Kak ipar buat mak ayah aku macam babu jaga cucu. Dia seronok pergi bercuti tayang dekat FB. Mak ayah aku hari-hari berg4duh sebab cucu

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak ayah aku dah jaga cucu berminggu, kot la dah habis kerja nak ambik anak. Tapi tak ye, kak ipar pilih nak keluar berseronok dengan kawan – kawan. Mak aku pun taknak tegur sebab anak menantu kesayangan, kerja hebat, orang kaya, boleh tayang dekat jiran…

#Foto sekadar hiasan / AI. Terima kasih kerana menyiarkan kisah ini. Di saat aku menulis ni, kakak ipar aku tengah berseronok bercuti dengan g3ng – g3ng kerja dia di Vietnam manakala mak ayah aku yang berusia 70an sedang berper4ng menjaga cucu (anak kakak ipar aku tu) di kampung.

Begini ceritanya. Aku ada dua orang abang dan dua orang kakak ipar; sorang baik sorang lagi aku rasa layak dipanggil menantu h4ntu. Aku nak cerita pasal kakak ipar yang no 2 ni. Baru je masuk dalam family tak sampai 6 tahun lagi tapi dia bijak ye. Bijak mengambil kesempatan.

Anak baru sorang nak masuk umur 4 – 5 tahun. Kerjaya abang dan kakak ipar no 2 ni memang busy. Berpangkat tinggi dan profession yang tak dinafikan sangat – sangat busy. On call memanjang, which kami 1 family faham. Masa abang aku pilih kakak ipar ni pun kitorang dah w4rning, kerjaya dia akan menguji banyak aspek terutama masa.

Bukanlah tak bagi kahwin dengan dia, tapi abang aku dinasihatkan bersedia untuk ambil alih tugas – tugas hakiki contoh jaga anak, didik anak, masak, kemas rumah, even memikirkan bab sekolah anak. Abang aku ok so proceed je la. Nah, sekarang dah kahwin dah ada anak, mak ayah aku jadi babu dua – dua manusia ni.

Abang aku busy, sejak – sejak berpangkat tinggi dalam jabatan, dia memanjang kena outstation. Kadang – kadang berminggu – minggu. Bila kakak ipar pun sama naik on-call, memang anak tak boleh stay dengan dorang. Siapa nak hantar ambil kat sekolah?

Makan minum pakai anak memang tak terjaga. Jadi dorang pass anak kat mak ayah aku. Daftar tadika mahal tapi anak memanjang ponteng. Mujur baru 4 – 5 tahun. Nanti dah masuk sekolah aku tak dapat bayang budak tu kerja ponteng sekolah agaknya.

Yang kakak ipar aku ni, bila dia tau anak dijaga mak ayah aku, dia akan merangka – rangka bermacam-  macam plan untuk berjimba dan berseronok – seronok post-call. Korang bayangkan, anak dah duduk dengan mak ayah aku berminggu – minggu, kot la habis on-call nak datang kampung jemput anak ambil balik rumah, spend masa dengan anak.

Ko dah la jarang ada masa dengan anak.. but NO. Dia lagi suka memilih keluar berseronok dengan kawan – kawan. Macam mana aku tau? Dah dia bijak sangat tayang kebahagiaan dia hidup macam perempuan bujang kat social media. Nak kata bijak pun tak tau la.. social media dia mak ayah aku, family semua tengok kot.

Ko bayangkan apa perasaan orang tua tu? Dorang tak tido malam jaga cucu, tengok social media mak budak tengah berjimba macam orang tak kahwin. Apa agaknya tujuan dia show off? Nak tunjuk banyak duit boleh pergi bercuti? Nak tunjuk lifestyle dia yang tak macam family kami ni orang kampung?

Aku suspect kakak ipar aku ni mental kot. Dia boleh tak de perasaan show off kebahagiaan dalam kes3ngsaraan mak ayah aku bela anak dia. Aku puas marah mak ayah aku jangan jaga budak tu. Dorang nak angkat budak pun terketar – ketar dah.

Aku ni pun kerja jarang ada kat rumah. Kalau jadi apa – apa, aku nak terpa siapa dulu pun tak tau. Aku puas suruh mak ayah tegur abang dan bini dia. Mak aku cakap, kalau mak marah nanti abang merajuk tak nak balik sini. 1 lagi aku suspect mak aku ni sayang abang aku lebih.

Ye lah, dia berpangkat tinggi, aku ni kerja kampung je. Kalau abang aku merajuk, macam mana dia nak jaja pasal anak dia paling berjaya tu kat kampung kat sed4ra mara. Pastu kahwin bini pun level2 T20. Mak ayah aku bangga la dapat menantu berpangkat.

Aku cakap nasihat la abang suruh dia nasihat bini dia. Bukan kita nak kacau hidup dia pun, tapi agak – agak la nak berjimba macam orang bujang, tanggungjawab anak dia lepas tangan macam tu je. Satu lagi, dia tak pernah kot nak suruh family dia jaga. Sikit – sikit abang aku yang kena mintak tolong mak ayah aku.

Abang aku pulak lepas dah susahkan mak ayah aku, nanti dia balik outstation dia beli la jiwa mak ayah aku. Beli handbag la, bawak makan – makan la, pergi holiday la. Lepas tu mak ayah aku happy la. Lepas tu ulang balik. Kakak ipar aku sampai bila – bila akan bersikap macam tu sebab dia rasa tak bersalah, atau mungkin dia tak nampak itu satu kesalahan dia.

Mak ayah aku tak merungut depan dia, tak pernah tegur salah dia. Tu la satu bab mak ayah aku. Dorang hormat anak menantu. Tapi anak menantu buat pijak kepala la pulak. Dia tak tau apa jadi dalam rumah ni. Aku yang hadap kot. Mak ayah aku hari – hari berg4duh sebabkan anak dorang.

Kadang – kadang mak aku merungut penat, penat, penat… tapi dia nak menolak dia tak sanggup memikirkan cucu dia. Kalau dia tak jaga siapa nak tolong jaga cucu dia? Nak bagi orang gaji? Tak pernah seumur hidup dia keturunan dia upah orang gaji bela anak kat rumah.

Mak ayah aku pun pernah bekerjaya tapi anak – anak membesar dengan tangan sendiri je. Isu orang gaji bermasalah ni yang buat mak ayah aku paranoid nak lepas cucu dorang, jadi terima je la kena bela cucu berminggu – minggu. Anak dorang ni lasak yang teramat ye.

Ayah aku dah tak larat pun nak kejar main dalam rumah. Mak aku masak. Bila ayah aku letih dia biar je budak tu buat hal sendiri, tau – tau dah memanjat sana sini. Kalau patah riuk korang rasa abang aku nak marah siapa? Confirm dia bising anak dia s4kit mak ayah tak tengok anak dia. Ko ingat anak ko baby lagi boleh duduk diam lepas bagi susu?

Aku bengkek je tau tengok kakak ipar aku dok berjimba dengan kawan – kawan dia. Dia tak terfikir sedetik pun yang mak ayah mentua dia ni dah penat, dah tua, dah tak larat. Mak ayah aku tu ok je nak jaga cucu tapi sekali sekala dalam 1 malam jadi la. Ini sampai berminggu – minggu. Dah macam mak ayah aku beranak anak kecil lagi pulak.

Aku cakap kat mak ayah aku, kalau aku yang tegur akan jadi g4duh adik beradik. G4duh adik beradik ni boleh buat putus saud4ra. Tapi bila mak ayah tegur, anak kena dengar, wajib taat. Dorang nak merajuk, alaah sehari dua merajuk la tapi kena balik sebab mak ayah syurga dorang kat dunia ni.

Aku boleh buat masam muka, boleh buat menyampah bila dorang balik. Tapi species tak faham bahasa badan, ayat sarkastik ni sampai ke sudah tak akan nampak kesalahan sendiri. Aku penat. Ini bukan kali pertama ye kakak ipar aku buat macam tu. Dah berkali – kali.

Kalau baru pertama kali nak healing dengan kawan – kawan tinggal anak sekejap dengan family, aku tak kisah. Tapi sebelum – sebelum ni dia dah pernah buat. Anak s4kit tengah malam mak ayah aku bersengkang mata, dia tak on-call pun time tu tapi dia sanggup ye ikut abang aku outstation pergi jauh – jauh berdua je tanpa angkut anak sekali. Korang rasa?

Selepas peristiwa tu, setiap kali dia letak anak kat kampung, aku dah boleh baca.. lepas ni ada lah stories dia kat social media keluar berjimba dengan kawan – kawan. Aku tak faham dengan perempuan zaman sekarang. Kalau rasa nak berseronok macam orang bujang, ko jangan kahwin.

Ko nak rasa hidup berlaki, ko hidup berdua je, jangan beranak dan menyusahkan orang lain. Ko boleh bercuti tanpa siapa pun persoalkan. Korang doakan mak ayah aku sihat sampai bila-bila. Kesian masing – masing d4rah tinggi naik sebab dok berg4duh sesama sendiri bab cucu. – Raudhah Solehah (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Iryani Ismail : Sebelum kau salahkan kakak ipar kau tu, kau patut fikir siapa yang sanggup dan setuju terima budak – budak tu. Orang tua ni kalau depan anak, semuanyaaaaaa boleh. Jadi kau redhaaaa je la. Depan kau je mak ayah kau merungut, depan abang dan kakak ipar kau, semanis senyuman diorang menerima cucu – cucu tu.

Lepas ni kalau orang tua kau merungut, takyah la kau nak emosi, sebab sia – sia je semua tu. Kau suruh je diorang merungut direct pada abang kau, itupun kalau bolehlah dorang buat. Lagi satu, kalau kakak ipar kau letak anak – anak dia pada family beIah dia, percayalah nanti akan kedengaran pula suara tak puas hati mak ayah kau. Sesungguhnya, kau takyah masuk campur dan membebankan emosi kau. Ini yang terbaik.

Siti Nur Atiqah : Salahkn mak ayah dik.. lagi satu jangan serabut kepala sebab orang tua.. kot dialah. Kalau jadi apa – apa baru ko buka mulut sebab nanti kalau buka mulut paling – palinh ko ni orang kita menyibuk.. mak bapak. Tak bising.. kita pula yang bising.

Gitulh selalunye kalau yang jenis takde common sense. Dia macam fikir diri je pusing – pusing pun tapi kalau ko tak kisah ko boleh je sembur kak ipar dan abanmg ko truss tapi ok jer kalau ko nak cakap dengan abang ko tu. Kalau dua – dua kerja bagus suruh mreka upah maid duduk dengan mak ayah ko untuk jaga anak mereka sekurang – kurangnya depan mata mak ayah ko dan maid yan jaga.

Takdelah penat sangat orang tua dan takdelah isu maid yang entah pape jer. Sekurang – kurangnya ringan orang tualah. Nanti ko bagi cadangan dekat abang dan kak ipar ko ok. Tak pun pasang cctv untuk tnjuk betapa penatnye mak ayah ko seharian urus cucu dan ko sent dekat abang dan kak ipar ko.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.