
Jangan kata motor, basikal pun tak ada. Isteri aku tak pernah merungut. Bila aku takde kerja, dia bangun awal pagi, buat makanan bungkus letak dekat kedai. Tapi bila aku dah senang, boleh ada rumah, kereta sendiri, aku lupa diri. Aku main perempuan lain, aku baran dekat isteri. Lupa habis peng0rbanan dia dulu
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong kongsi kisah hidup aku ini. Moga jadi pengajaran kepada siapa yang membaca. Aku Kiey. Aku sudah kahwin hampir 8 tahun dengan isteri aku. Perkahwinan kami dikurniakan 3 cahaya mata, 2 perempuan dan 1 lelaki.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, banyak kenangan kami lalui bersama. Dikatakan tiap – tiap hari kami keluar, tidak kira siang atau malam, sampai kawan – kawan kata kami ini macam belangkas kira 24 jam berkepit sahaja. Indah kenangan waktu itu.
Selepas berkahwin, alam rumah tangga pun bermula. Kami mula dengan kehidupan yang amat susah. Kami dikurniakan anak sulung kami, kami hidup hanya menyewa sebiji rumah dibahagi dua. Depan tuan rumah, kami ambil bahagian belakang.
Dalam rumah itu pula hanya ada 1 bilik. Kira ruang tamu dia di situlah dapur, di situlah kami duduk melepak, di situ singki. Allah baru hendak belajar hidup berkeluarga. Bab kend3raan ni, masa tu apa pun tak ada. Jangan kata motor, basikal pun tak ada.
Kadang – kadang keluar beli barang rumah jalan kaki sahaja. Pergi pantai pun jalan kaki sambil tolak anak dalam stroller. Tapi isteri aku tetap tak pernah nak meminta lebih apalagi nak merungut. Dia boleh terima aku seadanya. Ada masa aku takde kerja, isteri aku sanggup berjaga pagi – pagi masak dan bungkus kuey teow, bihun, mi letak di kedai orang. Semata – mata hendak tolong aku masa itu.
Peng0rbanan dia tak dapat aku gambarkan betapa besar kepada aku dan anak – anak. Isteri sanggup pergi kerja jalan kaki sambil gendong anak hantar mengasuh. Balik malam sampai orang ikut dia, kacau dia. Tapi dia tetap fikir tanggungjawab seorang isteri lagi.
Sampai satu tahap kami sudah ada kend3raan, bermula dengan motosikal. Kami sudah melangkah ke rumah yang lebih selesa sedikit. Sampai aku sudah boleh belikan kereta untuk keluarga, barulah kami boleh rasa hendak bahagia. Susah payah kami tempuh bersama – sama, dari anak seorang sampai anak tiga. Dia tetap tak pernah mengeluh. Dia tetap setia dengan aku walau macam mana pun per4ngai aku. Dia banyak bersabar.
Tapi sekarang admin, kami sudah tak bersama. Kami sudah berpisah baru – baru ini. Bila aku fikir balik segala yang dia pernah buat kepada aku dan anak – anak, baru aku tahu yang dia tak pernah minta apa – apa balasan. Yang dia minta hanya kejujuran, layanan, perhatian. Duit ringgit dia tak pandang, cuma masa bersama keluarga yang dia mahu.
Bila dah senang, aku banyak buat dia s4kit hati. Aku abaikan dia. Aku tak pernah ambil berat pasal dia. Malah aku main perempuan lain. Bila dia dapat tahu, hati isteri mana tak remuk, tak kecewa. Aku sudah lupa d4ratan, asal usul aku sebagai ketua keluarga. Aku tak pernah kenang peng0rbanan dia selama ni. Sampai tahap dia sudah tak tahan dengan aku, dia pergi mahkamah mohon penceraian.
Bila sudah terpisah ini, barulah kita tahu yang hidup kita ini tak akan sempurna tanpa dia dan anak – anak. Hendak cari perempuan memang banyak beribu – ribu kalau hendak puaskan hati kita. Tapi kalau hendak dapatkan perempuan yang boleh susah payah dengan kita ini cukup – cukup payah.
Bila sudah kehilangan baru kita sedar yang Allah sudah bagi yang terbaik untuk kita, cuma kita yang tak pernah bersyukur, masih hendak mencari yang lebih sempurna. Ingatlah anak dan isteri adalah amanah Allah yang cukup – cukup berat untuk kita bawa ke sana nanti.
Kepada yang ada isteri, aku hendak pesan, janganlah jadi macam aku. Bila dia tarik semua, kita nangis air mata d4rah pun dia tak akan kembali lagi. Tumpang yang mana sudah ada isteri dan anak, jagalah amanah Allah baik – baik. Sayanglah mereka sepenuh jiwa raga.
Memang isteri tak sempurna di mata kita, tapi kita boleh bentuk mereka jadi lebih sempurna kalau betul dengan cara. Suami acuan kepada isteri. Baik si suami, baik jugalah si isteri. Ingatlah siapa yang pernah susah payah dengan kita dulu. Siapa yang masak makan kita. Siapa yang basuh baju-baju kita. Allah besar peng0rbanan seorang isteri ini.
Bila kita masih ada dia di sisi, kita tak akan rasa semua ini. Tapi bila kita sudah kehilangan mereka, barulah kita tahu apa yang mereka sudah lakukan kepada kita selama ini. Aku hendak pesan satu sahaja, yang mana sudah ada anak dan isteri, tolonglah belajar setia.
Bila sekali kepercayaan mereka sudah hilang pada kita, sudah tak guna lagi. Apa kebaikan kita buat pada dia dulu pun dia tak akan pandang lagi. Jagalah hati isteri – isteri kita. Sesungguhnya mereka insan yang lemah. Mereka hanya hendak dibelai. Mereka tak pandang rupa paras kita. Mereka tak pandang harta benda kita. Yang mereka mahu kasih sayang dan perhatian kita. Janganlah s4kiti hati mereka.
Semoga apa yang aku kongsi ini dapat membantu keluarga – keluarga yang baru hendak mencipta bahagia. Semoga Allah lindungi keluarga anda dari pihak ketiga, dan merahm4ti keluarga anda sampai ke jannah. Amin.
Ulasan pembaca:
Fieza Fiesya : Berkali – kali aku komen dekat sini, dan ayat yang aku beritahu, “lelaki ini bila kita berada di depan mata dia tak akan nampak segala peng0rbanan kita. Bila kita move on baru datang penyesalan.” Ini contohnya. Move onlah bro. Bini kau sudah banyak bersabar. Bila kaki sudah melangkah, memang susah untuk menoleh lagi.
Hati perempuan ni lembut, tapi boleh jadi sekeras – keras batu sekiranya hati sudah parah dikecewakan. Perempuan ini kalau sayang, sanggup berk0rban apa saja. Tapi kalau dah benci, memang akan benci – sebencinya.
Abeawi Ali : Nak marah ada, geram banyak orang macam dia ini. Merayu merintih pun dah tak guna. Bukan setakat nasi dah jadi bubur, dah lebih daripada basi. Kenapa dulu tak jaga hati bini tu betul – betul? Awak pun tahu, senangkan hati isteri, Allah senangkan hati awak. Tapi awak lalai. Awak memang jenis kelkatu yang mengejar cahaya lampu, yang akhirnya merana tanpa sayap. Banyak cakap pun tak guna. Bertindak tanpa banyak fikir, itulah natijahnya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.