Cikgu marah anak saya tak habiskan makanan RMT, lainlah anak cikgu boleh makan sekali dgn maknya

Saya penerima zakat dan bantuan JKM kerana ibu tunggal yang tidak bekerja. Bila anak balik sekolah, saya jemput dia dengan motosikal lama, anak kata seronoknya kereta kawan dia besar pintu tekan je buka sendiri. Kalaulah netizen kenal siapa saya yang sebenarnya mesti saya kena kecam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Salam Sejahtera. Pertama sekali terima kasih pihak admin Confessions kalau sudi menerima karangan ini untuk disiarkan. Terima kasih tak terhingga sebab saya telah menghantar beberapa penulisan luahan yang telah disiarkan.

Terharu teruja sebab apa yang terbuku dapat disampaikan dan dapat maklumbaIas. Saya juga sudah serasi dengan ruangan ini, kenali dua orang adminnya yang pernah bersiaran. Walaupun tidak membaca kesemua perkongsian sebab masa terhad tapi dapat juga lencana peminat teratas.

Saya sering mencari kata – kata motivasi dan mengikuti laman inspirasi positif namun saya sangat sukar untuk bangkit membetulkan kekurangan diri sendiri. Ya, saya kuat cemburu. Melihat kelebihan dan kejayaan orang saya turut bangga tapi hati ni terdetik kenapa saya jauh ketinggalan serba kurang.

Adakah kerana saya kurang berusaha sekadar duduk di zon sedia ada ibarat kais pagi makan petang. Duduk di bawah tempurung sebab tak mampu nak berjalan jauh dan melukut di tepi longkang kerana mengharap ihsan orang membantu.

Saya penerima zakat dan bantuan JKM kerana ibu tunggal yang tidak bekerja. Saya dah rasa betapa sedih jadi orang miskin zaman kanak – kanak. Melihat mak ayah yang bekerja buruh sering meruntun hati, tak merasa kemewahan namun bahagia.

Berazam nak bantu mak ayah bila dah besar namun kini mak ayah yang masih memberi duit belanja bulanan kerana besarnya kasih mereka. Syukur banyak bantuan dari sekolah seperti RMT tapi ada masa pasti rendah diri menjadi penerima bantuan sebab miskin.

Pernah anak kata cikgu marah sebab tak habiskan makanan RMT, anak takut dan sedih sebab tak selera. Lainlah anak cikgu yang boleh makan dekat maknya. Bila balik sekolah saya jemput dengan motosikal lama, anak kata seronoknya kereta kawan dia besar pintu tekan je buka sendiri.

Saya pujuk dia dengan kata miskin ni tak h1na, Allah tetap sayang tapi dia tak bagi sebab Dia nak kita banyak bersabar. Sabar itu ganjarannya Syurga. Kaya dan miskin ni ujian, dunia ni sementara sahaja semua akan m4ti. Buka kisah Nabi kita yang Allah SWT paling kasih tapi mendapat ujian susah yang banyak.

Saya ni bila komen di media sosiaI macam bagus, tapi jika orang tahu kehidupan saya sangat teruk mesti mereka rasa nak marah dan kecam. Rumah saya tidaklah buruk tapi sangat selerak, serabut, sampah merata sebab malas.

Bukan malas mengemas sahaja malas juga memasak. Lagi teruk ada masa malas solat. Jadi tidak hairanlah kenapa saya susah nak berjaya dan miskin. Masalah bercerai juga sebab kami malas. Dia penganggur, saya malas melayan makan pakai tidur dia.

Kena pula keluarga saya tidak suka dia keluarga dia tidak suka saya. Daripada berterusan hidup tertekan dengan kutukan mentua ipar dan dia pun mulut lepas. Maka saya lebih bahagia setelah dilepaskan. Tapi masalah itu terpalit pada anak pula, anak pun dah pandai marah mak dia malas.

Sebenarnya saya mudah buntu, ada masa tak tahu nak buat apa, berat, tak mampu nak masak, beli saja. Saya sangat kagum dengan mereka yang bekerja menyediakan jualan makanan. Saya ni sedih. Lemah. Ada masa rasa adakah saya perlu bantuan ubat bila berat nak buat sesuatu, saya juga jenis suka tidur siang dan berjaga malam..

Bila rasa banyak kekurangan, bila saya tengok video orang yang mendapat musibah kemaIangan atau jatuh s4kit, atau melihat video orang 0KU yang sangat menyedihkan, lagi besar kesusahan dan kesulitan mereka. Saya doakan mereka jika mampu saya suka juga bersedekah walau sikit.

Jadi saya rasa saya ada juga kelebihan dan rahmat dari Tuhan Yang Maha Pengasih. Saya rasa saya akan dapat apa yang diimpikan tapi jalannya panjang dan belum tiba. Saya juga akan fikir, jika tak dapat di dunia dapat di akhir4t tapi betulkah saya akan dapat di akhir4t sedangkan di dunia pun tak dapat kejayaan kekayaan.

Mereka yang banyak menunjuk macam – macam harta dan kemegahan dunia yang ada masa dirasakan macam istihraj tu mungkin lebih layak ke Syurga Firdaus sebab banyak bersedekah dan sangat rajin berusaha. Saya mula risau kalau saya ni tak layak ke Syurga sebab malas dan suka juga mengomen salah orang.

Suka mengata orang ni boleh muflis di akhir4t. Namun, sekiranya di akhir nafas kita mampu untuk mengucap syahadah, Syurga buat kita. Cara mati ditentukan dengan cara hidup. Moga kita mampu untuk mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dan sering berselawat untuk mendapat syafaat baginda.

Diampuni d0sa dan banyak bersabar dan bersyukur semoga akan ditambahkan nikmat keberkatan dunia akhir4t… Doakan saya. – Seketul Manusia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shikin Ilyas : Miskin ni boleh jadi sebab pilihan dan boleh jadi sebab takdir. Miskin takdir tu macam orang yang tak berupaya untuk kerja, contoh orang s4kit, 0ku, orang tua, orang yang jaga anak s4kit, negara bergolak, kurang peluang kerja atau dah kerja banting tulang 4 kerat, tapi memang rezeki dia tahap tu je.

Miskin pilihan ni macam kau la, sebab malas. Padahal badan sihat, peluang kerja banyak je dalam Malaysia ni. Lepas tu nak tunggang agama, kata Allah tak bagi kaya sebab nak suruh sabar, nak bagi kat akhir4t, dunia ni ujian, nabi pun susah etc.

Badan sihat, negara aman, anak sempurna tapitakxnak usaha, harap bantuan je. Kesian mak bapak anak dah besar pun kena sara lagi. Lepas tu berangan nak jadi kaya. Berangan nak bahagian di akhir4t sebab miskin kat dunia padahal kau dah ambil banyak bahagian di dunia dengan hidup bersenang lenang tak bekerja dengan duit bantuan yang patutnya diberi pada orang yang lebih layak.

Tu pun kira dah makan hak orang lain tu. Sorry la, aku tak marah mana pun kalau kau kata kau malas. Tapi aku marah bila orang justifikasikan malas dengan agama. Seolah – olah Islam ni menggalakkan umatnya mundur dan miskin kerana kononnya nabi pun miskin dan hidup susah.

Azie Azem : Kalau seharian tak buat apa – apa. Apa yang awak buat. Orang asing ramai je berjaya kat Malaysia. Jangan jadi beban kerajaan kerana kita malas tapi sihat tubuh badan. Saya tak taulah berapa ramai anak awak, tapi saya pernah jumpa seorang ibu tunggal anak 9, kem4tian suami, anak paling kecik setahun, paling besar 14 tahun.

Memang tak boleh buat kerja apa sebab anak takde orang nak jaga. Tapi rajin buat kerja itu ini untuk isi perut anak – anaknya walau dapat macam – macam bantuan. Memang cikgu akan marah anak – anak yang dapat RMT ni bila makan tak abis.

Sedangkan kalau diberi makanan yang sama pada budak lain yang maknya bekerja tapi tak sempat sediakan sarapan, habis licin aje. Hidup kena berubah. Selagi hayat dikandung badan. Jangan satu hari nanti nikmat kesihatan ditarik.

Tun Teja : Dia macam ni tau kak. Kalau tayar motor akak tu pancit. Selagi tak tukar selagi tu la tak boleh bergerak ke mana – mana. Sama jugak macam isu malas. Malas itu pilihan. Jadi, bersyukurlah dengan kejayaan jadi pemalas memang tak boleh nak ubah kehidupan. Ada je orang miskin yang berjaya atas usaha masing – masing. Yang penting rajin bukan MALAS.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?