Bagi aku, isteri aku langsung tak sempurna. P0tongan badan tak langsing, gemuk. Muka tak cantik, pemalas. Dia cuma tahu marah sebab aku pen4gih

Selepas sekian lama, akhirnya, aku dah tak dengar isteri aku membebel. Rumah sunyi. Aku pun dah tak ada tempat nak marah – marah. Aku puas tapi rumah tak ada seri, macam ner4ka. Dulu aku marah – marah isteri bila dia tak kemas dapur. Aku h1na dia. Sekarang aku pergi dapur, makanan takde, pinggan penuh di sinki..

#Foto sekadar hiasan. Seumur hidup aku, aku pernah kehilangan. Ibu aku meninggaIkan aku sewaktu aku melangkah ke alam remaja, aku tak pernah melupakan detik itu. Aku membesar tanpa kasih ibu, tapi aku tak merasa kekurangan kerana ayah begitu menyayangi aku. Dia memberi aku apa sahaja yang aku inginkan.

Aku hidup mewah dan bebas. Oleh kerana aku tak pernah merasa susah, aku mengikut kawan aku untuk mencuba bahan terlarang. Awalnya sekadar mencuba, tapi lama – lama aku tak boleh hidup tanpa d4dah. Pada usia aku yang baru menjejak dua puluhan, aku membuat kesilapan.

Aku menikahi seorang gadis tanpa persetujuan keluarganya, aku membawa lari anak gadis orang. Aku jadikan dia isteri aku. Aku tak cintakan dia, semua kerana ego. Aku tak terima orang tuanya menolak aku, sebab itu aku melarikan anaknya.

Aku tak berfikir masa akan datang, aku cuma tahu puaskan keinginan hati aku. Aku tahu aku telah melakukan silap memperisterikan dia, seorang perempuan yang tak pandai menguruskan rumah. Aku mula mengambil d4dah semula. Bila isteri tahu keadaan aku, dia cuma tahu marah – marah, dan aku sentiasa menyalahkan dia.

Aku katakan dia punca aku ambil d4dah. Aku langsung tak pernah menyesal. Aku sangat bahagia saat aku tahu isteri aku hamil. Aku berjanji aku akan berhenti ambil d4dah. Tapi semua itu cuma janji kosong. Aku sering tak pulang ke rumah. Aku selalu tinggalkan isteri yang sedang hamil untuk keluar jumpa kawan, hisap d4dah.

Aku bahagia di luar rumah berbanding di rumah bersama isteri dan ayah aku. Aku pernah herdik, aku pernah tertolak isteri saat dia hamil anak aku. Tapi isteri sentiasa maafkan tiap kesalahan aku. Saat anak aku lahir ke dunia, aku pernah berjanji akan berhenti mengambil d4dah. Tapi semuanya cuma janji.

Aku memang tak boleh tinggalkan dunia d4dah. Dari anak aku lahir, aku selalu tinggalkan dia. Aku sayangkan anak aku, tapi aku tak mampu menolak bila kawan aku mengajak aku ikut mereka. Selang beberapa tahun, ayah aku pergi meninggaIkan aku untuk selamanya. Dia tak akan kembali.

Aku kira aku menyesal kerana abaikan ayah, tapi tak ada apa yang berubah. Aku tetap aku. Orang yang sama. Orang yang sering Iukakan hati ayah dan isteri. Umur aku sudah masuk tiga puluhan, aku tetap lelaki yang sama. Sering meIukakan isteri.

Aku sering mengabaikan dia. Setiap hari berg4duh, tengking – tengking itu perkara biasa. Tak tahu kenapa kami tetap bersama. Aku tahu dia bertahan demi anak kami. Dia pernah tunjuk protes. Dia tunjuk yang dia berbalas mesej dengan lelaki lain. Memang aku marah, tapi aku ego.

Bagi aku itu bukan salah aku. Isteri aku cuma balas perbuatan aku. Aku tahu aku yang mulakan. Dia pernah jumpa mesej aku dengan perempuan lain. Mesej berunsur Iucah. Bukan itu sahaja, dalam telefon aku penuh video Iucah. Aku tak pernah tahu kenapa aku tak pernah rasa bersalah.

Bila isteri aku tahu, aku yang marah dia, bukan aku yang menyesal. Walaupun dia balas perbuatan aku, aku tetap sama, cuma nampak salah dia. Bagi aku, dia langsung tak sempurna. P0tongan badan tak langsing, gemuk. Muka tak cantik, pemalas, yang dia tahu cuma marah – marah.

Aku tetap manusia yang sama, suka tengok video Iucah, tengok gambar perempuan. Aku tetap hisap d4dah. Bagi aku semua salah itu isteri aku. Aku tak ada silap. Kehidupan tetap seperti biasa. Aku jadi periang bila ambil d4dah. Bila stok aku habis, aku mudah naik marah.

Aku sentiasa menyalahkan isteri dan anak. Masa aku banyak habis di luar rumah. Aku ego. Bila isteri aku tegur aku mesti meIawan. Bagi aku cukup baik aku balik tiap hari. Aku merasa aku lebih bagus dari kawan aku yang lain yang mengabaikan anak isteri. Apa sahaja isteri aku cakap semua tak betul bagi aku.

Selepas sekian lama, akhirnya… Aku dah tak dengar isteri aku membebel. Rumah sunyi. Tak ada dah anak aku berlari – lari buat bising. Aku pun dah tak ada tempat nak marah – marah. Aku puas, akhirnya aku bebas dari hidup terkongkong. Tak akan ada dah perempuan yang basuh baju aku, teman aku tidur, bercerita pada aku.

Tak ada dah mainan bersepah merata – rata. Aku puas. Hati aku lega. Aku boleh keluar bila – bila aku nak, tak ada rasa takut balik lambat. Aku bahagia. Aku mula rasa titik hitam dalam hidup aku bila aku balik rumah keadaan sunyi sepi. Rumah tak ada seri, macam ner4ka bagi aku.

Aku selalu nampak bayang anak dan isteri aku. Bila aku pejam mata, aku seakan terdengar suara isteri aku. Aku mula rasa s4kit. Aku dah tak ada baju nak pakai. Dah berbelas tahun aku tak pernah basuh baju dengan tangan sendiri. Selama ini semua dah sedia walaupun aku selalu bebel pada isteri aku, selalu cakap tak ada baju nak pakai.

Hari ini aku rasa sendiri. Rumah bau macam kongsi. Aku selalu tahan lapar. Kalau dulu bila aku lapar, ada sahaja makanan di dapur. Sekarang dah tak ada. Terkadang bila aku tidur, aku seakan terdengar bunyi bising di dapur, bau makanan isteri aku masak.

Bila aku bangun, aku terus pergi dapur. Aku tengok tak ada apa – apa pun, cuma pinggan penuh di sinki. Dulu aku selalu marah – marah isteri aku bila dia tak kemas dapur. Aku h1na dia. Dia selalu cakap dia biar aku buat kerja supaya aku tahu tanggungjawab, supaya Allah tak persoal apa aku buat di rumah untuk anak isteri. Dia selalu saja bebel.

Aku baru rasa kehilangan, aku baru rasa s4kit. Tapi aku tetap aku, manusia ego. Aku tetap dengan d4dah. Duit aku cuma untuk d4dah. Tak makan pun tak apa asalkan stok d4dah aku tak putus. Aku hidup bagai pelarian. Keluarga buang aku. Aku jadi buruan nark0tik dan AADK.

Bila duit habis, aku mencuri harta orang. Aku ramai musvh. Aku selalu pinjam duit orang tapi aku tak bayar. Aku rindu anak aku, isteri aku.Aku malu dengan diri aku. Aku s4kit kerana perbuatan aku. Aku nak jumpa anak aku, tapi aku malu dengan ayah mertua aku. Aku nak berubah. Aku mesti berubah. Aku azamkan dalam hati. Aku berjuaang untuk anak aku. Aku mula ingat Allah. Aku kembali ke jalan yang benar.

Aku berubah, aku kumpul duit, aku kumpul kepercayaan orang semula. Aku berjaya dapatkan anak aku semula. Aku dapat jaga anak aku tapi anak aku tak riang macam dulu. Tiga tahun aku tinggal dia. Anak aku dah tak ceria macam dulu. Dia tak senyum bila pandang aku.

Langsung tak nak dekat dengan aku. Aku hilang anak aku yang rapat dengan aku. Aku tak dengar dia panggil papa. Tak ada dah dia lari lompat atas belakang aku. Rumah tetap sunyi. Aku rasa gagal, tapi aku kuatkan hati demi anak aku.

