Lepas kahwin lain, abah terus jadi ‘b0doh’. Rumah abah mcm rumah h4ntu. Adik ternampak mak tiri buang kuali

Abah pun dah tua, berpeny4kit. Sekiranya abah kami meninggaI, harta abah akan jatuh ke tangan mak tiri. Dia mula melayan lelaki – lelaki duda di FB, berkelakuan seolah – olah dia masih lagi single. Pelik sebab abah kata sebelum ni masakan mak tiri sedap tapi sekarang jadi tak sedap dan abah beli makanan dekat luar..

#Foto sekadar hiasan. Dah lama jugak sebenarnya aku dan adik beradik aku memendam rasa. M4kin dibiarkan, m4kin menjadi – jadi per4ngai mak tiri kami tu. Ok lah baik aku start cerita dari awal. Abah aku berkahwin dengan mak tiri aku selepas setahun mak aku meninggaI.

Keputusan untuk berkahwin tu kami adik beradik semua terima dengan berlapang d4da sebab kami fikir kami tak selalu bersama abah kami. Lebih baik ada isteri yang boleh menjaga makan-minum, pakai abah, itulah fikiran kami.

Pemilihan abah pun kami tak masuk campur, walaupun pada mulanya kami berasa agak pelik kerana jauh benar taste abah kali ni. Memang jika dibandingkan jauh langit dengan bumi la dengan arw4h ibu kami. Nak dijadikan cerita, berkahwinlah abah kami dengan seorang perempuan dari negeri utara.

Jujur cakap, kami dari awal memang tak begitu berkenan. Pernah jugak aku bertanya depan abah apa yang menarik minatnya terhadap mak tiri aku tu. Jawab abah, dia sanggup datang ke rumah kami tinggalkan keluarganya, dia pandai masak, datang dari keluarga yang miskin dan berniat nak belajar mengaji.

Alasan yang murni – murni semuanya. Tapi sepanjang pemerhatian aku, dari awal lagi aku tak suka dengan sikapnya yang suka mengadu kesusahan keluarga supaya abah menabur duit. Orang cakap bila berbudi, kita berbahasa… tapi selalunya hanya one sided di pihak kami.

Maksudnya, hanya abah aku menghulur duit, buah tangan kepada keluarga mak tiri aku tapi takde satu apa pun yang dihulur dari sebeIah keluarganya. Tapi abah aku akan cepat – cepat menepis dengan mengatakan bahawa mak tiri aku dari keluarga yang miskin.

Seolah fakir papa kedana apabila abah aku gambarkan. Tapi setelah berkahwin dengan abah, mak tiri aku suka menggambarkan seolah – olah keluarganya dari golongan berpangkat dan berduit. Realitinya, kelakuannya tak ubah seperti rusa masuk kampung apabila masuk dalam keluarga kami.

Dining manner pun dah out, belum lagi bab – bab lain. Sejak berkahwin dengan abah, barulah mak tiri aku merasa kesenangan. Itupun setelah diberi duit, barang kemas, mulutnya masih lagi mengadu yang duit belanjanya tak banyak.

Dalam diam, di belakang abah dia mengatakan abah kedekut dengannya dan hidupnya susah. Dah diberi kesenangan pun tidak bersyukur, hmmmm… Fast forward, setelah abah berkahwin dengan mak tiri aku ini, kami mula mendapati bahawa mak tiri kami ni sangat – sangat – sangat – amat – terlalu PEMALAS!

Haa, oleh tengok betapa hyperbolanya cara aku nak menekankan sikap mak tiri kami tu. Nak pegang penyapu tu memang rasanya tak la. Mop jauh sekali. Masak? Langsung tak! Awal – awal dulu, kami diberitahu mak tiri kami pandai sangat memasak.. sampai level boleh buat katering!

Tapi bila kami rasa apa yang dimasak, hmmm memang jauh api dari panggang! Tapi takpe, kami diamkan. Tak pandai boleh belajar, fikir kami. Namun begitu, setiapkali kami memasak, mak tiri kami langsung tak menjengah.

