Aku kena mer0yan sebab anak masuk ICU. Ayah mertua cuba buat benda tak elok dekat aku. Suami pulak curi kad ATM aku, habis semua duit

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Masa anak aku masuk ICU, suami tiba – tiba berubah. Dia curi kad ATM, habis semua duit dalam bank. Ayah mertua pula hantar sih1r penunduk dekat aku. Mak mertua yang dulu sayang dekat aku, akhirnya…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, nama aku Mimi (bukan nama sebenar). Aku terpanggil untuk berkongsi kisah yang benar – benar terjadi pada aku. Kisah ini bermula pada awal perkahwinan kami pada tahun 2019. Mula – mula kahwin, biasalah, aku mengharapkan kebahagiaan sama seperti pasangan lain tapi rumah tangga yang aku harapkan indah cumalah khayalan belaka.

Sebelum itu, aku kongsikan sedikit tentang diri aku. Aku cuma pemegang diploma, tapi rezeki aku baik dengan kerja yang baik sebagai executive advisor di salah sebuah syarik4t antarabangsa. Gaji aku lebih besar daripada suami, dan boleh dik4takan dalam perkahwinan ini, segalanya aku yang tanggung.

Baik dari bil – bil rumah, kereta, makanan, keperluan harian, perabot. Senang cerita, gaji suami aku langsung tak terusik. Suami pun baik, sayang aku. Yalah, sebab aku tak susahkan dia pun, malah aku banyak bantu dia. Bukan itu sahaja, keluarga mertua pun aku selalu tolong, sampai ibu kandung sendiri diabaikan.

Punyalah taat dan sayang aku kepada suami waktu itu. Rezeki aku sem4kin murah bila Allah kurniakan aku seorang anak selepas sebulan berkahwin. Maka bermulalah kisah hitam aku… Sejurus aku melahirkan anak, aku dik3jutkan dengan berita bahawa anak aku dalam keadaan kritikal disebabkan jangkitan kuman.

Aku berpisah dengan anak selama sebulan, dan waktu itu aku mer0yan, tak boleh kawal perasaan sedih, namun aku ingat apa yang terjadi di sekeliling. Benda yang aku takkan lupa masa itu ialah bila bapa mertua sendiri cuba buat perkara tidak baik kepada aku.

Dia cuba buka baju aku, tapi aku sempat tepis. Beberapa kali dia cuba mendekati aku. Walaupun aku mer0yan, aku tetap ingat dan nampak dengan jelas apa yang berlaku. Bukan itu saja, suami pula ambil kad bank aku dan keluarkan duit aku. Habis duit gaji aku dia gunakan…

Aku berubat secara tradisional dan juga berjumpa doktor. Aku berusaha untuk sembuh. Selama empat tahun aku mer4na anxiety stage 4. Orang tengok aku luaran nampak okay, tapi otak aku melayang entah ke mana. Disebabkan tekanan dalam rumah tangga, anak aku pun terbiar.

Selalu aku biarkan anak tidur di rumah mertua. Aku berharap mereka jaga anak aku dengan baik, tapi tak juga… Sebaliknya, mereka menghasut anak aku supaya benci aku. “No umi!!” Itulah ucapan yang selalu anak aku lemparkan kepada aku…

Bayangkan bertubi – tubi mental aku did3ra. Ramai yang sarankan aku untuk berubat secara alternatif. Jadi, bila beberapa orang ustaz merawat aku, akhirnya semuanya terjawab. Rupanya selama ini aku terkena sih1r penunduk dan pemisah.

Sih1r pemisah itu aku dapat daripada bekas isteri suami aku. Aku berkahwin dengan seorang duda tanpa anak. Manakala sih1r penunduk itu datangnya daripada ayah mertua sendiri. Patutlah suami macam acuh tak acuh walaupun kononnya mulut kata sayang.

Keluarga mertua pula senang saja minta duit dan aku pun mudah saja bagi. Kesulitan ini akhirnya terurai atas doa mak dan bantuan pakcik aku. Memang selama aku s4kit, aku kerap kali nampak bayang – bayang hitam, mimpi terjun bangunan, cicak bising.

Pernah juga sampai tikus m4ti di dapur rumah dan macam – macam benda mistik lagi yang terjadi. Aku berubat, berdoa, dan alhamdulillah aku sembuh. Aku ambil masa dua tahun untuk benar – benar pulih. Disebabkan aku selalu ambil MC untuk berubat dan jumpa doktor, aku ambil keputusan untuk resign sebab matlamat aku nak sembuh dari peny4kit ini.

Masa aku nak resign, memang aku dapat halangan daripada mertua. Biasalah, sebab nanti anak mereka tak dijaga dan mereka tak dapat duit dari aku. Lepas aku resign, masing – masing tunjuk per4ngai sebenar. Kalau dulu masa aku bekerja, layanan ibu mertua memang baik, tapi lepas aku berhenti kerja, nak tengok muka aku pun dia tak sudi.

Tapi tak apa, aku sabar. Aku resign sebab nak sembuh, nak jaga anak, dan nak sambung belajar. Sekarang aku sedar bahawa selama ini, suami cuma pura – pura baik dengan aku. Sejak aku tak mampu tolong dia lagi, dia selalu tak balik rumah.

Bukan itu sahaja, malah pernah beberapa kali dia naik tangan dekat aku. Hati aku s4kit sangat. Peng0rbanan aku selama ini cuma sia – sia. Aku memang b0doh. Tapi sekarang aku tekad untuk bangun semula. Lepas aku habis belajar, aku akan bekerja semula.

Kini, yang ada untuk aku cuma kekuatan bersama mak, abah, dan anak aku. Untuk wanita – wanita di luar sana. Sayang macam mana pun kita kepada suami, tolonglah simpan untuk diri sendiri juga. Jangan jadi macam aku – b0doh dan tak nampak bahawa rupa – rupanya kebaikan suami dan mertua terhadap aku bersebab.

Sebab aku bekerjaya. Tapi bila aku susah dan tak bekerja, semua buang aku macam sampah. Tolong doakan aku supaya aku dapat bangkit semula. Oh ya, sebelum itu, cuma nak kongsi bahawa peny4kit anxiety dan sih1r aku sudah sepenuhnya sembuh.

Cuma sekarang aku menunggu untuk habis belajar dan kelahiran anak kedua. Buat masa sekarang, aku dan suami masih bersama, cuma aku lebih banyak tinggal di rumah mak dan abah. Mujur mereka masih ada untuk aku. Perkahwinan ini cumalah palsu.

Namun, aku yakin pasti ada hikmah tersembunyi. Doakan aku untuk terus sabar dan kuat sepanjang tempoh aku sambung belajar. Aku sudah nampak ke mana arah tuju hidup baru aku. Semoga ada sinar bahagia buat aku dan anak – anak. – Yang ikhlas, hati yang terIuka, – Mimi (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Faizal Faris : Orang perempuan jangan jadi b0doh la. Kalau bab nafkah tu memang tanggungjawab suami, duit isteri hak mutlak isteri, jangan manjakan suami sebab sayang melampau sampai ambik alih kewangan family. Nampak sangat red flag kalau serah pada bini.

Nak tolong suami biar berpada, jangan sampai bagi akses akaun pada suami dan pastikan ada simpanan kec3masan yang suami tak tahu atau boleh usik. Lagi satu kalau duda, check background kenapa bercerai, boleh jadi memang tak berguna.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.