Aku sakit dalam pantang, anak pula meragam. Suami mengamuk bila aku minta tolong jagakan anak. Suami baling barang sampai hancur

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Setiap kali anak jatuh, suami akan salahkan aku. Sedangkan anak aku main dengan suami tapi aku jugak yang salah. Bila aku menjawab, habis pecah pintu dibuatnya..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Nama aku Kina berusia akhir 20-an. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak (Ali dan Ahmad). Aku dan suami berkenalan di tempat kerja lepas grad dan melangsungkan perkahwinan selepas 1 tahun berkenalan.

Kami berdua bekerja dalam bidang profesional. Syukur atas rezeki yang Allah bagi. Dalam usia hampir 4 tahun perkahwinan ni banyak pasang surutnya. Ramai kenalan yang nampak kami sebagai pasangan yang cukup serba serbi. Kami mempunyai rumah, kereta, anak – anak yang baik dan keluarga mertua yang baik.

Namun aku sebenarnya banyak pendam rasa berkaitan dengan sifat suami aku yang agak panas baran. Suami aku (Kamal) seorang yang baik dan juga rapat dengan anak – anak tapi bila dia marah seakan sukar dikawal. Aku masih ingat lagi seminggu selepas kahwin Kamal memarahi aku di rumah mertua sampai campak phone dan tengking dengan kuat.

Puncanya aku minta dia teman aku masak di dapur. Ya, memang nampak macam mengada – ngada permintaan aku tapi waktu tu baru kahwin jadi aku saja nak kan perhatian. Ketika itu mertua aku tiada di rumah dan aku pertama kali masak untuk mereka.

Jadi untuk elak rasa kekok aku panggil Kamal untuk teman kan aku masak. Akhirnya kena jerkah sampai pecah phone Kamal. Oh ya aku bukan tinggal di rumah mertua ya, tapi balik kampung untuk kenduri kahwin kami. Lepas kejadian tu aku jadi seakan trauma.

Tak sangka Kamal yang aku kenal boleh jadi agresif macam tu sekali. Peristiwa kedua yang masih lekat di ingatan aku apabila Kamal mengamuk dalam bilik ketika aku pantang melahirkan Ali. Masa itu Ali meragam tak mahu tidur dan asyik menangis.

Aku pula dalam keadaan sakit dan tak cukup tidur minta tolong Kamal untuk jagakan anak sebentar. Dan mungkin dia pun penat terus mengamuk tengking – tengking sambil campak barang. Anak aku yang tengah menangis pun boleh terdiam sebab terkejut. Kesian sangat tengok Ali masa tu.

Walau baru seminggu hidup tapi nampak dia terkejut dengan jeritan kuat sampai terdiam. Aku sangat kecewa dan menangis teresak – esak. Nasib baik aku berjaya kawal em0si dan tidak mer0yan. Ada waktu kami bergaduh Kamal pecahkan komputer hingga hancur. Dan semua tu terjadi depan mata Ali.

Aku boleh hadap perangai Kamal tapi aku tak sanggup biar Ali nampak semua itu. Aku takut akan menjejaskan kesihatan mental Ali. Sudah berkali – kali aku pesan pada Kamal jangan kita suami isteri bergaduh depan anak. Tapi entahla perkara sama kerap berulang. Dan yang terakhir semalam Kamal mengamuk lagi sampai tumbuk pintu hingga pecah.

Puncanya Ahmad terhantuk ketika bermain dengan Kamal dan dia menyalahkan bantal penghadang yang nipis punca Ahmad terhantuk. Aku nafikan benda tu dan tiba – tiba Kamal tinggikan suara pada aku. Ya aku mengaku salah aku bila dia marah aku pun jadi tinggi suara balik sebab tak puas hati kenapa dia marah aku.

Dan Kamal terus menjerit dengan kuat sambil tumbuk pintu. Pernah beberapa kali Ahmad terjatuh di bawah jagaan aku dan setiap kali berlaku kejadian tersebut Kamal akan memarahi aku dengan teruk. Dia sanggup marah aku dulu daripada pujuk anak yang tengah menangis.

Selepas Kamal tengking aku dengan kuat semalam, Ali yang tengah tengok TV berlari sambil tutup mulut aku. Dia kata “Ibu jangan cakap nanti Ayah marah ibu”. Suara Ali menggigil kerana takut dan air mata dia berlinang. Aku menangis kecewa sebab anak aku saksikan semua kejadian buruk ni. Kesian Ali. Selalu jadi mangsa ibu ayah gaduh.

Ali peluk aku dan cakap “Ibu jangan nangis ya, Ali ada. Ali sayang ibu. Ibu jangan cakap ya nanti ayah marah ibu”. Sampai sekarang aku kesal kenapa Kamal sanggup marah tanpa kawal diri dan biar anak – anak tengok. Dan aku sedih Ali yang baru berumur 3 tahun faham perasaan ibunya. Maafkan ibu, Ali. Maafkan ibu. Secara jujur aku memang sangat tawar hati dengan apa yang berlaku.

Buat pengetahuan pembaca, sepanjang kahwin aku tidak pernah menceritakan masalah rumahtangga pada sesiapa. Aku akan pendam sendiri dan pura – pura tiada apa yang berlaku. Jauh di sudut hati semuanya masih tersimpan kemas dalam memori aku.

Dan kejadian semalam buatkan hati aku berkecai dan putuskan untuk luahkan di sini dengan harapan dapat nasihat dari pembaca sekalian. Aku sayang Kamal dan anak – anak tetapi tak tahu apa keputusan yang perlu aku ambil. Perlukah aku bercerai? Atau teruskan perkahwinan ini?

Kamal seorang suami yang baik dan ayah yang cukup rapat dengan anak – anak. Kalau kami berpisah bagaimana dengan Ali dan Ahmad yang perIukan kasih sayang seorang ayah? Dan kalau aku teruskan, adakah benda ni akan sentiasa berulang dan anak – anak aku membesar dalam persekitaran yang t0ksik? Dari segi kewangan, InsyaAllah aku mampu uruskan anak seorang diri. Tapi aku pun tak pasti apakah yang terbaik untuk anak – anak.

Aku harap dengan confession ni aku dapat jumpa jawapan pada persoalan yang aku cari. Apa perkara terbaik untuk kami semua. InsyaAllah aku akan baca dan terima segala pendapat pembaca sekalian sama ada positif atau negatif dengan lapang dada. Terima kasih banyak kerana sudi baca coretan aku ini. Assalamualaikum. – Kina (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Rose Mimie : Kenapa awak berbalas gaduh dengan suami awak? Cuba awak ubah tindakbaIas mengamuk suami awak dengan awak sendiri berlari dengan anak – anak ke bilik air. Bila dia tanya kau nak pegi mana, kata pergi ambik wuduk. Buat solat sunat 2 rakaat. Duduk sebentar di sejadah terus istighfar, zikir dalam 20 minit untuk sejukkan hati awak sendiri dan anak – anak.

Tinggalkan suami awak sebab dia tengah lupa Allah melihat perbuatan dia yang berkasar dengan isteri. Didik anak – anak supaya banyak istighfar selawat bila dapat apa juga tekanan kesusahan. Suami awak boleh fikir sendiri jika masih ada iman. Rugi juga awak tinggalkan dia sebab dia bukan kaki perempuan his4p d4dah dan penjen4yah.

Aisy Naura : Saya anak mangsa ayah yang panas baran, salah sikit meng4muk, salah sikit tali pinggang, getah paip, h4nger apa – apa lah yang sempat dicapai. Dibesarkan dengan cara yang tak harmoni, bile besar ni, tak dinafikan memang ade kesan pada psik0logi dan personaliti.

Dan saya paling menyesal, kenapa mak tak cerai je dengan ayah. Mangsa dalam rumahtangga selalunye rasa kesian kat anak nanti tak berbapak, tapi ade rasa kesian tak pada anak kalau teruskan hidup dengan ada bapak yang macam tu? Atau sebenarnye lebih kesian pada keperluan diri sendiri je? Anak tak boleh pilih bapak, tapi puan boleh pilih suami. Fikir fikirkan lah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.