Aku dip4ksa minum air rendaman kuku dan rambut. Aku nekad lari asrama tapi Umi dan Abi marah

Abang terlebih dahulu lari keluar asrama dan dia yang tolong aku lari. Dia yang pert4hankan aku dari Umi dan Abi yang kata aku derh4ka. Umi dan Abi siap hantar adik aku ke rumah amal, dijadikan ‘anak yatim’ demi kepentingan sendiri..

#Foto sekadar hiasan. Sedikit pengenalan dari aku. Aku pernah membesar sejak kecil dalam satu jemaah yang pernah dih4ramkan oleh pihak JAIS, namun saki bakinya masih ada dan berkembang pesat ke seluruh dunia hingga ke hari ini.

Bermula umur 10 tahun, aku diletakkan di ‘asrama’. Dan dijaga oleh mereka yang bukan ahli keluarga aku sendiri. Berada jauh di negeri berbeza, ditinggalkan keluarga atas nama peng0rbanan demi kebangkitan Islam. Aku yang masih kecil hanya mampu menangis dalam diam.

Tidak boleh keluarkan air mata, nanti dituduh lemah jiwa, tiada keberg4ntungan pada Tuhan. Hidup di asrama tidaklah indah, tiada keluarga tempat mengadu bermanja, makan minum serba kekurangan, ditambah dengan jangkitan kutu dan kudis.

Aku teringat kali pertama datang period, tiada yang bimbing. Aku pakai pad pun terbalik, gam di atas. Aku paling benci balik kampung ketika raya, bila ditanya oleh saud4ra mara pasal aku sekolah sesat, dikutuk, masa kecil kami adik beradik selekeh comot, memang dipandang h1na.

Lebih lagi Umi Abi yang tidak pernah kisah. Tapi masih juga nak balik kampung jumpa Atuk Nenek walaupun mereka tak sukakan kami. Aku belajar di sekolah aliran perdana, namun duduk di ‘asrama’ jemaah tersebut.

Membesar bersama kawan – kawan yang senasib. Zaman kanak – kanak aku tak indah, tiada yang gembira untuk dikenang. Adik beradik ramai, namun tinggal berasingan. Mujur Abi ku kahwin 1 saja. Kalau empat entah lah.

Silap – silap anak dia sendiri pun tak kenal. Keputvsan UPSR aku 5A dan dapat diterima masuk ke SBP, namun atas nama jemaah sekali Umi aku cakap tak perlu dah sambung belajar. Terus je duduk dalam jemaah. Sedih, sebab aku suka belajar.

Syarat belajar orang jemaah, cukup kau tahu menulis dan membaca. Aku pernah di hantar merata tempat di seluruh Malaysia, di mana adanya cawangan perniagaan jemaah. Dikerah untuk bekerja seperti orang dewasa, tiada gaji hanya makan minum dan tempat tinggal disediakan oleh jemaah.

Katanya orang atasan, biar kita miskin asal jemaah kaya. Walhal orang atasan dan anak – anak mereka, serba mewah. Pengasasnya sendiri tinggal di banglo serba mewah. Makan sedap setiap hari. Anak buah staf bawahan di kerah seperti h4mba.

Jika jemaah tiada wang untuk bayar sewa permis atau mahu buka cawangan baru kami orang bawahan akan dikerah untuk keluarkan wang simpanan, gadai kan barang kemas hingga tiada apa. Bait – bait kata yang sering di tekan, kena ” sami’na waatqna, kami dengar dan kami taat.”

Betapa hebatnya ekonomi jemaah yang kalian lihat, di sebalik itu gaji kami tidak diberi, duit tiada, wang simpanan disesah, tenaga dan masa dikerah, umur yang sepatutnya belajar, kami kena kerja. Makan apa ada hidup serba kedhaifan.

Aku tidak nafikan bab agama memang mereka pandai cakap, pada mereka yang sukakan benda keagamaan, pasti mudah terpengaruh, termasuk lah Abi aku. Masa tu siap lah, perlahan – lahan mereka akan jadi parasit bermula dengan minta sumbangan wang sedikit demi sedikit atas nama Islam.

Meningkat remaja, seorang demi seorang kawan aku mula dikahwinkan. Jika muka kau cantik, body mantap kau akan dapat kahwin dengan lelaki bujang, anak – anak orang atasan. Jika sebaliknya, pasti akan dikahwinkan dengan jadi isteri ke 2, 3, atau 4 dengan lelaki lelaki tua kerepot.

