Aku jaga mak str0ke, basuh n4jis, suapkan makan. Kakak geli basuh n4jis mak. Jijik katanya sambil tutup hidung. Bila kakak halau aku, mak layan aku macam sampah

Lepas cerai, mak tinggalkan aku dengan ayah dan mak tiri. Bila mak dah str0ke, dia suruh aku jaga sebab kakak – kakak aku tak nak jaga. Mereka jijik dengan n4jis mak. Lepas duit simpanan aku habis jaga mak, kakak halau aku keluar. Mak layan aku macam sampah…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Mohon hide profile aku. Maaf kalau cerita aku ni berterabur sebab aku betul – betul dah buntu tak tahu nak luah dekat siapa lagi. Aku ada tiga beradik satu mak dan ayah. Lepas mak ayah bercerai, mak kahwin lain dan dapat seorang anak lagi. Jadi kami empat beradik semuanya.

Arw4h ayah tiri aku dah meninggaI dunia beberapa tahun lepas. Sejak kecil lagi aku rasa mak memang selalu bezakan aku dengan adik beradik lain. Dari kecil aku duduk dengan ayah dan mak tiri. Aku tak dibesarkan depan mata mak sendiri macam adik beradik lain.

Bila dah besar baru mak cari aku semula sebab dia s4kit str0ke dan perlukan orang jaga dia. Waktu tu aku tak fikir apa – apa dah. Aku balik juga jaga mak walaupun dalam hati ada banyak sangat rasa terkilan. Aku duduk rumah arw4h ayah tiri bersama mak dan adik aku. Kakak aku pula memang dari kecil tak suka aku.

Sampai sekarang aku tak tahu salah aku apa dekat dia. Apa yang aku buat semua serba tak kena di mata dia. Hari – hari aku kena maki hamun.

“Kau ni b0doh tak belajar.”

“Kerja tak ada.”

“Duit tak ada.”

“Tumpang rumah orang tak bayar sewa.”

“Pemalas.”

“Ada kau dengan tak ada kau dalam rumah sama saja.”

Padahal aku tak pernah abaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku kemas rumah, masak, basuh pakaian, uruskan mak yang s4kit. Semua aku buat sendiri. Aku langsung tak pernah guna duit mereka, apatah lagi minta duit dekat mereka. Aku usaha sendiri walaupun hidup aku susah.

Aku ni cuma janda anak dua. Kerja tetap pun tak ada. Dalam keadaan macam tu aku masih lagi jaga mak yang str0ke. Kadang – kadang bila tengok keadaan mak, hati aku luluh. Mak ber4k pun aku yang cuci. Kakak aku sanggup lari jauh sebab tak sanggup tengok. Katanya busuk, jijik. Siap tutup hidung lagi. Jadi macam mana aku nak tinggalkan mak?

Walaupun mak selalu pilih kasih, walaupun mak lebih sayangkan kakak dan adik aku, aku tetap tak sampai hati nak tinggalkan dia s4kit macam tu. Tapi dalam masa yang sama hati aku makin hari makin h4ncur sebab layanan kakak aku.

Yang seorang jadi batu api, yang seorang lagi maki hamun aku macam aku ni tak ada harga langsung. Aku cuma nak rasa bahagia dengan keluarga sendiri. Tapi nampaknya tu semua cuma mimpi. Beberapa bulan lepas, hidup aku jadi lagi h4ncur bila kakak aku halau aku keluar dari rumah.

Sedangkan rumah tu rumah arw4h ayah tiri aku juga. Kakak aku kerja dekat Kuala Lumpur, balik balik terus cari pasal dengan aku. Waktu dia halau aku, aku langsung tak ada arah tujuan. Aku ada anak – anak sekali. Duit simpanan habis sebab selama ni aku guna untuk jaga mak. Satu sen pun aku tak pernah minta balik dekat mereka.

Yang paling buat aku sedih, mak langsung tak back up aku. Mak cakap dekat aku, dia rela hilang aku daripada hilang kakak dan adik aku. Ya Allah, luluh hati aku masa dengar ayat tu. Empat bulan aku jaga mak siang malam. Tidur tak cukup. Penat tak payah cakap. Tapi akhirnya aku dibuang macam sampah.

Aku menangis dalam kereta malam tu sambil fikir aku nak pergi mana dengan anak – anak aku. Dalam kepala aku kosong. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Beberapa minggu lepas aku balik semula ke rumah tu sebab nak ambil barang barang aku dan uruskan persekolahan anak – anak selepas cuti sekolah habis.

Aku ingatkan sekurang – kurangnya barang aku eloklah tersimpan. Tapi bila buka bilik, aku terus terduduk. Bilik aku habis bersepah. Baju aku yang dah lipat cantik cantik semua dicampak atas lantai. Tudung sekolah anak aku yang aku dah gosok elok – elok entah ke mana. Baju anak – anak aku pun hilang. Ada yang berhabuk, ada yang semut dah buat sarang.

Aku pegang satu – satu baju sambil menangis. Anak aku jadi m4ngsa keadaan ni sedangkan mereka tak salah apa – apa. Aku tanya mak kenapa jadi macam ni. Mak boleh back up kakak aku lagi. Katanya mereka kemas tak habis sebab nak cepat balik Kuala Lumpur.

Tak logik langsung sebab aku sendiri yang lipat dan susun semua barang tu elok – elok sebelum keluar rumah hari tu. Aku meraung menangis malam tu. Sampai dah tak keluar air mata. Anak – anak tengok aku pun diam saja sebab mereka pun takut.

Esok lusa anak dah nak sekolah, tapi baju sekolah dengan tudung sekolah masih tak jumpa. Duit pula tinggal cukup – cukup untuk bayar deposit bilik sewa RM550. Aku masa tu buat karipap saja untuk cari duit sementara nak stabil balik hidup aku.

Aku angkut semua barang masuk dalam kereta kawan aku malam tu juga. Tilam, bantal, selimut, baju anak semua sumbat dalam kereta. Dalam hujan pula tu. Anak aku tertidur dalam kereta sambil peIuk beg sekolah. Aku pandang rumah tu lama – lama sebelum pergi.

Rumah yang dulu aku anggap tempat berlindung, akhirnya jadi tempat yang paling melukakan hati aku sendiri. Aku tak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang penuh luka macam ni. Tapi aku redha dengan dugaan Allah bagi dekat aku.

Buat kakak aku, aku doakan kau bahagia dengan keluarga dan harta yang Allah pinjamkan dekat kau. Tapi jangan libatkan anak – anak aku lagi dalam kemarahan kau dekat aku. Aku memang janda. Aku memang tak ada harta. Aku memang tak ada duit. Tapi aku juga manusia yang ada hati dan perasaan.

Dan untuk mak aku, aku minta maaf kalau sepanjang hidup aku ni aku banyak menyusahkan mak. Aku cuma nak rasa disayangi macam anak – anak lain juga. Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku. Doakan aku dan anak – anak kuat untuk terus hidup. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan murahkan rezeki kami. Aamiin.

Ulasan Pembaca :

Mimiazrin MH : Anak yang mak bela memang selalu dapat layanan istimewa. Anak yang mak tak bela pula selalu dianggap orang asing dalam keluarga sendiri. Apa pun bertabah ya. Angkat kaki dan jangan toleh belakang lagi. Allah ada. Satu hari nanti mereka akan jawab semua dekat akhirat.

Rizal Rodzuan : Kalau macam ni cukuplah. Biar mereka pula jaga mak awak. Jangan nanti bila mereka dah penat, terus datang cari awak semula suruh jaga. Awak pun ada anak – anak nak dibesarkan. Cuba fikir hidup awak pula lepas ni.

Qasih Nana : Kisah awak ni sama macam mak saya. Mak saya yang jaga nenek, tapi nenek selalu marah – marah mak. Anak – anak lain yang balik sekali sekala tu juga dipuji. Tapi mak saya sabar saja. Awak pun kena kuat. Bagi mereka rasa pula jaga orang s4kit. Awak ada tanggungjawab dekat anak – anak juga. Nanti bila keadaan dah redha, baliklah tengok mak. Walau apa jadi, tu tetap mak kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :