Gaji ayah 30k tapi bila mkn kedai, kami kena kongsi makan, air. Sehinggalah ayah meninggaI, ibu dpt 2 juta

Kami ada 10 orang adik beradik tapi gaji ayah banyak. Bila ayah beli burger tepi jalan, dia akan beli 3 biji je tapi suruh kongsi ramai – ramai. Bila ayah meninggaI ibu dapat duit banyak, ibu jadi jutawan. Tapi layanan ibu dekat aku m4kin pelik…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca. Nama aku Ira (bukan nama sebenar). Niat menulis confession ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di dalam d4da sejak sekian lama. Mari kita mulakan..

Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Walaupun gaji bapa aku melebih 30 ribu sebulan, aku tidak pernah merasa hidup mewah. Bapa aku seorang yang sangat berjimat cermat. Sehinggakan apabila makan pun, kami adik beradik terp4ksa berkongsi.

Mungkin boleh dik4takan kategori kedekut, entahlah.. Oh, lupa untuk beritahu yang aku mempunyai hampir 10 orang adik beradik. Aku mempunyai 5 orang adik di bawah aku dan yang paling kecil berumur 5 tahun. Berbalik kepada isu berkongsi makanan, sejak kecil jika kami sekeluarga makan di luar, air minuman yang diorder sentiasa dikongsi.

Tidak boleh order air sorang satu. Jadi hingga ke besar kami terbiasa begitu dan tidak berani untuk order minuman sendiri jika di kedai makan. Tidak berani kerana ayah aku juga seorang yang agak tegas. Sehingga aku habis sekolah, keadaan begitu sentiasa berterusan.

Manakala ibu aku tidak terlalu berkira bab makan minum. Tetapi dia terp4ksa akur akan arahan ayah. Apabila ibu membeli makanan sedap – sedap, ayah akan berleter. Aku masih ingat semasa aku berumur 18 tahun begitu, ayah ada beli burger (yang biasa dijual di tepi jalan).

Tetapi dia hanya membeli 2-3 biji dan kami makan separuh seorang sahaja. Apakah? Aku sungguh tidak faham. Semasa aku masih bersekolah (asrama), ayah aku memberi duit belanja yang agak mencukupi. Seingat aku dalam RM50 hingga 100 sebulan, bagi aku itu sudah terlalu cukup.

Akan tetapi, sesudah aku tamat persekolahan, ayah aku tidak lagi memberi aku duit belanja. Jika aku ingin membeli apa – apa, aku gunakan duit simpanan aku sendiri kerana aku jenis suka menabung. Baju dan pakaian juga tidak pernah dibelikan seusai aku habis bersekolah.

Dan aku masih ingat, aku pernah mengikut ayah ke kedai Mr. DIY dan aku membeli sesuatu yang berharga SERINGGIT lebih. Aku tumpang ayah aku bayar di kaunter kerana aku tidak membawa duit. Dan apabila sampai di rumah, ayah ingatkan aku supaya membayarnya balik RM SERINGGIT tersebut.

Sungguh berkira bukan? Aku anaknya. Anak kandungnya. Setiap kali aku pulang dari kampus ke rumah aku akan menaiki keretapi. Tiket train pada mulanya ayah aku yang belikan. Lama kelamaan, dia pernah suruh aku membayar harga tiket tersebut semula kepadanya.

Aku sungguh tidak faham. Lainlah jika gaji dia cukup – cukup sahaja. Tetapi gajinya terlalu besar untuk berkelakuan begitu berkira terhadap anak – anak. Aku sangat sedih melihat orang lain yang mana ayah mereka tidak langsung berkira untuk anak.

Bukankah anak itu satu amanah dan tanggungjawab selagi anak tersebut belum berkahwin? Akan tetapi, ayah aku meninggaI dunia tanpa disangka – sangka. Sebabnya biarlah aku sahaja yang tahu. Aku berumur 19 tahun ketika itu.