Malah ada kawan aku yang jadi isteri ke-4 ayah pada kawan kami yang lain. Kahwin cerai kahwin sudah jadi budaya, nikah pula tidak perlu ke pejabat agama, cukup sekadar nikah sesama jemaah. Jemaah dan poIigami berpisah tiada.

Kadang – kadang sampai tak kenal anak sendiri. Malah sebilangan yang ada kaitan ik4tan kekeluargaan sesama sendiri. Jika dikumpulkan semua dari 4 isteri, ada yang sampai berpuluh anak. Hampir 10 tahun aku dalam jemaah tersebut, banyak kali aku cuba melarikan diri.

Namun gagal. Ditambah pula Umi Abi aku yang taksub. Terlalu banyak benda khurafat yang berlaku, antaranya setiap kali malam Jumaat kami diwajibkan buat tahliI. Di tengahnya ada botol berisi air dan ada kuku serta janggut pengasas jemaah tu.

Ya, betul apa yang kalian baca. Kuku dan janggut. Selesai tahliI, diwajibkan semua untuk minum air tersebut. Bila aku ingat balik aku rasa nak munt4h. Tapi nak buat macamana, aku kecil lagi masa tu. Ikut saja. Bab baca Alquran amat jarang sekali di lakukan, sebab kata orang atasan baca saja buku buku hasil nukilan pengasas jemaah tu, itu adalah bait – bait tafsiran dari Al Quran itu sendiri.

Bab solat punya, di mana – mana pun mereka boleh sembahyang secara jamak. Walaupun sudah tinggal lebih dari 3 hari di sesuatu tempat. Amat bercanggah dengan ilmu yang aku belajar masa KAFA darjah 6 dulu. Setiap kali berdoa, kami kena sertakan nama pengasas jemaah supaya doa akan dimakbulkan Tuhan.

Banyak lagi sebenarnya perkara perkara sesat yang dilakukan. Hingga lah satu hari, aku nekad untuk lari dari jemaah ni. Aku plan dengan pulang ke kampung untuk sambut raya. Sejak itu aku terus tak balik ke jemaah. Bertalu talu panggiIan telefon dari orang atasan, semua kol Umi dan Abi aku.

Umi Abi aku pun bising mula anggap aku pengkhi4nat, terpesong dan bakal rosak jika keluar dari jemaah. Itulah pun yang sering dimomokkan oleh mereka, jika kami keluar dari jemaah, kami akan lagi teruk dan h1na. Kerana pada mereka jemaah ni lah satu – satunya jemaah kebenaran.

Satu lagi punca kepayahan untuk kami keluar, adalah kami nak ke mana? Belajar pun tak habis. Nak kerja apa? Macamana nak surv1ve? Tapi aku percaya rezeki itu di tangan Allah, bukan mereka. Alhamdulillah, aku berjaya dan keluar dan berjaya membina hidup baru. Jauh dari mereka.

Dipendekkan cerita, tak lama aku keluar dari jemaah, pengasas jemaah tu pun meninggaI dunia. Entah lah aku tak tahu apa aku rasa masa tu. Aku cuma doa dia tanggung la apa yang dia buat pada seluruh jemaah yang dia asas kan.

Sesekali aku teringat kisah lama, aku cukup geram betapa buang masanya aku selama berada di sana. Semua salah Umi Abi aku. Ya salah mereka. Apa yang aku belajar dari pengalaman hidup aku ni, ingatlah sy4itan itu takkan pernah berhenti menghasut setiap anak Adam. Manusia bukan saja boleh sesat mer4ba dalam kegelapan, malah boleh sesat dalam silau nya cahaya.

Sambungan.. Terlebih dahulu, aku berterima kasih pada semua yang memberi kata semangat dan doa. Niat aku hanya mahu berkongsi cerita dan meluahkan rasa terpendam selama ini. Sebolehnya aku mahu buang terus memori ini.

Bukan tidak mahu buat laporan pada pihak berkuasa, tapi susah. Organisasi mereka besar, berada di merata negara. Malah di Turki, Makkah juga ada. Mereka sudah berpuluh – puluh tahun bertapak. Pernah dih4ramkan beberapa kali oleh JAKIM, namun hidup semula atas nama berlainan.

Walaupun pengasasnya sudah m4ti, namun ajaran dan jemaahnya masih kekal di bawah pimpinan w4ris – w4risnya. Aku memilih untuk ambil haluan sendiri. Kalau boleh tidak mahu ingat lagi. Pada yang bertanya, macamana aku boleh keluar, ianya bermula dari abang aku sendiri yang keluar dulu, kemudian barulah aku.

Aku dapat kekuatan dari dia. Abang aku yang sanggup pert4hankan aku bilamana Umi dan Abi marahkan aku, menuduh aku sebagai pengkhi4nat jemaah kebenaran. Aku dan Abang kami sama sama memohon masuk ke Giat Mara untuk ambil kemahiran.

Itu saja satu – satunya institusi yang menerima remaja keciciran, hanya dengan syarat mampu menulis dan membaca. Aku dan Abang tak mampu nak sambung belajar akademik berikutan sudah lama tinggalkan dunia persekolahan akademik.

Jadi kami memilih kemahiran. Namun Abang aku pandai, fasih berbahasa Inggeris hanya dari rajin tengok movie dan baca kamus. Untuk bermula, memang perit, dibuang keluarga, disisihkan saud4ra. Tapi yakinlah Allah itu ada.

Bukan aku saja, ramai juga antara kami yang sudah keluar, berjaya hidup dan ternyata hidup di luar, tidak lah teruk seperti digambar – gambarkan semasa kami dalam jemaah. Alhamdulillah, kini kami berjaya dalam bidang masing – masing.

Abang sudah berkahwin, aku saja masih single. Aku juga ada perniagaan dan mampu menggajikan staf yang lebih pandai dari aku, yang cuma belajar sampai UPSR ni. Bak kata Jack Ma, “Hire someone smarter than you”. Aku sangat bersyukur dengan nikmat yang diberi tika ini, kesedihan dan kekecewaan yang pernah aku lalui, Allah telah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Umi Abi aku sudah tua, juga tidak lagi aktif dalam jemaah. Aku tidak pasti di sudut hati mereka, rasa menyesal atau tidak kerana pernah mengi4naya anak – anak mereka. Tapi masih juga hubungi dan bersahabat dengan orang orang sana, masih membeli di kedai perniagaan mereka.

Ya, mereka berlindung di sebalik ekonomi. Perniagaan mereka juga hebat, banyak cawangan merata dunia. Sudah berberapa kali tukar nama syarik4t, namun gaya hidup dan ideologi masih sama. Malah m4kin teruk seperti mengatakan pengasas mereka tidak m4ti, tapi diangkat Allah ke langit.

Sesekali terdetik di hati jahat aku, yela tu entah – entah tengah kena siksa dalam kubvr. Aku ada kawan baik, kami pernah sama – sama plan untuk lari dari jemaah. Tapi dia tak berjaya sebab sempat dikahwinkan, kali terakhir aku hubungi dia, dia berkongsi rasa sedih sebab hanya mampu lahirkan 3 orang anak itu pun rapat – rapat, sebab bersalin caesarean, dan dia juga ada peny4kit jantung, risik0 untuk mengandung lagi.

Kemudian suaminya disuruh jemaah untuk kahwin lagi. Pada mereka, jemaah perIukan anak yang ramai untuk melahirkan ask4r – ask4r Imam Mahdi. Sebab itu anak masih kecil, perut sudah boyot lagi. Pil perancang dilarang sama sekali.

Sudah bertahun juga aku tidak dapat khabar dari sahabat baik aku berikutan mereka dilarang untuk menghubungi orang luar. Lagi – lagi orang luar pengkhi4nat seperti aku. Ianya ibarat membawa d0sa pada jemaah. Jika salah seorang suami atau isteri yang tidak mahu ikut jemaah, mereka juga disuruh untuk bercerai.

Hubungan keluarga juga diputvskan jika tidak mahu mengikuti jemaah. Semuanya kena taat dan ikut arahan, aku masih ingat seorang orang atasan kata kita sebagai ahli jemaah, ibarat buah catur, ikut saja setiap perintah dan arahan jemaah.

Dinafikan hak, namun tidak mampu bertindak. Mungkin sebab sudah dibrain washed sejak kecil. Tiada kekuatan keberanian. Aku pernah mengajak kawan – kawan sebaya yang masih di sana untuk keluar, tapi sudahnya aku kembali di ceramah mereka.

Pada mereka, jika benar jemaah ini sesat, pasti sudah di murka Tuhan, tapi sebaliknya jemaah sem4kin kuat dan berkembang di serata. Jadi di mana logik nya jemaah ini sesat? Mungkin mereka lupa, disaat kita paling h1na pada pandangan Tuhan, adalah di mana bila kita merasa kita adalah paling mulia.

Aku terbaca komen mengenai rumah amal. Ya, betul. Adik aku pernah ditempatkan di rumah amal milik jemaah tersebut dan dijadikan anak yatim walaupun Umi Abi masih hidup. Maka dengan tertubuhnya rumah amal dan anak yatim, banyaklah pihak luar yang memberi sumbangan wang dan bantuan.

Duit itu juga yang digunakan dalam pembangunan jemaah. Tegar sungguh Umi dan Abi aku biarkan anak mereka diexpl0itasi, dijadikan anak yatim demi kepentingan pihak lain. Aku dan Abang berju4ng menyelamatkan adik – adik kami yang lain.

Mereka berjaya kembali ke sekolah di aliran perdana. Pandai – pandai semuanya hingga ke universiti. Alhamdulillah aku tumpang gembira walaupun aku tidak berpeluang mengecap nikmat belajar di usia muda. Nak belajar sekarang sudah malas pula, dah seronok berbisnes. Hehe.

Aku lebih banyak belajar berkaitan dunia bisnes berbanding nak kembali belajar akademik. Mungkin otak juga sudah tepu. Aku doakan kita semua dihindar dari segala hasutan sy4itan dan manusia ibIis jahat yang licik.

Menunggang agama demi kepentingan kuasa, memperh4mbakan wanita demi nafsu yang berselindung di sebalik tirai agama. Aku tidak mengajak kalian untuk memboikot perniagaan mereka. Urusan jual beli tetap sah dan halal dalam agama. Terpulang pada kalian.

Tapi untuk aku, aku memang tak kan membeli di syarik4t mereka, mungkin sebab aku ada memori sejarah hitam berkaitan mereka dan aku tahu di apa yang ada sebalik perniagaan tersebut. Ini confession kedua dan terakhir aku.

Aku lebih tenang begini, masih belajar kenal agama mengenal Tuhan yang Esa, dengan guru yang betul. Berpaksi Al Quran dan Sunnah. Aku jalani hidup seperti orang biasa. Berpakaian juga seperti wanita Melayu Islam biasa.

Menutup, namun tidak keterlaluan. Aku memilih untuk jadi manusia yang bersederhana, kerana bersederhana itu lebih baik. Kata Nabi, tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan, yang sampai hanya satu jalan. Moga kita tergolong di dalam satu – satunya jalan itu. – Bunga Indah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norsilawati Jaminam : Tt sangat beruntung sebab ada abang yang sangat bertanggungjawab untuk bawak tt keluar dari jemaah dan berjaya tarik adik – adik yang lain untuk keluar sama. Semoga tt dan kita semua terlindung dari tipu daya dunia dan berada di jalan yang benar.

Adliah Ramli : Actually kalau kita bukan minda dan hati, kita tahu ini gerakan apa dan bertukar – tukar nama jadi apa. Kalau terbaca kisah mereka pun kita tahu, itu adalah mereka. Minta maaf saya memang takkan beli di pusat perniagaan mereka.

Di sana ada anak – anak yang ditindas, ada wanita yang diexpl0itasi dan ada aqidah yang dipermainkan. Biarlah ekonominya kononnya nampak gah, kononnya Islamik tetapi Islam itu hanya ditunggang sahaja. MajaIah keluaran mereka pun bila di baca, kita tau itu mereka.

Kalau anda rajin sikit ajak pekerja di tempatnya berbual, anda akan dapati betapa mereka takut – takut menjawab.. bila anda sentuh isu tertentu. Mereka kuat bertaqiah, kadang – kadang kita tak sedar, but once saya sedar, saya takkan jejak kaki ke premis perniagaan mereka.

Untuk mengh4ncurkan gerakan ini dan membebaskan perh4mbaan manusia terhadap manusia ini, lumpuhkan ekonomi mereka. Dah tiba masanya kerajaan mewajibkan persekolahan sehingga umur 17 supaya kanak – kanak di gerakan ini tidak dipergunakan lagi. Setiap rumah anak yatim mestilah disiasat betul – betul supaya tiada lagi anak – anak dipergunakan.

Nurul Ain Sakura : I feel u confessor. Keluarga aku juga pernah hampir – hampir musn4h sebab jemaah ini. Alhamdulillah Allah Iindung. Ya, bersederhana itu lebih baik. Ilmu, amalan bahkan hati kita Allah saja yang tahu. Biarlah semuanya berg4ntung hanya pada Allah bukan manusia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.