Suami tak reti ajar anak. Dia bagi anak tekan butang on kereta. Dia bagi anak main lari-lari dalam kedai. Terbaru, anak dah berani tekan minyak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami boleh ajar anak tekan button on kereta. Asal naik kereta je anak nak tekan. Semalam anak dah berani tekan minyak pakai kaki. Mujur time tu takde gear dan tak angkat handbrake. Anak berani sebab suami ajar..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi assalamualaikum. Straight to the point. Saya anak sulung dari 3 beradik manakala suami anak bongsu dari 8. Keluarga suami dah tua – tua, agak jauh dengan saya, contoh kakak suami nak sama umur dengan nenek saya.

Mak suami aka mak mertua nak sama umur dengan moyang saya. Abang suami sama umur dengan mak saya. Tapi alhamdulillah dorang semua baik – baik. Tapi yang menjadi isu kat sini, saya rasa m4kin hari m4kin takde persefahaman dengan suami.

Kami gap 8 tahun. Sekarang dia nak pertengahan 30, saya pertengahan 20 an. Banyak jurang dari segi pemikiran dan cara hidup kami berdua yang akhirnya jadi isu perg4duhan dan makan hati.  Dari segi kebersihan dan kekemasan diri. Suami tak menitik beratkan mana benda ni. Which is dia okay saja duduk dalam keadaan rumah bersepah dan berpasir.

Toilet tak pernah tolong cuci malah tinggalkan sekali bekasan air k3ncing atas toilet bowl. Saya dah pernah meng4muk hal ni tapi berubahnya sekejap je. Hal rumah yang lain lagi lah tak pernah tolong. Pegang penyapu setahun sekali pun belum tentu.

Cuma dia adakalanya tolong saya masak jela. Mungkin dari kecik didikan macam tu sebab rumah mertua pun keadaan tak terurus. Bukanlah pembimbing yang baik untuk saya. Masuk tahun ke-4 marriage, saya mulai kenal suami dan saya rasa dia tak mampu nak bimbing saya.

Bab solat dia lebih suka solat asing. Saya je tiap kali ajak tapi kadang – kadang tu dia menolak sebab nak cepat katanya. Kalau saya keluar pergi mana – mana dia selalunya tak kisah. Nak balik pukuI berapa pun tak kisah asal saya balik sebelum dia masuk kerja sebab saya tinggalkan anak kat dia. Saya terasa suami tak sayang mana pun kat saya.

Ayah yang baik tapi out bab mendidik anak. Suami saya jenis bagi je apa anak nak. Bagi dia semua okay semua boleh. Dia boleh ajar anak tekan button on kereta. Jadi, asal naik kereta memang anak akan meng4muk nak tekan. Faham jela budak bukan tekan sekali.

Kadang – kadang dia m4tikan enjin semata anak meng4muk nak tekan button tu. Nak isi minyak kereta pun anak sibuk nak main – main. Entah la penat nak faham cara didikan macam mana. Semalam anak dah berani tekan minyak pakai kaki.

Mujur time tu takde gear dan tak angkat handbrake. Anak berani sebab dia rasa benda tu dia boleh buat main. Semua suami yang ajar ye. Anak berlari – lari dalam kedai pun dia okay saja. Katanya biasalah budak – budak, biarlah dia nak main.

Haritu kami pergi kedai agak sempit susun atur meja memang kerusi berhimpit belakang – belakang. Anak saya suka berkawan, dia nampak ada budak lain lari dia pun ikut sama walau tempat sempit, sampai serabut dengan waiter nak hantar makanan. Suami cakap biarlah dia nak main berkawan.

Ya Allah saya rasa nak meng4muk tang tu jugak. Agak – agaklah nak main pun tempat sempit macam tu. Saya pun ambik anak bagi phone kejap sementara makan, baru la aman. Tak kira dia ajar anak minum dulu dalam pasaraya. Senang – senang je dia ambik air kotak terus bagi kat anak, which is belum bayar.

Saya biru rasa muka time nak bayar air tu kat kaunter, dah kotak kosong. Mane tak malu macam takde akhlak! Saya pernah meng4muk jugak hal ni tapi dia cakap bukan d0sa pun nanti bayar lah sama je. Saya cakap kita nak ajar anak biar dari kecik. Benda basic!

Dia cakap dah besar anak pandai la tu. Lahh kalau tak pernah ajar macam mana nak pandai! Sejenis tak boleh bertolak ansur kalau bab family dia. 4 tahun ye saya pendam benda ni. Setiap kali nak balik rumah mertua, dia kena sh4rp waktu. Tak boleh lewat sejam pun nak gerak.

Tapi saya kalau turn balik rumah saya dari rumah mertua, saya ok je lewat – lewatkan sikit pun. Contoh turn balik pagi, saya ok je balik tengahari. Dia lagi lah suka. Tapi tak kalau turn balik rumah dia. Tak boleh! Wajib sh4rp kalau tak mulalah buat muka tak puas hati pastu bawak kereta macam pelesit sebab dah lambat katanya.

Dah lari timing sebenarnya waktu sampai. Boleh rasa tak meluat tu macam mana? Kalau cuti raya pun macam tu. Dia selang setahun je cuti raya. Time dia tak dapat cuti, saya akan balik raya berdua dengan anak kat kampung saya. Dia akan balik time raya ketiga.

Semalaman je duduk rumah parent saya. Esoknya kena gerak rumah parent dia terus. Jadi seminggu lah di sana. Saya cukup meluat dah dengan per4ngai dia yang ini. Buat macam saya takde mak, adik – adik. Suami bukanlah soulmate yang boleh saya jadikan tempat luahan. Dia tak layan rajuk saya. Jauh sekali nak pujuk.

Dia tak suka saya ajak bincang ape yang saya tak puas hati. Bagi dia benda kecik tak perlu diperbesarkan. Lama – lama baik sendiri macam tu lah. Hati saya kadang – kadang kosong. Suami jugak sejenis obses dengan phone. Setiap kali ber4k wajib ye bawak phone.

Bab perempuan lain jangan tanya, saya tak tahu. Sunyi walaupun bersuami. Sebab jiwa saya takde sape yang isi. Memang orang boleh cakap, mengadu je kat Allah. Tapi kita manusia, memang nak luahkan kat orang jugak. Tak komen pun takpe asal dengar dan pinjamkan bahu untuk meluah.

Tapi suami saya tak suka benda – benda macam ni. Kena buat macam robot takde perasaan. Dia tak transparent dengan saya. Selalu nak sorok apa – apa. Sekarang anak kami dah 3 tahun. Dia sibuk nak tambah anak lagi tapi saya tak rasa nak ada anak lagi dengan suami. Sebab sikap – sikap dia kat atas. Dan saya tak rasa akan lama jodoh kami ni.

Kalau betul tak lama, sekurangnya saya hanya perlu jaga sorang anak. M4kin hari rasa dah takde hati. Sekarang ni pun kami dah kurang bercakap. Takde mood nak bercakap. Rasa kosong. Dia tak boleh terima cara saya walaupun bagi saya benda tu memang betul.

Dan saya memang takkan boleh terima cara dia. Lagi – lagi cara dia didik anak. Dia terlalu ambik ringan semua benda. Ape akan jadi pada masa depan anak nanti? Saya buntu. Kadang – kadang rasa nak berpisah tapi valid ke dengan alasan – alasan yang macam tu je untuk berpisah? Orang nampak kecik tapi hari – hari rasanya makan hati. – Kina (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Najah Mazni Ishak : SANGAT VALID, puan. Saya yang baca pun sesak d4da, terasa penat segala badan, mental dan emosi. Benda ni sekali dua holeh bersabar tapi jika BERPULUH TAHUN, akan makan diri, makan hati sangat. Lama – lama boleh lead ke depr3ssion dan peny4kit lain seperti d4rah tinggi, s4kit jantung, str0ke dan lain – lain yang disebabkan str3ss dan kemurungan. Dan ini adalah masalah sikap yang dah tertanam, saya rasa peluang nak berubah adalah sangat tipis. Timbang taralah puan sewajarnya demi kesejahteraan puan dan anak.

Aien Humaira : Bukan kira anak sulung / bongsu. tapi masalahnya SIKAP. Tak kira anak nombor berapa pun kalau selekeh dan pengotor per4ngainya, tetap lah dia k3ncing bersepah. Tak kira dia anak nombor berapa, kalau jenis sengal tetaplah dia ajar anak ambik minum dulu baru bayar. Benda ni tak kira lelaki / perempuan, tak kira anak sulung / no 2 / no 3 / bongsu sekalipun, kalau sikapnya begitu, begitulah dia. semoga ada jalan penyelesaian.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.