Nak belajar masak, atau menolong jauh sekali! Kalau datang pun, pura – pura busy sebab abah aku menyuruhnya turut sama ke dapur. Bukan setakat itu sahaja, bila dah makan.. mak tiri aku memang mengelak untuk membasuh pinggan.

Basuh periuk kuali apatah lagi! Adik aku sendiri pernah nampak mak tiri membuang terus sahaja periuk kuali pinggan dek kerana taknak mencuci! Kalau abah aku saudagar minyak, ok la nak buat macam tu. Ni macam dah over sangat pulak.

Per4ngai pemalas mak tiri aku dicampur pulak dengan per4ngai pengotor yang aku memang hilang kata – katalah! Pengotor level macam mana? Level kucing ber4k, k3ncing kat rumah tapi dia tak akan bersihkan. Munt4h kucing atas karpet, dia buat tak nampak.

T4ik kucing even depan pintu bilik dia sendiri, dia akan cover dengan tisu dan lintas tanpa rasa geli. Lantai melekit – lekit, dengan sisa makanan yang dilempar ke lantai konon nak bagi kucing makan. Sinki sampai berlumut.

Periuk sampai bercendawan, berulat dan akhirnya ulat – ulat tu sendiri m4ti kering! Level tahap sampai pakai selipar dalam rumah ala – ala orang putih! Pelik, untuk seseorang yang kononnya rajin beribadah, bertahajjud, berpuasa sunat, soal taharah pun tak lepas!

Pokok – pokok arw4h mak kami, semuanya m4ti! Mak tiri kami mula – mula je berlagak macam rajin nak siram. Bila kami dah balik ke rumah masing – masing, dibiarkan pokok – pokok m4ti kering. Kawasan halaman rumah, memang tak dibersihkan dan penuh dengan daun – daun kering.

Jiran – jiran di kawasan rumah abah aku tu, dah sedia maklum dengan per4ngai pemalas dan pengotor dia tu. Hairan betul! Muka mak tiri kami tu memang tebal betul tak lut dengan peIuru apa pun! Oh ya, mesti korang tertanya – tanya kan, berapa umur mak tiri aku ini?

Dia lebih muda daripada abah aku 10 tahun, jadi kalau nak cakap s4kit penat sangat atau uzur sangat sampai tak boleh pegang penyapu tu.. memangla sangat – sangat tak logik! Hari – harinya dihabiskan dengan sembang di telefon, menonton drama – drama korea, main fb tiktok whatsapp. Bila bab makan, lajuuuu je.

Tapi bila bab kena bersih, tetiba dia tu seolah – olah orang kurang upaya. Rasanya orang kurang upaya pun lagi bertenaga dari mak tiri aku tu! Mak tiri kami ni cuma rajin kalau keluarga sebeIah abah kami atau kawan – kawan abah datang melawat.

Masa ni lah boleh tengok lakonan terhebat! Tiba – tiba rajin nak bancuh air, terpaling suka bersedekah makanan, terlalu penyayang sampai depan – depan tetamu nak mandikan dan suap kucing – kucing makan! Terlalu peramah, sampaikan kalo orang luar tu boleh tertipulah!

Tapi, walaupun per4ngai dia sebegitu, kami tak pernah tinggikan suara, menegur dengan kasar! Pendek kata, kami ni boleh diibaratkan tutup sebeIah mata je. Sebab apa? Sebab abah kami. Kami fikir mak tiri kami dah sah – sah jadi mak kami jugak.

Apapun kekurangannya, kami cuba berlapang d4da. Sehinggalah, dia start per4ngai baru! Apa per4ngai baru dia? Tiba – tiba dia aktif ber fb, whatsapp, masuk group – group mengarut. Siap jadi admin pulak tuh! Dulu macam takde kawan, tiba – tiba kawan – kawan dia ada satu Malaya! Setiap hari duk menyembang kat telefon.

Siap jadi motivator, penyelesai masalah rumahtangga orang! Apa yang disembang setiap hari kami pun tak tau. Tapi, bukan kawan perempuan sahaja yang dilayan, kawan lelaki pun sama! Entah dari mana muncul, Abang Jamal, Abang Wan.. free betul sampai boleh borak kat phone hari – hari?

Takde keje ke? Takde bini ke yang curiga? Yang kawan perempuan pulak, janda ke free sangat menyembang tiap waktu? Berhenti break pun konon sebab nak solat. Lepas tu sambung lagi. Tak cukup dengan itu, tiba – tiba saban masa kami diberitahu yang dia ada reunion dengan kawan – kawan lama.

Reunion tu, boleh dik4takan hampir tiap bulan la ada perjumpaan. Kenduri kawen anak kawan pun hampir setiap bulan gak! Korang rasa logik ke tak logik? Ni dah jadi, dia lah terpaling mempunyai kawan seantero malaysia!

Dek kerana dia sakan nak biI, abah kami pun dia abaikan. Makan minum dah confirm – confirm tak terjaga, s4kit abah tu.. dibiarkan. Depan kami, dia bermuka – muka konon paling caring, paling ambil tahu, siap sendukkan makan bagai.

Di belakang kami, abah kami dibiar tido berseorangan. Dia sibuk bersosiaI dengan kawan – kawan baru yang muncul dari perut bumi. Bukan kami tak pernah bertanya atau menasihatkan abah, tapi abah memilih untuk bersabar.

Kami juga banyak kali terlintas nak tanya secara berdepan dengan mak tiri kami, tapi acapkali niat kami terp4ksa didiamkan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kami berpendapat, abah lah yang sepatutnya menegur isterinya.

Sekiranya kami berbuat demikian, pasti abah akan terIuka. Tambahan pula, mak tiri kami sememangnya pelakon handalan yang pandai bermain airmata. Sekiranya perlu dipilih antara kami atau mak tiri, kami yakin abah akan memilih mak tiri kami.

Kelakuan mak tiri kami seolah – olah dah mula nak pasang pasangan spare. Yelah, abah kami pun dah tua, berpeny4kit… sekiranya abah kami meninggaI, harta abah akan jatuh ke tangannya. Dia mula melayan lelaki – lelaki duda di FB, berkelakuan seolah – olah dia masih lagi single.

Serius s4kit mata dan hati kami menengoknya! Must4hil abah aku tak perasan dengan perubahan sikapnya. Dia dah mula melaram, beli baju – baju baru, siap start diiet sebab nak pasang badan. Disebabkan alasan diietnya lah, dia sengaja tak beli makanan abah aku.

Dah la tak masak, nak beli makanan pun malas! Aku am4ti, abah aku banyak menjeruk rasa, menyibukkan diri dengan mengaji dan mendengar kuliah agama. Dipers3tankan semua itu, janji mak tiri aku masih sanggup duduk bersamanya.

Kadang – kadang, abah aku menangis berseorangan. Sedih bila kami melihatnya begitu, tapi semua ini bertitik  tolak dengan pilihan abah sendiri. Wahai abah aku, kami sebagai anak – anak tak pernah mendoakan pengakhiran rumahtangga abah berakhir dengan perceraian.

Kami cuma mahukan seorang isteri yang boleh menjaga abah dengan sebaik – baiknya dan seorang ibu yang menyayangi, menerima kami seadanya. Wahai mak tiri, fokuskanlah tumpuanmu pada abah aku sehingga akhir waktunya.

Syurgamu bukan pada kawan – kawanmu. Syurgamu di rumah suamimu. Kamulah yang seharusnya mencorakkan sama ada ingin mengubah rumahtanggamu menjadi syurga atau sebaliknya. Kami sekadar melihat, membantu selagi boleh tapi jauh di sudut hati kami, kami nak seorang figura yang betul – betul ikhlas menjaga abah kami dan menerima kami sebagai anak – anak.

Bukan sekadar wayang untuk mengelabui mata orang ramai. You can fake it, but how long can you fake it? Kami mohon agar pembaca mendoakan kesejahteraan rumahtangga abahku, doakan agar mak tiri kami berubah, dan doakan juga agar hati kami terbuka untuk menerimanya dalam family kami.

Moga kepura – puraan berubah menjadi ikhlas dalam menggalas tanggungjawab! Sekian, luahan dari anak yang banyak memendam rasa. – Pemendam Rasa (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Firstly, terima kasih kerana menyiarkan luahan hati aku berkenaan mak tiri aku tu. Ni sambungan kepada cerita aku tu. Aku ada baca komen – komen pembaca untuk menghantar abah aku untuk berubat.

Berkemungkinan disihiir, atau dikenakan dengan ilmu penunduk. Jadi cerita aku kali ini adalah berkaitan dengan usaha – usaha yang kami cuba buat setelah tak tahan lagi melihat tingkah laku mak tiri kami tu. Aku rasa perlu untuk aku terangkan sikap dan per4ngai abah aku terlebih dahulu.

Abah aku ni memang dikenali orang sebagai seorang yang tegas, pemarah, dan pembersih. Dia pantang tengok rumah bersepah. Pasti dia akan bising menyuruh kami cepat – cepat kemas rumah. Malah kalau lantai berpasir sedikit pun, dia akan mencapai sendiri penyapu untuk menyapu ruangan itu.

Pendek kata, abah aku seorang yang mementingkan kebersihan dan sangat kemas orangnya. Pada awal perkahwinan abah aku dengan mak tiri kami tu, aku ada melihat dan mendengar abah menegur mak tiri aku. Mak tiri aku walau dalam keadaan tak suka, waktu itu terp4ksa menurut apa yang abah suruh.

Tapi lama – kelamaan, dia dilihat kembali member0ntak. Kadang – kadang dijelingnya atau dijegilnya abah aku, atau dia akan buat – buat tak dengar sahaja bila abah aku menyuruhnya melakukan sesuatu. Aku cuma perasan perubahan abah aku menjadi sem4kin penurut selepas mak tiri aku kerap balik ke kampungnya.

Oh ya, mak tiri aku akan balik ke kampungnya seorang diri tanpa ditemani abah. Banyak kali juga aku bertanya kenapa begitu tetapi abah cuma menjawab dia malas nak berlama – lama di kampung mak tiri aku. Abah aku merasakan bagai tetamu tak diundang dan segala – galanya hanya abah aku sahaja yang mengeluarkan duit.

Oleh itu, mak tiri aku bebas apabila dia pulang ke kampungnya dan sengaja dia berlama – lama extend masa duduk di kampung dengan pelbagai alasan. Alasan yang kerap diberikan adalah ahli keluarganya s4kit, tapi gambar – gambar yang diupload adalah gambar dia pergi berhuha dengan kawan – kawan, try makanan hipster atau makan di restoran – restoran mahal.

Jadi memang s4kit hati apabila melihat dia berjoli sakan, tapi meninggaIkan abah di rumah sedangkan abah aku sememangnya memerIukan orang di sisi kerana tidak dapat berjalan dan melihat dengan jelas! Abah pada awalnya sihat sahaja, kalau dilihat pada perawakan dan tubuh badan, tampak lebih muda daripada usia sebenar.

Tetapi tak lama selepas itu, mata abahku tidak lagi boleh melihat dengan jelas, kakinya tak boleh berjalan tanpa bantuan tongkat dan sem4kin lama sem4kin uzur keadaan abah kami. Mak tiri kami pada awalnya ada juga memasak tetapi dek kerana masakannya tidak kena di lidah abah, abah aku memilih untuk makan di luar sahaja.

Agak pelik kerana pada mulanya abah aku sendiri pernah merasa masakannya dan memuji. Tetapi mak tiri aku seolah – olah sengaja masak tak sedap supaya abah tidak lagi menyuruhnya memasak. Aku sendiri pernah bercakap dengan abah agar mak tiri aku belajar memasak masakan kegemarannya dengan aku tetapi mak tiri aku sendiri tidak menunjukkan effort nak belajar.

LagiIah dia senang hati tak perlu memasak langsung! Jadi bermulalah episod abah hanya makan makanan di luar dan acapkali jugak aku melihat abah aku makan makanan yang manis, berkolestrol tinggi, pedas sedangkan dia ada peny4kit k3ncing manis, d4rah tinggi, peny4kit jantung.

Mak tiri aku tidak menegah malah akan kerap membelikan makanan tersebut atas alasan abah suka memakannya. Kami pula tidak selalu pulang ke kampung, jadi amatlah sukar untuk kami memantau keadaan abah kami.

Selepas itu, kami mula mendapati rumah kami di kampung sangat kotor sepertimana yang aku ceritakan pada permulaan cerita Mak Tiriku Baru Nak Up! Kami sememangnya rasa sangat – sangat pelik dan takleh nak brain macam mana abah tahan duduk dalam keadaan rumah berdebu, lantai melekit, penuh bersawang labah – labah, busuk kerana sampah dikumpul dan tidak dibuang!

Sekiranya kami tak balik selama 3 bulan, 3 bulan itulah rumah dalam keadaan busuk, berdebu, kotor dan penuh sampah! Tentang kucing – kucing tu, kami sekeluarga sememangnya sukakan kucing. Tapi sejak mak tiri aku wujud dalam hidup kami, kami jadi benci dengan kucing. Kenapa?

Sebab pagi – pagi instead of memasak hidangan untuk sarapan atau membeli sarapan untuk abah aku, dia akan sengaja memilih masa itu untuk memandikan kucing, memberi makan kucing, bermain – main dengan kucing!

Pernah abah mengajak aku dan mak tiri ke pasar untuk membeli bahan basah, tetapi dia hanya mengendahkan abah aku dan memilih untuk memandikan kucing – kucing! Masalahnya, mengikut pemerhatian aku, dia bukanlah pencinta kucing pun.

Orang yang sukakan kucing tak memilih nak kucing yang cantik sahaja. Mak tiri aku hanya nak bela kucing yang cantik – cantik. Jika ada kucing yang s4kit, dibiarkannya sahaja sehingga m4ti! Alasan kucing itulah yang sengaja dibuat – buat untuk mengelak daripada memasak atau melakukan kerja – kerja rumah.

Alasan yang sama juga akan digunakan setiapkali ada tetamu datang bertandang, semasa raya atau ketika adik beradik aku pulang ke kampung. Kami masih bersabar, kerana kami boleh membeli dan memasak sendiri makanan untuk sarapan, lunch dan dinner kami.

Setiapkali kami balik, kamilah yang akan membersihkan rumah. Elok – elok kami membersihkan rumah, dengan sengaja dia akan melepaskan kucing – kucing dan membiarkan sahaja jika kucing – kucing tu b3rak k3ncing merata – rata.

Apabila aku menegur perbuatannya melepaskan kucing, mak tiri aku akan merajuk dan mengadu kepada abah. Abah aku akan mempert4hankan mak tiri kami tu dan disebabkan itulah adik beradik aku merasa sudah malas mahu mengambil tahu dan balik kampung.

Sekembalinya kami ke rumah masing – masing, rumah di kampung akan terbiar kotor seumpama rumah h4ntu! Dek kerana per4ngai abah kami yang kelihatan sem4kin “b0doh” dan penurut, kami cuba untuk mengajaknya membuat rawatan alternatif.

Namun begitu, setiapkali mak tiri kami akan menggagalkan rancangan kami. Abah pula terlalu percayakan mak tiri kami. Mak tiri kami memberitahu yang kononnya abah aku disihiir oleh orang yang dengki dan dia juga turut sama terkena tempiasnya.

Dek kerana disihiir, día tak dapat mengangkat tangannya untuk membuat pekerjaan yang berat – berat. Aduh, alasan disihiir pula menjadi alasan untuk tidak berbuat apa – apa! Masalahnya bila día nak shopping, berjalan ke sana sini, berj0li sihatwalafiat je!

Kuat pulak tangannya mengangkat barang – barang yang dibeli. Tak penat pulak keluar seharian untuk shopping! Apabila kami memberitahu abah supaya mendapatkan rawatan dengan ustaz sekian – sekian, mak tiri aku akan masuk campur dan memberitahu bahawa día ada kawan dan ustazah yang boleh mengubati abah.

Di luar pengetahuan kami, rupanya mak tiri kami telah meminta abah membayar RM1500 sebagai duit pengeras dan kononnya ustazah tersebut sudah biasa melakukan kerja – kerja mengubati orang yang terkena sihiir.

