
Suami aku pun perasan kawan bisnes dia ni macam nak menggoda, ada je alasan untuk ajak suami aku keluar. Paling kerap perempuan tu WhatsApp adalah minta suami aku datang ke rumah dia waktu pukuIdua belas malam ke atas. Dia siap cakap rumah dia memang privacy.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan masalah aku dan hide profile Facebook aku. Aku cuma minta pendapat yang positif dan nasihat untuk diri aku yang positif dari pembaca semua. Aku seorang isteri yang telah berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Niat aku berhenti kerja setelah empat tahun berkhidmat di sebuah syarikat swasta adalah untuk jaga keperluan harian suami dan anak aku. Selain itu aku sangat nak melihat anak aku membesar di depan mata, sebab selama aku dan suami bekerja secara jarak jauh.
Anak memang kami hantar kepada pengasuh dan pengasuh itu sangat menyayangi anak aku seperti anak sendiri. Sehinggakan semasa bulan terakhir aku beritahu aku hantar ke pengasuh itu, mereka sekeluarga sedih. Tetapi disebabkan aku dan anak nak berada dekat dengan suami ikut dia merantau tinggal bersama, terp4ksa aku berhenti hantar anak kepada pengasuh itu.
Setelah beberapa bulan aku jadi suri rumah, aku gembira sebab dapat uruskan hal rumah tangga, dapat sediakan sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam untuk suami dan anak. Alhamdulillah suami pun suka bila dia balik kerja di depan pintu isteri dan anak menunggu. Tambah lagi sekarang aku sedang sarat mengandung cahaya mata kedua usia kandungan tujuh bulan.
Suami aku memang ada pendapatan tetap hampir tiga ribu lebih, mampu sara kami sekeluarga dengan side income dia dari macam – macam jenis bisnes. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga tak pernah putus. Suami aku ini orangnya jenis soft spoken, mudah berkawan, sangat rajin kerja kuat terutama dalam bisnes side income dia.
Sebab dia pernah cakap kepada aku selagi dia hidup sihat tubuh badan, dia nak cari rezeki lebih untuk keselesaan aku dan anak – anak masa akan datang. Kalau suatu hari dia tiada, dia nak sediakan aset dan wang untuk aku dan anak – anak teruskan hidup.
Suami aku juga seorang yang tak pernah berkira dengan aku dan anak. Kalau aku dan anak ada apa – apa yang teringin nak pakai, nak makan, mesti suami aku tunaikan dari hasil titik peluh dia susah payah dalam bisnes side income itu.
Boleh kata kehidupan aku dengan suami bahagia, keperluan rumah semua suami sediakan lengkap walaupun tak bermewah tetapi serba – serbi cukup untuk keselesaan aku dan anak – anak. Bab uruskan tanggungjawab rumah, bila hujung minggu suami aku rajin membantu aku basuh baju, lipat baju sama – sama, masak pun sama – sama dan layan kerenah anak pun sama – sama.
Aku bersyukur sangat Allah anugerahkan aku seorang suami yang macam ini, tak pernah berkira bab uruskan rumah. Bila aku demam atau jatuh s4kit, dialah yang sanggup ambil cuti dan bangun awal selepas solat subuh susah payah masakkan sarapan, makanan tengah hari, malam dan dia tak bagi aku bantu dia buat kerja – kerja rumah selagi aku belum betul – betul sihat. Dia sangat penyayang kepada aku dan anak.
Tetapi baru – baru ini dalam akhir tahun lepas hingga ke awal tahun ini, rumah tangga kami diduga dengan gangguan seorang perempuan bujang kerja kerajaan. Tiba – tiba dia WhatsApp aku selepas aku selesai solat berjemaah bersama suami. Dia beritahu dia suka kepada suami aku dan susah nak melupakan suami aku.
Masa aku dapat WhatsApp itu, jantung seperti terhenti sekejap sebab terk3jut betul ke apa yang aku baca ini atau mimpi. Bila aku cubit – cubit pipi, betul bukan mimpi. Aku diam, aku tak cakap apa – apa kepada suami pasal ini. Selang beberapa hari perempuan itu WhatsApp lagi, beritahu lagi yang dia sudah pernah keluar dengan suami aku atas urusan bisnes.
Dia siap cakap suami aku ini soft spoken, lepas itu dia selesa berkawan dengan suami. Hati aku curiga bila dapat tahu mereka pernah keluar bersama atas urusan bisnes. Masa ini aku tengah tunggu suami pulang dari kerja pejabat. Aku berfikir nak terus tanya atau tunggu masa sesuai.
Aku fikir – fikir balik malam nanti aku tanya dia. Petang itu aku layan suami dan anak seperti biasa. Bila sudah malam aku tengok suami tengah relaks tengok televisyen sambil tengok anak pun baring di riba dia. Aku pun pelan – pelan duduk di sebelah dia, aku genggam erat tangan suami aku dan cakap, “kalau sayang ada buat abang terasa hati, maafkan sayang ya.” Suami terus peluk erat aku dan tanya, “kenapa ni tiba – tiba macam ini?”
Aku beranikan diri dan kuatkan hati untuk tanya, “siapa perempuan nama Z*******H itu?” Lepas aku tanya, suami terus pegang erat – erat jari jemari aku sambil dia tarik nafas dalam – dalam. Suami pun cerita dari A sampai Z, dia kenal perempuan itu dari urusan bisnes. Kalau berbincang hal bisnes pun di tempat awam macam McDonald’s. Perempuan itu kerja di sektor pendidikan.
