Diam2 mak hasut anak aku supaya benci ayah mereka. Aku baIas sampai mak terdiam, dia ingat dapat buIi aku

Ikut kata mak aku, anak – anak aku nanti semuanya akan per4ngai buruk. Tapi tak pun, anak – anak aku juga baik dan dengar cakap. Bukan nak kata apa, anak – anak saud4ra aku semuanya suka menjerit macam tarzan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku tak tahu macam mana nak luahkan rasa sedih aku ni. Aku cuba terima yang aku bukan anak favourite mak. Aku cuba memahami kenapa mak treat aku tak sama macam anaknya yang lain.

Aku tak minta banyak, hanya supaya tak s4kitkan hati aku. Waktu aku kecil dulu aku jenis happy go lucky. Selalu orang yang pernah kenal arw4h ayah dan mak, pasti akan ingat aku. Tapi lepas arw4h ayah meninggaI dunia, mak mula menampakkan sisinya yang bencikan aku.

Mak suka sinis, marah, hina, pukuI, pulaukan aku, ajak adik beradik lain bencikan aku. Aku tak faham kenapa. Mak kata per4ngai aku sama macam someone yang dia tak suka. Seseorang tu adalah keluarga sebeIah arw4h ayah.

Walaupun nyatanya fizikaI aku menyerupai mak. Dan terbukti pun anak aku, yakni cucu mak menurun fizikaI mak. Mak akan mengh1na, mengata, merendah – rendahkan aku depan adik beradik aku yang lain, sehingga aku hilang yakin diri dan percaya apa yang mak cakapkan.

Aku dari dulu hanya satu cita – cita aku, nak bahagiakan mak. Aku dari zaman belajar aku bagi duit kat mak. Di masa adik beradik yang atas aku ni berpoya – poya zaman universiti, aku pula bekerja sambilan, cukupkan duit mak untuk pergi haji dan bagi duit untuk pelajaran dan sekolah adik – adik aku yang lain.

Aku rasa masa umur 14 tahun aku kemurungan, aku rasa tak nak hidup, sentiasa sedih. Masa tu guru kaunseling kebetulan cikgu tu mengajar aku bahasa melayu perasan yang aku ni tak sama macam pelajar yang lain. Tapi aku tak boleh luah masalah aku.

Aku tak rasa orang lain boleh faham masalah aku. Sebab kawan – kawan sekeliling aku semuanya mempunyai mak atau ayah yang penyayang. Sampai lah masa aku universiti, first time aku berjauhan dari rumah. Masa tu, aku rasa hidup aku kat universiti adalah masa yang terbaik untuk diri aku.

Namun aku masih takut nak rapat dengan orang lain. Aku tak banyak kawan. Aku susah nak percaya kat orang. Mak aku ni depan orang lain je nampak baik, tapi kat aku ni lah jadi tempat dia luahkan rasa menyampah, mengejek orang lain yang dia tak suka.

Mak tahu aku ni sumber duit dia, masa ni juga mak mengadu pasal abang dan kakak aku yang minta duit. Aku selalu kesian kat mak. Sampailah aku dah kerja, aku tetap bagi duit kat mak. Sampai kemuncaknya bila aku ada suami dan anak.

Aku tak tahan bila suami dan anak aku jadi bahan mak mengata. Paling aku tak boleh bila mak mengajar anak aku supaya tak hormat ayahnya iaitu suami aku. Masa ni aku meng4muk giIa – giIa, aku luah semua perasaan aku selama ni.

Mak kata hati aku ni banyak hasad, hati aku ni buruk, jahat. Selama ni pun mak selalu cakap aku ni anak derh4ka, tak bau syurga, sampai adik – adik aku sendiri tak hormat aku. Abang – abang dan kakak aku yang sebelum ni baik dengan aku (walaupun taklah mesra sangat), semuanya pulaukan aku.

Bila mak h1na hati aku, macam aku ni tak layak nak hidup langsung. Aku baIas kat mak, kalau aku ni buruk sangat, mak juga buruk sebab aku lahir dari rahim mak yang buruk. Terkedu mak bila aku cakap macam tu. Masa tu aku dah nangis macam orang giIa, aku tak boleh terima mak langsung tak hormat aku yang dah ada suami dan anak.

Mak ingat aku ni budak – budak macam tu mak boleh buIi. Aku sedih sangat kenapa anak aku nak kena tengok keadaan aku yang dah tak boleh kawal kesedihan. Sejak dari tu mak sem4kin dingin dengan aku. Dingin, dingin.

Tapi duit masih nak. Aku masih tetap bagi duit. Aku masih cuba bercakap dengan baik. Aku macam baru sedar dari mimpi yang sangat lama, yang aku ni sampai bila – bila pun takkan boleh buat mak puas hati dan terima aku seadanya.

Tuhan Maha Adil, aku dapat suami yang sangat baik, yang tak pernah sekalipun berkata buruk. Aku dapat sebenar – benar ketenangan di sisi suami. Ikut kata mak dulu, anak – anak aku nanti semuanya akan per4ngai buruk.

Tapi tak pun, anak – anak aku juga baik dan dengar cakap. Bukan nak kata apa, anak – anak saud4ra aku semuanya suka menjerit macam tarzan. Ikut kata mak juga, bila aku pergi mekah aku ni akan kena ujian. Tapi tak pun, banyak sangat nikmat Tuhan bagi masa aku pergi umrah dulu.

Benarlah kata – kata mak tu adalah doa, tapi doa yang buruk kat anak, tak semestinya Tuhan akan makbulkan tau. Jadi jangan takut kalau korang ada mak macam ni ye. Please lah jangan ingat hidup korang akan tamat macam tu je.

Cumanya aku ni masih manusia, ada rasa sedih. Aku tak pernah rasa mak adil. Tak pernah sekali. Aku dulu belajar dah lah tak guna sesen duit mak, masa kahwin pun tak de guna duit mak. Aku tak pernah menganggur macam adik beradik aku yang lain. Malah aku ni sumber duit mak.

Aku sedih bila mak konon macam bagi wasiat bila dia tiada nanti, dia minta adik dan kakak aku uruskan hartanya sebab dia percaya kat adik dan kakak aku. Adik beradik perempuan hanya ada 3 orang. Kakak aku, aku dan adik aku.

Buat apa mak cakap macam tu kat aku kan. Kalaupun mak tak percaya kat aku, tak perlu cakap macam tu. Aku pun ada hati dan perasaan. Dah la selama ni mak treat aku bad, takkan bila nak m4ti pun masih sama juga. Lama juga aku nak hilangkan rasa sedih aku.

Aku dengar je lah. Aku juga dah mula jarakkan diri daripada mak dan keluarga sejak sebelum mak cakap pasal wasiat lagi. Sebab aku rasa demi kesihatan mentaI aku, baik aku selamatkan diri. Aku keluar group family sebab group tu jadi tempat mak untuk show off atau nak adik beradik aku saling bersaing dan jelous.

Which is per4ngai mak ni juga salah satunya yang aku tak boleh hadam. Mak seronok tengok adik beradik aku bersaing konon untuk bahagiakan mak dengan duit, baju, emas dan apa saja barang. Masa mak tak ada dalam group tu elok je kami bertegur sapa, tanya khabar, update.

Tapi bila mak ada, suasananya jadi lain. Senyap je masing – masing. Aku taknak hadap suasana t0ksik tu dah. Jadi aku keluar  group. Otak aku pun jadi ringan. Aku call mak sekali sekala. Mak? Jangan haraplah nak call anak.

Prinsip mak, jangan mak yang sembah anak, biar anak yang sembah mak. Sikap mak suka memilih dan membandingkan anak. Yang aku perasan lah, selain aku, ada abang aku seorang lagi yang mak macam kurang sikit.

Mungkin sebab abang aku ni dulu pernah menconteng arang di muka mak. Aku ingat m4kin tua, mak m4kin insaf dan sedar diri. Satu hari, mak kata nak pergi umrah dengan adik aku. Laju mak call aku. Aku dah faham sangat dah, niat mak nak duit saja.

Aku pun transfer duit dan whatsapp mak resitnya. Tak sampai seminit mak call, buat – buat tanya aku transfer duit ke. Tapi bila aku ajak mak singgah rumah aku sebab rumah aku dekat juga dengan KLIA. Mak bagi macam – macam alasan. Aku sedih.

Aku dah kahwin dekat 14 tahun, mak tak pernah sekali pun datang rumah aku. Memang mak liat dan bagi macam – macam alasan, sama macam abang aku seorang lagi tu. Jadi mak memang takkan pergi rumah aku atau rumah abang aku seorang lagi tu.

Tapi bila rumah orang lain, elok pula mak pergi berkali – kali. Aku dah lama perasan. Setiap kali tu juga aku masih sedih. Ye lah, kita anak, seburuk mana pun tetap nak berikan yang terbaik buat mak. Tapi masih tetap tak dihargai.

Dengan tiba – tiba, mak pesan lagi wasiat dia tu. Bertambah sedih aku. Dah lah tak pernah call anak, lagi nak s4kitkan hati anak. Mak kata rumah tu dia nak bagi kat adik bongsu aku. Katanya adik aku tak kerja, kesian kat dia nanti.

