
Dah bercerai itu tolonglah buat cara cerai jangan busuk hati sangat dengan bekas suami. Aku baca segala WhatsApp janda tu dan suami aku. Muka elok comel tapi perkataan dan ayat dia nauzubillah. Perempuan tu siap kena sound dengan hakim dalam mahkamah..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, mohon hide identiti aku. Aku nak cerita dan bagi pendapat tentang topik orang perempuan paling benci, cerai dan nafkah anak. Setahun lepas suami aku sudah bercerai dengan bekas isterinya, setahun lepas itu kami berkenalan dan alhamdulillah jodoh kami.
Kami pun berkahwin, namun masih belum ada rezeki dikurniakan anak. kehidupan kami suami isteri alhamdulillah bahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Untuk pengetahuan umum, ramai orang akan salahkan pihak lelaki kalau bercerai, nak – nak kalau kes – kes macam selebriti contohnya sebab dorang artis maka cerita dia banyak terpapar di d4da – d4da akhbar.
Aku rasa sungguh dahsyat ya segelintir kaum hawa yang punya ego yang sangat tinggi dan rasa diri itu betul sahaja. Aku tak pernah anggap diri aku ini baik tetapi kenapa kita tak boleh tengok dari sudut yang baik. Bekas isteri suami aku jarang – jarang mahu mengucapkan terima kasih jika suami aku bagi nafkah sampai suami aku pesan dia cakap, “sayang apa – apa sahaja barang dari tangan aku atau orang lain sekalipun cakaplah terima kasih, tak rugi itu budi bahasa kita.”
Sebelum ditetapkan nafkah oleh mahkamah tentang nafkah anak, suami aku tak pernah miss bagi nafkah anak walaupun kadang – kadang lambat. Kalau lambat bulan ini, bulan depan suami mesti bagi dua bulan sekaligus. Tapi bekas isteri dia maki hamun dan cakap bukan – bukan pada suami dan keluarga suami aku padahal tak ada kena mengena.
Lepas itu bahasakan aku perempuan sundaI. Dia tak tahu ke aku sama – sama cari duit dengan suami aku untuk cari rezeki nak bagi nafkah pada anak dia. Aku tak pernah berkira pun. Sudahlah tu, kalau nak tengok anak ada sahaja alasan bukan tak beritahu awal, dah beritahu awal pun ada sahaja alasan anak dekat makcik lah, nenek lah.
Ya Allah suami aku sampai nangis – nangis. Dia rindukan anaknya. Siapa cakap seorang bapa tiada naluri rindukan anak. Pasal hal persengketaan anda dan bekas suami, tolonglah tolak tepi demi anak. Terimalah jodoh anda dengan dia tiada tapi bersyukurlah anda dikurniakan anak dan bekas suami kau tak pernah lupa nafkah anak.
Kau kira janda yang beruntung dapat bekas suami yang bertanggungjawab daripada janda – janda yang lain yang tak terbela nasib anaknya. Sampai hakim di mahkamah sound bila dia burukkan suami aku depan hakim. Hakim cakap, “kalau dia bukan bapa yang bertanggungjawab dia tak akan bagi nafkah dekat anak kamu dan dia tak akan hadir di sini.” Terdiam kau ya perempuan.
Dah bercerai itu tolonglah buat cara cerai jangan busuk hati sangat dengan bekas suami. Sama – sama ada salah masing – masing. Berlapanglah d4da dan terima dengan redha. Dulu masa kau kahwin kau selalu minta cerai, betul lah orang tua cakap sebagai wanita janganlah sekali cakap perkataan cerai itu sedangkan bekas suami kau tak pernah mengani4ya kau.
Cukup dia bagi makan minum, layan kau baik – baik tapi kau maki hamun dia, b0doh b4ngangkan mak mentua dan pak mentua kau. Padahal pak mentua dan mak mentua aku sangatlah baik. Biasalah orang tua bebel – bebel itu sebab dia sayang kita, janganlah anggap orang tua itu menyibuk. Kalau nak nasihat sikit pun kau tak boleh terima, susahlah.
Untuk pengetahuan semua, aku baca segala WhatsApp dia dan suami aku. Kalaulah aku boleh paparkan dekat sini betapa ada wanita macam ini dalam dunia ini lagi. Muka elok comel tapi perkataan dan ayat dia nauzubillah. Itu lah jangan menilai manusia dari paras rupa yang sempurna sahaja.
Masa pertama kali jumpa anak dia, aku dah jatuh sayang dan selalu rindukan anaknya kerana aku pernah bertemu dengan anak dan bekas isteri suami aku ini. Selepas pertemuan kami, dia memburuk – burukkan aku bersama kawan baiknya yang kaki stalk aku, aka batu api. Allah maha kuasa dan tahu aku berada di pihak yang benar.
