Rumah terbakar, aku dan isteri lari selamat diri dan anak2. Aku terpandang sesuatu dipenjuru, sedang senyum sinis

Tiba – tiba salah seorang anak aku menjerit. Anak aku, Famie takde. Dalam keadaan panik aku lupa sorang lagi anak aku yang tidur berseorangan dalam bilik. Sebelum redah api, aku sempat minta isteri jagakan anak – anak kalau berlaku apa – apa yang buruk dekat aku..

#Foto sekadar hiasan. Apa yang hendak aku ceritakan di bawah adalah sebuah kisah benar yang bagi aku sangat mahal harganya. Terlalu mahal bagi aku sehingga kini tr4umanya masih terasa. Terlalu mahal harganya hingga menyebabkan aku akan menutup siaran berita TV atau siaran media sosiaI jika ada paparan yang boleh mengingatkan aku kembali kepada tragedi yang pernah aku alami itu.

Dengan kata – kata lain kisah seram yang bakal aku ceritakan ini akan mengh4ntui hidup aku hingga ke akhir hayat. Kejaamnya kau Lenny! Di dalam rumah kami ada sebuah anak patung bernama Lenny. Anak patung itu adalah pemberian hadiah seorang rakan isteri aku sempena hari lahir ketiga anak perempuan aku, Sha.

Lenny diambil sempena nama pemberi hadiah itu. Anak patung tersebut sangat comel dengan rambut kerinting berombak yang sangat mirip dengan rambut Sha. Jika dibaringkan, anak patung itu akan memejamkan mata. Jika dibangunkan dalam posisi berdiri atau duduk, matanya yang galak terbuka luas.

Dan jika ditepuk badannya akan keluarlah suatu suara rengekan kanak – kanak yang begitu comel: “Hihihihihi” Dengan segala keistimewaan itu, tidak hairanlah Lenny sangat disayangi Sha. Sha yang ketika itu berusia tiga tahun akan membawa Lenny ke mana sahaja, kecuali ke bilik tidur. Sehingga kadang – kadang terasa lucu apabila melihat gelagat Sha bercakap dengan objek yang seolah – olah hidup itu.

Jun. Suatu malam, kira – kira dua bulan selepas hari jadi ketiga anak bongsu aku Sha, tekak aku terasa begitu dahaga. Aku melihat jam dinding yang menunjukkan sekitar jam 2.00 pagi. Apabila keluar bilik tidur aku ternampak Lenny sedang terbaring dengan mata terpejam di luar pintu bilik.

Bimbang anak isteri terpijak, aku mengangkat Lenny dan meletakkannya dalam posisi berdiri sambil bersandar di dinding ruang tamu. Aku kemudian ke dapur membuka peti ais untuk menghilangkan dahaga. Sesampai sahaja ke pintu bilik aku sangat terk3jut.

Ternampak Lenny sedang terbaring berdekatan pintu bilik tidur aku. Aku kehairanan. Eh, bukankah tadi aku sudah mengalihkan Lenny dan meletakkannya di ruang tamu? Bagaimana dia boleh bergerak sendiri ke pintu bilik tidurku? Aneh! Atau aku yang nyanyuk seketika? Mungkin dalam keadaan fikiran masih mengantuk, aku terlupa mengalihkan Lenny tetapi menganggap telah melakukannya?

September. Awal pagi itu tiba – tiba seorang kanak – kanak perempuan memasuki bilik tidur aku. Bila aku am4ti, wajahnya sangat mirip dengan Lenny. Kanak – kanak perempuan itu mendekati katil aku. “Hihihihihi,” dia ketawa riang dan menari – nari di depan aku.

Ketawanya sebiji macam suara ketawa Lenny. “Sapa ni?” aku bertempik kuat. Serentak dengan tempikan itu, mata aku terbuka. Mimpi rupanya! Aku cuba memejamkan mata semula untuk menyambung tidur. “Hihihihihi,” terdengar suara di luar bilik tidur aku.

Eh..macam suara rengekan Lenny! Macam rengekan dalam mimpi tadi. Mimpi tadi belum habis lagi ke? Aku menampar pipi. S4kit! Aku mencubit lengan. S4kit! Sah.. aku tidak bermimpi. Di luar itu memang suara Lenny!