Apabila ayah sudah tiada, kesemua hartanya diw4risi oleh ibu aku dan kami adik beradik. Banyak tidak banyak, ibu aku mendapat separuh daripada harta tersebut iaitu bernilai melebihi dua juta kerana harta sepencarian.

Sungguh banyak bukan? Kami tidak terk3jut kerana ayah memang banyak menyimpan gajinya sejak dahulu lagi. Kami adik beradik faham dan tidak kisah kerana ibu perlu membesarkan adik – adik yang masih kecil. Adik aku cuma berusia 2 tahun semasa ayah meninggaI.

Ok sekarang ke kisah masa kini, ibu aku yang menjadi ketua keluarga menggantikan ayah. Isu makanan tidak lagi menjadi masalah kerana ibu memang tidak berkira soal makan. Kini kami adik beradik agak selalu makan sedap dan mewah.

Akan tetapi, aku seperti sudah tidak ditanggungnya soal pakaian dan semua benda selain makan. Ini disebabkan aku mempunyai income sendiri, tetapi tidaklah banyak seperti gaji orang bekerja (aku masih belum bekerja kerana aku masih belajar).

Aku memang tidak pernah meminta apa – apa dari ibu aku. Baju pakaian ku juga semua aku beli sendiri. Tetapi menghampiri hari raya, ibu aku mahu membelikan adik – adik baju raya. Aku sahaja menyelit cakap, “Belanja la kakak jugak.”

Kemudian ibu aku baIas, “Kamu kan dah ada baju raya”. Aku sungguh terkilan. Memang aku sudah ada tetapi itu aku beli sendiri menggunakan duit aku. Apa salahnya dia membelanjakan aku sehelai baju? Dalam RM100 lebih sahaja.. bukan aku ingin yang berjenama mahal pun.

Baju raya adik – adik aku setiap seorang hampir RM100 lebih juga. Hm.. Baju – baju jalan juga aku juga yang membeli sendiri. Kini sudah seperti aku menanggung diri sendiri. Sedangkan aku belum berkahwin? Sepatutnya aku ditanggung oleh ibu sehingga aku berkahwin.

Ibu juga gaji agak banyak. Hampir 10 ribu sebulan. Bukanlah cukup – cukup makan sahaja. Jika campur dengan harta yang diw4risi oleh arw4h ayah, memang ibu seorang jutawan. Tetapi berkira dengan aku, anaknya 🙁

Jadi aku pun sudah tak tahu nak buat apa. Redha sahajaIah agaknya. Semoga aku tidak mendapat suami yang berkira suatu hari nanti. Terima kasih kerana sudi baca. Yang terkilan, – Ira (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ena Nasriena Aziz : Saya faham masalah adik ni .. yang k0ndem, jenis tak faham perasaan dia. Dia perIukan kasih sayang. Tu je. Dari kecik masa ayah ada, kedekut, ayah dah meninggaI mak plak kedekut. Semoga adik ni diberikan jodoh yang terbaik dan perlu diingat, dah ada anak sendiri, jangan buat kat anak pulak ya.

Khadijah Rashidah : Kenapa ya.. Zaman sekarang ramai sungguh manusia suka dibantu, manja, lembek. Ada kudrat tak reti usaha sendiri ke? Malulah pada adik – adik yang masih bersekolah pandai berdikari tanggung diri sendiri, cari kewangan sendiri dan merancang masa depan sendiri.

Poket orang jangan disoal – soal tak kiralah apa yg dia nak buat dengan duit tu. Mungkin ada perbelanjaan yang perlu dirahsiakan pada semua orang. Yang awk tu mak awak dah tanggung makan minum dan tempat tinggal dah mujur sangat. Cukuplah awak mengadu kat sini je. Jangan cerita dekat orang lain lagi. MaIukan diri sendiri. Mende ni menunjukkan ketidakmatangan awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.