Anak 2 orang, isteri tengah mengandung, kantoi aku buat benda h4ram dengan kawan pejabat. Dalam sarat, isteri bawak kereta jumpa boss

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Kejahatan hampir dua bulan yang aku lakukan ini akhirnya terbongkar dan diketahui juga oleh majikan. Isteri aku nekad untuk ke tempat kerja aku dan berjumpa dengan boss. Berlaku pend4rahan dan satu episod tragis..

#Foto sekadar hiasan / AI. Adakah kita mampu bersama satu keluarga yang bahagia di akhir4t nanti? Itulah ungkapan yang selalu bermain di fikiran aku selepas soalan itu ditanya oleh isteri aku dalam kereta selepas aku membawa keluarga kecil aku pergi jalan – jalan.

Assalamualaikum wrt wbt.. Aku seorang suami berumur 30-an dan kini menetap di ibu kota kerana tuntutan kerja. Sudah 12 tahun aku di sini. Aku dan isteri aku dah berkahwin juga hampir 11 tahun. Selepas bekerja lebih kurang 4 bulan aku terus memaklumkan kepada kedua orang tua aku untuk berkahwin. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

Alhamdulillah sepanjang tempoh perkahwinan kami dikurniakan 2 cahaya mata lelaki dan bahagia sangat tanpa ada sedikitpun perasaan yang tidak baik antara satu sama lain. Semuanya terlalu indah dan sempurna. Isteri yang baik, solehah dan melengkapi hidup aku.

Aku terlalu cintakan isteri aku sehinggalah tahun lepas aku diuji dengan ujian yang memusn4hkan rumahtangga aku. Pada tahun lalu, semuanya musn4h hingga aku hampir menyebabkan anak ketiga yang dikandung oleh isteri aku gugur. Semua itu berlaku kerana sikap aku yang tidak menitikberatkan ikhtilat dalam pergaulan terutamanya dengan rakan sekerja. Hingga sanggup buat benda h4ram yang dilarang dalam agama.

Ketika hari pertama isteri tahu perkara ini, dunia ini bagaikan sudah terhenti. Terlalu sedih kerana semua hukvm hakam ini aku tahu, tapi entah kenapa berani buat hingga sanggup belakangkan hukvm Allah. Aku merasakan bahawa aku adalah seorang h4mba Allah dan seorang suami yang sangat jahat. Aku menyesal dengan perbuatan aku sendiri.

“Isteri aku seorang yang sangat kuat”. Kenapa? Kerana dengan sendirinya tanpa mendapatkan apa – apa rawatan dari segi psikologi dan sebagainya selepas hampir setahun peristiwa hitam ini berlaku dalam rumahtangga kami. Isteri aku dapat harunginya dengan penuh kekuatan demi anak – anak kami.

Sungguh aku seorang suami yang jahat. Aku sedih dengan perkara ini. Pada malam perkara ini terbongkar. Isteri aku teramat sedih dan inilah satu – satunya perkara yang paling teruk berlaku dalam hidup isteri aku sehinggakan berlaku pend4rahan.

Tanpa berfikir panjang isteri aku nekad untuk ke tempat kerja aku dan berjumpa dengan boss aku untuk maklumkan tentang perkara ini. Bak kata pepatah “sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Begitulah ibaratnya.

Kejahatan hampir dua bulan yang aku lakukan ini akhirnya terbongkar dan diketahui juga oleh majikan. Satu episod yang sangat tragis dalam hidup aku. Inilah harga yang perlu aku bayar. Betapa giIa dan b0dohnya aku pada waktu ini jika ingatkan semula peristiwa hitam ini.

Perasaan yang sangat sedih kerana perbuatan jahat aku itu. Bagi aku, jika perkara ini berlaku kepada pasangan lain, mungkin pengakhirannya adalah penceraian. Aku bersyukur kerana isteri aku masih memberi peluang kepada aku. Walaupun sekarang kami masih bersama – sama di bawah satu bumbung dan dapat melihat anak – anak membesar di hadapan mata setiap hari, tapi… perasaan bersalah dan berd0sa tetap ada dan tak akan hilang selama – lamanya.

Isteri aku pernah cakap yang dia boleh maafkan aku dan terima aku demi anak – anak. Tapi perasaan cinta yang telah dimusn4hkan, dih4ncurkan itu sekali – kali tidak mampu dikembalikan seperti dulu. Diibaratkan seperti sebuah gelas kaca dihempaskan kelantai dan kaca tersebut h4ncur – seh4ncurnya.

