Ibu mertua terlalu baik, bila saya mengadu suami saya terlanjur banyak kali dengan permpuan lain. Ibu mertua datang ‘ajar’ anak dia dan buang suami dari keluarga

Hari tu saya rajin nak tengok folder – folder dalam komputer suami. terjumpa satu file ada gambar dia dengan perempuan lain, bermesra melampaui batas. Mereka telah berz1na berkali – kali. Saya mengadu dekat ibu mertua, tak sangka ibu mertua datang

#Foto sekadar hiasan. Dari kecil saya sangat menjaga hubungan dengan Allah, solat terjaga, akhlak terjaga dan Quran sentiasa baca atas harapan supaya j0doh saya juga akan menjadi orang yang soleh juga. Hari – hari doa dan solat hajat supaya saya dihadiahkan dengan suami yang soleh, jaga solat, baik dan Allah redhai.

Sampai satu hari, semasa saya melanjutkan pengajian serjana ada seorang lelaki ni saya namakan Amar (bukan nama sebenar) merupakan kenalan semasa ijazah dulu tiba – tiba tanya khabar saya, lalu dia bertanya adakah saya masih belum berpunya?

Bila saya mengatakan belum lalu dia melamar saya untuk menjadi isterinya. Saya ingat ini adalah gurauan lalu tanpa fikir panjang saya hanya bagi tahu, kalau ayah setuju maka saya pun setuju dan beri nombor telefon ayah saya cuma anggap dia takkan berani mungkin Amar ni main – main ja.

Tapi sangkaan saya meIeset, dia betul jumpa ibu bapa saya minta izin untuk kenal dengan saya untuk tujuan berkahwin. Ibu bapa saya amat suka dengan Amar dan galakkan saya untuk berkawan dengan Amar ni.. Apalah istimewanya Amar ni sampai ibu bapa saya suka sangat dengan dia, biasanya mereka akan menolak mentah – mentah lelaki yang cuba melamar saya.

Beberapa minggu berlalu. Kemudian dia kenalkan saya dengan keluarganya dengan ajak bertemu di sebuah restoran. Dia dari keluarga yang baik – baik, adik beradiknya hafiz hafizah. Dia pun sebenarnya hafal banyak ayat Alquran yang saya sendiri tidak hafal.

Melihat keluarganya saya yakin yang doa saya untuk berkahwin dengan lelaki soleh dimakbulkan. Kami kemudiannya bertunang selama dua tahun. Pertunangan kami lama kerana ibu bapa saya kenakan syarat jika mahu kahwin habiskan dulu pelajaran.

Sepanjang pertunangan boleh kira berapa kali kami bertemu, kalau jumpa pun memang ditemani ahli keluarga. Kami sangat menjaga ikhtilat. Berhubung dalam phone pun str1ct hanya 10 minit sahaja. Itupun seminggu sekali untuk urusan perkahwinan . Walaupun begitu perasaan kami tidak pudar, akhirnya kami diijab kabulkan.

Enam bulan perkahwinan kami amat manis, dan indah. Amar sangat r0mantik, menjaga solat, baik, bertanggung jawab, kira perfect ten la. Sehinggalah saya guna komputernya. Tak tahu macam mana pada hari tersebut saya rajin nak explore folder – folder dalam komputernya.

Sampailah terjumpa satu file ada gambar dia dengan perempuan lain, bermesra meIampaui batas. Alangkah terk3jutnya saya sebagai isteri tengok semua video tersebut, dia dan wanita yang sama. Saya rasa langit nak runtuh, hidup saya gelap perasaan rasa nak lari je dari dia rasa macam nak terus hilang tanpa berita.

Saya ambil masa bertenang dengan keluar rumah selama beberapa jam. Dan pulang ke rumah menangis lagi tanpa henti. Sehingga Amar pulang dari tempat kerja. Bermulalah drama air mata kami, saya suruh dia terus terang berkaitan sisi gelapnya, Amar menangis mengaku itu salahnya dan merayu agar saya tidak tinggalkan dia. Rupanya wanita itu merupakan perempuan simpanannya semasa bertunang dengan saya.

Saya tanya, ada lagi ke dengan perempuan lain? Nasib hanya dia seorang. Tetapi mereka telah berz1na berkali – kali, bukan sekali ya. Lepas tu saya tanya kenapa tak kahwin dengan dia kenapa kahwin dengan saya? Amar kata dia cinta saya, perempuan tu merasa ja.

