Aku masuk bilik mertua terus semerbak bau hancing. Ibu mertua slumber sorok dan lipat cadar kena k3ncing

Suami aku segera ke bilik ibu mertua, mengucap panjang kami. Habis dimakan 6 bungkus kecil snek anak aku. Plastik snek dibiar berterabur atas lantai, kulit buah epal berterabur tidak dibuang, jug air manis didapur juga dibawa masuk ke bilik, pampers dilantai, baju kotor dibawah katil. Aku suruh suami aku sabar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Minta maaf jika penulisan aku ini sedikit berteraburan dan sedikit panjang. Penulisan aku ini telah aku dapat keizinkan dari suami aku. Mari aku kenalkan pengenalan suami aku dan family.

Suami aku anak sulung daripada 5 orang adik beradik, usia perkahwinan kami hampir 7 tahun dan mempunyai 4 orang anak bersama. Suami aku daripada pantai timur, Aku pula dari Selatan. Keluarga suami aku daripada keluarga ‘br0ken family’.

Mertua aku sudah bercerai lama, ayah mertua aku sibuk dengan perempuan sana sini. Ibu mertua aku pula terus balik ke kampung halamannya dan menetap di sana. Suami dan adik – adik tidak berayah tidak beribu sedari kecil, dihantar ke kampung hidup membesar dengan tokma dan tokwan beIah ayah hingga dewasa.

Ibu mertua? Tidak ambil peduli dengan anak – anak. Mereka berempat kecil – kecil lagi dihantar ke kampung. Suami aku pernah meluah kalau kecil – kecil dulu bila dapat khabar ayah nak balik kampung happy sangat. Rasanya berbulan ditinggalkan kerana ayah berkerja di bandar.

Kadang – kadang tokma dan tokwan bawa mereka adik beradik menjenguk ibu mertua di kampung tapi ibu mertua suka kurung diri dan tak pedulikan anak – anak. Dibibit bibirnya selalu sahaja dia menyumpah seranah bekas suaminya.

Kadang – kadang diherdik maknya di hadapan jika ditegur, selalu sahaja nenek dan ibu mertua berg4duh. Suami aku cakap kedatangan mereka pon ibu mertua aku tak peduli. Masa tu dia normal, boleh makan sendiri, masih sihat cuma suka mengurungkan diri.

Ayah mertua pernah bercerita dengan suami aku semasa kecil ibunya tak nak jaga mereka adik beradik, pemalas dan sebagainya. Aku pon tak tau kesahihannya. Suami aku juga tak berapa ingat memori semasa kecilnya.

Suami kini telah bekerjaya. Tokma dan tokwan sudah lama meninggaI. Hidup membesar sendiri, adik beradik pon bawa haluan masing – masing. Jika nak berjumpa pon jika ada hal penting. Berkenalan dan berkahwin dengan aku pon tanpa bantuan sesiapa.

Aku berjumpa dengan ayah mertua pon pada majlis kahwin aku sahaja. Kami dapat cahaya mata pertama, kedua dan seterusnya pon tak ada keluarga suami datang melawat. Kehidupan selepas kahwin juga banyak dihabiskan masa dengan keluarga beIah aku sahaja.

Suami aku baru tau rasa kasih sayang berkeluarga dari mak dan adik beradik aku. Keluarga aku dan keluarga suami aku jauh berbeza. Jika beIah aku selalu buat makan – makan atau perjumpaan keluarga. Beraya bersama, makan besar bersama, menjenguk ahli keluarga terdekat jika terluang.

Beza sangat keakraban keluarga aku dan suami. Alhamdullilah suami aku juga orangnya sangat baik dan bertanggungjawab. Selalu sahaja dia pesan bahwa dia tak nak keluarga kecil kami ni, anak – anak kami rasa lalui seperti dia rasa zaman kecil dulu.

Terkontang kanting membesar tanpa peIukan ibu ayah. Berbalik pada kisah ibu mertua aku, kini umurnya sudah masuk 50-an. Yaa suami aku berd3ndam dengan ibu mertua aku. Dia sangat marah dengan ibu mertua kerana mengabaikan dan tak menjaganya dia dan adik – adiknya semasa kecil.

Dulu Ibu mertua aku dijaga dengan sed4ranya setelah kem4tian nenek, hidup sendiri tumpang ehsan jiran dan sed4ra bagi makan. Sejak beberapa tahun ni baru duduk dengan sed4ra kerana sed4ra menumpang duduk dengan ibu mertua aku.

Dirinya juga telah uzur. Suka menyendiri, tidak berbual. Orang kampung selalu tanya mana pergi anak – anaknya. Kenapa tak jaga? Kenapa tak jaga maknya. Kini usia perkahwinan aku dah nak ke 7 tahun, baru laa suami aku terbuka hati nak menjaga ibunya setelah bertahun – tahun aku pujuk suami aku maafkan dan redha ibunya.

Hari pertama ibu mertua aku di rumah aku. Aku dan suami baru nak kenal saling mengenali dengan ibu. Ibu memang uzur walaupun baru 50-an tapi dia seperti 80an, s4kit orang tua dan berpampers. Kulit kedut seribu, rambut pendek yang mengerbang dan berkain batik baju t-shirt pendek.

Dia tidak berbual dan memang tak ada suara dari pertama datang ke rumah aku. Aku dan suami kehairanan juga. Dia langsung tak berborak dengan kami. Jika kami tanya. Dia hanya mengangguk dan menggeleng. Raut wajahnya agak menyeramkan juga, sedikit garang. Tapi mertua aku sangat kurus.

Bila berjalan perlu dipimpin. Kadang – kadang perlu meniti dinding ke dinding untuk seimbangkan badan. Kadang – kadang dia juga akan ketawa tersengeh tiba – tiba. Cucu – cucunya juga tidak ingin menghampiri. Aku siapkan dia satu bilik khas, ada katil bujang untuk keselesaannya.

Meja kecil untuk aku hidangkan air atau biskut biskut runcit. Di sudut kirinya para – para baju dan aku hamparkan sejadah juga untuknya. Menjaganya ibarat menjaga budak kecil. Aku tunjukkan segenap ruang rumah aku, keberadaan tandas, bilik air dan dapur.

Mandi perlu disuruh jika tidak sampai berbocor lah pampers tu. Ibu mertua aku akan baring mengelamun memandang dinding dengan goyangkan kaki. Aku pon tak tau apa dipikirannya. Fikirannya seakan kosong. Masa – masanya dihabiskan di bilik dengan berbaring tanpa berbuat apa – apa.

Kelihatan dimulutnya juga terkumat kamit membaca. Kadang – kadang aku dan suami panggil juga untuk menonton tv bersama tapi dia lebih selesa di bilik. Tidak mahu bercampur dengan kami. Disuruh solat tidak mahu sekali.

Perbezaan loghat aku dengan mertua juga berbeza jadi agak menyukarkan aku untuk berborak dengan dia. Tapi ada satu perkara yang menghairankan kami suami isteri, yang aku perasan dia sangat – sangat kuat makan.

Makannya seperti perlu tenaga yang banyak. Dia juga suka minum air manis, makanan bersantan dan makanan yang sedap – santan. Jika aku masak bukan kesukaannya dia tidak akan berselera menjamahnya. Tapi tidak mengapa lah asalkan aku sudah masak.

Ada satu hari tu aku buat dua jenis sarapan nasi goreng dan juga lempeng. Pagi tu dia perlu ke kIinik jadi sekitar 8 pagi dia telah aku hidangkan nasi goreng sepenuh – sepenuh pinggan, sangka aku biarlah bagi dia kenyang. Tengahari nanti lambat sikit aku masak.

PukuI 10 ibu dan suami telah selesai checkup kIinik. Masuk rumah, sambil jalan setapak demi setapak dan berpaut di sofa hingga ke meja makan dan duduk. Aku pikir dia berhenti berehat untuk menarik nafas, rupanya dia buka tudung saji dan ambil dua keping besar lempeng dan makan.

Sambil minum air manis kopi di sebeIahnya. Dia akan makan apa sahaja atas meja hingga kenyang dan habis tanpa peduli makanan tu juga dihidang untuk kami. Aku dan suami saling berpandangan kerana pagi tu kan kami makan bersama ibu mertua, sedangkan kami masih kenyang lagi.

Hari – hari lain kami masih juga tak sangka dia akan kuat makan sebab kami masih dalam proses mengenali. Ada satu hari tu, kami tak sempat nak siapkan makan petang. Jadi kami buatkan siap – siap satu jug penuh tinggi 1.5L air teh dan satu paket besar biskut petak kering baru dibuka.

Kami keluar tak lama ada urusan luar sebentar. Ibu mertua mengangguk tanda faham bahawa jamah dulu biskut dan air yang disediakan atas meja. Baliknya kami lewat petang hari tu terk3jut lagi sekali apabila biskut tu tinggal sekeping dan air teh sejug penuh yang baru dibancuh habis terus.

Keesokkan hari, seperti biasa. Dia perlu kami kerah ke bilik air mandi bersihkan diri. Buka tingkap bilik dan tukar cadar tilam kerana tertembus air k3ncing. Selesai mandi dia akan menapak ke meja makan menunggu hidangan sarapan.

Bila kami suruh dia masak makanan sendiri dia akan tersengeh memandang, saja kami bergurau. Pada suatu hari tu aku tidur lambat, sekitar jam 3 pagi belum dapat melelapkan mata. pintu bilik aku biarkan terkuap tidak bertutup rapat, senang aku mendengar jika anak – anak ada menangis malam di bilik sebeIah.

Sedang aku leka menghadap telifon kelibat ibu mertua aku lalu di luar bilik aku menuju ke meja makan. Aku perhatikan gerak gerinya. memang sangat perlahan tidak berdaya. Tapi disebabkan atas meja telah aku bersihkan rapi sebelum tidur tiada baki – baki makanan.

Kelihatan ibu mertua aku berpusing balik masuk ke kamar. Aku kebingungan dia telah makan malam tak kan lapar lagi? Pagi tu aku terus bagitau suami kelakuan ibunya. Kami agak terk3jut sebenarnya sebab diperhatian kami.

Dia adalah wanita yang sangat uzur tapi selera makannya mengalahkan kami. Aku dan suami bersependapat bawa ke pusat perubatan islam, hari pertama hingga hari ketiga berubat dan mandi air limau. Tukang perubatan beritahu kami yang ibu mertua ada s4ka h4ntu raya dan kena s1hir. Walla hualam.

Setelah dirawat, tukang perubatan tu ada pesan kepada kami betulkan balik cara makannya. Hidang makan secukupnya dan kuantiti yang bersederhana untuk sekali makan. Kini dalam proses kami betulkan balik cara makannya.

Kadang – kadangaku sibuk dengan anak – anak dan berkerja. Aku tak sempat nak asingkan lauk. Jadi semua telah aku siapkan atas meja. Ibu mertua aku ni waktu makan mesti tepat waktunya. Kadang – kadang kami tidak makan bersama, kadang – kadang terlewat makan kerana masing – masing sibuk jadi aku dahuIukan makannya.

Yang aku perhatikan bila waktu makan ibu mertua aku tak perlu disuruh. Dia akan terus ke meja makan. Ambil nasi sepenuh pinggan dengan selera. Jika aku terlupa asingkan lauk untuk dia. Dia akan habiskan semua atas meja dan tinggal baki sikit je kadang – kadang tak cukup lauk itu nak sampai malam kerana dia telah ratah sendiri, jenis aku memang dah siap – siap kira berapa ketul sorang makan.

Benda ni kadang – kadang buat aku dan suami jadi geram. Bukan kami merungut menjaganya. Banyak kali kami pesan makan kuantiti yang perlu sahaja, dia mengangguk paham tapi makan juga tanpa dia ingat kami.

Mungkin juga dia dah terbiasa kehidupan dia sebelum ni hidup dengan kotor, makan tak basuh tangan, ber4k tak flush tinggal t4ik seketul kat tandas. Kadang – kadang juga t4ik dia bersepah atas lantai tandas dibiarkan begitu sahaja.

Habit dia kalau mandi lama sangat kadang – kadang sampai setengah jam mandi. Terp4ksa laa kami pekik dari luar jangan mandi lama sangat. Dia juga suka sepahkan bilik, baju – baju kotor yang dah dipakai dah terkena k3ncing dibiar letak di lantai begitu sahaja.

Dia akan baring lepas makan dan tidur. Kadang – kadang mulutnya terkumat kamit. Kadang – kadang memandang pandangan kosong di luar tingkap. Pernah beberapa kali cadar dia terkena k3ncing, aku belum sempat kutip untuk dibasuh, dia cuma lipat dua tutup kain k3ncing dan letak hujung kaki. Aku masuk bilik semerbak bau hancing.

Sudah acapkali aku pesan baju kotor dan alas tidur terkena k3ncing letak di bakul mesin basuh jika aku tidak sempat bersihkan. Aku kadang – kadang juga sedikit kehairanan, bila waktu makan atau makan apa sahaja yang sedap mesti berselera.

Kadang – kadang kami bawak ibu makan di luar. Usai makan dan balik rumah, dia sempat juga capai makanan ringan anak aku dan meratahya di bilik hingga habis. Marah sungguh anak aku bila tahu jajannya habis nenek nya makan.

Aku juga ada siapkan makanan ringgan di biliknya tapi selalu sahaja habis terus. Dulu masa mula – mula kedatangan ke rumah aku, aku ada hidang biskut atau kekacang di biliknya untuk dia makan jika kebosanan. Tak sampai beberapa jam aku topap makanan ringannya di bilik, habis diratahnya semua hingga habis. Aku termenung.

Sekarang aku perlu juga sekat dan letak sikit – sikit biskut atau makanan ringan di bekas makananan dalam biliknya jika tidak dia akan makan habis semuanya. Sering kali aku dan suami pesan jika makan beringat bukan dihabiskan terus. Dia mengangguk faham.

Kadang – kadang aku juga keliru mertua aku ni mentaI ke atau normal. Ada satu masa kadang – kadang dia kelihatan sihat, paham arahan dan tunjuk ajar kami. Tapi kadang – kadang dia juga perlu diberi perhatian lebih dan berulang – ulang perlu kami cakap.

Acap kali dia ketawa sendiri di dapur ketika makan. Beberapa hari yang lepas aku telah persiapkn makan tengahari di dapur kerana ada urusan luar. Anak – anak dan suami semua keluar bersama aku. Kami pulang malam agak lewat sekitar 11 lebih sampai rumah.

Sesampai aku di rumah, dapur bersepah dengan kulit dan kuning telur di table top. Atas meja tumpah segala kuah dan air manis tidak dibersihkan. Suami aku segera ke bilik ibu mertua aku, mengucap panjang kami. Dengan letih tidak hilang lagi bilik pula bersepah.

Habis dimakan 6 bungkus kecil snek anak aku. Plastik snek anak aku juga dibiar berterabur atas lantai, kulit buah epal berterabur tidak dibuang, jug air manis didapur juga dibawa masuk ke bilik, pampers dilantai, baju kotor di bawah katil.

Aku suruh suami aku banyak – banyak bersabar. Banyak lagi aku nak cerita tapi cukuplah setakat ini sahaja. Jika ada yang minta part 2 nanti aku sambung lagi kisah mertua aku selama dijagaan kami.. Doakan kami sabar sabar sabar dalam menjaganya hingga akhir hayat dan sedaya kami. Doakan yang terbaik ya.

Aku betul – betul bangga dengan suami aku, walaupun dia dengan ibunya tak ada rasa kasih sayang ibu anak. Tapi dia sabar sangat layan ibunya. Aku cuma membantu yang perlu sahaja. – Kembang (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zura Ishak : Perjalanan hidup ibu mertua teruk dan dia tiada family support. Apabila jiwanya berada dititik terendah dalam jangka masa yang sangat lama, makhluk halus (jiin / sy4itan) dan halusinasi akan mudah masuk dan sebati dengan dirinya.

1. Bawa dia berjumpa doktor psiki4tri. Mereka ada ubat yang boleh membantu mindanya lebih tenang dan w4ras.

2. Bawa dia keperubatan Islam juga. Dalam pada masa yang sama sentiasa perdengarkan bacaan Al-Quran. Ajar dia basic solat, mengaji dan zikir mudah. Katakan padanya belajar mengaji dan solat itu adalah syarat untuk dia terus tinggal dan diberi jagaan di rumah itu kalau dia enggan.

3. Puan dan suami kena lebih bersabar kerana proses pemulihan akan memakan masa yang sangat panjang. Sentiasa ingatkan diri bahawa dia adalah ladang pahala kalian berdua. Kalian insan terpilih. Moga dipermudahkan segalanya… Aamiin YRA

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.