“Hihihihi,” suara rengekan di luar berulang sekali lagi. Kali ini memang sah bukan mimpi. Sah! Aku melihat jam di dinding. Jarum jam sedang menunjukkan angka 3.15 pagi. Takkan pukuI 3.15 pagi anak – anak belum tidur dan sedang bermain dengan anak patung itu?

Lagi pun sejak terjaga dari tidur tadi, tiada suara anak – anak waku di luar bilik tidur. Sahlah semua mereka sudah tidur. Aku memandang isteri aku, Im yang sedang tidur nyenyak di sisi. Terasa ingin membangunkan isteri.

Mahu dia mendengar apa yang aku dengar. Namun kemudian terfikir tidak payahlah aku beritahu sesiapa. Nanti ada yang kena histeria pula pagi – pagi buta ni! “Hihihihi…” bunyi suara menyerupai Lenny berulang kali ketiga.

Aku bingkas bangun. Pintu bilik tidur aku buka. Kelihatan ruang tamu gelap gelita. Aku membuka semua lampu ruang tamu untuk mencari Lenny. Namun Lenny tidak kelihatan. Aku menjenguk di celah sofa. Mengalih satu persatu sofa.

Ah..itu pun dia! Ternampak Lenny sedang terbaring kaku tersepit antara dua sofa. Mata Lenny terpejam. Aku mengangkatnya. Seperti biasa, apabila tubuhnya dalam posisi berdiri atau duduk Lenny akan membuka mata. Aku renung matanya yang terbuka.

Ah.. masih mata Lenny yang asal. Mata anak patung. Bukan mata manusia yang boleh bergerak sendiri! Aku letakkan Lenny di atas sofa dalam posisi duduk dan mata terbuka. Kemudian aku masuk kembali ke bilik untuk menyambung tidur.

Apabila bangun pagi esok, terdengar bunyi percikan air dari dalam bilik air. Isteri sedang mandi rupanya. Aku buka pintu bilik tidur untuk ke dapur. Tercengang aku seketika. Lenny sedang berbaring di luar pintu bilik tidur aku. Matanya terpejam.

Bagaimana Lenny boleh berbaring di luar bilik tidur aku? Bukankah awal pagi tadi aku sudah meletakkannya dalam posisi duduk di atas sofa dengan mata terbuka? Tidak mungkin anak – anak yang sedang tidur di dalam bilik mereka melakukannya.

“Tadi Im ka yang letakkan Lenny di luar pintu bilik tidur kita?” tanya aku kepada isteri apabila nampak isteri keluar dari bilik air. “Tak lah. Im belum keluar dari bilik ni pun. Bangun tidur terus masuk bilik air. Awat abang tanya macam tu?” “Tak dak apa – apa,” kata aku sambil menggeleng kepala. Aku tidak bercadang memanjangkan cerita. Biarlah segala misteri aku simpan sendiri.

November. Malam itu aku dan isteri tidur awal. Jam 11.00 malam kami berdua sudah berkira – kira untuk tidur. Anak – anak aku seramai enam orang ada yang sudah tidur. Ada juga yang belum tidur. Biasalah, kalau esok tidak sekolah, ada yang tidur lewat.

Belum pun nyenyak tidur, aku terbangun apabila mendengar bunyi jeritan beberapa orang anak aku. Sejurus kemudian terdengar bunyi pintu bilik berdentum dentam ditutup. Aku cuba bangun dari katil untuk bertanya apa yang berlaku.

Namun selepas itu suasana di luar bilik tidur aku sunyi sepi. Semua anak aku sudah masuk bilik untuk tidur kot, fikirku. Sebenarnya aku sudah tersangat biasa dengan bunyi suara hiruk pikuk anak – anak di dalam rumah.

Maklumlah orang anak ramai. Anak – anak aku bukan dua tiga tetapi enam orang. Berlari ke sana sini, jatuhkan kerusi, pecahkan pinggan mangkuk dan gelas sudah jadi lumrah orang anak ramai. Apa lagi lima dari enam anak aku adalah lelaki, semuanya sangat lasak.

Esoknya ketika sedang bersarapan aku bertanya Fitt, Famie dan Fann apa yang terjadi sehingga terdengar bunyi hiruk pikuk dan pintu berdentum dentam kuat tengah malam tadi. Fitt memandang wajah Famie. Famie pula memandang wajah Fann.