LagiIah saya rasa h4ncur hati saya. Dia rayu, peIuk minta maaf supaya saya tidak tinggalkan dia. Saya hanya senyap sehingga tertidur. Esoknya saya whatsapp ibu Amar beritahu saya ditipu keluarga mereka kata Amar baik tapi rupanya penz1na, ibunya segera bertemu dengan saya untuk mendapatkan penjelasan.

Lalu ibunya ser4ng Amar, sejak dari itu Amar dibuang keluarga. Saya hanya pendam perasaan sehingga s4kit dan masuk hospitaI berkali – kali kerana tekanan d4rah rendah meIampau.. Terlalu str3ss untuk bertindak. Berita ini hanya berkisar antara saya dan ibunya sahaja.

Keluarga saya tidak tahu. Saya rahsiakan kerana ayah saya ada s4kit jantung khawatir dia meninggaI dunia terk3jut. Setelah beberapa bulan, akhirnya saya kena ambil keputvsan sama ada nak masih bersama atau pergi meninggaIkan Amar. Lalu saya menimbang tara dan buat satu senarai baik buruk jika teruskan perkahwinan ini atau bercerai.

Setelah ditimbang kira, banyak buruk dari baik jika saya memilih pencer4ian. Masa tu saya teringat satu ayat Quran ni, jika kamu seIamatkan satu manusia seolah – olah menyeIamatkan seluruh manusia. Jika saya memilih pencer4ian maka Amar akan terus berz1na, maka m4kin jauh rahmat Allah darinya.

Saya memilih untuk memaafkan tetapi tidak melupakan. Saya memilih untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sungguh – sungguh. Setiap kali Amar keluar outstation pasti saya ikut untuk pastikan dia memang keluar bekerja bukan ada skandal baru.

Selepas peristiwa ini, hubungan kami makin akrab dan lebih telus. Kami lebih kenal antara satu sama lain dan lebih sungguh – sungguh baiki hubungan dengan Allah. Amar sangat r0mantis dan menjaga perasaan saya. Tidak pernah angkat tangan atau tinggi suara.

Kami lebih menghargai satu sama lain dan bantu untuk padam d0sa silam dengan amal jariah dan join banyak aktiviti bantuan masyarakat dan lebih sungguh – sungguh dengan aktiviti jemaah di masjid. Harap hubungan mesra ini kekal sehingga hujung nyawa.

Jadi pengajaran dari pengalaman saya ini, pilihlah keputvsan hidup yang membawa kepada kebaikan. Jangan kalah dengan perasaan. Bila marah ambil masa untuk tulis mana baik mana buruk asal tidak telepas cakap. Wanita baik untuk lelaki baik tak semestinya kena sebelum berkahwin, ia mungkin untuk selepas khawin. Binalah sungguh – sungguh peribadi diri untuk jadi yang Allah redha sepanjang hayat..

Akhir kata, “Ner4ka itu penuh dengan pend0sa yang somb0ng, tetapi syurga itu penuh dengan pend0sa yang bertaubat”. Jangan nilai orang sebarangan kerana kita tak tahu siapa masuk syurga dulu. Sekian, – Maw4r (Bukan nama sebenar)

Ulasan pembaca :

Nadzirah Ghazali : Respect pada confessor yang masih mampu memaafkan dan memberi peluang kedua. Dan suatu tindakan paling bijak untuk confessor untutk luahkan apa yang berlaku kepada mentua supaya jika ada apa – apa masalah yang berlaku dalam rumahtangga, tidaklah confessor disalahkan 100%.

Apatah lagi bila depan keluarga dan orang lain, dianggap seperti malaik4t, lelaki perfect 10. Untuk setiap perbuatan pasti ada akibatnya. Salah satunya kesan kepada kesihatan em0si dan mentaI pasangan. Hanya masa yang mampu menyembuhkan.

Azhmira Mokhtar : Kalau saya jadi awak, saya akan sentiasa rasa ins3cure dekat suami saya. Bila pandang, akan teringat – ingat apa yang dia pernah buat tapi memaafkan juga satu perbuatan yang baik. Bayangkan kalau awak yang sebenarnya perempuan simpanan tu dan laki tu tinggalkan awak sebab nak kahwin dengan perempuan yang baik? Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Semoga awak dapat bersangka baik selalu dan banyakkan berdoa sebab hati manusia ni berbolak balik. Apa – apa pon keep strong.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :