Aku mengandung, s4kit belakang, mertua bagi aku tidur atas lantai, bilik sempit. Aku merayu nak pindah. Suami marah, ceraikan aku lepas bersalin

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak mertua menangis merayu suruh aku dan suami balik Sarawak duduk sekali. Pindah je rumah mertua, aku mimpi yang pelik, ngeri. 3 hari berturut – turut sehinggalah suami ugvt nak ceraikan aku dan nak ambil anak..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum.. First aku nak mulakan, sebelum aku berkahwin dengan suami, aku janda dan ada anak seorang. Aku orang KL dan suami orang Sarawak. Aku anak sulung dan suami pula anak bongsu. Atas dia ada 3 kakak dan seorang abang. Semua dah berkahwin.

Kami bernikah bulan 7 tahun lepas. Hubungan kami sangat baik, suami aku sayang sangat kami dan tak pernah abaikan kami, seorang yang sangat bekerja keras untuk keluarga. Selepas 2 bulan nikah, aku mengandung dan kena alahan yang sangat – sangat teruk, waktu tu aku bekerja F&B.

Angkat barang – barang stok berat kadang – kadang. Selepas dapat tahu aku pregnant, aku kerap s4kit badan apa semua jadi suami tak izinkan aku bekerja dan suruh rehat di rumah. Suami bekerja sebagai supervisor restoran. Waktu tu memang cukup makan kami anak beranak.

Lepas 4 bulan pregnant, mak mertua ada call suami untuk balik kampung mereka, minta aku bersalin dekat sana dan dia boleh jaga aku waktu aku berpantang. Aku sebenarnya segan, tak selesa dan tak suka menyusahkan orang. Apatah lagi lepas ada kejadian mak mertua aku dengan biras aku waktu biras aku baru bersalin dulu…

Kak ipar no.2 pula selalu pujuk aku suruh aku pindah Sarawak dan katanya ada kerja kosong sedia untuk suami. Berkali – kali mereka pujuk, aku dan suami agak berat hati sebenarnya nak ke sana sebab fikir apa suami nak kerja sana nanti sebab sana kawasan pedalaman dan suami cakap dekat sana sangat susah nak dapat kerja.

Tapi lepas mertua call sampai nangis – nangis suruh balik. Suami memang tak nak balik sebab takut aku tak selesa, aku pula tak pernah datang ke kampung suami. Tapi aku jadi serba salah dengan mertua sampai nangis macam tu. Suami ikutkan je keputusan aku, jadi kami pun balik sana.

Tapi dengan syarat, suami minta sediakan 1 bilik kosong yang ada katil dan tilam tebal untuk kami 3 beranak sebab tulang ekor aku waktu tu sangat s4kit yang teramat dan tak boleh baring / duduk dekat tempat yang keras – keras. Jadi mereka kata mereka dah sediakan bilik selesa untuk kami.

Lepas selamat sampai kampung suami, indah khabar dari rupa. Kami 3 beranak duduk bilik yang sangat sempit, tidur atas lantai. Suami bertanya pada mereka pasal bilik kemudian mereka jawab, bilik tu untuk kakak dia tidur, tapi kakak dia jarang datang tidur bilik tu. Jadi aku kami diam jela.

Waktu tu aku menagndung 5 bulan. Aku kerap bermimpi benda – benda yang tak elok dan menyeramkan tiap malam. 3 mimpi ni aku paling ingat: Aku mimpi ada seorang perempuan bernyanyi, lagu pelik, lagu yang menyeramkan, lepas habis je lagu tu, dalam mimpi tu aku munt4h d4rah.

Aku mimpi ada ‘benda’ bagi sehelai kertas dekat tangan aku, aku buka dan ada ayat – ayat pelik atas kertas tu. Aku tak boleh nak baca kertas tu sebab aku tak faham, jadi aku tanya orang – orang keliling, aku minta diorang bacakan, lepas diorang baca, diorang semua m4ti… Aku terus buang kertas tu.

Ada orang tua yang sangat – sangat tua, panggil aku dan bagi aku batu yang agak pelik. Mula – mula batu tu nampak cantik. Batu kristal w4rna purple, lepas aku pegang, batu tukar jadi buruk dan hitam. Aku pulangkan pada orang tua tu dan terus gerak, dia marah aku.

Lepastu aku tersedar dalam beg aku ada batu tu lagi, jadi aku pecahkan batu tu sampai h4ncur. Lepas mimpi – mimpi tu 3 hari berturut – turut, aku kerap jatuh s4kit. Aku kerap sesak nafas tiap malam. Aku pelik, waktu dekat KL aku takde s4kit seteruk ni.

Aku memang ada asthma, semput. Tapi ada satu malam tu nak dekat 12 malam, aku munt4h – munt4h dan sesak nafas teruk. Susah sangat nak bernafas. Suami pula takde dan jauh waktu tu sebab dia ikut ayah dia pergi kebvmikan orang meninggaI.

Aku minta tolong kak ipar no 2 bawa aku pergi hospitaI. Dan aku kena tahan dengan pihak hospitaI dan transfer ke hospitaI Bintulu. Dari kampung suami ke hospitaI Bintulu lebih kurang 3 – 4 jam perjalanan. 7 hari aku ditahan, dari wad biasa 1 hari, sampai kena pindah ke ICU 6 hari.

Suami pula memang tengah tak kerja dan dia teman aku di hospitaI, tidur di hospitaI selama 7 hari tu. Anak sulung aku dekat rumah mertua jaga. Lepas dah sihat, balik ke rumah mertua, suami masih tak dapat kerja dan kerap tiada di rumah sebab kadang – kadang ikut kakak dia suruh pergi situ sini.

Sekali sekala je dia kerja ikut abang ipar, p0tong rumput, sehari RM50. Tapi cuaca waktu tu kerap hujan dan tak dapat nak kerja. Susu pampers anak, mak aku yang bagi duit belikan. Duit motor tertunggak 2 bulan. Aku betul – betul tak selesa dekat sana, aku tak dapat nak rehat langsung, siang panas sangat – sangat, hari – hari aku mandi peluh.

Nak tidur tak boleh, s4kit kepala dengan anak – anak buah dia yang ramai 7 orang selalu bising dekat rumah. Tambah lagi kadang – kadang bermain dengan anak aku sampai berg4duh, anak aku menangis – nangis, kena tolak kena pukuI. Aku str3ss sangat, aku minta suami nak balik KL.

Aku tak boleh tahan macam ni. Aku tak selesa, aku kurang rehat. Kerap s4kit demam. Tapi suami taknak, dia kata stay Sarawak sampai bersalin. Aku sampai nangis – nangis merayu sangat – sangat nak balik KL nak bersalin sana. Aku betul – betul tak tahan sangat dah.

Aku cakap dengan suami, kerja dekat KL balik, dekat sana banyak kerja. Aku ni tak lama lagi nak bersalin, barang anak satu pun belum beli, susu pampers anak sulung ni pun terabai dan nafkah aku pun terabai. Duit 1st STR masuk RM100 je dapat, RM50 buat belanja, lagi RM50 mak dia minta katanya nak buat belanja.

Allahu, aku terdiam. Aku tak tahu kenapa dengan suami aku. Dia boleh bagi macam tu je sedangkan makan minum anak bini dia sekarang pun tak cukup. Mak dia pun macam tak boleh fikir ke yang anak dia tu ada anak bini? Aku cuba pujuk lagi, ajak balik KL, suami tetap taknak dan dia kata dia nak duduk sini.

Kami kerap berg4duh pasal benda ni, aku minta cara baik aku pujuk lemah lembut tapi tiap kali sebut benda ni suami jadi baran. Tak pernah dia baran pada kami. Kami berg4duh sampai dia nak pukuI aku dan dia cakap, “lepas kau bersalin, kita cerai. Anak dalam perut aku ambil.”

H4ncurnya hati aku waktu tu, dengan family dia semua abaikan aku. Aku dan anak sulung berkurung dalam bilik. Sedih takut, family aku jauh, suami pula tiba – tiba berubah 100%. Aku seolah – olah tak kenal suami aku. Aku doa, doa, doa, sampai aku tak tahan, aku terp4ksa call mak aku, ceritakan pasal benda ni, selama ni aku tak pernah cerita pada sesiapa, aku lebih pendam sendiri.

Mak aku terk3jut sampai menangis – nangis, minta suami aku izinkan aku balik KL. Mula – mula dia tak bagi, akhirnya dia bagi juga. Tapi waktu tu family aku tak berapa berduit sangat. Syukur aku ada kawan yang baik hati. Allah… Dia bagi aku RM500 untuk beli tiket aku dan anak untuk balik cepat, dia risau apa – apa jadi dekat aku.

Harga tiket memang mahal waktu tu. 3 kali aku ajak suami balik sekali tapi dia ego dia tetap taknak. Aku tanya macam mana aku dah nak bersalin nanti suami takde dekat sisi, dia kata “tengoklah kalau sempat aku baliklah.” Waktu sampai airport Sibu, aku hampir – hampir tak dapat balik sebab kandungan aku dah masuk 7 bulan, memang tak boleh naik kapal terbang kalau ikut rules perIukan surat doktor.

Tapi Allah mudahkan urusan aku, diorang lembut hati, benarkan aku naik kapal terbang. Syukur sangat. Waktu tu aku dengan gagahnya sendiri, dengan sarat pregnant dan bawa luggage 30kg dan usung anak sulung umur 2 tahun lebih. Lepas je kapal terbang berlepas, ya Allah lega sangat – sangat hati aku waktu tu.

Walaupun sedih sebab suami taknak ikut balik sekali tapi aku rasa lega macam terlepas dari sesuatu yang beban s4kit dalam kepala. Sampai je KLIA, mak aku datang ambil. Menangis aku peluk mak aku. Sampai rumah dah tengah malam, aku WhatsApp husband yang aku dah sampai rumah tapi dia tak reply, dah tidur kot.

Dah balik rumah barulah aku dapat rehat dengan selesa. Family dan kawan – kawan aku cakap muka aku pucat cengkung dan kurus sangat tak berisi langsung macam mengandung anak first. Lepas beberapa hari aku balik rumah mak aku, aku mula dapat rasa tenang sikit.

Tapi dalam hati tetap ada Iuka dengan apa yang jadi. Aku masih contact suami, walaupun dia dingin sangat. Aku update je pasal kandungan aku dekat dia, aku taknak dia rasa aku putuskan hubungan ke apa. Aku tetap usaha jaga adab sebagai isteri walaupun hati aku koyak rabak.

Masuk 8 bulan, aku check up di kIinik kerajaan. Nurse tanya kenapa berat badan aku turun banyak, aku cakap aku str3ss dan kurang makan. Kandungan pun agak kecil. Nurse nasihatkan aku makan banyak sikit sebab nanti effect kat baby. Aku ikut nasihat nurse, aku kuatkan semangat untuk baby dalam perut aku ni.

Aku belajar terima takdir yang Allah atur. Walaupun sedih, aku tetap syukur aku dan anak aku sihat. Bila dah dekat due, aku cuba tanya suami sekali lagi  nak ke dia datang teman masa aku bersalin? Dia jawab acuh tak acuh je, katanya “tengoklah kalau ada duit, kalau tak, kau lah pandai – pandai sendiri.”

Ya Allah, s4kitnya hati aku. Tapi aku dah redha masa tu. Aku dah prepare diri untuk lalui semua ni sorang – sorang. Tibalah hari aku rasa s4kit nak bersalin. Aku masuk hospitaI sorang – sorang. Family aku memang teman dekat luar je. Masa contraction datang, aku menangis tahan s4kit sorang – sorang.

Aku kuatkan diri, aku fikir, “Aku kena kuat untuk baby ni.” Alhamdulillah, selepas struggle yang panjang, aku selamat lahirkan baby boy. Sehat dan sempurna. Syukur ya Allah. Suami? Masa aku bersalin tu dia langsung tak ada. Dia hanya WhatsApp lepas aku hantar gambar baby. Itu pun balas “Alhamdulillah” je pendek.

Lepas bersalin, aku berpantang dekat rumah mak aku. Mak aku la yang jaga aku, tolong uruskan semua. Aku menangis dalam diam sebab aku rasa macam balu, macam ibu tunggal. Walhal suami aku masih hidup. Tapi kasih sayang dan tanggungjawab tu dah hilang entah ke mana.

Selama aku berpantang tu, suami jarang contact. Kalau ada pun, pendek – pendek je. Aku rasa macam dah takde siapa. Masa tu aku betul – betul kuatkan diri sebab aku ada dua anak kecil yang perIukan aku. Aku nekad bangkit. Lepas habis pantang, aku fikir panjang.

Aku contact suami, aku ajak bincang baik – baik. Aku tanya, macam mana dengan lafaz dia dulu yang dia kata “lepas aku bersalin, kita cerai” tu? Dia diam je. Tak nak jawab. Aku minta dia jelaskan betul – betul. Lepas beberapa hari, dia call aku, dia kata dia mintak maaf atas apa yang dia cakap dulu.

Dia akui dia marah, dia tak sedar apa dia lafazkan. Dia kata dia tak berniat nak cerai, cuma dia tertekan. Aku dengar je semua. Aku pun taknak hukvm dia terus. Aku cakap, kalau betul nak teruskan rumah tangga ni, kita mula dari kosong, sama – sama usaha. Kalau tak, aku reda kalau berpisah.

Sampai sekarang, hubungan kami suam – suam kuku je. Tapi aku dah banyak belajar. Aku tak berg4ntung emosi pada suami macam dulu. Aku banyak berg4ntung pada Allah. Aku jaga anak – anak aku sebaik mungkin. Aku baiki diri aku. Aku usaha cari pendapatan sendiri sikit – sikit supaya aku ada back up kalau apa – apa terjadi.

Aku tr4uma? Ya, masih ada. Tapi aku pelan – pelan healing. Aku tahu Allah uji sebab Allah sayang. Aku kuat bukan sebab aku hebat. Aku kuat sebab aku tahu ada dua mata kecil yang harapkan aku setiap hari. Terima kasih sebab sudi baca luahan panjang aku ni. Aku bukan nak aibkan sesiapa, aku cuma nak luahkan apa yang aku pendam bertahun – tahun. Doakan aku terus kuat ya.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.