Aku ni menantu tak bekerja, duduk plak dengan mertua. Sengaja mak mertua masuk bilik bukak shopee

Lepas kahwin aku terus berhenti kerja dan suami ajak aku duduk sekali dengan keluarga mertua. Ada sekali tu aku terdengar perbualan ayah mertua yang buat aku tersentak. Aku dengar mak ayah mertua cakap dekat kawan dorang tentang aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan tentang diri aku, nama aku Fatyn. Sudah berkahwin dah nak masuk tahun yang ke-2. Aku selalu sangat baca confession berkenaan mertua dan menantu.

Untungnya kebanyakan menantu dalam tu jenis yang bekerja dan duduk dengan mertua. Aku pula tidak bekerja. Aku berhenti kerja lepas kahwin dan ikut suami aku duduk sekali dengan mertua. Alhamdulillah sepanjang duduk sekali, buat masa ni aku takde lagi masalah dengan mertua.

Diorang layan aku macam anak sendiri. Aku bahasakan mertua aku mama dan ayah okay. Sebabnya, pernah sekali tu aku dengar mama ayah cakap kat kawan diorang aku ni anak. Dia tak mention pun menantu. Lepas tu kawan diorang tanya, “eh bukan anaknya lelaki ke?”

Lepas tu ayah cakap, “anak la jugak ni.” Masa tu aku rasa terharu. Bermula dari saat tu aku dah tak bahasakan mama ayah tu mertua aku. Bagi aku depa macam mama ayah aku yang bebetul jugak. Aku sekarang duduk rumah buat kerja macam biasa.

Masak, menyapu, mengemop, sidai kain apa semua la. Mama hujung bulan kadang – kadang bagi aku duit belanja. Ayah pun sama. Kalau diorang tau aku nak balik kampung, diorang bagi duit belanja. Siap pesan beli apa – apa untuk bawa balik kampung sebagai buah tangan.

Masa memula pregnant aku alah teruk sampai kena warded. Berat turun 8kg. Mama datang bawak makanan. Tanya ada nak makan apa – apa tak. Bawak aku pergi urut bagi badan segar. Masa awal pregnant tu aku tak buat kerja langsung.

Mana nak buat kerja. Mandi pun sehari sekali je. Badan rasa lemah lesu taktau nak cakap la. Sampai mama suruh suami aku bawak aku keluar katanya pergi keluar jalan jalan ambil angin makan apa – apa. Ni dah bersalin, sayang betul diorang kat cucu sulung diorang ni.

Dah ada anak ni, mama siap pesan kalau tak boleh nak masak suruh je suami aku pergi beli. Suami aku pun alhamdulillah, seorang yang sangat faham. Siap cakap, “kalau sayang tak nak masak sekali seminggu pun abang tak kisah.”

Hujung minggu biasanya memang aku pass masak memasak kat mama. Hehehe. Kecuali mama ada kerja. Oh lupa mama aku petugas kerajaan. Jadi hari biasa memang aku la take over rumah dan dapur. Mama aku kadang – kadang masuk bilik aku lepak – lepak sembang bukak shopee ajak beli apa – apa.

Dari skincare, baju, anak tudung, baju cucu, benda merepek pun dia ajak cuci mata hahaha. Kalau dia nak suruh aku ambil apa – apa dia cakap kakngah ambil la mana – mana. Mama belanja. Buat masa sekarang, inilah kehidupan aku.

Aku kadang – kadang fikir, apa benda yang aku buat aku dapat mertua macam ni. Aku selalu terima kasih kat suami sebab bagi aku mama ayah yang macam ni. Dan yang penting, dari sebelum aku kahwin, aku doa yang semoga dapat family mertua yang anggap aku macam keluarga sendiri.

Yang boleh terima aku. Malah sampai sekarang aku doa macam tu. Aku tak mintak banyak. Semoga Allah kekalkan apa yang aku rasa sekarang ni aku syukur sangat. Semua ni doa mak aku jugak. Ada satu pagi aku post gambar anak dalam family aku.

Lepas tu mak aku reply, semoga mak nur (anak aku) bahagia di samping keluarga mertua. Berair sat aku waktu tu, huhu. Dan mak aku jugak yang ajar doa yang semoga dapat mertua yang baik. Akhir sekali, aku doakan pada sesiapa yang ada masalah dengan family mertua semoga semuanya baik – baik je. Dan doakan aku juga ya yang membaca kisah aku ni. Terima kasih. – Fatyn (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Cik Puan Ria : Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian cerita macam ni, banyak aura positif yang dibawa. Saya rasa tt pun seorang anak yang baik sebab tuh mak ayah mertua sayang dan anggap macam anak sendiri.

Terima apa adanya tt. Alhamdulillah.. happy for you. Anak saya dua – dua perempuan. Semoga rezeki mereka dapat keluarga mertua baik macam tt jugak.. aamiin ya Allah. Semoga hubungan baik keluarga mertua tt dan tt sentiasa berkekalan hingga syurga.

Aamiin ya Allah dan semoga nanti, bila ada menantu, saya mampu jadi macam mertua tt jugak. Aamiin ya Allah.. Suka baca sharing macam ni. Alhamdulillah.. Terima kasih for the positive vibe.

Kiha Alias : Keluarga mentua baik pon satu rezeki. Saya pon kadang – kadang terpikir apalah kebaikan saya sampai Allah bagi keluarga mentua yang sangat baik. Husband anak lelaki sorang. Kakak dan adik tak macam in law pon tapi macam adik beradik sendiri. Mak ayah tak payah cakap la, bagus sangat. Selalu ingatkan suami tanggungjawab pada isteri, pada keluarga. **blessed

Nadia Said : Alhamdulillah. Sejak jadi menantu mak mertua, baru saya pandai baju sedondon, sebab dia akan pilih kain dan beli yang sama untuk dia, kak ipar, saya dan anak perempuan saya. Dalam pantang, mak mertua masak serve terus dalam bilik, lucunya hias macam makan kat restoren.

Prinsip saya, suami nak beli apa, beli untuk mak mertua yang lebih baik daru saya. InshaaaAllah murah rezeki kita. Alhamdulillah moga kita semua jadi menantu dan bakal mentua yang baik. Apa yang saya tengok arw4h mak saya memang dia doa sungguh – sungguh dan buat istiqarah untuk anak – anak dia untuk dapat mertua yang baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?