
Suami desak suruh aku buat pinjaman bank. Dia kantoi curi duit aku RM100. Bermula pula kekerasan fizikal sampai 3 kali. Kali ketiga, aku cakap nak report polis. Dia c4bar aku. Lepas dia hantar aku depan pejabat, aku naik grab pergi balai…
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku Tiara. Aku hendak berkongsi kisah hidup aku. Sebagai pengajaran untuk wanita – wanita di luar sana agar bijak memilih suami. Terima kasih jika sudi membaca coretan hidup aku ini. Andai ada yang mengenali, aku minta maaf.
Aku bukan ingin membuka aib tetapi ingin berkongsi agar tiada yang lain senasib dengan aku. Aku tau, ramai yang rasa ‘insecure’ apabila lambat bertemu jodoh, tapi usah la terburu – buru memilih teman hidup. Aku bekerja di sektor kerajaan.
Aku seorang yang introvert, tiada rupa, dan simple sahaja. Aku kenal suami aku (sekarang bekas suami) hanya selama 7 bulan, kenal di app cari jodoh. Dia duda anak 2. Katanya kerja kontraktor bergaji 5k. Katanya pandai bab agama. Memang aku akui aku b0doh dan terburu – buru membuat keputusan.
Aku tidak mengenali diri dia sepenuhnya. Status kewangan serta per4ngainya juga aku tak kenal. Aku fikir seorang ustaz mestilah jujur dan tak menipu kan.? Tapi aku silap. Awal pernikahan, kami tinggal secara PJJ. Aku bekerja di seberang laut sejak beberapa tahun sebelum berkahwin manakala dia di selatan tanah air.
Aku menyewa rumah dengan harga RM1500 sebulan dengan seorang lagi kawan sekerja. Nafkah yang diberi RM150 – 200 sebulan. Suami melawat aku sebanyak 2 – 3 kali dalam tempoh 7 bulan ketika aku masih di sana. Kebanyakan masa aku terp4ksa menanggung kos penginapan sepanjang suami melawat.
Kos makan sepanjang dia datang juga ditanggung sepenuhnya oleh aku. Daripada situ aku sudah mulai sangsi dengan status pekerjaan dan kewangannya kerana air sebungkus pun tak pernah dia belanja aku. Ketika memilih makanan di pasar malam, dia tidak akan membeli apa – apa walaupun ditanya, tetapi akan makan makanan yang aku beli dengan duit aku tu.
Aku mengandung ketika masih PJJ. Sepanjang mengandung suami jarang bertanya khabar. Aku bertukar ke semenanjung setelah 8 bulan PJJ dengan kandungan 34 minggu. Suami tidak pernah bertanya tentang kesusahan aku menguruskan hal perpindahan dan mengangkat barang – barang yang berat seorang diri ketika tengah mengandung.
Dia tidak langsung mengambil endah akan keperluan anak yang bakal lahir, sehinggalah aku yang terp4ksa meminta duit untuk membeli pakaian bayi. Semuanya aku yang kena urus dan fikir sendiri. Aku telah meminta tolong dia untuk mencarikan rumah sewa berdekatan tempat kerja baru.
Jarak tempat kerja aku hanya 45 minit dari tempat tinggal suami. Akan tetapi, dia mengambil mudah, hanya menyuruh aku bertanya kekosongan kuaters. Beliau tidak berusaha mencarikan rumah sewa tersebut sehingga aku terp4ksa mencari sendiri.
Dapat la bilik sewa dengan 2 lagi penyewa lain. Aku la yang terp4ksa membayar deposit serta sewa bilik setiap bulan selama 5 bulan. Dia masih tinggal di rumah ibunya. Daripada sini aku dah nampak sikapnya yang tak bertanggungjawab dan culas nafkah.
Ketika pantang, suami tidak mengambil berat tentang kebajikan aku dan tidak membantu menguruskan bayi yang baru lahir. Dia tidak berusaha untuk sama – sama menjaga bayi yang sering menangis (high demand) ditambah aku yang tidak cukup rehat kerana berjaga sepanjang malam.
Nak mengharapkan ibu aku, beliau juga sudah tua. Dia juga masih boleh bersantai – santai di sofa, ulang alik ke dapur membancuh teh dan kopi sambil melayan media sosiaI ketika aku sibuk menenteramkan anak yang tak berhenti menangis dan berjaga malam.
Ketika itu juga kemarahan aku meletus dan aku menyuruhnya mengambil alih untuk mendodoi bayi sehingga tidur. Baru dia tahu betapa sukarnya untuk tidurkan bayi. Dia juga mengambil mudah dalam membancuh susu anak. Walaupun telah diberitahu cara membancuh susu formula, dia tidak mengikut arahan bancuhan yang sepatutnya, memasukkan air terlebih sukatan dan susu formula tidak diratakan terlebih dahulu.
Memang menaikkan d4rah aku, kerana sudah diberitahu baik – baik bahawa tersilap bancuhan bah4ya pada bayi kecil. Dia juga hanya membelikan satu paket susu formula Dugro ketika awal kelahiran, dan tidak pernah bertanyakan lagi keperluan anak selepas itu.
Disebabkan bayi tidak serasi dengan susu formula tersebut aku terp4ksa menukar susu tersebut kepada susu formula lain. Segala kos pembelian susu ditanggung oleh aku sendiri, dia hanya membelikan 1 tin susu tersebut sepanjang tempoh pantang. Aku juga yang terp4ksa menanggung kos khitan bayi aku.
Ketika akhir maternity leave, ketika itu bayi berusia 2 bulan setengah, suami mula mendesak aku supaya membuat pinjaman bank untuknya kerana katanya dia tidak mendapat projek kerana tiada modal. Aku bertegas padanya bahawa aku tidak akan membuat pinjaman bank kerana terdapat 2 komitmen pinjaman bank yang aku perlu bayar iaitu ansuran kereta serta personal loan.
Bermula dari sini, dia sering mendesak dan mem4ksa aku membuat pinjaman bank dengan alasan dia tidak dapat bekerja sekiranya aku tidak membuat pinjaman bank tersebut. Aku berasa sangat terkilan apabila mendapat tahu bahawasanya dia tidak bekerja pun sebelum itu, mengharapkan saat ini untuk mem4ksa aku membuat loan untuknya.
Aku memberikan cadangan kepadanya untuk melakukan kerja lain seperti mengajar mengaji atau menjadi imam, tetapi cadangan aku ditolak mentah – mentah. Sepanjang tempoh itu, suami hanya membuang masa di rumah tanpa melakukan apa – apa kerja.
Dia juga menggunakan kereta aku kerana keretanya telah dijual untuk menganggung kos perkahwinan tempoh hari. Dia hanya membayar kos minyak kereta namun ansuran kereta aku yang terp4ksa tanggung semuanya. Aku kembali bekerja selepas tamat maternity leave.
Ketika itu, dia membawa kami menyewa di rumah lot kedai. Disebabkan dia tidak mahu bekerja, aku terp4ksa membayar sewa rumah untuk dua bulan pertama sebanyak RM600 sebulan. Aku juga yang terp4ksa membayar harga tong gas memasak, bil api dan menanggung kos perbelanjaan untuk anak, bayaran upah mengasuh dan barang dapur.
Disebabkan bayi aku ‘baby high demand’, aku tidak dapat meninggaIkan bayi dengan tempoh lama untuk memasak di dapur, tambahan suami tidak menolong dalam menjaga bayi. Aku terp4ksa menempah makanan menerusi GrabFood, di mana aku yang terp4ksa menanggung kos makanan untuk suami juga.
Dia juga menggunakan kereta aku untuk semua urusannya. Aku pernah memberitahunya supaya membeli kereta sendiri supaya senang baginya untuk fokus pada kerja dan tidak terik4t dengan jadual aku yang tidak fleksibel. Dia hanya diam membisu macam orang tuIi.
Pada awal bulan Januari 2024, berlaku pertengk4ran antara kami kerana suami mendesak aku untuk membuat pinjaman bank walaupun sudah berkali – kali aku bertegas mengatakan aku banyak komitmen lain. Dia juga telah terkantoi mencuri duit aku sebanyak RM100 yang diambil tanpa izin dari dompet aku.
Aku telah bersemuka dengannya tentang perbuatannya, dia tidak mengaku pada awalnya. Tetapi selepas itu baru dia mengaku tetapi mengatakan hanya meminjam duit aku itu. Disebabkan aku enggan membuat pinjaman bank, dia telah naik angin dan telah menggunakan kekerasan fizikal pada aku berulang kali.
Aku pada ketika itu sedang mendukung bayi aku. Disebabkan insiden tersebut, aku tr4uma dan berasa tidak selamat lagi berada berdekatan dia. Aku tidak membuat laporan polis ketika itu kerana dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.
Suami menjadi sem4kin agresif selepas itu, mem4ksa lagi aku membuat pinjaman bank dengan memberitahu semua kawan – kawannya dibantu oleh isteri untuk membuat pinjaman. Dia telah meng4muk pada malam Hari Raya Cina dengan mengh3mpas kerusi plastik di rumah sehingga h4ncur berder4i, dengan serpihan hampir mengenai bayi kami.
Dia juga mengugvt untuk membvnvh dirinya sekiranya aku tidak membuat pinjaman bank. Aku berasa sangat takut dan tertekan dengan situasi tersebut. Aku terp4ksa membuat pinjaman bank sebanyak RM20k serta menambah wang rm10k dari simpanan aku untuk diberi pinjam kepada suami.
Aku beri syarat supaya dia membayar hutang itu setiap bulan. Selepas diberi pinjaman, dia hanya membayar sewa rumah dan bil elektrik (tetapi tetap terdapat tunggakan sebanyak RM500 ketika dia dipenjara). Segala perbelanjaan lain termasuk membeli barang dapur dan perbelanjaan anak ditanggung oleh aku.
Dia hanya memberikan nafkah sejumlah RM250 – 300 sebulan untuk aku dan anak yang jelas tidak mencukupi. Dia tidak pernah menghulurkan duit bagi membeli barang dapur. Dia juga tidak pernah bertanya tentang kos perbelanjaan anak seperti pampers, susu, pakaian, upah mengasuh di mana semuanya ditanggung oleh aku.
Aku pernah menyuarakan kepadanya supaya memberikan juga wang untuk membeli barang dapur, tetapi dia hanya diam seribu bahasa. Apabila membeli barang dapur di pasaraya, seringkali dia tinggalkan dompetnya di dalam kereta, jadi aku yang terp4ksa membayar bil tersebut.
Selepas segala insiden yang berlaku, aku telah berasa taw4r hati terhadapnya. Perbuatannya yang tidak jujur dari awal perkahwinan adalah sesuatu yang aku tidak dapat terima. Selama hampir setahun perkahwinan, rupanya dia tiada simpanan pun. Tetap berkeras dengan kerja kontraktornya itu walaupun tidak mendapat tender projek.
Sikapnya yang sangat berkira dan culas dalam memberikan nafkah juga memberikan impak dalam perhubungan kami. Dia kata, suami isteri kena saling bantu membantu, tetapi hakik4tnya aku yang banyak menganggung nafkah anak. Dia sangat berkira sehinggakan tong gas memasak dia suruh aku yang bayar disebabkan aku yang banyak guna.
Dia juga berat tulang dalam menguruskan anak, segalanya terp4ksa aku lakukan sendirian. Dia tidak akan menolong sekiranya tidak diminta dan disuruh dan perkara ini berlarutan sehingga anak mencecah umur 1 tahun. Dia juga banyak menghabiskan masa dengan ‘scroll’ TikTok sehingga lewat malam.
Disebabkan tertekan dengan situasi ini, aku menjadi seorang yang pemarah dan kuat membebel, akan tetapi per4ngainya tetap begitu. Aku pernah beberapa kali meminta dilepaskan dengan cara baik tetapi dia sering memarahi aku dan meng4muk sekiranya isu ini dibangkitkan.
Dia mengatakan bahawa jodoh ini adalah takdir yang terbaik untuk kita, tetapi bagi aku dia berkahwin hanya untuk kepentingan dirinya sendiri dan tidak menjalankan tanggungjawabnya yang sepatutnya. Kali kedua dia menggunakan kekerasan ketika dalam kereta dalam perjalanan menghantar aku ke tempat kerja.
Dia ber4ng kerena aku membangkitkan isu cerai. Dia telah menvmbuk dashboard kereta dan aku berkali – kali serta menarik rantai mutiara (pemberian kawan – kawan sebelum berpindah balik semenanjung) sehingga putus. Selepas tiga kali menjadi m4ngsa, aku tekad untuk membuat laporan polis.
Kali ketiga tu, juga dalam kereta menghala ke tempat kerja aku. Aku memberitahunya bahawa kali ini aku akan membuat laporan polis, dan dia kata “buatlah”. Selepas menurunkan aku di lobi tempat kerja, aku terus book grab car ke balai polis.
Ketika ditanya oleh pegawai polis adakah aku ingin mengambil tindakan ke atas suami aku, aku mengiyakan. Sudah banyak peluang aku berikan, tapi per4ngainya masih sama. Jadi aku sudah tekad. Dia dipenjara selama sebulan dan aku mengfailkan tuntutan fasakh.
Selepas sebutan kali kedua, dia setuju untuk melafazkan cerai talak satu ke atas aku. Alhamdulillah aku sudah terlepas dari perkahwinan yang tidak bahagia dan perkahwinan yang t0ksik. Aku keluar dari perkahwinan ini kerana ianya bukan lagi menjadi ladang pahala buat aku tetapi menjadi tempat mengumpul d0sa.
Dia mem4ksa aku untuk kembali padanya dalam tempoh eddah, tapi aku dah tekad, cukup la sekali. Dia kata aku tak kesiankan anak. Walhal, aku yang banyak menanggung keperluan anak. InsyaaAllah, aku akan lakukan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua selepas ini.
Andai ada pembaca yang mengecam aku kerana berkira dan tidak ikhlas menolong suami, ya aku akui. Aku sudah taw4r hati padanya kerana dia masih tidak berubah selepas ditolong malah meletakkan diri aku dalam tr4uma dan ketakutan. Buat wanita single terutamanya, kenal betul – betul, selami dan kenal hati budi lelaki yang bakal menjadi teman hidup anda, jangan ulangi kesilapan yang aku lakukan. – Tiara (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Hana Nur : Tiada siapa mengecam awak sebab tidak ikhlas menolong suami tapi pasti ramai mengecam awak kerana tak lari dari dia awal – awal.. dari awal kahwin begitu banyak red flag. Tahniah dah berjaya lari. Jadikan iktibar wahai wanita.
Zawakhir Shaharoun : Syabas sebab berani buat laporan polis atas bekas suami Ustaz dayus itu. Lelaki pura – pura Alim, memerangkap pegawai untuk kesenangan diri. Tahniah atas keberanian memilih diri. Lelaki tak akan berani pukuI isteri yang meIawan balik dengan kekerasaan.
Isteri yang biar diri dipukuI akan menimbulkan rasa ket4gihan di dalam diri suami untuk terus mend3ra isteri. Peny4kit mental sebenar adalah mereka yang mend3ra emosi dan fizikal berterusan. Jangan cepat sangat cari pengganti. Upgrade diri, jaga anak dan sayangi diri bahagia datang dari dalam diri kita sendiri.
Manusia yang positive dan bahagia akan menarik jenis yang positif juga. Ibu doakan yang terbaik untuk anak berdua. Semoga ex anak akan bertemu jodoh dengan isteri kaki buIi narsistik yang akan mengajar dia akan hakik4t kifarah dan apa itu langit tinggi rendah. Good luck.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.