
Lepas bercerai, abang aku suruh letak je anak – anak aku dekat rumah anak – anak yatim. Nak dijadikan cerita, lepas aku ambil anak – anak dari rumah abang aku tu, anak aku menangis dalam kereta. Menangis dan minta aku jangan tinggalkan lagi diorang kat sana. Sekali aku tengok CCTV dekat pakguard, anak aku hampir kena culik..
#Foto sekadar hiasan. Aku ni seorang ibu tunggal yang ada dua orang anak. Alhamdulillah anak – anak aku semua dapat tinggal dengan aku selepas bekas suami aku ceraikan aku kerana tak nak bagi komitmen pada keluarga. Ahhh, biarkan lah dia. Dia nak bahagia kat luar sana.
Anak – anak aku yang sulung berumur 8 tahun (Hairiz). Yang kecil 5 tahun (Rayyan). Selepas bekas suami aku, Azlan tinggalkan aku. Hidup aku dah macam patah sayap, mujur family aku ada yang bantu aku saat aku jatuh tersungkur. Sepanjang 5 tahun lepas bercerai, aku dapat taw4ran kerja di Bangsar.
Lepas bercerai bekas laki aku memang tak ambil tahu pasal nafkah anak – anak. Aku buat keputvsan untuk bekerja sambilan sabtu ahad di Mcdonalds. Penat memang penat, tapi desakan hidup dan demi anak – anak, bayar rumah, kereta, bil – bil yang ada, duit makan pakai kerja dan anak – anak.
Pernah juga abang aku cakap, letak je anak anak aku dekat rumah anak – anak yatim. Siapa tak sedih. Sedih, aku sedih. Aku sebagai ibu, tak tergamak nak buat macam tu. Aku masih kuat untuk membanting tulang dan bekerja kuat demi mereka. Tapi mak aku sekeras – kerasnya meIarang aku berbuat demikian.
Jadi, dia pun sanggup tolong aku untuk jagakan anak – anak aku. Aku hulurkan juga duit sebab menjaga anak – anak aku yang nakaI tu. Disebabkan mak aku tinggal dengan abang aku, dia minta aku letakkan cucu – cucu dia di rumah abang aku.
Dia rela jaga dari biarkan orang lain jaga. Ya lah, cucu sendiri kan. Marah macam mana pun tetap sayang. Mula – mula semuanya ok, sehinggalah aku diberitahu oleh anak aku yang sulung (Hairiz) yang kakak ipar aku (isteri kepada abang aku) pernah pukuI anak aku (si bongsu, Rayyan) dengan h4nger.
Aku time tu husnudzon lagi. Mungkin anak aku tu nakaI. Jadi aku biarkan. Esok anak aku si Hairiz cakap benda yang sama. Aunty pukuI adik dengan h4nger sebab tak mandi. Aku tengok memang ada kesan berbirat dekat belakang badan si Rayyan.
Aku memang dah tak sedap hati. Aku bagitahu mak aku, mak aku pulak cakap mungkin kakak ipar aku bergurau. Aku sebak. Selang beberapa hari, mak aku terp4ksa tinggalkan anak – anak aku dengan kakak ipar aku di rumahnya sebab nak hadirkan diri untuk reunion.
Jadi, aku pun terp4ksa la akur, sebab dah tak ada pilihan lain untuk org lain jaga. Nak dijadikan cerita, lepas aku ambil diorang dari rumah abang aku tu, anak aku menangis dalam kereta. Menangis dan minta aku jangan tinggalkan lagi diorang kat sana.
Aku tanya kenapa, Hairiz cakap.. Aunty suruh Hairiz buang sampah dekat rumah sampah, lepastu ada orang nak tangkap adik, Rayyan. Aku dah tak senang duduk bawak kereta. Aku park tepi jalan, aku tanya lagi. Orang tu tarik adik kat tangga tepi rumah sampah.
Hairiz jeritlah, nasib baik ada orang tolong. Dan hantarkan balik Hairiz dengan adik kat rumah aunty. Aku tanya, aunty kt mana masa tu.. Hairiz jawab, dia kat depan lah, tengok tv. Aku panas! Bengang! S4kit hati! Aku cakap, habis apa jadi..? Rayyan menangis sebab kena time tu dia tak boleh nak bernafas. Lemas, kena tutup mulut.
Aku isghtifar, aku patah balik rumah ke rumah abang aku. Ha elok dia ada kat rumah tu, muka tak bersalah. Ok aku cool down jap. Aku tanya dia, apa dah jadi tadi. Dia cakap, anak aku main kat luar rumah, lepastu ikut security guard jalan – jalan.
Dia kata, nasib baik, dia cari. Dan jumpa. Ok, aku cuba diam. Aku diam dan aku cakap apa yang anak aku cakap. Dia bidas, dia kata anak aku semua nakaI, Iasak. Jenis tak reti duduk rumah. Allahu, sepanjang aku jaga anak – anak aku, diorang tak berani nak kuar rumah sesuka hati.
Aku cakap, takpelah kak. Aida balik dulu nanti kita bincang. Dalam kepala otak aku, aku dah tergerak nak pergi kat security guard. Security tu mintak aku pergi management office, nak tengok cctv dekat tempat kejadian. Pihak management tunjuk, ya.
Anak – anak aku tak menipu. Aku sedih menangis mer0nta – r0nta. Sebegitu rupa kakak ipar aku menipu. Allah. Aku geram aku sedih aku sebak. Nasib baik anak aku selamat. Allah memang nak tunjuk pada aku. Aku tak boleh berfikir secara baik waktu tu. Aku perIukan masa.
Masa untuk betulkan apa yang dah kakak ipar aku lakukan. Aku sekarang tengah bercuti dengan anak anak aku. InshaAllah, akan datang aku harap keputvsan yang aku ambil ni, akan membuat semua puas hati. Wallahualam. – Aida, ibu tunggal dua anak.
Komen Netizen :
Nor Hasnizah Zainal Abidin : Amik la video dari cctv tu pergi buat report polis. Aduan cubaan mencuIik di bawah jagaan kakak ipar. Haaa.. bagi dia ajaran skit! Lepas ni pergi hantar pengasuh la anak – anak tu. Tau dah mak menumpang umah orang. Memang risiko orang tak suka tu banyak laaa.
NurAz Wan : Jika memang tak mampu untuk jaga anak, hantar ke rumah anak -anak yatim mugkin lebih baik. Memang sebagai ibu, kita tidak tergamak, tapi dari meninggaIkan anak pada orang yang memang dah kita tahu pasti, tak suka anak kita.
Rumah anak yatim lebih selamat, hujung minggu boleh ambil untuk habiskn masa bersama. Kalau tidak pun hantar tadika yang ada transit petang baru ambil, siaang juga boleh hantar ke tempat transit bila balik sekolah. Cuba mohon sara hidup dari ayah mereka. Itu tanggungjawab dia. Kesian anak – anak. Zaman sekarang di luar, terlalu ramai orang jahat, di rumah pun, kurang selamat, apa lagi, kalau orang tahu hanya anak – anak sendirian tanpa orang dewasa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.