
Aku dah 8 tahun menduda, lepas je isteri aku habis iddah, dia terus ajak kahwin. Umur aku hampir 60 tapi isteri aku jauh lagi muda. Baru ni kantoi bervideo call dengan 2 orang lelaki muda. Sekarang aku tidur dekat lantai, isteri tidur atas katil. Dia kata rimas dengan aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku berkahwin kali kedua dengan isteri yang jauh muda usianya. Isteri pula perkahwinan kali ketiga. Aku berumur lima puluh sembilan tahun dan isteri empat puluh dua tahun. Perkenalan singkat di media sosiaI merapatkan kami.
Kami kenal sebelum dia berpisah dengan suami lagi masa tu dia tengah dalam krisis rumah tangga. Selepas berpisah dan habis edah dia terus ajak aku kahwin. Aku terima sebab aku pun lama dah menduda, hampir lapan tahun. Awal perkahwinan kami bahagia.
Masuk bulan ketiga kami diuji dengan ekonomi, dia seperti hilang sabar balik ke kampung tinggalkan aku. Dia bekerja di kampung kerana nak pegang duit sendiri. Aku izinkan dia bekerja. Bulan lapan selepas sebulan lebih di kampung, aku ajak dia balik semula ke rumah dan dia akur.
Selama berjauhan aku kesunyian dan dia pula sibuk bekerja sampai malam kadang – kadang baru balik. Nak telefon ke WhatsApp ke jarang sangat. Dalam masa yang sama, aku terjumpa teman wanita lama yang kami pernah berkawan hampir sepuluh tahun.
Aku mula mesej dia, hanya bercerita biasa dan beritahu aku dah kahwin. Chat hanya setakat tu, tak ada nak jumpa walaupun dia pernah ajak jumpa. Aku sedar yang aku ni suami orang, aku tak nak khi4nati kepercayaan isteri aku. Namun langit tak selalu cerah.
Bekas teman wanita aku ni jenis manusia busuk hati. Dia pergi selongkar TikTok aku, TikTok isteri aku. Siap tinggalkan komen dan nombor telefon di ruangan komen isteri aku. Jadi apa lagi memang per4ng besar. Isteri aku kata aku tak setia sepanjang dia tak ada. Aku minta maaf. Kami baik semula tapi tak seperti awal perkahwinan.
Selepas sebulan kejadian tu aku ternampak gambar yang isteri aku screensh0t, dia tengah video call dengan lelaki lain semasa aku keluar bekerja, dengan rambut terdedah ber video call dengan lelaki tersebut. Aku tanya siapa, kenapa sanggup video call dengan keadaan macam tu.
Dia kata penyebabnya aku yang buat dia macam tu. Mengadu pada lelaki lain yang dia kenal di TikTok. Aku boleh bersabar lagi. Mungkin dia nak balas d3ndam, nak bagi aku s4kit hati, macam yang dia rasa. Sejak tu telefon dia tak pernah lekang dari tangan dan sentiasa dikunci, yang dulu kata laluan kami sama – sama tahu.
Boleh buka dan periksa telefon masing – masing kini tak lagi. Aku kecewa sikap dia. Aku berikan kepercayaan seratus peratus tapi dia pula tak jujur dek bekas teman wanita aku punya hal dijadikan alasan dia jadi begitu. Baru – baru ni aku tengok satu chat di WhatsApp dia dengan lelaki lain.
Aku tengok dia melayan lelaki tu dan dia siap telefon lelaki tu pula. Yang paling meny4kitkan hati, lelaki tu pula siap minta gambar s3ksi isteri aku. Tak ke tak guna jantan tu. Dah tahu isteri orang diminta sampai sebegitu. Tapi nasib baik, isteri aku reply, tak boleh, h4ram.
Selain tu aku tak sempat baca. Aku tanya siapa lelaki tu, isteri aku kata kawan lama dah sepuluh tahun. Kenapa sampai minta gambar s3ksi bagai. Apa tujuan dia kalau kawan yang baik tak ada niat tak akan buat sebegitu. Aku masih bersabar.
Semalaman aku tak boleh tidur memikirkan per4ngai isteri aku yang kantoi dua orang yang berlainan, yang lain aku tak tahu lagi. Sejak kes dia kantoi dengan lelaki pertama ber video call, kami dah tak macam dulu. Tak mesra, nak bersama pun susah.
Kadang – kadang aku tidur saja di bawah dan dia di atas katil, alasannya rimas, tak selesa aku sebelah dia. Berlarutan hingga kini dah dua bulan. Kalau dia nak yang muda kenapa lepas cerai terus ajak aku kahwin. Apa tujuan dia sebenarnya.
Sekadar nak cari tempat berteduh. Menumpang. Tak ada tempat tinggal. Tak ada orang jaga. Tak ada orang bagi duit belanja. Itu yang aku fikir sampai hari ini. Bila minta bersama macam – macam alasan dia bagi. Demamlah, s4kit – s4kit badanlah tapi aku layan per4ngai dia.
Demam aku bagi ubat, s4kit badan aku urutkan. Tapi macam tu jugalah. Aku buntu apa harus aku buat. Di usia dah masuk enam puluh ni bukan lagi masa untuk bercerai dan menikah lagi. Bagi dia ya, sebab dia muda lagi.
Komen Netizen :
Anonymous participant 690 : Orang berkahwin untuk hidup berkasih kasihan. Kalau asyik berg4duh, isteri pula tanpa rasa bersalah berhubung manja dengan lelaki lain, siap buka aurat lagi. Dah tegur tapi isteri buat tak endah. Maruah suami diinjak – injak. Jadi nak tunggu apa lagi. Dayus namanya tu.
Lepaskan saja isteri macam tu. Usia pun dah m4kin senja. Letih nak berg4duh – berg4duh ni. Hidup saja sendiri, tenang – tenang. Solat jemaah lima waktu di masjid. Lepak santai dengan kawan – kawan. Ada duit lebih sikit pergi jalan – jalan bermusafir.
Jamilah Lias : Sebenarnya dalam perkahwinan kejujuran penting. Dalam rumah tangga juga perlu ada kekuatan iman. Jadi kamu berdua ni jenis suka melayan orang luar, sebab tu rumah tangga jadi tak bahagia, h4ncur. Jangan bandingkan umur. Rasanya umur isteri tu pun dah ke arah berumur. Kena sama – sama mendidik.
Memang dalam rumah tangga bab ekonomi selalu ada. Suami isteri perlu sabar dan selesaikan cara elok. Janganlah bila ada masalah terus masing – masing nak curang sana sini. Kalau macam tu sampai bila – bila kamu tak akan jumpa kebahagiaan rumah tangga. Dan seeloknya berbaliklah kepada Allah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.