Ayah baik dengan anak-anak tapi dengan mak ayah layan macam h4mba. Ayah selalu h1na mak sebab tak pandai drive, tak pandai english

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bos mak aku siap bagi kebenaran kalau mak nak balik awal atau tak datang meeting langsung sebab kesian tengok mak aku kena marah dengan ayah. Ayah tak fikir langsung maruah mak. Mak minta tolong ayah jemur kain, ayah bagi alasan takut orang kata dia takut bini…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sekiranya confession aku disiarkan. Hai semua pembaca. Nama aku Liza. Aku berusia lewat 20-an. Aku anak ke-3 daripada 4 beradik. Aku bekerja di dalam sektor swasta. Aku masih tinggal bersama kedua ibu bapa aku sementara masih bujang. Tambahan pula, rumah mak ayah berdekatan dengan tempat kerja aku.

Mak ayah aku dah pencen kerajaan, oleh itu daripada segi kewangan, mereka memang langsung tidak membebankan anak – anak. Malah, mereka sentiasa menghulurkan bantuan ketika anak – anak kesempitan. Namun, kami adik beradik tidak mengambil kesempatan atas kebaikan mereka dan tetap menghulurkan elaun bulanan kepada mereka berdasarkan kemampuan masing – masing.

Sejak mak ayah aku pencen, kesihatan mereka kian merosot . Mungkin disebabkan faktor usia dan komplikasi diabetis dan d4rah tinggi yang mereka hidapi. Ini sedikit sebanyak telah menggugat kehidupan mereka. Sekarang ayah aku sudah tidak boleh memandu kerana penglihatannya sudah terjejas (akibat katarak) manakala ibu aku memang tidak pandai memandu kereta.

Jadi aku dan adik bongsu, Ina bergilir – gilir membawa mereka berjalan – jalan di Bandar atau mendapat rawatan di Hospital atau klinik. Kakak – kakak kami sudah berkahwin. Oleh itu, seperti kebanyakkan keluarga lain, urusan menjaga ibu – bapa autom4tik jatuh kepada anak – anak yang bujang terutama kerana kami memang tinggal bersama mereka

Mungkin ini peluang bagi kami berbakti kepada kedua ibu bapa. Namun, aku nak menyeru kepada kakak – kakak dan sesiapa yang per4ngai macam kakak – kakak aku ni, janganlah serahkan tanggungjawab ini kepada adik – adik yang bujang ini sahaja atau pun pada satu – satu anak sahaja. Mereka pun nak ada life juga.

Tolonglah melawat mak ayah ni kerap sikit. Bukan melawat sebagai tetamu, datang sejam dua pastu balik. Tetapi apalah salahnya sekali sekala meluangkan masa dengan mereka, bawak jalan – jalan ke.. ambil alih tugas menjaga tu sekali – sekala.

Aku dan Ina terp4ksa meng0rbankan impian dan cita – cita kami sebab kene jaga mak ayah. Social life kami kosong. Hujung minggu mesti melayan mak dan ayah nak berjalan – jalan di bandar walaupun kadang – kadang kami teringin juga nak pergi melancong berdua (kawan takde sebab mak ayah aku tak berkenan tengok kami berkawan – kawan) tapi fikir siapa pula nak bawak mak ayah aku pergi klinik, hospital atau jalan – jalan kat bandar.

Mak ayah aku ternanti – nanti hujung minggu, time kami cuti untuk bawa mereka berjalan kat bandar. Diorang dah s4kit, dan tak minat nak pergi melancong tempat yang kami nak. So terp4ksalah kami mengalah, k0rbankan kehendak kami yang nak menikm4ti zaman bujang ni.

Tapi nak cakap lebih – lebih nanti g4duh pula, nanti mak ayah aku tersinggung pulak sebab ingat kami tak suka layan mereka walaupun pada hakik4tnya kami nak ada ruang sikit je untuk life kami ni. Ok, cukup pasal tu sebab nak cerita benda tu lama – lama kene buat confession lain pula.

Sebenarnya apa yang aku nak kongsikan adalah tentang sikap ayah aku terhadap mak aku. Sebagai anak, aku tak menafikan ayah aku adalah ayah yang sangat baik daripada segi lahiriahnya. Ayah aku buat tabungan untuk pendidikan dan masa depan kami sejak kecil masa kecil. Kasih sayang dia sampai kami besar.

Dapat je tau anak dapat kerja, terus belikan kereta. Duit muka ayah aku bayar, bulan – bulan duit sendiri lah kan. Tapi, hakik4tnya bukan ayah aku sorang yang keluarkan duit. Ayah aku akan claim semua daripada mak aku. Walaupun ayah aku seorang ayah yang sangat baik dari segi zahirnya tetapi sebagai suami, ayah gagal.

Ayah aku bukan kaki pukuI, kaki perempuan atau pun kaki jvdi. Tapi, sikap ayah aku ni banyak menyiksa batin mak aku. Sejak daripada aku kecik lagi, ayah aku selalu merendah – rendahkan mak aku. Mak tak pandai drive kereta, mak tak pandai berbahasa English, mak tak pandai komputer. Itulah point ayah aku ulang – ulang yang aku dengar sejak kecil.

Ayah aku bukan je cakap depan mak aku, malah pada kami adik beradik. “hidup zaman sekarang kalau tak reti komputer, tak reti drive. Memang tak boleh hidup”, kata – kata ayah aku pada kami kononnya nak motivasikan kami supaya ikut pered4ran zaman, tetapi secara tidak langsung mengguris mak aku tak kira lah sengaja atau tak (tapi aku yakin 100% sengaja).

Sikap ayah aku yang suka mengh1na bukan sahaja pada mak aku, tetapi kepada keluarga mak aku. Ayah aku selalu prejvdis terhadap keluarga mak aku dan menganggap mereka orang kampung yang befikiran sempit. Walaupun mak aku tak pandai teknologi, tapi pada aku adalah disebabkan mak aku tidak diberi peluang.

Macam mana nak berani belajar kalau orang asyik ‘brainwash’ kata kau ni b0doh, lembab dan tak cekap. Mak aku jadi seorang yang ragu – ragu dengan diri sendiri dan takut hendak mencuba. Even, nak naik lif pun mak aku takut nak naik sorang – sorang sebab takut tersalah tekan nombor kat lift tu.

Mula – mula, Mak aku bekerja di tempat sama dengan ayah aku (kat situ kot diorang kenal). Jadi, tiada isu sangat sebab pergi dan balik bersama – sama. Tapi bila dah hujung – hujung nak pencen, jabatan mereka dipisahkan, jadi terp4ksa lah ayah aku ambik mak aku dari tempat kerja.

Ayah aku pula seorang yang pemarah. Kalau mak aku keluar lambat sikit sahaja daripada office, ayah aku akan meng4muk, marah mak aku tak kira lah ada orang ke takda masa tu. Sampaikan officemate mak aku pun tahu dengan sikap ayah aku ni.

Office mak aku selalu ada meeting sampai lewat petang, tetapi bos mak aku siap bagi kebenaran kalau mak aku nak keluar awal atau tak datang meeting tu langsung sebab kesian tengok mak aku kene marah. Ayah aku tak fikir langsung maruah mak aku.

Dalam pengurusan rumah tangga, memang ayah aku tidak membantu langsung. Kemas rumah, masak, jaga anak semua mak aku buat sendiri. Pernah mak aku cerita, mak aku minta tolong ayah aku jemur kain, ayah aku bagi alasan takut orang kata dia takut bini.

Di tambah pulak keluarga belah ayah aku, memang tak suka mak aku sangat (diorang dah ada calon sebenarnya), pernahlah sekali nampak ayah aku bancuhkan susu anak pun dah dik4ta mak aku membuIi ayah aku. Nafkah zahir memang out.

Mak aku cerita masa mula – mula kawin, mak aku pernah minta tapi ayah aku cakap sia – sia lah kawen dengan orang kerja kalau kena bagi duit juga. Duit gaji mak aku pun ayah aku pegang, mak aku cuma diberikan elaun bulanan, dengan alasan mak aku boros.

Tidak dinafikan memang ayah aku pandai uruskan kewangan keluarga. Dengan gaji yang kecil waktu tu, Ayah aku buat simpanan untuk mak aku dan anak – anak. Bila baca kisah orang yang suami ambik wang isteri, pastu lari, kawin lain lah, dalam part ni mak aku beruntung sebab ayah aku tak buat macam tu pada mak aku walaupun simpanan untuk ayah aku memang banyak berbanding mak.

Namun, sikap ayah aku yang suka mengh1na, pemarah, tidak membantu, dan juga tekanan daripada keluarga mertua sedikit sebanyak membentuk sikap mak aku masa muda dulu. Mak aku sangat garang dengan anak – anak. Pantang salah sikit atau tak tolong buat kerja rumah, memang kene m4ki dan pukuI lah kami adik beradik.

Masa kecik aku ingat lagi mak aku cakap kat aku “aku tak sangka kau ni memang tak guna, kalau aku tahu lah per4ngai kau macam ni, kecik – kecik dulu aku buang je.” Kesalahannya sebab aku lambat cuci pinggan mangkuk, dan waktu tu umur aku baru 9 – 10 tahun.

Sudah hampir 20 tahun, tapi perkataan itu masih berbekas dalam hati aku.. Masa kecik dulu aku lagi sayang ayah aku sebab mak aku garang sangat (waktu kecik ayah aku tak marah anak – anak lagi). Tapi bila besar baru aku faham kenapa mak aku jadi macam tu.

Mak aku penat bekerja dan menguruskan rumah tangga dengan suami yang langsung tidak membantu. Dan akhirnya, melepaskan kepenatan dan kemarahan kepada anak – anak. Tidak dinafikan, dibesarkan dalam suasana yang ‘panas’ macam ni, kami adik beradik pun terikut per4ngai baran mak ayah aku.

Bagi pembelaan untuk ayah aku, pada pandangan aku sikap pemarah atau baran ni adalah suatu peny4kit keturunan juga. Berdasarkan cerita mak aku, arw4h nenek aku (mak kepada ayah aku) memang seorang yang sangat bengis dengan anak – anak. Memang biasalah anak – anak kene m4ki dengan arw4h.

Tetapi ayah aku anak yang baik, ayah aku tak pernah meIawan kata – kata mak dia walaupun hakik4t sebagai suami dia sorang yang pembengis juga. Kini, aku dapat rasakan yang mostly adik beradik aku pun ada baran masing – masing. Ok, ini per4ngai ayah aku masa muda. Korang rasa dah tua, per4ngai ayah aku berubah tak?

Sampai skerang, per4ngai ayah m4kin teruk sebab ayah bukan baran dengan mak aku je, tetapi kami anak – anak ni pun kena tempiasnya sekali. Sekarang mak ayah aku, dua – dua m4kin tua dan berpeny4kit. Namun, ayah aku rasa dia sahaja yang s4kit dan tak habis – habis nak dilayan. Aku tengok ayah aku, baring, solat, tengok internet, makan, dan tidor. Tak produktif langsung.

Malah bila nak makan pun nak suruh mak aku atau kami hidang. Pernah sekali kami terlewat hidang, ayah aku akan bertempik marah panggil mak aku daripada tingkat atas. Berlari lah mak aku turun sebab malu pada jiran sebelah – menyebelah.

Sedangkan ayah aku bukan lumpuh pun nak pergi ambik minuman sendiri. Duit kedekut pulak tu. Tak pernah aku tengok ayah aku hulur duit kepada mak aku untuk beli barang dapur atau bayar bil – bil rumah sedangkan dia request nak makan macam – macam.

Ayah aku cuma bayar hutang kad kredit, itupun separuh claim duit mak aku. Ayah aku m4kin tua m4kin materialistik. Ayah aku selalu ingatkan kami anak – anak supaya cari suami yang kaya. Kadang – kadang ayah aku menyatakan kekesalan dia kahwin dengan mak aku sebab calon keluarga ayah aku dulu kaya, tapi ayah aku pilih mak aku sebab kononnya nak kahwin dengan orang beragama.

Apapun aku rasa, perkahwinan mak dan ayah aku bertahan sampai ke tua ini sebab mak aku seorang konservatif, malu dengan pandangan orang kalau bercerai. Mana ada perempuan kaya dan bijak yang sanggup bertahan dengan suami pemarah, suka merendah – rendahkan isteri dan kedekut macam ayah aku.

Ayah aku yang patut bersyukur kahwin dengan mak aku. Mak aku mengh4mbakan dirinya pada ayah aku daripada muda sampai lah tua. Aku memang kesian sangat – sangat kat mak aku. Dan disebabkan sikap ayah aku membuIi mak aku menyebabkan rasa hormat pada ayah aku sem4kin luntur.

Aku pernah dengar ceramah maIangnya perempuan salah pilih suami, salah satunya adalah suami pemarah. Ini sangat tepat, aku lihat sendiri bagaimana kesannya pada mak aku dan keluarga kami. Seperti yang aku cerita awal – awal tadi, kasih sayang ayah aku terhadap kami ditunjukkan melalui harta benda, sebagai balasan ayah aku rasa dia layak dilayan sebagai raja oleh anak – anak dan mak aku.

Kalau nak suruh anak – anak layan dia macam raja logiklah (even aku sebenarnya sangat str3ss), tapi mak aku kenapa kene terus memperh4mbakan diri pada ayah aku sedangkan segala harta ayah aku rasa dia punya sekarang adalah juga hasil mak aku bekerja dari muda.

Kadang – kadang aku nak je suruh mak ayah aku bercerai je. Bila tengok wajah ayah aku yang dah tua dan s4kit tu, rasa sedih dan kesian tetapi, tak sanggup tengok pembuIian ayah aku tu sebab sikap dia yang daripada muda tak pernah berubah.

Perlu ke mak aku bersabar lagi? Tapi fikir berd0sa pulak bercerai, apa kata orang – orang sekeliling bila tua – tua bercerai ni kan. Lagi satu, impak kepada aku dan adik aku kalau mak ayah aku bercerai, adalah aku ngan adik – adik aku kene separate, sorang jaga ayah dan sorang jaga mak.

Terus terang, aku tak nak stuck dengan ayah aku. Aku cuma ada rasa tanggungjawab sahaja pada ayah. Rasa sayang? Aku pun tak pasti. Mak aku selalu membayangkan dia nak lari jauh – jauh daripada rumah kami. Tapi sebab mak tak pandai bawak kereta, pergerakan dia terbatas.

Pada pendapat pembaca, apa patut mak dan kami sebagai anak – anak buat? Kepada pasangan di luar sana, tolonglah lengkapi diri dengan ilmu berumah tangga dan cuba perbaiki sifat negatif di dalam diri masing – masing (contoh pemarah atau kaki pukuI).

Dapatkan bantuan daripada pakar atau pasangan anda sendiri. Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua insan (lelaki dan perempuan) yang tidak sempurna, tetapi cuba melengkapi satu sama lain dalam mencari redha Allah. Janganlah dih1na kelemahan pasangan masing – masing, tetapi saling menyokong untuk menjadi yang lebih baik.

Jangan juga meletakkan tugas mendidik anak – anak dan urusan rumah tangga kepada si ibu semata – mata. Zaman sekarang, dengan kos hidup yang tinggi, wanita terp4ksa bersama – sama lelaki keluar bekerja demi memenuhi keperluan rumah walaupun hakika4tnya aku yakin ramai wanita yang berharap jadi surirumah sahaja.

Jadi tolonglah hargai isteri – isteri anda yang dah tolong menjalankan tanggungjawab anda untuk mencari nafkah dengan membantu dia pula di rumah. Tidak hilang pun kelakian anda kalau tolong isteri jemur kain, kemas rumah atau menguruskan anak – anak. – -daughter-

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.