Permaisuriku, Maafkan abang lambat sedar. Maafkan semua d0sa abang. Abang punca sayang mend3rita di dunia ini. Tak ada kata yang dapat abang gambarkan penyesalan abang. Abang dah sedar sayang. Abang dah bangun. Terima kasih tak pernah tinggalkan abang.

Sayang selalu bebel untuk diri abang juga. Terima kasih selalu doakan abang untuk berubah. Terima kasih kerana jadi isteri abang selama ini. Abang dah banyak terima balasan atas perbuatan abang pada sayang selama ini. Sayang mesti tersenyum tengok abang sekarang. Doa sayang Allah dah makbulkan.

Tapi sayang dah bawa tawa anak kita. Abang tak pernah tengok dia gelak macam dulu dah. Sayang, abang rindu. Kenapa cepat sangat sayang pergi? Sayang tak ada di sisi abang untuk rasa bahagia ini. Sayang tak ada untuk abang sentuh. Sayang tak ada untuk abang hargai.

Semua dah terlambat untuk abang bahagiakan sayang. Maafkan abang. Abang akan bahagiakan anak kita, bukti kasih sayang kita. Abang tak akan sia – siakan hidup anak kita. Abang akan tunaikan janji abang pada sayang supaya anak perempuan kita tak akan rasa macam sayang rasa.

Tak ada lelaki yang boleh s4kitkan dia. Dunia abang sekarang cuma ada anak kita. Maafkan abang tak mampu nak tunaikan permintaan sayang untuk menikah lagi. Abang belum jumpa wanita yang mampu ganti tempat sayang. Beza isteri aku dengan wanita di luar sana, dia memang selalu marah pada aku.

Bila malam, dia tetap kejut aku supaya tidur dalam bilik. Kami tetap tidur satu selimut. Marah dia tak pernah lebih dua hari walaupun aku buat salah besar. Dia memang muda dari aku, tapi dari hari ke hari aku nampak dia m4kin berubah jadi lebih baik.

Hubungan suami isteri kami tak pernah dia abaikan. Dia tak pernah menolak walaupun dalam keadaan marah. Dia memang suka membebel, tapi apa yang dia cakapkan semua itu benda betul. Aku yang buta selama ini. Langsung tak nampak baik dia. Aku butakan mata. Aku selalu pandang perempuan lain yang aku rasa lebih hebat dari isteriku. Padahal ramai mata yang pandang kehebatan isteri aku. Aku yang buta.

Nota ini aku coretkan buat kalian, lelaki yang pernah tersesat jalan seperti aku. Aku dengan d4dah dah cecah dua puluh tahun. Bukan aku tak pernah cuba berhenti, tapi aku ego. Aku kan lelaki. Aku tahu apa dalam fikiran kau. Cuma aku nak pesan, jangan tunggu sampai kehilangan. Kau tak kan sanggup lalui. Aku hampir giIa. Aku hampir ragut nyawa aku sendiri dengan d4dah. Kesudahannya aku yang tersiksa.

Kadang – kadang bangun pagi terasa arw4h isteri aku ada di sebelah. Lama dia berjuaang untuk ubah aku, sabar dengan aku, tapi aku mensia – siakan semua kepercayaan dia. Aku lupa Allah tak pernah tidur. Sekarang isteri aku dah tenang di sana. Nasib aku tak ada siapa yang tahu.

Aku akan bahagiakan puteri aku. Aku masih mencuba membuat dia gembira. Setahun lepas aku tinggalkan dia, dia pergi menghadap Ilahi. Aku sampai sekarang tak tahu punca. Cuma yang aku tahu dia tersiksa. Dia cuba bangkit selepas penceraian kami. Dia kerja keras tapi belum pun sempat lihat hasil, dia pergi tinggalkan dunia.

Aku tahu lelaki di luar sana tak akan baca nota aku ini kerana dulu aku tak pernah suka baca kisah panjang macam ini. Aku anggap cuma rekaan. Ya, bila kita belum pernah merasa kehilangan, kita tak kan pernah rasa berminat nak baca semua ini. Sekarang baru aku selalu jumpa nota – nota yang ditulis oleh insan kehilangan. Sama seperti aku. Aku cuma mampu berpesan, ubahlah diri sendiri jika kita ingin merasa bahagia di dunia dan di akhirat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :