AKU Geram tengok isteri tak lalu makan masa mengandung. Dia asyik makan megi je. Tak boleh ke p4ksa makan, jangan ikut sangat alahan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Setahu aku, ibu – ibu ni, sanggup berk0rban nyawa. Ini sekadar nak berk0rban selera, p4ksa makan pun, takkan sampai tak boleh langsung? Memang alahan ni teruk sangat – sangat ke? Aku masak pun isteri tak lalu makan, kecik hati aku. Baik tak payah mengandung!

#Foto sekadar hiasan / AI. Bini aku tengah mengandung, nak masuk 3 bulan. Memang tak lalu makan langsung tapi elok ke kalau dia makan Maggi? Dah lain tak lalu makan. Aku risau je. Tahulah Maggi tu bukannya makanan berkhasiat. Ada MSG bagai. Takut efek kandungan la.

Dah lah baru nak masuk 3 bulan. Waktu ni semua organ bayi tengah develop. Tapi takde lah dia makan selalu. Sekali dua je la. Cuma lain – lain masa memang tak lalu makan langsung. Kalau sekadar makan ubat doktor, cukup ke zat untuk bayi?

Kadang – kadang aku rasa macam dia suka sangat layan perasaan tak lalu dia tu. Macam tak nak p4ksa diri langsung. Aku tegur sikit, mula lah nak merajuk. Nak suruh makan pun susah. Aku masak pun dia tak lalu makan. Memang kecil hati la. Nak beli makanan luar pun dia tak lalu.

Tapi kerja – kerja rumah aku try tolong ala kadar la. Memang aku tak suruh dia masak langsung. Pinggan mangkuk aku basuh, baju aku, aku basuh sendiri. At least kurang sikit la beban dia. Anyway, memang alahan pregnant ni teruk sangat – sangat sampai takde solusi ke?

Atau lebih kepada psychology influence? Dan si ibu pula mudah sangat ikut dan layan je mood alahan tu sampai tak nak p4ksa diri? Atau ada explanation lain? Kadang – kadang aku tertanya juga. Bila ibu yang ada alahan ni tak nak makan. Ada ke dia terfikir kesan tindakan dia tu nanti akan efek bayi.

Atau dia memang sayang bayi sangat – sangat, memang sentiasa fikir efek kat bayi tapi dia sendiri tak boleh sangat nak makan? Setahu aku, kalau ibu tu ada kesed4ran dan tahu sayang anak. Sanggup berk0rban nyawa. Ini sekadar nak berk0rban selera p4ksa makan pun, takkan sampai tak boleh langsung?

Memang aku tak tahu apa sebenarnya perasaan ibu yang ada alahan semasa mengandung ni. Jadi aku just nak tanya la dari pengalaman korang. Teruk sangat sampai tak boleh nak tolerate langsung ke? What if kalau tak nak fikir untuk diri sendiri, tolong fikir for the sake of the baby instead?

Tak nak lah nanti bila keluar anak, tak cukup sempurna. Atau berpeny4kit. Yang efek seumur hidup dia. Time tu baru nak menyesal. Boleh ke nak cakap kat anak tu nanti, “Ibu minta maaf. Waktu mengandung engkau dulu, ibu tak lalu makan, jadi zat tak cukup dan beri kesan kepada engkau.

Ibu minta maaf sebab ibu makan benda – benda yang berchemical dan tak berkhasiat yang menyebabkan kau tanggung s4kit seumur hidup. Kalau lah ibu boleh alih kembali masa, ibu akan p4ksa diri ibu makan walaupun tak lalu dan munt4h. Ibu akan makan makanan yang berkhasiat demi untuk kesihatan kau.”

Time tu baru nak rasa bersalah, menyesal bagai. Dah tak guna pun. At least sekarang kita jaga kesihatan sebaik mungkin. Bila nanti ditakdirkan Tuhan bayi kita berpeny4kit sekali pun, kita tahu kita dah cuba sebaik mungkin. Sorry kalau ibu – ibu yang tengah alami alahan terasa hati.

Aku cakap dalam nada curiosity sebenarnya. Bukan aku nak salahkan. Cuma aku nak tahu, betul ke tanggapan aku ni. Atau ibu – ibu memang tak boleh kompromi langsung dengan alahan ni? Lagi satu, boleh ke alahan ni ditangani dengan p4ksaan?

Macam bila kita nak kuruskan badan, memang kita terp4ksa tahan lapar, makan makanan yang tak sedap demi nak capai objektif. Sebab kita tahu. Kalau ikutkan selera, memang kita nak makan yang sedap je. Kemudian sampai bila pun tak kurus.

Jadi, boleh ke apply konsep ni secara terbalik kat ibu yang alahan? Anggap demi anak, aku sanggup p4ksa diri aku makan, walaupun aku tak selera makan. Sebab kalau ikutkan takde selera, semuanya aku tak lalu makan. Kemudian efeknya anak yang akan tanggung.

Masa tak mengandung, siang malam doa mintak nak sangat mengandung. Sanggup berk0rban dan ikhtiar apa saja demi nak dapat anak. Bila dah mengandung, terlupa doa, ikhtiar semua tu. Bermacam ragam dan pe’el pula muncul, alahan dijadikan modal alasan, kandungan dijadikan penyebab segala sebab untuk berlemah, bermurung, moody dan sebagainya. Kalau macam tu lah… Baik tak payah mengandung lagi baik kot. Atau lepas ni jangan sebut pasal nak dapat anak lagi. Macam mana korang fikir?

Komen Netizen :

Jimmy : Alahai.. janganla cepat melatah bila wife macam tu. Biasala kalo tengah m4buk tu memang la tak lalu makan. Ko sabar jela.. takyah nak terasa ke apa. Bukan lama pun… 1 – 2 bulan alahan elok la dia. Aku pun tiga anak semua m4buk tahap kritikal punya.

Amik unpaid leave 2 bulan sebab badan lemah sangat. Apa mende makan dan minum semua keluar balik. Anak – anak aku bila lahir elok jek.. comel – comel dan sihat walafiat. Yang penting ko doakan kesihatan isteri dan baby dalam kandungan
rajin baca surah – surah dan al-quran untuk ibu dan baby tu.

Siti : Ni le masalah lelaki yang bergelar suami.. pandai buat anak, pandai tackle awek tapi cepat melatah bila bini buat per4ngai time peknen. Dorang taktau camne azabnye. Tr4uma tengok makanan sebab lepas makan akan keluar balik. S4kit tau bila munt4h macam nak keluar anak tekak, isi perut semua. Bila wife takmau makan dik4ta ikut perasaan la, mengada – ngada la. Memang benda ni boleh dikawal oleh orang biasa tapi amat payah untuk ibu mengandung.

For me dulu memang tak lalu makan sebab selalu ditinggalkan sorang – sorang kat umah. Suami on standby basis keje 7 ari seminggu balik tengah malam tiap – tiap hari. So suami langsung tak alert saya memang tak makan nasi sangat. Bukan tak fikir takut mud4rat kat baby tapi memang betul – betul tak boleh telan.

Dah kunyah – kunyah luah balik sebab tak tertelan. Last – last saya juz makan ape yang boleh ditelan. Bubur ayam mcd, roti, maggi tapi alhamdulillah anak saya lahir selamat, cukup sifat, dan sempurna. Malah ramai kawan – kawan suami puji badan anak saya tu keras bila pegang tak macam anak dorang lembik. Memang kalau saya babab dia tengah saya rase kebas. Saya juz ambik obimin masa peknen.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.