Besan saya, tak bagi anak menantu balik rumah saya. Dia akan ugvt tentang syurga ner4ka. Anak saya hantar rakaman suara, dia kena marah dengan mak mertua

Menantu saya juga tak boleh hias anak saya lebih sikit, mesti anak saya akan diperli dan dikeji. Dia siap doakan anak saya supaya susah nak bersalinkan anak nanti sebab banyak d0sa dengan dia. Saya kesian dengan anak saya dapat mak mertua macam tu..

#F0t0 sekadar hiasan. Salam admin. Minta siarkan luahan hati aku. Mohon jasa baik admin untuk hide profile Facebook aku. Aku ibu kepada seorang suami dan 7 orang anak, 5 lelaki dan 2 perempuan. Alhamdulillah semuanya sangat bahagia. 3 tahun lepas, kali pertama aku melepaskan anak d4ra aku untuk dinikahi pemuda pilihan dia.

Tu jugalah pertama kalinya aku dapat menantu. Aku yang mengandung, membesar, mendidik dan melindungi dia hingga dia dewasa. Alhamdulillah anak d4ra aku membesar sebagai anak yang solehah, yang ringan tulang dan sentiasa menceriakan aku.

Bila dia dah jadi milik orang, aku redha yang dia harus mengikut suaminya. Selama 3 tahun dia berkahwin, aku tak pernah masuk campur urusan rumah tangga dia kerana aku yakin mereka mampu kendalikan semuanya. Suami dia sangat sayangkan dia dan sangat prihatin dengan dia.

Yang membuatkan aku kesal dan sedih. Ibu mertua anak aku, besan aku, dia sudah pun mempunyai banyak menantu. Ini bermakna dia lebih arif tentang selok belok anak – anak dia yang dah berumah tangga. Tapi tidak. Sikap dia amat menyiksa mental anak aku sepanjang 3 tahun dia berkahwin.

Oleh kerana mereka hidup di rumah sendiri, mak mertua dia menetapkan untuk mereka menjenguk dia setiap minggu. Namun suami anak aku pandai. Dia jarakkan dua minggu sekali dengan alasan bekerja. Bila suami dan anak aku ingin pulang ke rumah aku, mak mertua anak aku mula buat per4ngai. Maki hamun, merajuk atau lari dari rumah.

Dia juga sering mengucapkan kata – kata “syurga kau pada aku, bini kau dah kahwin dengan kau. Syurga dia pada kau. Apa lagi dia nak dengan mak dia. Dia dah tak ada apa tanggungjawab lagi pada mak dia. Kenapa nak balik sana lagi. Kalau kau balik, kau bukan anak aku!”

Selepas menantu dan anak aku kena macam tu, demi menjaga hati mak mertua dia, mereka terp4ksa pulang ke rumah aku secara rahsia. Sedih aku. Belum lagi bab raya dan cuti cuti panjang. Langsung mak mertua dia tak bagi peluang untuk mereka pulang kepada aku.

Sepanjang 3 tahun ni lah, anak aku tak pernah sambut raya pertama di sini. Jika balik raya kedua, mereka meminta izin pada mak mertua, walaupun mak mertua izinkan, tapi tetap ada kata – kata yang menyiksa jiwa anak aku. “Balik beraya sana tak payah lama sangat. Laki kau kerja. Tak payah nak cuti lama – lama. Nanti gaji dia kurang, tak ada duit nak bagi dekat aku. Ingat, syurga dia bawah aku.”

Menantu dan anak aku teringin menyambut beraya dengan aku dan mereka pernah suarakan keinginan tu pada mak mertua dia. Sebabkan tu, berlaku perg4duhan besar antara mereka hinggakan mak mertua menyumpah anak aku dan suami dia sebelum dia keluar rumah, larikan diri berhari – hari.

“Mengandung – mengandung kau buat hal dengan aku ye. Aku ni mak mertua kau lah. Syurga dia pada aku, syurga kau pada dia. Kalau kau susah bersalin nanti, maknanya memang besar lah d0sa kau pada aku. PergiIah berambus. Nak sangat balik sana raya. Pergi. Aku bukan mak kau. Yang dekat sana tu mak kau kan. PergiIah!” Allah…

Menantu aku juga tak boleh hias anak aku lebih sikit, mesti anak aku akan diperli dan dikeji. Belum lagi menantu aku nak bawa anak aku keluar jalan – jalan. Habis kena hambur dengan mak mertua sebab bawa anak aku tapi tak bawa dia.

