Ibu aku ada hobi setiap hari wajib pergi mall. Dia hasut geng2 surau dan jadikan aku ‘h4mba’ mereka

Hari Sabtu lepas, balik kerja aku kena pergi kuala nerang, balik 2 pagi. Dia bawak kawan dia nak melawat adik kawan dia tu. Pastu kawan – kawan dia pun sekarang apa – apa roger kat ibu suruh tanya ahad ni anak h4ng free ka. Jom pi sana jom pi sini. Dia punya ajak berjalan, pergi KL balik hari..

#Foto sekadar hiasan. Saat aku tulis ni aku dalam tekanan yang memuncak dan sedang tanggung s4kit gastrik aku. Aku tak tau nak cerita kat siapa. Aku rasa kecewa dan putvs asa nak menikm4ti hidup dek kerana ibu aku.

Rasa macam nak giIa pun ada jugak. Aku baru lepas solat asar, aku tanya pada Allah bila dia nak ambil aku, sebab aku dah terlalu penat dengan hidup ni. Ibu aku dari dulu sampai sekarang terlalu berg4ntung dengan aku. Aku ada orang 3 beradik, 2 abang, dan aku seorang ja bongsu.

Tapi abang tengah aku dah meninggaI dunia beberapa tahun yang lalu. Jadi tinggal aku dan abang yang sulung ja. Abang aku dah kahwin, dan rumah betul – betul sebeIah rumah ibu aku. Kira pemisah rumah ibu dan abang adalah pintu tengah ja.

Ayah aku dah lama meninggaI masa aku kecik lagi. Dulu – dulu masa kecik, aku tak faham apa tekanan aku. Tapi sekarang aku dah 30-an, aku tak boleh hidup setiap masa untuk ibu macam aku zaman budak – budak dulu. Aku selalu fikir, bila aku nak hidup untuk diri aku??

Ibu kaki berjalan, malah 1 benda pun setiap hari dia akan ajak pergi beli dekat mall besar, sebab dia hanya nak berjalan. Kalau aku nak tolong beli, dia tak bagi. Dia cakap ada lagi barang lain nak beli yang dia tak ingat sekarang, hanya bila tengok barang – barang tu ja dia akan ingat.

Aku balik kerja pukuI 6, pukuI 5.40 dia akan call, dia dah siap nanti balik nak pergi tesco. Nak beli susu nak beli sayur macam – macam la. Aku penat sangat tau tak menghadap jalan raya, hadap str3ss kerja, balik rumah penat hadap kerenah ibu.

Aku tak kisah bawak dia beli barang kalau dia hanya focus apa yang dia nak beli. Tapi aku penat nak jalan sebab ibu suka tawaf tempat yang sama berjuta kali. Sebab dia jenis suka cuci mata, suka tengok baju tudung. Tapi jarang sangat beli.

Pastu nanti dia akan pusing balik kawasan yang sama ibarat macam kot – kot ada yang dia terlepas pandang. Kalau aku sekadar duduk dalam kereta, dia tak suka. Dia akan sentap. Dia nak aku berjalan sama dengan dia. Pastu nanti alasan lain, banyak barang nak bawak dia tak larat.

Jadi nak tak nak, aku terp4ksa ikut ja belakang dia. Kadang – kadang ada jugak aku menipu cakap ada kerja, akan balik lewat. Pastu terp4ksa lepak mana – mana supaya balik lewat sunguh. Tapi janggal nak buat selalu sebab hidup aku memang pergi kerja balik rumah ja.

Aku akan sampai rumah lepas bawak dia shopping hari aku kerja biasanya malam. Lepas tu mandi aku fikir nak tidur ja sebab aku letih walaupun dalam kepala otak aku ada banyak kerja nak buat. Tapi sebab esok nak kerja lagi dengan mentaI letih aku fikir nak tidur ja.

Itu baru cerita hari aku kerja. Aku cuti ahad, sabtu half day. Hari sabtu sama jugak, akan ada ja dia ajak pi mana – mana. Sama jugak Ahad. Kalau tak beli barang, dia akan ajak pi rumah sesiapa. Tapi aku ni Ahad ja cuti teringin sangat nak tidur bangun lambat.

