
Aku selalu dengar kisah mentua yang jahat. Aku jadi tak selesa dengan mertua. Aku derh4ka, selalu marah suami suruh keluar dari rumah mertua. Sehinggalah satu hari, aku jumpa fail suami. Dalam tu ada satu nota dari mertua…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Tolong hide Facebook saya ini. Aku sudah 3 tahun berkahwin dengan suami. Umur aku baru 25 tahun. Apa yang aku ingin ceritakan bukan masalah rumah tangga atau apa – apa masalah sekalipun, malah sebaliknya.
Aku ingin menceritakan betapa aku bertuah menjadi seorang isteri dan menantu kepada suami dan keluarganya. Aku dilahirkan daripada keluarga yang susah. Mak bapa aku telah bercerai, jadi aku duduk bersama ibu aku. Kerana ibu seorang yang susah, jadi aku bertekad mahu belajar pandai – pandai supaya jadi orang yang berjaya.
Tapi sayang, aku juga pernah remaja, aku lalai dengan kawan – kawan, jadi aku malas untuk belajar. Jadi aku ambil keputusan untuk bekerja. Dan alhamdulillah, walau tanpa segulung ijazah, sekarang aku sudah berkerjaya hasil titik peluh aku bekerja dan berkat doa daripada ibu aku jugak.
Aku pendekkan cerita, aku sudah lama berkawan dengan suami aku, hampir 10 tahun dan pernah putus hampir 3 tahun. Suami aku ini memang daripada keluarga kaya. Boleh dik4takan sangat kaya. Tapi suami aku ini kerja biasa – biasa sahaja, boleh dikatakan gaji aku lagi besar daripada dia.
Tapi semua itu tidak pernah menjadi perbandingan atau kelebihan antara kami. Sebab bagi kami, semua itu rezeki daripada Allah. Banyak ke sedikit, kalau Allah mahu tarik, bila – bila masa sahaja kan. Berbekalkan hantaran RM6000, aku terima dan sah menjadi isteri dia.
Suami buat keputusan untuk aku tinggal bersama dia dan keluarga dia, maksudnya rumah mak mentua lah. Mesti semua perempuan tak suka duduk dengan mentua kan. Begitu juga aku. Aku selalu fikir macam kalian juga. Takut mak mentua tak suka lah, tak selesa lah. Tapi memang betul mula – mula rasa kekok.
Sejak aku duduk dengan mentua, aku sering mengadu dengan suami aku, aku tak suka, tak mahu duduk sini. Suami aku terus memujuk kerana suami cakap dia belum mampu untuk beli atau sewa rumah lain. Aku ikutkan lah walaupun memang aku tak suka.
Mak mentua aku pula asyik suka suruh aku buat itu buat ini. Aku dengan kerja lagi. Nak buat, dia suruh lagi. Masak – masak untuk adik – adik dia lagi. Semua aku. Tapi mak mentua aku sebenarnya seorang mak yang baik. Dia selalu ambil berat pasal aku. Belikan barang untuk aku.
Aku memang suka lah, tapi aku tetap tak mahu duduk dengan mentua. Entah kenapa, mungkin sebab aku terlalu tengok kisah – kisah rumah tangga yang mentua dia jahat. Kawan – kawan aku pun selalu cerita pasal rumah tangga mereka bila bersama mentua sangatlah teruk.
Kerana ini juga aku sering berg4duh dan meIawan cakap suami. Aku jadi paranoid, sampai aku tak sedar aku ini telah jadi isteri derh4ka. Selepas 2 tahun kahwin, aku masih tak ada anak lagi. Mungkin tak ada rezeki lagi. Aku cuti kerja selama 2 minggu sebab kepala aku sudah serabut sangat – sangat.
Aku tergerak hati nak tukar design bilik tidur kami, nak alihkan katil dan almari sebab sudah bosan macam itu sahaja. Masa aku tolak almari, kerja suami aku. Aku nampak banyak fail suami aku. Sejak kahwin sampai sekarang aku tidak pernah usik fail itu sebab tidak mahu dia cakap aku usik privasi dia pula, sebab dia begitu hormat privasi aku.
Masa aku tengah membelek fail – fail itu, aku terjumpa satu fail yang tertulis “Rumahku Syurgaku”. Aku jadi gemuruh. Aku fikir suami aku curang ke. Bila aku buka, aku sangat terk3jut sebab aku nampak gambar – gambar rumah yang tengah dipersiapkan.
Aku nampak kos – kos rumah tersebut. Aku nampak kat bawah – bawah bilik dalam rumah tersebut tertulis, Bilik master. Ada ID dan pilihan cat macam yang aku suka. Aku teringat memang hari tu, suami ada tanya aku suka cat w4rna apa.
Konon nak cat bilik kami yang sekarang ni. Aku terus menangis, ya Allah. Aku menangis dan terus menangis sambil aku belek satu persatu. Di akhir fail itu, aku jumpa satu nota terselit sekali dengan fail itu. “Abang, ibu dan ayah tahu abang tidak mampu nak beli sebiji kereta apatah lagi sebuah rumah. Jadi ibu ayah hadiahkan abang sebuah rumah untuk abang dan isteri. Jaga keluarga abang baik – baik, jadi suami yang taat pada ibu bapa dan suami yang bertanggungjawab. Jangan abaikan isteri.”
Lagi mencurah – curah air mata aku. Jadi ini hadiah daripada mereka. Ya Allah, berd0sanya aku. Aku selalu merungut sahaja, memaki, mengh1na. Tapi rupanya Kau sentiasa berikan aku kebahagiaan. Maafkan aku wahai suami, aku tidak bersyukur kerana ego. Maafkan saya mak, ayah. Kamu begitu baik layan saya sampai bila saya sedih, kamu akan cakap kamu sudah anggap aku macam anak sendiri.
Kamu berikan kami suami isteri tempat berteduh tanpa minta kami duit satu sen pun. Kamu hanya minta kami jangan tinggal solat dan doakan kalian. Kerana saya sangka kamu jahat, menghasu t- hasut suami agar tetap tinggal bersama kamu. Tapi kamu sediakan rumah yang baru buat kami.
Aku terfikir, selama ni mak mertua dah betul – betul anggap aku macam anak dia, sebab tu dia banyak suruh aku buat itu ini. Dia suka masakan aku, sebab tu dia suruh aku masak. Ayah selalu cakap, harta – harta yang ayah ada sekarang hanya untuk tolong anak – anak ayah. Kini aku faham dan betul – betul bersyukur kerana Allah telah memberikan aku peluang menjadi ahli keluarga ini.
Dan sekarang kami semua masih hidup bersama – sama, hidup dengan mak ayah mentua dan sangat bahagia. Hari – hari suami beri kata semangat dan sayang pada aku. Aku bersyukur ya Allah, jangan Kau tarik nikmat ini ya Allah. Jadi sekarang kami masih tunggu rumah untuk siap dan masih menunggu rezeki untuk menimang anak. Doakan kami ya.
Pada isteri – isteri di luar sana yang masih atau tidak pernah duduk dengan mentua, janganlah rasa takut atau benci untuk bersama mereka kerana mereka juga adalah ibu bapa kita. Kalau mereka membenci dan tidak mahu bercakap dengan kita, mesti ada sebab kenapa mereka macam itu. Ibu bapa ini lembut hatinya kerana anak – anak. Jagalah mereka sebaik mungkin, kerana redha Allah adalah melalui mereka. Sekian, terima kasih min.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.