
Sekarang bila aku tengok kesan Iebam di badan aku, aku rasa macam mimpi. Anak yang aku kandung, aku lahirkan, aku besarkan dengan kasih sayang, boleh jadi orang yang paling meny4kitkan hati aku. 24 tahun aku layan suami macam aku seorang h4mba, tapi aku ditinggalkan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide profile aku ya. Aku sebenarnya malu hendak cerita benda ini. Malu, sedih, kecewa semua bercampur. Tapi aku sudah tidak tahu hendak simpan dekat siapa lagi. Hati aku berat sangat sejak kejadian itu berlaku.
Aku dikasari oleh dua orang anak lelaki aku sendiri. Bukan dalam rumah sahaja, tapi di hadapan jiran – jiran. Orang tengok. Orang dengar. Aku jatuh depan mata mereka semua. Sampai sekarang aku masih tidak boleh hadam macam mana perkara itu boleh jadi.
Hari tu cuma sebab salah faham. Aku tegur sikit sahaja. Aku tanya baik – baik. Tiba – tiba suara naik. Lepas itu tangan pula yang naik. Sorang tolak aku. Sorang lagi tvmbuk perut aku. Aku memang tidak sangka langsung. Aku ingat paling kuat pun mereka menjawab kasar, itu biasa budak muda. Tapi ini lain. Ini sudah sampai angkat tangan.
Bila aku jatuh, aku dengar jiran buka pintu. Ada yang jerit suruh berhenti. Aku waktu itu cuma fikir satu benda, “Ya Allah, ini anak aku.” Perut aku yang kena tumbvk itu masih Iebam sampai sekarang. Bila aku sentuh, masih rasa s4kit.
Perut inilah yang dulu mengandungkan mereka sembilan bulan sepuluh hari. Aku yang tanggung loya, munt4h, s4kit belakang, kaki bengkak. Bila hendak bersalin, aku menahan s4kit berjam – jam. Parut itu masih ada. Sampai sekarang.
Tangan yang mereka pukuI itu tangan yang dulu suap nasi ke mulut mereka. Tangan yang basuh n4jis mereka waktu kecil. Aku bangun tengah malam bila mereka demam. Aku angkat, aku peIuk, aku sapu minyak. Tidak pernah aku rasa jijik atau penat sebab itu anak aku.
Masa mereka kecil, kalau jatuh sikit pun aku sudah risau satu badan. Sekarang aku yang jatuh sebab tangan mereka sendiri. Wajah aku yang mereka tumbvk itu wajah yang dulu mereka cari bila takut. Kalau ada apa – apa jadi, “Ibu… ibu…” itu yang mereka panggil. Sekarang suara itu sudah tidak ada. Yang ada cuma suara marah dan herdikan.
Seorang umur 23 tahun. Seorang lagi 20 tahun. Bukan budak sekolah rendah. Sudah besar, sudah belajar tinggi. Seorang di universiti, seorang di kolej. Pada mata orang luar, anak – anak aku baik. Tidak pernah terlibat d4dah. Tidak pernah minum arak. Tidak pernah ada masalah sosiaI. Aku bangga sebenarnya.
Sebab dari kecil sampai besar, aku yang berusaha menyara mereka. Aku tidak pernah minta duit daripada ayah mereka. Bekas suami aku memang ada kerja besar, ada pangkat, ada gaji tinggi. Tapi sepanjang 23 tahun aku hidup sebagai isterinya, aku tidak pernah rasa aku disara dengan betul.
Nafkah zahir selalu tidak cukup. Nafkah batin pun lama tidak ada. Aku diam sahaja. Aku kerja sendiri. Aku cari duit sendiri. Aku besarkan anak – anak dengan pendapatan aku. Aku tidak mahu anak – anak rasa kekurangan.
Rumah besar yang orang nampak cantik itu, aku yang hias.
Banglo itu orang puji macam istana. Tapi dalamnya, hanya aku yang tahu kosongnya macam mana. Aku jadi tukang masak, tukang dobi, tukang jaga anak, tukang sapu, tukang bayar bil. Semua aku buat. Sebijik macam h4mba buka orang gaji sebab orang gaji pun dilayan baik, dibayar gaji, dihorm4ti.
Aku jaga ibu mentua aku sampai dia meninggaI dunia. Tidak pernah aku merungut. Sebab aku fikir, ini tanggungjawab aku sebagai isteri. Tapi dalam 24 tahun itu, tidak pernah sekali pun bekas suami aku cakap “sayang” pada aku. Banyak kali aku tanya. Jawapannya sama, nanti bila ikhlas itu datang sendiri, perkataan itu akan keluar. Rupanya ikhlas itu datang untuk perempuan lain.
Aku cuma tahu selepas semuanya sudah retak. Aku sedar selama ini aku cuma tempat dia berteduh waktu susah. Bila dia sudah senang, ada orang lain yang lebih layak dapat perhatian dia. Bila kami berpisah, aku fikir paling tidak anak – anak akan faham peng0rbanan aku.
Aku tidak pernah hasut mereka benci ayah mereka. Aku ajar mereka hormat. Aku ajar mereka jadi orang baik. Tapi hari itu, bila mereka angkat tangan pada aku, hati aku memang h4ncur. Aku duduk seorang diri malam itu. Badan s4kit satu hal, tapi hati lagi s4kit.
Aku terfikir, di mana salah aku? Adakah sebab aku terlalu lembut? Adakah sebab aku terlalu banyak berk0rban sampai mereka tidak nampak nilai seorang ibu? Aku bukan ibu yang sempurna. Aku marah juga. Aku tegur juga. Tapi semua sebab sayang.
Aku mahu mereka jadi lelaki yang bertanggungjawab. Aku tidak mahu mereka jadi macam ayah mereka. Sekarang bila aku tengok kesan lebam di badan aku, aku rasa macam mimpi. Anak yang aku kandung, yang aku lahirkan, yang aku besarkan dengan titik peluh sendiri, boleh jadi orang yang paling meny4kitkan hati aku.
Kadang – kadang terlintas dalam hati, kalau aku m4ti esok lusa, aku h4ramkan mereka datang tengok jen4zah aku. Hati aku terlalu s4kit. Aku tahu sebagai ibu tidak baik bercakap begitu. Tapi aku manusia biasa. Aku ada rasa.
Sekarang aku cuma cuba kuatkan diri. Aku banyakkan solat. Aku banyakkan doa. Aku sedar mungkin selama ini aku terlalu sibuk urus dunia sampai aku lupa hendak jaga hubungan aku dengan Allah betul – betul. Aku cakap pada diri aku, manusia boleh kecewakan kita. Anak pun boleh buat kita jatuh. Suami pun boleh tinggalkan kita. Tapi Allah tidak pernah tinggalkan.
Aku tidak tahu macam mana hubungan aku dengan anak – anak selepas ini. Aku masih sayang mereka. Itu yang paling meny4kitkan. Walau apa pun mereka buat, itu tetap anak aku. Cuma satu soalan yang sampai sekarang aku tidak ada jawapan.
Macam mana seorang anak boleh tergamak angkat tangan pada ibu yang melahirkan dia? Aku tidak minta mereka balas jasa. Aku tidak minta duit berjuta. Aku cuma mahu dihorm4ti sebagai seorang ibu. Itu sahaja. Terima kasih pada yang sudi baca cerita aku sampai habis. Kalau ada yang pernah lalui benda sama, doakan aku kuat. Sebab sekarang ini, aku cuma ada diri aku dan doa untuk teruskan hidup yang masih berbaki.
Ulasan Pembaca :
Suehaila Saifullah : Doa seorang ibu tidak ada hijab, terus kepada Allah walau jahat dan buruk seorang ibu, tetapi tetap seorang ibu. Sekali hati ibu sudah h4ramkan segala – galanya, ceIakalah hidupmu. Dan pada si suami yang telah ani4ya seorang isteri, kifarah Allah ada. Tetapi walau macam mana pun kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Cuma kami boleh doakan semoga urusan awak dipermudahkan.
Zee Bulka : Di mana silapnya didikan sehingga anak – anak sanggup memukuI puan? Terlalu dimanjakan atau kurang perhatian dan kasih sayang? Doakan mereka agar mereka diberikan taufik dan hidayah Allah SWT. Ampunkanlah mereka puan, sayu jika tiada kemaafan, anak – anak puan sehingga dijilat api ner4ka.
Mereka amanah daripada Allah SWT untuk kita didik dan belai. Jika kesudahannya mereka derhaka, puan kembalikan mereka kepada Allah SWT namun ampunilah mereka. Tanya dalam hati, sudah cukupkah didikan agama yang diberikan kepada mereka? Semoga puan bertabah dan lebih mendekatkan diri pada Allah SWT. Kita tidak pernah tahu perkara ini berlaku sebab Allah hendak puan kembali mengingati-Nya. Allahualam bissawab.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.