Aku mengidam air soya RM2, tapi mak mertua larang suami beli katanya membazir dan aku hanya surirumah

Masa aku baru sampai rumah mertua, aku nampak rumah yang masih dalam proses pembinaan kat belakang rumah mak mertua aku tu. Suami aku kata tu rumah kita. Aku terk3jut, rumah kecik, petak. Habis musn4h harapan aku nak buat kabinet dapur…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Terima kasih admin jika sudi siarkan kisah aku. Aku insan ters4kiti, rasa sampai tahap nak bercerai tapi aku tahu aku tak mampu sebab aku hanya seorang suri rumah. Suami aku ni baik, tanggungjawab dia memang cukup dia bagi kat aku anak beranak.

Nafkah makan minum zahir batin cukup, cuma satu, suami aku terlalu “anak emak”. Dia punya “anak emak” ni sampai tahap, apa – apa saje perabot atau barang – barang nak beli kat rumah sewa aku ni, suami aku akan call bagitau mak dia.

Dan mak dia memang agak jenis penjimat, memang biasa mak dia tak bagi dia nak beli apa – apa dengan alasan membazir, jadi memang dia tak akan beli ye. Aku ni anak dah 3 orang, naik kereta kancil. Kalau aku duduk seat passenger kat depan, nak menyusu baby memang sempit.

Suami aku ni kakitangan kerajaan, aku dan suami dah plan nak upgrade kereta besar sikit sebab memang suami aku mampu. Semua dah plan ye, tapi suami aku pergi bagitau mak dia, memang mak dia menentang habis – habisan.

Mak dia kata kereta kancil elok lagi, lagipun Alia tak kerja, guna je la kereta tu dulu. Suami aku pun menurut je kata – kata mak dia. Terkilan sungguh aku, sebab yang naik kereta tu aku, bukan mak dia. Lepas balik rumah, aku mengamuk – ngamuk tapi tetap juga suami aku nekad tak nak tukar kereta lain sebab mak dia tak izin.

Terkilan aku, s4kit tu sampai hari ni. Tiap kali kalau beraya naik kereta kancil tu, kadang – kadang ada saud4ra sebeIah suami tegur beli la kereta lain anak dah ramai tu, mak mertua aku cepat – cepat bagitau, “Macam mana nak beli kereta, Aiman tak mampu, lainla kalau si Alia tu kerja”.

Aku ingat lagi dulu masa aku pregnant anak nombor 2, masa tu bulan puasa, kebetulan aku berpuasa kat rumah mertua. Masa tu aku teringin sangat nk minum air soya. Aku suruh suami aku belikan kat bazar. Dan suami aku yang sejenis anak emak tu, dia bagitau mak dia, dia nak pergi bazar nak belikan air soya untuk aku.

Mak dia terus membebel, mak dia kata menyusahkan anak dia bulan – bulan puasa ni, satu lagi membazir baik buat sendiri. Ya Allah, RM2 je pun sebungkus. Aku memang menangis dalam bilik, tapi suami aku biarkan je aku, dia tengok tv kat ruang tamu, tanpa hiraukan aku.

Dulu mula – mula kahwin, suami aku ada juga “turut” permintaan aku. Tapi sekarang tak lagi, dia lebih utamakan mak dia. Dia sekarang selalu balik rumah mak dia sorang – sorang, balik termenung, dah m4kin kurang bercakap dengan aku.

Hari tu aku check whatsapp suami aku, aku terbaca conversation suami aku dan mak dia. Mak dia ada sebut “kalau kau kawin dengan Milah (nurse gaji RM10k) dulu mesti senang hidup kau. Milah dah beli rumah besar kat hujung kampung tu, nanti dia nak tukar ke Malaysia dia nak duduk la situ”.

Aku dah macam what? Apa masalah mak suami aku sebenarnya ni. Tujuan apa ungkit benda lama, nak suruh suami aku menyesal kahwin dengan aku ke? Dah tu kalau suami aku menyesal apa kelebihannya? Banyak lagi sebenarnya yang buat aku terasa tapi tak terluah.

Mak dia memang tak suka aku pun sebab aku tak kerja, membebankan anak dia. Suami aku pun, kalau tiap – tiap kali kami berg4duh, dia selalu sebut aku ni bebankan dia sebab aku tak kerja. Kalau la hati aku ni boleh di x-ray, rasanya dah h4ncur lebur, Iuka lama Iuka baru parut semua ada akibat perbuatan suami aku dan mertua aku.

Baru – baru ni suami aku ajak aku pergi rumah mertua. Aku dah memang jarang pergi rumah mertua sekarang sebab aku tak nak s4kitkan hati aku. Masa tu aku baru sampai, aku nampak rumah yang masih dalam proses pembinaan kat belakang rumah mak mertua aku tu.

Aku tanya la suami aku rumah siapa tu? Suami aku kata tu rumah kita. Aku terpinga – pinga. Kenapa aku tak tahu apa – apa? Suami aku takde bincang atau cakap apa – apa dengan aku pun. Sebab kalau ikutkan perancangan, suami aku nak beli rumah yang dah siap tau dekat taman perumahan berdekatan dengan tempat kerja dia.

Masa tu terus mertua aku menyampuk. Mak yang suruh Aiman buat rumah kat sini. Murah sikit. Buat je la rumah simple – simple rumah kampung kecik pun. Asalkan ada tempat berteduh. Daripada menyewa membazir je. Nak tunggu beli rumah lambat lagi, buat je la kat sini.

Masa tu Allah je tahu berkecai hati aku. Ya Allah aku dah plan dengan suami, dah kira bajet semua, kenapa tiba – tiba suami aku ikut cakap mak dia. Rumah impian aku, aku dah plan nak kabinet macamana, interior design macamana. Kenapa abang, kenapa?

Aku masuk tengok rumah yang tengah buat tu, terus keluar air mata aku. Rumah petak kosong, terus dapur kecik. Mertua aku kata tak payah table top kabinet, membazir. Anak kecik buat simple dah lah. Nanti tua – tua baru besarkan rumah, besarkan dapur.

Dan ya, mertua aku juga turut selitkan, “Lainla kalau Alia kerja, boleh la nak buat cantik – cantik. Alia tak kerja, buat rumah seadanya je la..” Aku mintak diri, aku masuk bilik terus nangis. Aku call grab, aku balik rumah aku dengan anak – anak, aku kemas segala pakaian nak balik rumah mak aku.

Suami aku ikut aku balik rumah sewa kami, tapi bukan dia nak pujuk aku. Dia salahkan aku sebab berem0si depan mak dia. Dia juga kata apa salahnya buat rumah kecik macam tu, lagi jimat. Dia kata betulla apa yang mak dia kata, tua – tua nanti besarkan la rumah tu.

Aku macam tak percaya kata – kata tu keluar dari mulut suami aku. Suami aku macam dah kena mandrem dengan mak dia sendiri, semua kata mak dia, dia turut. Untuk pengetahuan semua, suami aku ada 6 beradik dan dia anak nombor 3, masih ada lagi adik beradik lain, tapi dia sorang je yang anak mak macam tu.

Dulu suami aku tak macam tu, dulu kami selalu berbincang bercakap pasal perancangan masa depan kami. sekarang tak, dia banyak plan masa depan kami dengan mak dia. Aku macam tak wujud, tak penting. Allah je tahu bertapa aku terasa dengan suami aku.

Aku tawar hati kat suami aku, demi Allah. Kadang – kadang datang perasaan menyesal kahwin dengan suami aku. Aku masa bujang dulu, ramai je yang suka aku, tapi biasala, bila terlalu banyak pilihan, kita akan “terpilih” yang bukan – bukan.

Aku tak tahu macam mana sekarang. Aku sedang giat mencari kerja yang gaji berbaloi untuk aku tinggal anak – anak aku kat pengasuh. Aku harap bila aku dah kerja dah senang nanti, aku dapat bawa anak – anak aku pergi dari suami aku yang anak emak tu. Orang macam tu seeloknya selalu di ketiak emak. Belum putvs susu mungkin. – Tersaakiti (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Atiq Azhar : Lelaki kena faham erti tanggungjawab dan bebanan. Sampai hati cakap isteri beban. Kalaulah dapat sang suami rasa bagaimana mengandung dan melahirkan zuriatnya baru boleh fikir kot. Sebelum kahwin gatal, lepas kahwin semua beban.

Mana nak datang keberkatan dalam rumahtangga jika abaikan perasaan pasangan, pendapat pasangan. Ibu perlu dihorm4ti, isteri perlu difahami. Nampak sangat jenis tak bijak tak pandai nak bina keluarga sendiri.

Mak kita dah lalui zaman dia yang tentunya sangat berbeza dengan zaman kita sekarang. Ambil nasihat dan timbang tara yg terbaik. Bukan bijak sangat hingga abaikan hak isteri. Rumah dah siap nanti duduk dekat lagiIah banyak makan hati.

Quzan Nur :  Mak mertua (kebanyakan) nya memang tak suka menantu surirumah. Dia rasa menyusahkan anak dia. Suami yang berkira, selalunya takkan berbincang dan ambil kira buah pandangan isteri yang tak berduit, sebab dia pikir; apa – apa nak buat pun duit dia yang kena guna, buat apa tanya pendapat isteri.

Bekerjaya atau surirumah, pastikan ada duit, simpanan, emas, dan lain – lain yang sewaktu, baru hidup tak dipijak orang. Buat tt, cari pendapatan sendiri dan bina bahagia sendiri.. insyaAllah, ada jalan nya. Aminnn..

Abdul Halim :  Ini semua berlaku sebab sistem pendidikan yang tak menyeluruh. Dari kecik sampai besar lelaki akan dim0mokkan masuk ner4ka kalau tak ikut cakap mak. Drama raya hampir semua tunjuk anak derh4ka dan menantu ner4ka, si ibu saja yang betul.

Kalau mula berfikir untuk diri sendiri, diugut derhaka. So mcamana nak expect lelaki untuk ada pendirian? Dah mula masa sistem pendidikan mula tekankan hak anak, hak menantu, hak suami isteri dan sebagainya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?