Aku marah murid asyik pakai selipar. Sekali guru kelas dia bagitahu sesuatu. Aku nekad cari sampai jumpa

Dari minggu lepas aku nampak anak murid aku ni pakai selipar. Aku dah tegur, siap bagi tips lagi supaya kasut tak basah. Kali ni sebagai cikgu disiplin aku kena tegas. Aku jerit panggil nama dia dari jauh. Jawapan dia sama je, aku tak boleh terima. Aku pergi jumpa cikgu kelas dia..

#Foto sekadar hiasan. Dari jauh aku perhati murid ini pakai selipar lagi datang ke sekolah. Sedikit geram dan marah aku rasa. Sebab Jumaat lepas aku dah tegur, katanya kasut basah. Hari Isnin dan Selasa pun katanya kasut basah lagi.

Aku maafkan dan pesan supaya jaga kasut elok – elok. Jemur belakang peti sejuk dan letakkan surat khabar dalam kasut, pesan aku. Dia angguk saja sambil menunduk. Tapi Rabu lepas, dia masih tak pakai kasut! Terc4bar jugalah aku sebagai guru disiplin ini.

Aku dah tegur elok – elok siap bagi petua dan pesanan lagi. Tapi jika berkali – kali tidak dihirau siapa yang tak marah dan geram, ye tak? “Aisyah, Datang sini!” Lantang dan kuat sekali aku memanggil dia. Dari jauh nampak dia ketakutan disergah guru.

Dia tahu dia bersalah. Perlahan dia datang dekat aku. Matanya memandang lantai. “Awak dah kenapa? Dari Jumaat lepas cikgu pesan suruh pakai kasut. Setiap hari awak pakai selipar dengan alasan kasut basah. Sebelum ini memang cuaca tak menentu. Semalam tak hujan pun. Kenapa pakai selipar?” tegas aku bertanya.

Sebelum ini dah banyak kali aku berlembut. Kali ini aku kena tegas. Dia hanya merenung lantai. Tak berani bertentang mata dengan si guru yang tengah marah. Perlahan dia menjawab, “Kasut saya basah, cikgu.” Aku tak dapat terima alasan itu.

Sebab hari Selasa tidak hujan. Aku bagi amaran terakhir. Keras dan tegas! Semalam, ada cikgu cakap kat aku Cikgu Sariza cari aku. Ada hal katanya. Kebetulan ada masa free, aku jumpa Kak Sariza di kantin. “Fadli. Aisyah tu murid kelas akak. Kesian kat dia, duit belanja selalu tak bawa. Kasut dia pula rosak. Langsung tak boleh nak tampal dah. Sebab itu dia tak pakai kasut ke sekolah. Mak dia muallaf,” jelas Kak Sariza.

Tersentak aku mendengar penjelasan Kak Sariza. Rupanya dia malu nak bagitahu kasut dia rosak. Dia malu hendak meluahkan segala kesusahan yang melanda diri dan keluarganya. Rasa bersalah membuak – buak datang menyer4ng sanubariku.

“Tak apa kak. Saya memang nak lancar Projek Beg Sekolah, Uniform Sekolah dan Kasut Sekolah bulan ni. Untuk kegunaan murid miskin, anak yatim dan mereka yang memerIukan pada sesi persekolahan tahun depan. Saya akan masukkan dia dalam list saya,” baIasku dan segera beredar keluar.

Aku cepat – cepat keluar kerana nak cari Aisyah. Setiap murid yang aku jumpa, aku kerah cari Aisyah. Kebetulan masa tu waktu rehat. Memang payah nak jumpalah. Tidak lama kemudian, Aisyah dan adiknya datang. Mata mereka berdua tunduk memandang lantai.

Cantik budak berdua ini. Berkulit putih, bermata sepet. Maklumlah, ibunya muallaf. Pakaiannya bersih dah rapi. Baju nampak kemas bergosok, walau bukan baju baru, tapi nampak sangat terjaga sekali.

“Kenapa awak tak bagitahu cikgu kasut awak rosak?” soalku. Dia diam. Tiada sepatah suara keluar. Mata masih memandang lantai kantin.

“Awak ada duit nak makan?” soalku. Geleng. Adik dia turut geleng kepala sama. Aku keluarkan RM4 dari beg, dan bagi RM2 seorang.

“Nah, buat beli makanan. Pergi makan,” ujarku. Dia mengangkat kepala dan memandangku dengan mata berkaca, “Terima kasih cikgu. Terima kasih.”

Sebak aku rasa. Sangat sebak. Aku marahi dia atas nasib keluarga yang diuji Tuhan di atas sana. Dan dia redha dimarahi tanpa membuka kisah sebenar. Walau sebak, aku tahan sekuat hati. Air mata aku telan, ramai mata menyaksikan aku bersoal jawab dengan Aisyah termasuk rakan guru.

Namun sewaktu menulis kisah ini, mata aku bergenang. Sewaktu dia berpaling hendak pergi, aku berpesan padanya, “Esok bawa kasut awak yang rosak tu bagi kat cikgu ya.” Di mengangguk tanda faham dan berlalu pergi.

Hilang di celahan ratusan murid yang riuh rendah membeli makanan waktu rehat. Hari ini, sebaik sampai sekolah aku terus mencari Aisyah. Aku tarik dia ke belakang, jauh dari orang dan minta dia bagi kasut dia kat aku.

Inilah kasutnya. Aku ambil dan simpan dalam kereta. Aku nak beli kasut baru buat dia. Tak perlu tunggu tahun depan, tak perlu tunggu projek amal aku mula. Sekolah berbaki dua bulan lagi. Aku tak sanggup biarkan anak ini terus rasa rendah diri datang ke sekolah dengan memakai selipar.

Aku tak nak dia malu nak menjawab soalan setiap guru kenapa dia berselipar setiap hari. Dan setiap hari juga aku akan cari anak ini dan adiknya untuk beri wang belanja. Lebihan kiriman sahabat dalam Projek Kain Kapan yang lepas masih berbaki di tangan.

Bolehlah aku guna untuk tujuan ini. Sewaktu dia datang jumpa aku tadi, aku perasan beg itu. Itu beg Swan yang aku agih dalam Projek Beg Sekolah tahun lepas. Masih kukuh dan elok. Aku memang beli yang berkualiti bila nak sedekah atau hadiah apa – apa kat orang.

” Aisyah, sini jap. Nah cuba kasut baru ni. Muat elok tak,” kataku sebaik terserempak dengan Aisyah tadi. Berkaca mata Aisyah, namun senyuman tidak lekang dari muka. Malu – malu dia datang mendekat dan pakai stoking baru. Kemudian dia cuba kasut baru. Alhamdulillah, muat elok.

” Terima kasih, cikgu,” perlahan Aisyah ucapkan.

” Nanti balik rumah bagitahu mak, tak payah bagi duit belanja dah sampai akhir tahun ni. Ada orang yang nak belanja awak dan adik awak setiap hari.

Oh ya, ada kawan – kawan cikgu kirim salam kat awak juga,” ujarku padanya. Aisyah mengangguk – angguk tanda faham. Sebelum beredar sekali lagi dia mengucapkan terima kasih. Matanya berkaca, tapi penuh bersinar gembira. Terima kasih kepada sahabat semua yang membantu aku menyebarkan senyuman. Kerana kalian, ada nasib yang terbela hari ini.

Komen Warganet :

Noor Syelyza II : Alhamdulillah.. terasa diri ni susah rupanya ramai lagi yang lebih susah.. bagus sikap ibu bapa macamni.. walaupun serba kekurangan tetap hantar anak ke sekolah.. di kalangan saya ramai yang ajar anakĀ² Arini mak takde duit la.. takyah pergi sekolah laa ehh.. sedih betul tengok.

Sofea Sufi : Lepas jer subuh saya buka fb. Wall saya dilintasi olih coretan cikgu Mohd Fadli Salleh. Saya tekun baca sampai habis nukilan cikgu. Dalam tak sedar air mata bercucuran walau pun tak laju. Semoga usaha kalian mendapat baIasan setimpal olih PEMILIK DUNIA AKHIRAT nanti. Dan semoga saya juga ditakdirkn bedrada dalam kelompok ini.. saling membantu. “ALLAHUAKHBAR”!!!!

Siti Zaramin Omar : Cikgu buat ramai yang ternangis petang ni. Kakak pun termengalir air mata tanpa sedar, kisah menyusuk jiwa buat kita rasa insaf, masih ramai insan – insan yang perlu kita bantu, walaupun satu ketika dulu kita juga pernah alami situasi ni. Memori tu buatkan kita kuat untuk bantu insan lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?