Ustazah tersebut dengan sekumpulan anak muridnya pergi bertapa di Gunung Jerai dan bekerja secara sekumpulan. Bukan itu sahaja, kononnya ustazah tersebut meminta beberapa barang untuk memagar rumah kami seperti pasir pantai, garam kasar, lada hitam.

Tapi pelik sangat caranya, antaranya memagar rumah dengan pasir pantai dan melempar pasir ke atap rumah (sekiranya ada pembaca yang tahu pasal perubatan islam cara ni, sila komen ye). Rawatan ustazah tersebut perlu dibuat beberapa kali kerana kononnya orang yang menyihiir abah aku akan menghantar saantau angin lagi dan lagi!

Rasanya abah aku dah membayar beberapa kali dan akhirnya abah tidak mahu lagi meneruskan rawatan dengan ustazah tersebut. Rumah kami yang dahulunya aman, kini dik4takan ada h4ntu raya, jiin – jiin yang menghuni.

Rumah terasa berbahang panasnya, malah kucing kami pun takut nak duduk sendirian di dapur atau di ruang tamu. Memang sangat – sangat pelik kerana dari zaman arw4h mak kami lagi, takde pulak gangguan seperti yang dialami sekarang.

Bukan kami tak usaha dengan membaca yassin, sembahyang hajat dan sebagainya, tapi disebabkan faktor kami tinggal jauh dan sudah mempunyai komitmen keluarga yang lain. Agak sukar untuk melakukannya secara berterusan.

Ustaz yang dipanggil untuk menengokkan keadaan rumah kami semuanya atas recommendation mak tiri yang kemudiannya kami dapati adalah sc4mmers. Apabila ada di kalangan adik beradik aku secara terangan memberitahu abah tentang kekhuatiran kami yang abah telah dikenakan sihiir oleh mak tiri kami, abah memberitahu mahu pergi berubat.

Tetapi seperti biasa, mak tiri kami seolah – olah tahu rancangan kami dan mula bermain drama air mata. Mak tiri kami mengatakan dirinya difitnah, dan menghasut abah mengatakan anak – anak tak suka padanya. Akhirnya abah mengalah dan disebabkan itu, hubungan abah dengan adik beradik aku sem4kin renggang.

Aku percaya bahawa mak tiri aku sememangnya mahukan abah renggang dengan anak – anak supaya dia boleh control abah. Sekiranya ada di kalangan pembaca mempunyai sebarang recommendation untuk mengubati abah, kami harap dapat ditulis di bahagian komen.

Agak sukar untuk kami masuk campur apabila abah sendiri sudah bertindak mengunci, menukar pintu rumah dan tidak membaIas panggiIan kami. Kami juga tidak tahu yang mana satu ustaz yang betul – betul dapat scan dan memberitahu sama ada benar atau tidak abah kami disihiir.

Kami juga tidak mahu secara melulu menuduh mak tiri walaupun keadaan di sekeliling seakan mengiakan – rumah dibiarkan kotor, mak tiri tak suka sekiranya rumah dibersihkan, menghalang usaha kami untuk membawa abah pergi ke Darul Syifa’.

Kami benar – benar berharap agar hubungan kami anak beranak boleh kembali erat seperti dahulu dan abah dapat menikm4ti hari – hari tuanya dengan aman bahagia. Harap ada di kalangan pembaca yang dapat membantu, terima kasih.– Pemendam Rasa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Neng Syahirah Rozali : Kalau yang tt cerita ni jiran ke apa ke, boleh la nak putus asa bawa berubat. Ni ayah sendiri. Janganlah putus asa adik beradik bawa ayah berubat. Ikhtiarkan sampai sihat dah sudah. Kesian ayah.

Suri Burn : Kalau nak pi berubat, pi la berubat diam – diam. Jangan bagitahu mak tiri ataupun jangan sebut “nak pergi berubat”. Tipula cakap nak pergi pasar ke kedai dan lain – lain. Sebab pernah dengar cerita ustaz kazim, dia bagitau je nak pergi beceramah, auto kaki dia tak boleh melangkah. Pastu ustaz wat trick, konon – konon menipu jiin sihiir tu, ustaz nak pi main bola.. terus baik kaki ustaz boleh berjalan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.