Pada awalnya perempuan itu kata suami okey, tetapi bila lama kelamaan suami aku pun perasan dia macam nak menggoda, bagi helah macam – macam untuk ajak suami aku keluar makan, temankan dia tengok wayang, tolong bawa dia ke klinik, minta tolong datang ke rumah dia tengah – tengah malam dengan alasan minta urutkan kepala dan kaki jatuh bilik air.
Kata suami aku, perempuan ini sudah lain macam sebab macam – macam juga dia bagi alasan untuk suami aku datang ke rumah dia. Tetapi yang paling kerap perempuan itu WhatsApp adalah minta suami aku datang ke rumah dia waktu pukuI dua belas malam ke atas.
Dia siap cakap rumah dia memang privacy. Tetapi suami aku mengelak dan diamkan sahaja bila dia WhatsApp macam itu. Bila suami tunjukkan WhatsApp perempuan itu hantar kepada suami aku, aku baca dengan teliti. Ada yang mereka bincangkan hal bisnes, tetapi ada yang aku baca bila waktu lewat malam WhatsApp dari perempuan itu, dia macam tak malu siap mesej dalam itu kepada suami aku kata dia h0rny tiba – tiba.
Lepas itu siap cakap buah d4da tiga puluh lapan C. Cakap kalau “u datang rumah i malam ini, i nak belai, nak pegang, nak tengok badan u tanpa seurat benang pun boleh, rumah i tak ada siapa, i je, bilik pun ada dua, kalau u tidur sini pun boleh, nak tidur dengan i pun i bagi u”.
WhatsApp macam ini dia bagi kepada suami aku tetapi suami aku tak balas apa – apa, diamkan sahaja. Memang hati aku geram dengan spesis perempuan bujang yang macam ini. Tetapi syukur suami aku ini w4ras lagi. Suami pun minta maaf kepada aku malam itu, bukan niat dia nak rahsiakan hal perempuan itu tetapi dia tak nak aku fikir sampai ke bulan dan terus curiga dengan dia tak tentu pasal.
Suami pun masa itu peluk erat aku sambil dia menangis. Dia minta maaf kalau disebabkan kawan bisnes dia itu buat hati aku s4kit dan susah nak percaya dia. Dia minta maaf sangat – sangat, dia tak ada niat cuma serba salah nak beritahu isteri atau tak pasal ini.
Suami pun tak faham kenapa perempuan itu macam itu. Tengok dari kerjaya dalam bidang pendidikan, penampilan bertudung dan baju kurung tetapi di sebalik itu semua pandai menggoda lelaki. Sampai sekarang ini perempuan ini tak berhenti WhatsApp aku sengaja nak s4kitkan hati aku sampai dia reka – reka cerita kata sudah terlanjur dengan suami, padahal suami aku sudah bersumpah depan al-Quran depan aku tak ada, tak pernah buat hubungan s3ks itu.
Tetapi perempuan memang WhatsApp aku cakap dia tak akan lepaskan suami aku dan dia akan cuba dapatkan suami aku apa jua cara sekali pun. Setiap kali selepas solat bersama suami, aku doakan kami berdua ini sentiasa saling percaya dan setia.
Tak cukup dengan kisah perempuan ini, aku pula diganggu dengan secret admirer aku sejak dari zaman sekolah menengah hingga aku ke alam universiti tamat pengajian ijazah. Kenal dengan suami, kami kahwin, hingga aku sudah ada anak nak masuk nombor dua, lelaki ini ganggu aku.
Dia masih tunggu aku sejak zaman sekolah. Dia siap mesej kepada kawan – kawan perempuan yang rapat dengan aku untuk tahu perkembangan aku macam mana. Puas aku block semua yang berkaitan lelaki ini, Facebook, Instagram, WhatsApp semua aku sudah block.
Antara aku dan suami tak ada rahsia. Suami aku pun kenal lelaki yang minat kepada aku ini. Tetapi aku sudah cerita kepada suami dari A sampai Z. Memang aku tahu lelaki ini suka kepada aku sejak aku form empat sampailah sekarang, tetapi tak pernah ada rasa apa – apa perasaan pun.
Dalam diam dia stalk kehidupan aku melalui akaun Facebook palsu yang link dengan ahli keluarga aku dalam itu. Aku tak nak sampai kawan – kawan rapat aku fikir serong kepada aku pasal lelaki ini kejar – kejar aku dari zaman sekolah. Aku sedar aku isteri orang dan aku sudah ada seorang suami yang sempurna di mata aku. Bagi pendapat positif dan membina macam mana aku nak kawal rasa hati ini.
Ulasan pembaca :
Nurul Aqidah : Kes macam ini aku pernah baca, bukan apa, perempuan macam itu sanggup buat apa sahaja, sampai ke cara halus. Lebih baik puan bersiap sedia. Orang nak h4ncurkan rumah tangga kita ini sekelip mata sahaja. Dia tak ingat dah d0sa pahala.
Safura Omar : Syukur puan kerana suami puan masih mampu mengelak godaan sebegini. Namun begitu, aku rasa sudah tiba masanya puan bertegas dan bersemuka dengan perempuan tersebut supaya hentikan gangguan sebegini. Puan ajaklah suami puan sekali.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.