Ketiga – tiganya seperti menyimpan satu rahsia besar. “Malam tadi dalam pukuI 12.00 kami nampak Lenny hidup,” akhirnya Fitt bersuara. Fitt berusia 9 tahun adalah anak aku yang paling tua di antara mereka bertiga. Famie dan Fann pula masing – masing berusia 8 dan 7 tahun.

“Lenny hidup?” tanya isteriku Im sambil tersenyum sinis diikuti ketawa kecil

“Haa..Lenny hidup. Dia menari – nari dekat TV,” sampuk Famie.

“Habis apa yang haangpa buat?” soalku. Tiba – tiba aku teringat beberapa peristiwa misteri yang aku lihat melibatkan Lenny sebelum ini.

“Apa nak buat, kami cabut masuk bilik laa..,” kata Fitt.

Patutlah tengah malam tadi begitu bingit bunyi di luar bilik tidur. Rupanya anak – anak aku lari lintang pukang masuk bilik apabila Lenny buat hal lagi.

“Tu laa suka sangat tengok cerita h4ntu,” sampuk Im,

“Sampai patung yang tak dak nyawa pun dik4takan hidup.”

“Betul mama. Kami tiga – tiga nampak. Bukan tipu!” kata Famie macam kecewa cerita mereka tidak dipercayai.

Isteri aku cuma ketawa. Aku pula hanya mendiamkan diri. Kalau aku bercerita tentang apa yang pernah aku alami harus semua anak tidak berani tidur di dalam bilik tidur mereka malam ini!

24 Disember – 6.00 petang. Hari itu mood aku kurang baik akibat beberapa insiden yang berlaku di ofis. Sesampai ke rumah dalam mood panas bergelora pada petang itu, aku ternampak anak lelaki aku Famie sedang berebutan anak patung dengan adik perempuannya, Sha.

“Stoppp!!” laungku kuat, “Atau babah h4ncurkan anak patung tu!!” Namun kedua mereka terus berebutan anak patung tersebut dengan masing – masing mengeluarkan suara bingit. Aku rampas anak patung itu dari tangan mereka dan menghempaskannya ke lantai rumah.

Kepala, tangan dan kaki anak patung itu tercabut. Masih dengan angin amarah yang tidak terkawal aku kutip dan lemparkan sekali lagi sisa – sisa jasad patung yang berbaki ke dinding rumah. Walaupun banyak yang h4ncur namun mata patung masih terbuka dan tertanam kukuh dalam kepalanya yang kemek teruk.

“Jangan sambungkan balik anak patung ni”, aku memberi amaran kepada Famie dan Sha, “Kalau ada yang cuba sambungkan balik, hari ni juga babah akan bakar dia!”

25 Disember – 12.15 pagi. Aku terbangun tiba – tiba apabila rasa badan agak panas. Terbuka sahaja mata ternampak lampu bilik tidur tidak menyala. Kipas dan penghawa dingin tidak berfungsi. Lampu di luar rumah juga tidak menyala. Alamak..blackout!

Aku keluar bilik cuba memeriksa main switch elektrik di ruang tamu. Tiba – tiba hidung aku menangkap bau hangit yang agak kuat. Apabila aku mendongak ke siling rumah ternampak gumpalan asap berkepul keluar. Ada bunyi pelik di atas bumbung seperti ada sesuatu yang terbakar.

“Rumah terbakar.. rumah terbakar!! Keluar, keluar cepattt!!” jerit aku sekuat hati sambil menggerakkan semua anak – anak aku untuk keluar segera dari rumah. Api merebak dengan sangat cepat. Dalam sekelip mata mula terdengar runtuhan – runtuhan kecil dari bahagian atas bumbung.

Ketika aku, isteri dan anak – anak bergegas keluar dari rumah, mata aku terpandang sesuatu di penjuru dinding. Kepala Lenny yang tergolek di atas lantai seperti tersenyum mengejek memandang aku. Lenny mungkin gembira kerana dalam kelam kabut tersebut ada seseorang yang tertinggal dalam api kebakaran yang kian membesar itu. Kejaamnya kau Lenny!!

Sambungan.. Api merebak dengan sangat cepat. Sekejap saja lepas kebakaran bermula terdengar runtuhan – runtuhan kecil dari bahagian atas bumbung. Dalam keadaan panik itu semua yang dicari tidak jumpa, kunci kereta pun cari tidak jumpa.

Aku hampir – hampir memecahkan pintu kereta dan bercadang untuk menolaknya. Tetapi nasib baik akhirnya kunci kereta ditemui oleh isteri aku. Dengan bantuan jiran – jiran, kami cuba menyelamatkan apa saja yang terdaya diselamatkan.

Yang paling penting dapur gas perlu dialihkan sejauh mungkin bagi mengelakkan berlakunya Ietupan dahsyat. Seorang jiran yang baik hati pula memotong bekalan letrik di luar rumah bagi memperlahankan aliran api yang bergerak melalui wayar letrik.

Ketika semua ahli keluarga telah berada di luar rumah, tiba – tiba Fann menjerit, “Bah, mana abang Mi??” Mata aku meliar mencari anak aku Famie. Famie adalah anak keempat dari enam adik beradik. Semua lima anak yang lain sedang berkumpul rapat di halaman rumah jiran yang bertentangan dengan rumah kami.

Namun kelibat Famie tidak kelihatan. Rupanya dalam keadaan panik itu aku dan isteri terlupa Famie sedang tidur berseorangan di dalam biliknya. Kami keluar rumah dalam keadaan kelam kabut dan sangat tergesa – gesa tanpa membawa Famie bersama.

Aku dengan pantas cuba berlari memasuki rumah semula bagi menyelamatkan Famie. Ketika itu api sem4kin galak menjilat struktur bumbung rumah bersama asap yang sem4kin tebal. Runtuhan kecil mula berlaku, kayu dan batu mula jatuh ke bawah. Panas terasa hingga keluar rumah.

Beberapa jiran menghalang aku dari memasuki rumah. “Masuk apa lagi, siling dah runtuh tu! Jangan masuk, bah4ya!! Sat lagi bomba sampai la tu. Biar bomba yang buat kerja!!” jerit beberapa orang sambil menyentap lengan aku dan mengunci pergerakan aku.

Aku meronta cuba melepaskan pegangan mereka. Namun pegangan mereka terlalu kuat. “Anak saya di dalam, saya mesti masuk!!” kata aku meronta sekuat hati. Akhirnya dengan satu sentapan sangat kuat, berjaya juga aku melepaskan pegangan jiran – jiran.

Ketika itu aku berkata dalam hati “Ya Allah jika kau nak ambil nyawa aku pun ambillah, tapi jangan ambil nyawa anak aku!!” Aku menghampiri isteri, memeIuknya seketika sambil berbisik, “Kalau abang tak keluar, tolong jaga anak – anak.”

Isteri hanya memandang aku dengan wajah sayu tanpa berkata apa – apa sambil matanya mengesat air mata. Dengan lafaz bismillah yang kuat, aku berlari sekuat hati menerjah memasuki rumah di celah kayu – kayu bumbung dan siling yang mula runtuh dan asap yang sangat menyesakkan nafas.

Ketika tiba di bilik tidur, kelihatan Famie sedang terpinga – pinga dengan wajah pucat. Dia berdiri kaku, tidak tahu hendak buat apa sambil menangis. Nasib baik dia tidak lemas dalam asap yang mula tebal itu. Aku capai selimut dalam bilik tidur dan membungkus tubuh Famie.

Aku gendong dia dan berlari pantas keluar dari rumah sambil kaki melangkah celah – celah runtuhan kayu dan api yang amat hangat. Akhirnya dapat juga aku keluar dari rumah bersama Famie. “Alhamdulillah.. alhamdulillah..,” di sana sini terdengar suara jiran – jiran yang memanjatkan rasa syukur kerana aku dan Famie berjaya keluar dari rumah itu.

Isteri aku memeIuk dan menciuum Famie bertalu – talu. Tidak habis dia menyebut alhamdulillah kerana kedua – dua kami selamat. Beberapa jiran pula mengerumuniku, meminta aku bersabar dengan dugaan Illahi. Ada yang bertanya sama ada aku sesak nafas atau tidak.

Aku cuma menggelengkan kepala. Memang paru – paru rasa sedikit pedih kerana terhidu asap tebal tadi. Tapi aku tidak perlu tunjukkan kepedihan itu, terutama kepada isteri dan anak – anak. Sementara menunggu ketibaan bomba yang dirasakan tersangat lama, api terus menjulang ke ud4ra.

Kami hanya mampu melihat kemusn4han yang berlaku tanpa mampu melakukan apa – apa. Selepas beberapa minit barulah terasa kaki aku mula panas dan berdenyut – denyut. Apabila diperiksa barulah tahu rupanya ketika merempuh untuk menyelamatkan Famie aku terpijak bara api runtuhan bumbung.

Rasa s4kit mula menjalar ke seluruh saraf kaki aku. “S4kit ka?” tanya seorang jiran terdekat sambil meminta isterinya balik ke rumah untuk mengambil minyak angin. “Tak apa. Tak s4kit sangat. Lebih s4kit kalau saya tak masuk rumah selamatkan anak tadi,” jawab aku sambil menahan pedih di tapak kaki.

Tidak lama kemudian bomba sukarela sampai, diikuti bomba kerajaan. Mereka mengambil masa kira – kira satu jam untuk mengawal keseluruhan kebakaran. Memang kebakaran itu menyebabkan kerugian yang amat besar kepada keluarga kami.

Hampir keseluruhan bahagian bumbung dan plaster siling hangus dijilat api. Yang tinggal cuma sisa – sisa kepingan kayu, batu dan logam yang sudah menjadi arang. Almari, katil, sofa dan perabot lain banyak yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Pakaian pula termasuk pakaian sekolah dan buku anak – anak hampir semuanya musn4h. Hari itu rasanya kamilah keluarga yang paling miskin di taman perumahan kami tinggal. Kami betul – betul hanya tinggal sehelai sepinggang!

Nasib baik rumah itu ada insuran, kuranglah sedikit beban yang ditanggung. Tetapi barang – barang elektrik dan perabot yang tidak diinsurankan banyak yang haangus atau rosak. Dalam kesibukan menyelamatkan barang, ada juga barang – barang yang hilang dicuri oleh pencuri yang mengambil kesempatan dari tragedi itu.

Memang ramai yang membantu, tapi ada juga rupanya yang membantu sambil mencuri! Antara barang yang dicuri termasuk semua barang kemas isteri, henfon, kamera dan jam tangan. Yang paling aku sayangi walaupun nilainya tidak seberapa ialah kehilangan jam tangan tag heuer yang ada sentimental value kerana baru dua bulan dihadiahkan isteri sempena hari lahir aku.

Kejaamnya manusia yang sanggup memberatkan lagi kesukaran yang kami tanggung akibat tragedi itu. Kebakaran itu membawa kesan mendalam kepada aku hingga kini. Hingga kini aku tidak boleh melihat berita kebakaran di dalam TV atau media sosiaI.

Jika ada siaran berita tentang kebakaran, aku akan segera mem4ti atau mengalih siaran TV atau media sosiaI. Aku tidak sanggup melihat sesuatu yang pernah aku alami sendiri. Tr4umanya masih berbekas hingga kini.

Apa pun aku bersyukur kerana walaupun banyak harta benda musn4h dan hilang, apa yang penting semua kaum keluarga kami diselamatkan oleh Allah. Mujur juga aku tidak mengikut nasihat jiran – jiran supaya tidak masuk ke dalam rumah, jika tidak aku pasti akan menyesal seumur hidup kerana tidak dapat menyelamatkan anak aku, Famie.

Sementara kerja baik pulih rumah dilakukan, aku menumpang di rumah mentua. Esoknya, sehari lepas kebakaran, aku dan isteri sekali lagi melawat rumah yang terbakar. Aku cuba mengutip apa jua sisa – sisa barang yang masih boleh dipakai.

Dan ketika itu tiba – tiba aku teringat Lenny. Puas aku mencari Lenny di segenap ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur namun anak patung tersebut tidak ditemui. Yang ada cuma serpihan kayu yang sudah menjadi arang, besi dan batu yang mempunyai kesan terbakar.

Barang – barang plastik kebanyakannya cair dan h4ncur. Lenny cuma sebuah anak patung yang diperbuat dari plastik. Mungkin kebakaran itu telah mengh4ncurkan keseluruhan jasadnya! – Jeff Hamz_ Ben Jamalley

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.