Aku harap takde yg rekod masa aku kena Iudah dgn suami, kalau tak viraI la aku

Walaupun aku dah siap kemas rumah, masak tapi suami tak boleh tengok aku berehat. Mesti dia akan suruh buat apa – apa sambil membebel. Pernah aku terp4ksa curi – curi duduk dalam toilet sebab kaki dah cr4mp. Satu hari kami pergi di kedai mamak tapi aku dah kenyang. Waktu nilah dia Iudah dekat aku depan orang ramai.

#Foto sekadar hiasan.Bismillah assalamualaikum. Terima kasih jika cerita ni dapat disiarkan untuk bacaan umum kerana aku sendiri tidak tahu ke mana lagi untuk aku luahkan segala yang tersimpan di hati ini. Maaf jika panjang kerana aku tidak mahir untuk memendekkan cerita.

Aku mulakan dengan namaku Yasmin (bukan nama sebenar), berusia 28 tahun dan seorang isteri dengan usia perkahwinan hampir 2 tahun. Ceritaku ini adalah mengisahkan peritnya mempunyai suami yang panas baran.

Ya, panas baran yang teramat. Suami aku seorang duda beranak dua. Kedua anaknya masih bersekolah rendah. Beliau berusia 37 tahun pada tahun ini. Diawal perkenalan aku tidak tahu sikap panas barannya, namun segalanya berubah apabila aku sudah sah bergeIar sebagai isterinya.

Sikap panas barannya terserlah ketika aku menemaninya ke sebuah kopitiam untuk bersarapan. Kebetulan pelayan kopitiam tersebut seorang warga bangladesh yang pada pendapat aku mungkin dia kurang faham bahasa melayu kita.

Order yang dipesan suamiku tersalah catat pelayan tersebut dan sejurus makanan sampai, suami aku terus men3ngking pelayan tersebut. Hanya Allah saja yang tahu betapa malunya aku pada saat itu.

Itu baru permulaan, pernah juga beliau men3ngking dan menc4rut kepada staff nya di handphone akibat perubahan tempat bermesyuarat. Disebabkan itu sahaja, semua perkataan tak elok keluar. Kecik hati budak tu, berkali – kali aku minta maaf padanya bagi pihak suami aku.

Kalau di rumah, beliau seorang pemalas. Semua benda dari A to Z aku yang harus laksanakan dan beliau hanya ingin beristirehat seperti seorang raja. Pernah aku mempelawanya untuk menolong aku menjemur kain, aku dit3ngking bagai singa tengah kelaparan.

Sejak dari haritu, aku tidak lagi mempelawanya. Walaupun rumah dah siap dikemas, makanan sudah dimasak, suamiku memang tidak suka melihat aku duduk berehat. Pasti ada saja yang akan dia suruh aku buat sambil membebeI panjang.

Pernah juga aku curi – curi duduk didalam toilet kerana aku terlalu penat dan kaki ku sudah ‘cr4mp’. Aku jarang sekali dapat pegang handphone ketika di rumah kerana dia akan marah dan ugvt untuk mengh4ncurkan handphone ini.

Nak call ibubapa di kampung pun dia tak suka, tak tahu apa masalah pada dia. Aku juga pernah dipukuI dan ditumbvk. Hanya kerana aku ingin pulang dengan segera untuk menyiapkan kertas kerja aku.

Berkali – kali aku ditumbvk di dalam kereta seolah – olah beliau betul – betul mahu aku m4ti pada malam itu. Leb4mnya sangat jelas kelihatan pada keesokan paginya tapi sudah pasti beliau akan buat tidak nampak.

Mau minta maaf? Jauh sekali. Kerana apa? Kerana aku isteri dan dia suami, dan dia layak – selayaknya melakukan apa saja padaku. Anak – anak suami aku tinggal bersama bekas isterinya dan akan pulang ke rumah kami pada waktu yang ditetapkan.

Pada awalnya anak – anaknya ok dengan aku tapi m4kin lama, m4kin kurang ajar. Walaupun aku ibu tirinya, tak bermaksud mereka boleh berkurang ajar pada aku. Apakah salah jika aku suruh mereka mencuci muka dan memberus gigi jika belum mahu mandi sebelum bersarapan?

Apakah salah jika aku menyuruh mereka untuk tidak menyepahkan ruang dan tidak membuang sampah merata di dalam rumah? Masing – masing berumur 11-12 tahun sudah pastu boleh memahami dengan baik.

Namun gagal dilaksana kerana apa? Kerana aku ada dan aku boleh kemaskan dan cucikan. Sedangkan benda yang baik yang ditegur pun gagal dibuat, apatah lagi nak horm4ti aku sebagai orang yang lebih tua.

Kata suami ku, ‘biarlah….. nanti mereka akan faham dan buat’. TAPI SAMPAI BILA? umur sudah beIasan bukan kanak – kanak tadika. Apa saja yang aku ajukan padanya, mesti akan aku dimarahi semula. Kerana apa? Kerana beliau lebih lama hidup dari aku dan lebih banyak pengalaman.

Bab nafkah juga suamiku seorang yang bakhiI. Segala perbelanjaan aku sendiri yang tanggung kerana katanya ‘aku sudah berkerja dan ada gaji dan lebih mampu darinya…’ Sudahlah nafkah tak dapat, belanja rumah, bill – bill aku juga yang tanggung.

Pernah juga aku meminta RM200 sebulan, sekurang – kurangnya lepas bahagian untuk bayar bil elektrik dan jawapannya disudahi dengan amvkkan dan m4kian. Dia hanya keluar duit RM400 sebulan untuk anak – anaknya.

Aku? Nak makeup ke, nak baju baru ke, sendiri beli ye. Bukan dirinya tak mampu, tapi dia lebih utamakan untuk dirinya sahaja. Setiap minggu ada sahaja baju atau kasut baru dibelinya. Suami aku dijatuhi bankcruptcy bertahun lamanya.

Kereta yang digunanya kini adalah milik bekas isterinya namun beliau menggunakan tanpa rasa bersalah. Banyak kali diminta untuk ditukar nama kepada nama dia tapi mana mahunya dia. Kerana apa? Kerana dia akan buat sesuka hati dia nak menyusahkan kehidupan orang lain.

Sungguh aku merasa kesian pada bekas isterinya kerana sehingga kini namanya masih berhutang dengan bank. Aku juga hampir terkena akan tetapi aku gagalkan hasratnya kerana tidak mahu nama aku juga termasuk dalam senarai ctos.

Aku juga seringkali dimaIukan di khalayak ramai oleh suami aku. Aku pernah diIudahnya ketika di kedai mamak kerana tidak mahu makan kerana aku sudah terlalu kenyang kerana makan di jamuan di office.

Semua mata melihat ke arah kami, mamak – mamak kat situ pun tengok aku. Mereka mau tolong aku, tapi takut. Aku hanya mampu diam dan menunduk layu. Di hati berdoa agar tiada sesiapa yang record kejadian tadi.

Risau takut viraI malu la aku. Pernah juga aku dit3ngking ketika makan di seoul garden. Hanya kerana aku bertanya tidak apa ke kita ambik banyak – banyak kerana ada tertulis akan dikenakan denda jika ada makanan lebihan.

Suami aku jenis tidak takut dan tiada perasaan malu mungkin. Di pasar malam dia marah akak tu kerana bubuh lauk sikit, di restoran pula jika harga naik dia marah terus pada pelayan. Bukan kah pelayan itu hanyalah pelayan dan tiada kena mengena dengan kenaikan harga?

Makan nak have – have selari dengan penampilan tapi meng4muk dekat cashier. Aku malu, sungguh aku malu. Dia pernah buIi tukang – tukang kemas rumah kami suatu ketika dahulu. Hanya kerana pembantu tersebut meletakkan harga RM70 sehari dari jam 9 pagi hingga ke 5 petang. Tetapi dibayarnya RM50.

Pembantu tersebut ada hak untuk complain, dan of course dia complaint kerana dia kemas non stop, dan pada esoknya, dia ke rumah pembantu tersebut dan menc4mpak basikal milik pembantu tersebut ke dalam parit.

Sungguh aku kesian padanya, lalu aku datang semula pada hari seterusnya. Aku gantikan basikal yang baru dan sedikit wang tambahan. Aku malu dan aku sedih mempunyai suami seperti itu. Kalau boleh semua orang dalam dunia ni dia akan marah.

Dan pada ketika saat ini, baru aku sedar yang suami aku betul – betul seorang panas baran yang tiada ubatnya. Dengan adik beradik sendiri pun berg4duh macam per4ng dunia. Dan punca beliau berpisah dengan isteri terdahulu juga adalah kerana sikap barannya.

Banyak kali beliau bercerita bagaiman dia memarahi isterinya setiap kali berlaku kesilapan dan bagi aku, kesilapan bekas isterinya adalah sekecil kuman. Kini, perasaan aku terhadapnya sem4kin hilang dek kerana terlalu banyak makan hati atas perlakuannya.

Suami aku juga seorang yang tidak solat dan jarang berpuasa. Apabila aku menegur, disalahkan aku kerana asik buat per4ngai menjadikan beliau tidak mahu solat. Logik ke alasan tu? Solat dan puasa tu suruhan agama dan semua nya berg4ntung dengan diri sendiri bukan orang lain.

Buat per4ngai pula apabila aku seringkali menangis kerana terlalu berkecil hati. Pernah juga aku cuba untuk slow talk dan menegur dengan lembut agar dia dapat kurangkan amarah dan baran akan tetapi sekali lagi aku akan dipersalahkan dan dit3ngking bagai tiada hari esok.

Sudahnya, aku dimaIukan di hadapan kawan – kawannya kerana beliau suka mengadu dan memutar beIit cerita pada orang lain. Dia lebih suka orang membenci aku dan memberi pandangan buruk pada aku.

Kerana apa? Kerana dia sentiasa betul dan aku sentiasa salah dalam segala perkara. Walaupun curang dengan mak janda beberapa kali kant0i, tetap sahaja beliau betul dan aku tiada hak untuk marah. Langsung tiada hak, hak bersuara apatah lagi marah.

Sekarang aku sendiri tidak pasti apa yang akan aku lalui di hari yang mendatang. Sama ada aku masih kuat bertahan ataupun aku berhenti sek3rat jalan dan menjalani hidup aku sendiri. Banyak lagi yang hendak aku ceritakan tapi risau confession ini jadi terlalu panjang dan pembaca akan kurang minat untuk membaca.

Aku akhiri confession kali ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca. Mohon berilah pandangan yang sewajarnya agar aku tidak Iemas dalam air mata. Doakan aku sentiasa kuat dan dimurahi rezeki agar dapat aku bahagiakan mak ayah di kampung. Yang benar, – Yasmin (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farhah Dome : Yang baca pun s4kit hati. Apatah lagi yang tinggal bersama. Lagi lama bersama, lagi str3ss dan tertekan. Kesan buruk tu pada Puan sendiri. Sebelum perkara menjadi lebih p4rah, impak yang lebih besar terhadap kesihatan Puan untuk jangka masa panjang, lebih baik Puan ambil langkah yang terbaik.

Huzainun Abu : Tandanya puan masih sayang kat suami tu. Jika tidak mesti dah pergi report polis esoknya. lepas kena pukuI bagai nak m4ti dalam kereta tu kan. Masih bertahan hampir 2 tahun. Maybe mentaI tak kuat lagi nak keluar dari perkahwinan ni dan masih menaruh harapan pada si suami berubah.

Hati manusia ni kan dipegang oleh Allah. Dia berkuasa boleh dibolak balik hati si suami tu. doalah padaNYA. Amalan simple tapi berkesan, rajin – rajin la sedekah bacaan fatihah kat suami dan diri sendiri. Satu hari nanti dia berubah dah mula solat baru lah ada anak dengan dia.

Bimbang juga dengar tangisan anak kang dibaIing pulak anak tu ke dinding. Jika nak bertahan lagi la. Dah tak mampu bertahan cari lah peguam syariah mintak nasihat.

Amizah Wahid : Dah lalui semua tu dulu. Bersyukur sangat kerana dapat keluar dari kehidupan yang tiada indahnya. Alhamdulillah sinar bahagia menerangi hidup saya sekarang. Tak perlu takut untuk hidup sebagai janda, doa mohon Allah permudahkan urusan.

نور عأيشة : Saya rasa, bila si suami tu naik tangan, lebih baik check doktor. Bukti – bukti Iebam, Iuka, dan laporan doktor tu, bawak ke balai polis. Bila ada laporan doktor, polis, senang sikit nak uruskan penceraian. Kalau tidak, takut si suami tu pandai putar beIitkan cerita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.