Sampai sekarang aku dapat rasa dia malu pada aku sebab masa dia burukkan aku dengan kawan baiknya pada suami aku, Allah tunjukkan kebenaran dan suami aku sound dia, nasihatkan dia jangan berkawan dengan kawan yang macam sy4itan.
Sehingga sekarang best friend dia masih dalam senarai nak follow aku di Instagram. Sangat kelakar kerana aku tak pernah menyuruh best friend atau kawan – kawan aku untuk stalk dia atau kawan – kawan dia. Sangat kelakar orang psiko ni.
Walaupun masyarakat label mak tiri tak sama dengan mak kandung tapi tak semua mak tiri jahat. Dan adakah anda yang menghakimi itu baik. Tiada yang sempurna di antara kita. Memang ibu tiri tak akan menggantikan tempat mak kandung tetapi ibu tiri yang benar – benar ikhlas ada, wujud ye.
Untuk segelintir wanita, macam artis – artis perempuan tu tak payahlah digembur – gemburkan pasal bekas suami nak melawat anak ke tak. Macam mana lelaki itu tak str3ss, kau asyiklah nak beritahu satu dunia orang tu datang ke tak. Kalau dia nak datang pun kecoh nak bagitau media. Kau ingat lelaki suka ke hal – hal macam ini.
Selagi dia tak culas melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa, kau patut bersyukur banyak – banyak. Takde orang tak sayangkan anak, lagi – lagi bapa cuma disebabkan sikap kita, lelaki malas nak layan dengan ego kita, kalau dilayan tak habis.
Kadang – kadang aku geram dengan suami aku, tak melatah pun bekas isteri dia hamun dia. Suami aku jawab apa tau, “awak rasa kalau saya layan dia cakap bukan – bukan tu, awak ingat habis ke, nanti akan melarat – larat. Anggaplah dia tu psik0, lagi pun saya malas nak layan benda remeh – temeh nak g4duh – g4duh mulut ni, baik saya sibuk cari rezeki untuk keluarga kita dan bayar nafkah anak saya.”
Aku faham sebab suami aku berada di situasi tersebut. Bila kita laki bini, kadang – kadang perempuan ni mulut kita jahat. Bila lelaki marah, kita sama – sama naik angin. Dalam sedar tak sedar, kita ni sebenarnya banyak provoke lelaki kita. Sekarang aku banyak belajar dari suami aku.
Dia cakap walaupun suami ni marah – marahlah tapi sayang, cuma suami nak hati dan dirinya dibelai. Kalau dia marah, nak dipujuk. Dulu aku kuat meIawan juga, lama – lama aku dah faham. Kalau suami bising – bising marah, aku diam dulu. Dia dah redha sikit, baru aku pujuk, terus ok.
Janganlah anggap lelaki yang menceraikan isteri ni semua buruk kecuali suami anda memang buat per4ngai buruk, langgan perempuan ke, ada perempuan simpanan ke, hisap d4dah ke. Tapi aku sendiri pernah kena naik tangan dengan suami sebab apa tau, sebab aku kuat meIawan, aku akui dan aku banyak berubah. Alhamdulillah suami tak pernah sentuh aku ketika marah sebab aku dah pandai pujuk dia.
Dan lagi satu, kita janganlah terlalu formal dalam alam rumah tangga. Setakat gurau – gurau kasar – kasar biasalah, anggap macam kawan tapi berkasih sayang seperti suami isteri. Ramai orang tak sangka yang kami ini dah kahwin sebab kami memang kasar macam member, kepala giIa – giIa barulah rumah tangga tak bosan.
Kalau boleh selagi suami itu tak ajak buat benda yang tak elok, tunaikanlah apa yang dia nak walaupun kita letih. Fikir lah yang suami kita nak bagi pahala lebih. Contohnya suami aku lepas makan selalu tak angkat pinggan. Sampai satu hari aku tanya kenapa awak pemalas sangat sampai pinggan sendiri tak reti basuh.
Suami aku rileks cool jawab, “saya nak bagi awak pahala lebih. Kan sweet awak angkat dan basuhkan pinggan saya.” Terus tak jadi marah. Kalau aku betul – betul penat tak larat, baru aku akan minta tolong suami. Alhamdulillah suami tak kisah. Itu sahaja kisah aku. Aku harap tiada wanita – wanita yang berpikiran kolot kecam aku. Sekian, wassalam.
Ulasan pembaca :
Marinam Laensi Tabayag : Syukur alhamdulillah, awak jaga maruah suami awak. Terima kasih juga sebab mendorong suami awak untuk nafkah anak. Semua itu perbuatan terpuji. Namun jangan sampai riak. Kerana Allah sentiasa menutup aib kita bila kita menutup aib orang.
Lain kali awak cakaplah dengan bekas isteri suami awak itu, rajin – rajin cakap terima kasih atau alhamdulillah. Bila dapat sesuatu, rezeki itu milik Allah. Tegur macam itu. Apa pun semoga kehidupan diredai Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.