
Suami tak mahu sesiapa pun tahu yang kami telah bercerai kerana dia malu. Kami baru sahaja berkahwin. Inai di jari masih ada. Pada pukuI 2.15 pagi dia melafazkan rujuk. Satu persidangan keluarga mertua dibuat pada malam tu. Semuanya salahkan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, tolong hide profile aku. Jujur aku tak tahu nak mula dari mana. Aku baru sahaja berkahwin. Sebulan tiga hari usia perkahwinan kami, aku telah diceraikan suami dengan talak satu disebabkan aku yang mendesaknya untuk melepaskan aku setelah aku melihat tiga keping gambar perempuan yang sama.
Satu berbaju dan dua lagi tanpa seurat benang yang disimpan di dalam fail handphone yang dia hide dan lock. Rezeki aku dapat membuka password fail tersebut dengan angka sekadar mencuba nasib. Aku menanyakan dia siapa gambar tersebut.
Dia menengking aku dan mengatakan aku sengaja mencari peluang untuk berg4duh. Dia menafikan perempuan tu kenalan dia. Gambar tu disimpan sekadar suka – suka dan gambar tu dari group WhatsAppnya. Aku tak percaya apa yang dia jelaskan kerana sebelum ni ada dia menunjukkan gambar bukan – bukan, malah video sekali. Aku terima dan percaya kerana terlalu banyak.
Tapi kali ni aku tak percaya kerana hanya tiga keping sahaja dan semuanya orang yang sama. Muka macam orang Indonesia atau Melayu Asia. Aku cuba mengugvt bvnvh diri. Dia sedaya upaya mencegah aku. Tapi pada masa yang sama dia meny4kiti aku.
Dia menolak dua buah almari zip hingga menghempap badan aku. Besi dari almari tu juga dia guna untuk memukuI aku. Dia t4mpar muka aku. Dia hent4k kepala aku di dinding. Paling s4kit yang aku rasa, dia pij4k kepala aku dan ter4jang pinggul aku yang sedang menahan s4kit di lantai. Selepas tu dia melafazkan cerai dengan talak satu.
Selepas ungkapan cerai dilafazkan, aku berhenti menangis. Aku bangkit dan menanyakan kepada dia kenapa tak melepaskan aku dengan talak tiga. Kemudian aku mengemas barang – barang yang bersepah dengan setenangnya. Dia mengumpul semua barang t4jam dan bawa pergi ke tempat kerjanya bagi mengelakkan aku melakukan sesuatu perkara yang bukan – bukan atau bvnvh diri.
Kejadian berlaku pada waktu pagi ketika aku sedang bersiap – siap hendak pergi kerja dan dia baru selesai mandi. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa tersiksanya aku malam tu untuk lelapkan mata. Dia pulang ke rumah adiknya di mana ibunya ada bersama.
Aku tinggal di perantauan. Keluarga aku memang semua tinggal di kampung. Tiada siapa yang tahu. Memang aku tanggung seorang diri sahaja. Esoknya aku pergi kerja seperti biasa. Walaupun s4kit, aku terp4ksa gagahkan juga. Malam esoknya dia datang untuk berbincang, tapi dia enggan pulang kerana dia tak tahu di mana dia harus tidur.
Dia tak mahu keluarganya syak sebab kalau boleh dia tak mahu sesiapa pun tahu yang kami telah bercerai kerana dia malu. Kami baru sahaja berkahwin. Inai di jari masih ada. Dia cakap tak akan pulang selagi aku tak memaafkan dia dan kembali padanya.
Beberapa jam dia memohon maaf dan merayu untuk kembali. Akhirnya aku kalah dan menerimanya kembali. Pada pukuI 2.15 pagi dia melafazkan rujuk. Tapi selang dua hari kami berg4duh lagi. Dia ego dan pulang ke rumah adiknya semula. Dia langsung tak hiraukan aku. Dia buat seolah – olah takde apa – apa. Dia abaikan semua panggiIan dan mesej aku. Dia enggan pulang.
Disebabkan aku terlalu s4kit hati, kebetulan kakaknya datang ke bilik sewa kami. Aku memberitahu kakak ipar yang aku pernah dilafazkan cerai. Keluarga mereka terk3jut dan datang mengambil aku untuk diajak berbincang. Kakaknya cakap rujuk yang dilafazkan tu tak sah sebab tak bersaksi.
Beberapa jam aku menunggu untuk berbincang, dia bersahaja keluar melepak dengan kawan dia. Bergurau senda dengan keluarga dia. Aku pula yang tunggu untuk berbincang. Satu persidangan keluarga mertua dibuat pada malam tu.
Semuanya menyalahkan aku sebab mereka anggap aku masih kebudak – budakan. Aku agak kurang ajar kerana menyumpah seranah kepada suami aku sendiri. Semakin lantang mereka menasihat, semakin bertambah – tambah suami aku menceritakan segala keburukan aku di depan semua keluarga dia.
Apa yang paling memaIukan aku, di depan anak – anak buahnya yang masih budak tetapi amat mengerti. Mereka berbincang dan mendesak seolah – olah aku untuk kembali rujuk sekadar di masjid dengan bersaksi. Aku terp4ksa bersuara sendirian dengan menegaskan aku nak ikut prosedur kerajaan.
Aku nak laporkan kepada Mahkamah Syariah dan jika betul rujuk sebelum ni tak sah, aku tak nak kembali rujuk selagi suami aku tak berubah. Keluarga dia makin tak puas hati terhadap aku dan memerli kerana berkeras untuk membawa perkara ni ke mahkamah.
Paling aku s4kit hati, bekas suami atau suami aku tu bagaikan tak lagi bersedia untuk menjalani kehidupan perkahwinan. Walaupun kami berg4duh dan bercerai, dia boleh ceria dan gembira di samping keluarga dan kawan – kawan. Aku hanya sendirian menelan kepahitan.
Aku hanya minta dia tunaikan solat sahaja sebelum rujuk. Tapi dia tetap sama. Apa yang perlu aku lakukan? Aku naif dan minta pencerahan atau pendapat. Bukan minta untuk dikecam. Sudah lelah aku menanggung bebanan ni sendirian. Jika aku salah, tegurlah dengan berhemah.
Ulasan Pembaca :
Zana Mazlan : Kebanyakan keluarga mertua akan menyebeIahi anak mereka walaupun terang – terang anak mereka salah. Terimalah hakikat. Sepatutnya jumpa doktor untuk dapatkan surat pengesahan yang sis dipukuI. Surat tu nanti sangat berguna untuk apa – apa masalah di kemudian hari.
Cekodok Basi : Baru kahwin dah kena sep4k ter4jang, lepas tu keluarga suami pula semua salahkan awak. Kalau aku jadi awak, aku tak akan rujuk balik. Teruskan sahaja dengan prosedur mahkamah. Biar malu baru kahwin dah kena cerai daripada menanggung hidup dengan lelaki kaki pukuI, ego dan tak ada rasa bersalah macam tu. Keluarga dia pula tak ada seorang pun yang support awak. Lepas cerai malu sekejap sahaja. Tapi tanya diri awak, sanggup ke awak nak hidup dengan lelaki macam tu? Semoga dipermudahkan urusan awak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.