Tapi nampaknya sampai kiam4t pun aku tak dapat menikm4ti dunia yang walaupun sementara ni. Tak ada istilah cuti untuk aku. Hari – hari berkhidmat untuk keluarga. Hari sabtu aku habis kerja pukuI 2, dia akan ajak makan.

Tapi dia pandai, dia tak boleh guna alasan nak beli barang selalu, dia akan guna alasan nak pergi makan. Sebab kalau cakap nak beli barang, aku pun kadang – kadang melenting jugak. Guna alasan nak makan sebab dia tau aku jenis suka makan.

Jadi alasan tu ja aku jarang tolak. Lagi pun aku selalu fikir ibu teringin nak makan. Lepas makan, dia akan cakap dah alang – alang sini, nak pusing town. Pastu mesti balik sampai malam. Kalau aku cakap lepas makan terus balik, dia akan cakap balik awal pun takde benda buat, jom jalan, ibu nak tengok itu dan ini.

Pastu malam sabtu dia akan cakap esok nak pi market lepas subuh terus gerak. Aku ni tak pernah menikm4ti tidur macam orang lain. Kalau pi market, 2 petang baru balik, sebab dia punya pi market ni bukan satu market ja, kalau boleh market satu dunia dia nak pi tu tak termasuk pusing tempat sama berjuta kali.

Kalau balik petang kira awal la tu sebab kalau boleh dia nak balik 10 malam. Sebab memang tu plan dia. Dia sangat tak suka duduk rumah. Aku tahu dia bosan, dia sunyi. Aku pernah cakap suruh dia kahwin lain. Mak aku ramai ja orang nak, tapi ibu tak nak.

Dia cakap kalau dia nak dia dah lama kahwin. Tapi aku dah tua, aku dah penat. Aku dah mula s4kit – s4kit sekarang ni. Sebab aku dah 30 lebih kan. Dulu tenaga aku banyak, aku mampu layan kerenah dia. Tapi sekarang em0si aku jugak terbeban dengan banyak perkara, jadi aku rasa tak mampu dah.

Aku rasa nak jerit kadang – kadang, rasa nak mentaI. Kadang – kadang terlepas jugak pada ibu lepas tu aku rasa bersalah bila ibu merajuk dengan aku. Aku terkenang segala kesusahan dia masa kami kecik dulu. Aku rasa bersalah, pastu rasa berd0sa fikir aku anak derh4ka.

Tak dapat redha Allah sebab buat ibu marah. Jadi aku belajar bersabar, dan anggap ada hikmah yang Allah simpan untuk aku. Cuma aku tak boleh faham cara dia nak berjalan menghabiskan masa ni lain macam. H4ngpa tau tak, aku ni tinggal di penang.

Tapi dia punya ajak berjalan, pergi KL balik hari. Dia punya suka shoping ni kalah isteri bekas pm. Hari Sabtu lepas, balik kerja aku kena pergi kuala nerang, balik 2 pagi. Dia bawak kawan dia nak melawat adik kawan dia tu.

Dia cakap kat geng masjid dia, geng – geng yasin dia dan macam – macam, geng dia yang baya – baya dia tu, “anak aku ada. Kita nak pi mana pun boleh, cakap ja nak pi bila.” Serupa anak dia ni robot. Pastu kawan dia ajak pi kuala nerang.

Aku terp4aksa bawak sebab anak – anak depa sendiri tak mau bawak. Mula – mula aku tak kisah, aku ok ja. Anggap berbakti kat orang – orang tua. Pastu kawan – kawan dia pun sekarang apa – apa roger kat ibu suruh tanya ahad ni anak h4ng free ka.

Jom pi sana jom pi sini. Kadang – kadang pi ceramah agama yang jauh – jauh. Memang benda baik, tapi aku la letih. Pagi Ahad aku lepas subuh, aku baru tido ingatkan boleh la rehat kejap. 7. 00 pagi dia k3jut aku, dia cakap nak pergi beli ikan, tau kat mana?

Kat kuala kedah. Serupa kat penang ni tak dak ikan. Aku tanya penang ikan dah pupus ke? Dia kata nak rasa ikan kuala kedah. Depa kata lain – lain laut, ikan rasa tak sama. Aku malas nak bertekak, nanti dia punya drama air mata 7 keturunan tak habis.

Lagipun aku tak suka dicop anak derh4ka. Tambah – tambah ibu banyak sangat idea dia nak jawab kat aku. Aku letih giIa tekan minyak, dah la dia suruh guna jalan lama. Dengan semalam tak cukup tidonya. Pastu dia suka berhenti tepi – tepi jalan tengok orang jual apa.

Akhirnya 5 jam baru sampai weh. Pastu nak balik penang lagi, nak hadap jem. SubahanAllah.. Terminator pun mesti kalah dengan aku. Aku ni ada gastrik. Mak aku pulak cerewet nak cari makan, 100 kedai masuk pun belum tentu dia nak makan. Pastu kuat merungut.

Aku dari pagi tak makan sebab kalut nak pi cari ikan kat dia, lagipun dia kata kita makan kat luar. Tapi tak jumpa kedai sesuai, jadi tak makan breakfast. Masa nak lunch, dia tiba – tiba cakap nak makan nasi arab kat sungai petani.

Aku dah bengang betul. Aku kalau lapaq memang rasa angin ja. Tambah – tambah aku dah mula rasa pedih kat perut. Aku masih sabar dan cuba tahan. Tapi dah sampai, kedai tutup. Aku pulak dah munt4h – munt4h tepi jalan, nak tak nak terp4ksa makan kat mana – mana ja tapi sebab dah masuk angin, aku tak boleh telan. Asyik munt4h ja.

Mak aku relax ja, hanya cakap ha masuk angin la tu. Aku nak drive pun rasa lembik dah. Mak tak tahu drive, kalau tak aku mesti buat keras kat situ. Dia jenis tahan lapar, alhamdulilah Allah bagi dia kesihatan yang baik. Jadi dia ok ja tak makan sampai dia dapat apa yang dia nak makan. Tapi tak semua orang macam tu..

Tak semua orang macam dia, itu yang dia tak terima untuk faham. Tambah – tambah tang anak dia ni. Bagi dia saya ok, saya kuat. Kalau saya merungut s4kit, tak sihat. Dia lagi suka, sebab nak ikut pergi hospitaI atau kIinik.

Kalau pergi sorang, dia akan merajuk dengan alasan, aku nak buat apa sorang – sorang dekat rumah. Apa salahnya aku ikut. Macam tu la alasan – alasan dia punya tak mau duduk rumah. Balik cerita tadi, ingatkan terus balik rumah nak rehat.

Ada pulak suruh singgah kedai runcit. Aku betul – betul rasa kecewa masa ni, mungkin sebab aku tengah s4kit sama kot jadi rasa em0 ja. Ibarat anak m4ti pun tak kisah, tapi keseronokkan sendiri lagi penting. Padahal benda yang dia nak beli bukan penting pun.

Aku dah banyak kali member0ntak pasal ni. Aku suruh dia pergi dengan abang. Tapi dia tak mau. Dia kata tak selesa. Akhirnya aku selalu jadi m4ngsa. Aku sayang ibu aku tapi aku selalu sedih kenapa dia tak nak faham aku nak rehat.

Dulu – dulu aku selalu naik angin, tapi m4kin tua aku m4kin tak gamak. Cuba fikir positif mak sunyi, tapi sampai bila. Lagi satu, bila aku luah perasaan aku, apa yang aku tak puas hati, dia akan cakap benda – benda yang buat aku rasa menyesal.

Contohnya ibu nak hidup lama mana lagi. Ibu ada h4ng ja, ibu dah tua, nak pi sorang – sorang tak larat. Rasa malas la bla bla bla. Kadang – kadang rasa ibu hanya gunakan aku untuk kepentingan dia ja. Kalau aku cuti aku bangun dalan pukuI 8.

Bagi dia tu aku dah rehat dah. Sebab aku dah puas tido. Aku ni dok kampung, rumah papan, biasa matahari naik dah rasa panas, jadi tak boleh tidoq dah, mesti kena turun. Kalau tak mesti aku b4ntai rehat sampai zohor.

Bila aku dah turun, mula la dia ajak pi mana – mana. Aku takut jadi anak derh4ka,  aku ikut ja. Dah aku sendiri pun tak dak idea nak pi mana. Aku bukan jenis kaki shoping. Kegembiraan aku adalah duduk rumah tengok tv. Itu ja nikmat aku.

Aku tak ada kehidupan sendiri. Kawan – kawan aku kalau aku boleh lepak dengan depa, depa akan pelik. Sebab bagi depa, aku ni sentiasa bawah ketiak mak. Kadang – kadang aku tolak jugak ajakan ibu, aku kata dan janji dengan kawan.

Tapi kalau aku lepak pun, ibu macam tak senang ja. Sejuta kali call. Kadang – kadang aku pergi bercuti, dia macam tak puas hati. Dia mesti nak aku bawak dia pergi tempat aku bercuti tu. Dia nak berjalan kawasan tu jugak.

Lagi satu aku tak suka, bila aku meng4muk, marah – marah persoal kenapa setiap masa nak beli barang. Kenapa tak beli sekali jalan, kenapa suka buang masa buang minyak, dia akan tarik muka tak bercakap, protes berhari – hari. Aku rasa bersalah lepas tu.

Jadi aku akan mengalah. Bab hari – hari beli barang, dia akan cakap dia lupa. Kadang – kadang baru lepas beli barang dapur, dia akan cakap alamak terlupa sabun. Aku suruh tulis, dia m4ti – m4ti tak mau. Aku nak tulis pun dia tak mau.

Aku kalau dapat pergi mana – mana dengan member, aku sangat suka duduk hotel tidur bangun lambat, makan apa yang suka. Santai – santai. Tapi ibu pun suka bercuti jugak. Tapi cara dia cuti wholeday kena berjalan. Abang aku awal – awal dah angkat tangan.

Tapi member aku semua dah kahwin. Jadi aku tak boleh harap depa selalu. Aku kena cipta kebahagiaan aku sendiri. Dekat kawan – kawan, aku tak pernah cerita apa – apa, sebab aku tak suka cerita benda yang tak best. So semua benda aku telan sendiri ja.

Orang selalu tanya dekat ibu, kenapa tak lepas aku, (bagi kahwin) ibu akan cakap dia rasa berat hati. Dia rasa sayang dekat aku la, dia suka duduk dengan aku berbanding anak lelaki. Dia kata dengan aku ni senang nak pi mana – mana pun.

Dan macam – macam lagi la dia akan cakap. Pastu dia cakap la dia takut anak dia mer4na lepas kahwin kalau salah dapat suami. Dia kata lebih anak depan mata kita cukup makan cukup semua dari jauh di mata tapi kita dok susah hati.

Tapi ye, dia cakap dengan nada sugul la. Dia harap dapat menantu yang dapat jaga dia jugak. Sebab dia nak duduk dengan aku. Dulu – dulu aku ada bf, 2 kali putvs sebab ibu macam tak suka. Akhirnya hubungan aku pun putvs macam tu saja la.

Sebab cuti kan aku sepanjang masa layan ibu. Mesej lambat baIas sebab drive, depa pun malas nak layan. Lagi satu ibu akan cakap, kalau h4ng kahwin nanti laki h4ng mau ka ibu duduk sekali. Pastu dia akan cakap lagi, nak pi mana – mana susah la kalau h4ng kahwin.

Aku terus m4tikan impian nak ada rumahtangga. Aku fikir mungkin Allah bagi peluang untuk berbakti kat ibu. Ye la, orang kata anak 100 orang pun, Allah bagi rezeki pada 1 anak ja untuk jaga ibu. Sekarang aku pun tak kisah pasal pasangan dan sebagainya sebab aku pun dan tua.

Tapi aku betul – betul rasa nak pergi mana – mana duduk jauh dari ibu. Aku betul – betul nak rasa dunia aku sendiri. Aku penah ja cari – cari kerja area kl, ipoh. Tapi ibu memang tak bagi. Ibu siap suruh aku berhenti kerja dok rumah ja bawak dia berjalan dia lagi suka.

Hutang – hutang aku dia boleh bayar dia kata. Aku masa tu terus terdiam, terasa kenapa ibu fikir pasal kebahagian dia ja. Aku pun bukan tak mau jaga ibu, tapi aku penat sangat dengan kerenah dia. Sebab dia sangat pentingkan diri.

Dia tak kisah pun aku jadi apa. Dan sangat tak adil dengan aku. Kadang – kadang aku terp4ksa balik sekejap dari ofis sebab dia nak aku bawak dia pi kIinik. Abang aku nak bawak dia tak mau. Dia kata kesian abang, cuti sehari nak rehat apa semua.

Habis aku payah rehat? Mesin kat kilang pun orang akan shut down 1 hari, tapi aku 365 hari kena berbakti pada semua. Kadang – kadang aku selalu rasa, kenapa bukan aku je yang m4ti mengantikan arw4h abang aku.

Sekurang – kurangnya kalau abang aku dapat hidup tenang dengan hidup dia berbanding aku yang m4ti setiap hari kerana kerenah ibu aku. Kalau bvnvh diri tak salah, mungkin dah lama aku buat. Tapi kali ni aku pun nekad nak ja berhijrah mana – mana.

Aku ada sorang kawan kat KL, aku suruh dia cari kerja apa pun, tak kisah berapa gaji asalkan dapat lari mana – mana. Dia sewa rumah, so boleh aku sewa bilik dengan dia. Sekurang – kurangnya dunia kecil aku dalam sebuah bilik pun aku dah happy sangat – sangat.

Dapat aku nikm4ti kehidupan aku dengan lebih gembira. Kalau aku dapat kerja walaupun dalam watson, 7e atau kfc pun, aku tetap akan pergi walaupun ibu pasti pertikai kenapa aku tingalkan kerja sekarang yang sangat bagus untuk kerja macam ni.

Dulu impian aku banyak, tapi sekarang aku tak kisah career musn4h dan sebagainya asalkan aku dapat kemerdekaan dari jaj4han ibu. Maafkan aku ibu. – Ubi (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Nur Shahira : Penatnya. Set rules awak. 1. Keluar beli barang kering / basah / rumah – seminggu sekali. 2. Makan luar hari bekerja – sehari seminggu. 3. Set yang hari Ahad, hari untuk diri sendiri. Boleh je bertegas dengan mak tu. Cakap awal – awal, saya minta maaf, saya pun ada plan sendiri etc. Kesihatan mentaI sendiri pun kena jaga ya. Semoga dpermudahkan.

Azizul Azli Ahmad : Hidup ini perlu belajar berkata TIDAK. Akan sampai masanya kita rasa bangga bantu ibu sepanjang masa. Akan sampai masanya kita kecewa dengan kehidupan kita, sunyi hidup bila tua tanpa pasangan sebab terlalu berk0rban. Ibu sedang r4gut kebahagiaan hidup anak untuk diri sendiri.

Dalila Zulkifli : Allah nak bagi kau pahala tapi mentaI kau pon kena jagakan. Just cadangan aku la. Ibu kau kan suka dengar ceramah sana sini. Cari satu ustaz / ustazah yang ibu kau percaya, cuba minta ustaz / ustazah tu nasihat atau pandangan.

Kalau boleh bawak ibu kau sekali minta ustaz / ustazah ceramahkan. Sebab kadang – kadang manusia sangat selfish even d4rah daging kita sendiri. Sebab ibu kau gunakan kuasa vet0 dia kot, tak fikir langsung keadaan kau. Sama macam suami pukuI isteri dengan guna kuasa vet0 suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.