Mampukan aku untuk cantumnya kembali seperti asal? Itulah.. buat sesuatu tak fikir akibatnya. Sekarang aku menyesal dan dapat merasakan bahawa menyesal sekarang dah tak berguna lagi. Di sini dapat aku rasakan Ya Allah.. betapa giIanya aku sanggup musn4hkan hati isteri aku yang sanggup bersusah payah dengan aku dari dulu lagi.

H4ncurkan hati isteri yang sanggup berk0rban segala – galanya demi memberi aku zuriat dan keturunan. Semasa proses melahirkan zuriat keturunan aku, kedua – dua mereka, aku dibenarkan masuk kedalam labour room untuk menemani isteri. Di situ aku melihat betapa s4kitnya proses untuk melahirkan seorang anak.

Untuk anak sulung, isteri aku terp4ksa menanggung kes4kitan kerana ubat induce hampir 10 jam. Dari pukuI 10 pagi hingga maghrib, hampir waktu berbuka puasa barulah zuriat aku berjaya keluar dengan selamat secara normal. Sedihnya ya Allah..

Ditakdirkan, untuk anak yang ketiga, anak yang hampir tak dapat diselamatkan kerana pend4rahan teruk, anak yang dikandung isteri dengan ditemani air mata siang dan malam, Allah takdirkan aku tak dapat teman isteri aku dalam labour room.

Dan yang lebih memeritkan hati dan perasaan, doktor terp4ksa membuat keputusan untuk czer isteri aku kerana bimbang isteri tak kuat dan takut implikasi lain yang bakal berlaku. Begitulah kuatnya isteri aku demi aku. Malangnya aku tak mengenang jasanya. Sanggup h4ncurkan hatinya.. ya Allah..

Ya Allah.. boleh dik4takan hampir setiap malam aku solat sunat taubat dan diselangi solat sunat hajat, mendoakan semoga hati isteri aku akan kembali pulih, rumahtangga kami kembali bahagia. Dan harapan yang paling besar adalah Allah SWT mengampunkan d0sa – d0sa aku dan aku mampu bersama – sama dengan keluarga kecil aku dalam syurga Allah SWT suatu hari nanti.

Hari ini aku sangat sedih kerana setelah setahun berlalu, isteri mengatakan dia telah memaafkan aku, tetapi hatinya telah taw4r. Dia akan hidup di sisi aku, tetapi tanpa rasa. Isteri aku tak lagi bersedih, zikir dan selawat sentiasa di bibir. Sentiasa bermain ceria dengan anak – anak.

Tidak pernah tinggikan suara dengan aku, sentiasa cukupkan keperluan aku, sentiasa masakkan makanan kegemaran aku dan anak – anak. Tetapi, Iuka yang dalam di hatinya tak mampu aku pulihkan sampai bila – bila. Senyuman dan pandangan dia pada aku terasa kosong. Benar hatinya telah hilang rasa.

Mohon pandangan dan pendapat pembaca budiman semua, tolong aku, apa yang patut aku lakukan demi mendapatkan semula cinta isteri aku dan kami dapat bahagia sama – sama hingga akhir hayat kami. – Suami Berd0sa (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Sakinah Safiyya Hisyam : Tt ketua keluarga tak payahla dramatik sangat.. taw4r hati benda tak nampak tak boleh disukat. Apa nak jadi di kemudian hari kita tak tau. Baiki je hubungan, berbuat baik kepada anak isteri, jalankan tanggungjawab sebaiknya. Kejadian curang tu ujian untuk tt dan juga isteri.. mesti ada hikmahnya. Bagusla ada kesed4ran dan usaha untuk baiki.. semua rumahtangga ada ujiannya.

Sherry Na : Teruskan ajelah berbuat baik pada isteri dan anak – anak. Bab cinta ni tak boleh nak dip4ksa dan dikawal. Inilah hakik4t yang kamu kena telan atas kesilapan yang lampau. So redha ajelah. Kamu masih bertuah sebab isteri dah maafkan dan tetap layan kamu dengan baik. Tak ramai isteri yang mampu buat macam tu bila kepercayaan dah dikhi4nati. Jagalah dia elok – elok sampai akhir nyawa. All the best…

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.