Dia seperti tak rela isteri kepada anak dia merasa bahagia. Layanan yang diterima anak aku juga tak seperti layanan seorang ibu kepada seorang anak. Aku tak pernah buat anak aku macam tu tapi senang senang je dia d3ra mental anak aku.

Dia juga gemar melepaskan kemarahan dia kepada anak aku. Marahkan anak sendiri tapi lepaskan pada menantu. Bila anak aku mengadu pada suami dia, mak mertua akan pertahankan diri sendiri dengan berkata “Bila masa aku cakap?”

Pernah anak aku rakam suara mak mertua ketika dia menghamburkan kata – kata amarah dan hinaan. Kemudian anak aku hantar ke WhatsApp suami dia. Suami dia berang dan mendengarkan balik suara yang direkod tu kepada mak mertua.

Terus berg4duh besar antara mak mertua dan suami anak aku. Bila mak mertua hampir kalah, mula drama dia. Menangis minta simpati pada si anak dan sambil tu perli anak aku dengan kata “Suka kan hati kau tengok anak aku sendiri yang aku kendong, lahirkan, besarkan, marah aku depan kau. Aku bukan marah tadi, tapi aku tegur. Kau tak boleh kena tegur, nak jadi apa. Bini sekarang semua lembik. Kau baru 3 tahun kahwin dengan anak aku. Kau tengok anak aku jadi apa. Tengking aku, mak dia.”

Setiap apa yang mak mertua dia cakap, dia rakam dan hantar kepada aku tanpa pengetahuan suami dia. Kadang – kadang dia tertekan. Pada siapa lagi tempat dia nak luah kalau bukan kepada aku, ibu dia. Sedih aku. Besar ujian anak aku.

Pada aku, besan aku tu iri hati dengan anak aku. Dia inginkan anak – anak dia sentiasa melebihkan dia. Sentiasa ada untuk dia. Sentiasa pastikan dia menjadi yang pertama dalam semua perkara. Jika tak diperlakukan seperti tu, pasti kata – kata keji yang akan keluar dari mulut dia.

Aku ibu kepada anak perempuan tu dan pertama kali menjadi ibu mertua. Seteruk – teruk layanan dia pada anak perempuan aku, aku tak pernah balas walau sedikit pun dekat anak lelaki dia. Aku marah dan sedih dengan sikap besan tapi aku pendam sebab kesiankan anak perempuan aku.

Sepatutnya yang iri hati tu aku sebab anak dia ambil anak aku. Tapi aku ibu yang redha, bukan macam dia. Please ibu ibu di luar sana. Jangan k3jam dengan anak yang dah berumah tangga. Bantu mereka kerana mereka tiada pengalaman, bukannya tambah beban mereka dengan minta diri didahulukan.

Banyak masalah timbul dalam isu rumah tangga apabila ibu mertua dapat menantu perempuan. Please lah. Aku boleh terima anak lelaki anda, kenapa tidak anda berbuat hal yang sama. Terlalu banyak yang ditempuh anak perempuan aku sepanjang bergelar menantu untuk besan aku.

Dia tabah dan kuat untuk bayi dia dan suami dia. Dia tak pernah menjawab atau meIawan kerana dia seorang yang sangat penyabar. Mungkin, ini saham untuk dia di akhirat kelak. Cukup aku kongsikan yang ni sahaja. Sekian terima kasih.

Ulasan Pembaca :

Cahayaku Nur Ajeerah : Sedihnya baca. Sukar sebenarnya menjadi seorang menantu. Orang luar yang sering kali dianggap sebagai orang luar. Bukan semua dapat mertua yang baik dan memahami. Dalam rumah tangga pasti akan wujud orang ketiga. Tak semestinya perempuan sundaI. Tapi ibu mertua yang jahat. Tak ibu mertua, dapat biras atau kak ipar yang tak baik. Semua ni pasti akan ada. Ujian yang menghadapi semua ni sangat besar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :