Aku hilang sabar sebab anak merajuk. Aku tarik anak keluar kereta, tinggal tepi jalan biar dia melalak

Beza anak 6 tahun, awal tahun hari tu aku dapat tahu yang aku mengandung. Aku marah suami sebab aku tak ready. Tiap kali solat aku doa, aku tak sedia, aku tak nak. Aku takut anak aku hilang nyawa dekat tangan aku plak. Allah dengar doa aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Hi, Nama aku Mentari, umur 30 an dan ada anak 2 orang. Kebelakangan ni kecoh sikit pasal mak – mak burnout jaga anak. Aku la tu salah sorang. Untuk pengetahuan korang, aku surirumah, suami selalu outstation, sekali kerja luar dalam 2 minggu hingga 3 bulan.

Pernah jugak setahun, dia pergi oversea. Hal duit memang tak jadi masalah sebab suami memang mewahkan aku dan anak – anak. Cakap saja nak apa semua dapat. Tapi masa dia dengan kami tak cukup. Anak – anak aku dah besar la jugak, 8 tahun dan 6 tahun.

Sejak anak – anak dah besar memang aku banyak rehat dah. Tapi masa anak – anak kecik dulu aku struggIe, anak – anak rapat dan suami selalu tak ada buatkan mentaI aku sedikit k0yak, masa dia pergi oversea, anak no 2 baru setahun lebih, high need baby.

Per4ngai suka menangis dia kurang masa dia masuk sekolah umur 4 tahun. Bayangkan selama 4 tahun aku lawan seorang diri rasa serabut tengok muka anak, rasa nak tinggal tepi jalan, rasa nak m4tikan diri sendiri sebab aku rasa aku bukan mak yang sempurna, selalu tengking anak, selalu meng4muk marahkan anak.

Dan terbaru, baru saja jadi. Waktu hujung minggu, aku bangun pagi dengan perasaan tak nak marah anak, nak bagi anak – anak seronok. Siap kemas – kemas rumah, aku k3jut anak – anak, nak bawak pergi breakfast dekat kedai, nak bawak pergi taman.

Ok la sampai kedai anak – anak makan elok semua. Aku seronok tengok dorang seronok. Sampai la dekat taman, anak – anak nak main gelongsor, aku tak bagi. Sekarangkan musim HFMD. Aku risau. Tapi anak sulung aku merajuk, sedangkan adik dia ok.

Merajuk tu sampai aku panggil dia tak layan buat pekak. Masa tu aku dah mendidih. Sebab biasanya kalau aku tak bagi main dorang akan pergi tempat lapang, berlari sampai berpeluh – peluh. Tapi hari ni tak. Merajukk panjang.

Aku bawak anak – anak aku naik kereta balik, aku marahkan si sulung, aku tengking dia. Hilang sabar aku hari ni dengan per4ngai dia. Lagi bertambah merajuk dia. Aku berhentikan kereta tepi jalan, aku tarik dia bawak turun, aku tinggal dia tepi jalan dengan keadaan dia melalak – lalak.

Umur 8 tahun, bagi aku mungkin dia dah boleh fikir aku larang main sebab apa. Aku dah terangkan sebab dan akibat. Tapi tak nak dengar. Mujur la hati seorang ibu tu kan ada lagi kesian dalam hati, aku pusing balik ambik dia yang tengah melalak dekat tepi jalan.

Kalau ikut hati marah aku, aku tinggal tak pusing balik dah. Memang sabar aku betul – betul hilang tadi. Aku bukan tak bersyukur ada anak. Aku seronok. Tapi adakala per4ngai anak – anak memang buatkan kesabaran aku hilang. Hilang terus.

Dengan semua benda kene urus sendiri, aku cuma tak perlu fikir pasal duit saja. S4kit demam anak aku tanggung, beli barang rumah, hal sekolah anak semua atas kepala aku. Mak – mak yang burnout ni dorang bukan tak bersyukur ada anak tapi dorang nak rehat.

Rehat sekejap tanpa fikirkan pasal anak – anak, tanpa uruskan anak – anak. Aku kalau dapat balik kampung, seronok sangat. Sebab anak – anak aku, adik – adik aku yang layan. Bawak pergi jalan semua, aku boleh melepek dekat rumah ikut suka nak buat apa, balik dari kampung otak aku rasa fresh giIa, ringan terus.

Sekarang ok la sikit sebab anak – anak dah sekolah, banyak masa aku seorang saja dekat rumah buat hal sendiri, boleh keluar seorang diri, window shopping masa anak pergi sekolah. Lepas 6 tahun, awal tahun harit u aku pregnant balik, aku marahkan suami, lepas 6 tahun aku masih tak ready.

Tiap kali solat aku mengadu dekat Allah, aku cakap aku tak mampu, tolong kuatkan aku. Tak tak ready nak dengar tangisan anak kecik lagi. Aku takut yang kali ni high need baby lagi. Benda lain tak risau, aku risau yang ni. Aku takut anak aku m4ti dekat tangan aku pulak.

Lepas 2 minggu, mungkin Allah dengar rintihan aku. Aku gugur. Time tu tak tau nak gambar perasaan aku, antara rasa bersalah dan bersyukur. Bersalah sebab ‘dia’ dah ada dalam rahim aku, tapi aku tak nak. Bersyukur sebab aku tak perlu dengar lagi tangisan anak kecik dalam masa terdekat.

Dah jadi mak ni banyak benda perlu k0rban. Aku sampai sekarang duk cari mana lagi sabar aku nak kutip. Tiap – tiap malam sebelum tidur tengok muka anak – anak sambil bisik dalam hati aku mak tak berguna. Aku gagal. Aku tak boleh bahagiakan orang – orang di sekeliling aku.

Terima kasih dengar luahan aku. Harap tak de la yang kecam. Sesungguhnya aku tengah k0yak sekarang. Ujian dass aku minggu ni semua tunjuk ‘sangat teruk’. – Mentari (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Daisy Love : Untung lah jadi surirumah yang takde masalah duit. Nak apa semua dapat. Sebenarnya ramai yang nak life macam awak ni. Kena banyak bersyukur. Anak – anak pun da besar jugak tu. Sepatutnya takde masalah burn out lagi dh.

Sebab tak perlu dukung – dukung lagi anak, anak bukan fasa lasak kena berkejar – kejar kalau bawak keluar. Ehh senang banyak la pendek citer. Dan walapun sis jarang bersama suami, kalau betul – betul tak nak anak, buat family planning la sis. Ataupun ambik morning after pill (postinor), cara ni sesuai jugak untuk yang jarang – jarang bersama. Jangan sampai termengandung lagi.. ok sis.

Tun Ryan : Anak Dua sahaja Dan dah besar. Duit tak jadi masalah sebab suami mewahkan. Mmmm… hidup kamu sepatutnya bahagia. Orang lain janda anak 5 anak kecik – kecik. Aku bukan nak perkecilkan masalah kamu, tapi masalah kamu ni tak sebesar mana berbanding orang lain. Duit tak perlu pikir. Perlu pikir jaga anak yang Dua orang je.

Azie Azem : Dik, anak cuma dua, dah besar pulak, benda senang setel je ni. Masukkan anak kelas piano, berenang, taekwando, mengaji, settel masalah. Tak yah layan anak sangat. Lagi bagus, hantar anak sekolah swasta yang mula pukuI 8, balik pukuI 5.

Lepas tu hantar anak kelas mengaji, malam suruh tido awal. Hidup awak ni impian setiap ibu terutama yang single income dan single mum takde duit, pastu kena buat 3 – 4 keje sampai takde masa nak bercakap dengan anak sebab terlalu penat, kalau rasa letih nak hantar, cari lady driver ibu tunggal yang boleh hantar dan ambik anak – anak ke semua kelas tu. Me time awak banyaklah lepas ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.