Siapa yang tak bagi kerja? Mak aku juga. Adik aku tu dah umur 30 lebih. Hidup menumpang duit mak. Untuk pengetahuan, duit mak tu adalah dari pencen arw4h ayah. Dalam pencen arw4h ayah, ada hak setiap anak. Yang aku sendiri pun tak pernah merasa sangat la.

Bila aku nak apa – apa selalu kena herdik dengan mak. Selama 25 tahun arw4h ayah dah tiada, aku rasa 5 tahun je aku hidup bawah tanggungan mak. Tu pun dengan sangat siksa. Unlike adik beradik yang lain ye. Nak tempah baju dapat, nak beli komputer dapat, nak beli motor dapat.

Nak pergi lawatan, dapat. Nak masuk persatuan beruniform, dapat. Aku sedih. Kot ye pun mak nak bagi wasiat kat sape – sape. Tak payah bagitau, tulis je lah, nanti mak meninggaI kami baca la. Teringat pula aku zaman kecil dulu, bila arw4h ayah aku belikan mainan masak – masak untuk adik bongsu.

Untuk aku tak ada ye. Aku nak tumpang main. Mak dengan kerasnya cakap. Tu semua mainan adik aku punya. Sedih betul masa tu. Aku umur 9 tahun, tapi aku ingat lagi sebab aku tak dibenarkan sentuh mainan adik aku. Aku tak faham kenapa.

Kalau orang lain yang cakap macam tu mungkin aku boleh faham lagi. Ni mak yang cakap. Sebab tu aku ingat peristiwa ni. Masa tu per4ngai mak masih ok sebab arw4h ayah ada lagi. Yang aku ingat mak selalu pandang kat aku dengan pandangan tak puas hati.

Masa arw4h ayah ada, aku langsung tak ingat, apa kenangan aku dengan mak. Memang zero. Lepas arw4h ayah dah meninggaI, kenangan dengan mak semuanya sedih dan menghiriis hati. Entahlah, boleh ke suruh anak yang ni bekerja dan bagi duit, anak yang tu takyah kerja.

Boleh ke guna duit pencen tu hanya untuk anak tertentu sahaja. Mak kata lagi, nanti ada lah tu rezeki lain. Eh kami yang kerja ni nak dapat rumah, hutang 30 tahun tau. Kerja hempas pulas. Aku nak je cakap kat mak, kalau lah kata aku yang tak kerja, yang duduk kat rumah.

Nak ke mak bagi aku rumah tu. Satu, memang taklah mak bagi aku duduk goyang kaki kat rumah. Dua, memang taklah mak nak bagi aku rumah free. Jadi mak tak adil. Kalau anak lain, mungkin peluang tu ada lagi. Untuk aku ni peluang memang zero.

Aku sebenarnya sangat sedih. Baiklah aku tak payah tahu. Aku selalu doa waktu kecil dulu, ya Allah bagiIah aku jadi buta dan tuli supaya aku tak perlu nampak dan dengar perkara yang hanya buat aku sedih dan s4kit hati. Yang akan buatkan aku m4kin jauh dengan tuhan.

Tapi sampai sekarang pun aku masih lagi rasa sedih macam ni dengan mak. Walaupun aku dah cuba jarakkan diri. Aku rasa tua nanti aku pun jadi macam orang lain, yang dah tak balik kampung dah. – Zurleen (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rizal Rodzuan : Just berhubung sekadarnya dengan mak cuma jangan putuskan silaturrahim dengan mak dan adik beradik lain. Kalau ada hak awak yang mak tak tunaikan, kalau rasa nak ikhlaskan demi kebahagiaan kita try ikhlaskan, kalau tak mampu, tuntut kat akhir4t kerana tu memang hak kita dalam islam.

Kalau rasa nak bagi duit kat mak, bagi setakat mampu tak perlu terlalu berk0rban nanti kita yang sedih bila tak dihargai, anggap sedekah je. Tapi yang paling penting, fokus giIa – giIa kat suami dan anak – anak awak, jangan ikut per4ngai mak tu ya. Semoga berbahagia tt.

Fadz Mahad : Nasib kita hampir sama. Cuma saya tak la sampai dibuat berg4duh adik beradik. Tapi kami diberikan beban hutang yang dibuat oleh mak menimbun – nimbun. Siapa yang ada mak macam ni je yang paham ape perasaannya.

Memang sedih.. dari kecik dah ditoca dim4ki sump4h seranah tu biase. Pernah je doa mintak dijauhkan dari keluarga siap mintak nak m4ti pon ye. Ape pon buruk dia.. dia tetap mak kite tapi betul tt. Doa dia yang bukan – bukan kat kite tu tak jadi pon. Semoga Allah memberikan kebahagiaan kepada tt lepas ni

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.