang Hero surpr1sekan aku dengan bunga. Kadang – kadang datang angin dia, bagi aku nota cinta.. Haha.. Alhamdulillah.. Aku bahagia sampai saat ini. Semoga sampai bila – bila.

Kami tak kaya, tak banyak harta benda, tapi Allah rezekikan kami dengan rasa tenang. Banyak yang kami tak ada tapi orang lain ada. Contohnya anak. Tapi biarlah kami bahagia dengan cara kami. Doakan kami dan kami doakan kamu semua.

At the end of the day, it’s not always about money. Be happy, sebab hidup ni tak lama. Boleh jadi hari ni kita jumpa, esok dah tak ada. Semoga kisah aku yang sedikit ni boleh bagi semangat kat orang lain. Jangan cepat judge orang. Jom doakan yang baik – baik. Sekian. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Muhammad Nazem : “At the end of the day, it’s not always about money. Be happy, sebab hidup ni tak lama. Boleh jadi hari ni kita jumpa, esok dah tak ada. Semoga kisah aku yang sedikit ni boleh bagi semangat kat orang lain. Jangan cepat judge orang. Jom doakan yang baik-baik. Sekian.”

Confessor ni orang anyg hebat, sanggup berk0rban diri demi kebahagiaan keluarga. Dan Aku percaya suami dia pon orang baik. Aku doakan mereka dimurahkan rezeki dan kebahagiaan untuk mereka sekeluarga dunia akhir4t.

Hamidah Md Said : Tak pahamnya makcik. Yang kamu berhenti kerja tu dah kenapa. Dari kaya berduit jadi miskin hidup susah. Dengan gaji 5 angka boleh membahagiakan bukan saja diri sendiri tapi keluarga di kampung mak ayah terutamanya. Musn4h impian mak ayah nak tumpang senang dengan rezeki ko nak. Kenapalah singkat sangat fikiran kamu.

Syarifah Abdul Nasir : Semoga keputvsan aku berhenti kerja ni pun, harap terselit la sinarnya. Dah sebulan ni nangis juga la. Sebab dah biasa ko pegang duit sendiri, tetiba takda.. Hahahahh… Tapi alhamdulillah, ketenangan tu sampai, mampu merancang kehidupan ko tanpa campur tangan orang lain, belajar terima qada dan qadar.

Semoga keputvsan aku k0rbankan kerja ni, Allah datangkan rezeki anak, dah 5 tahun tunggu ni. Ingat ye.. Rezeki setiap orang tu tak sama.. Ai belajau erti redha dan terima qada n qadar untuk tahun ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?