Aku menyampah bila orang kurus ni acah2 kene b0dy sh4ming. Dah kurus makan je la byk2

Aku pelik, macam manalah lelaki boleh minat dekat kawan aku ni ni. Tak ada curve, kurus, leper. Cuma muka saja cantik. Hidung mancung, putih, dengan gigi taring dia nampak bila dia senyum. Tapi selain tu memang tak ada apa pun. Bak kata member kita orang yang laki peIuk pun rase tuIang saja.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt kepada para pembaca yang bakal membaca confession aku pada hari ini. Nama aku Dee, umur 29. Baru – baru ni aku terbaca 1 confession pasal b0dy sh4ming untuk yang kurus.

Daripada yang aku baca, aku dapat rasakan yang (Chahaya) confessor ni kawan sekerja aku. Daripada segala details dan cerita dia sebijik macam kawan aku. Jadi, aku terpanggil untuk menulis confession tentang b0dy sh4ming.

Andai kata Chahaya tu adalah kawan aku, aku harap dia baca confession ni sebab ni adalah apa yang terbuku di hati aku. Kawan sekerja aku ni aku gelarkan sebagai A. Umur 24, berat 43/159cm. Sama seperti confessor.

Dan ya, A tersangat la kurus. Tak ada curve dan leper. 3 tahun lepas, masa mula – mula A kerja, dia tak ada lah gemuk, cuma berisi sikit dari yang sekarang. Tapi m4kin lama, A m4kin kurus. Pipi A m4kin cengkung.

Jadi aku dan kawan – kawan kita orang nasihat kan la dia makan banyak sikit. A memang bukan sweet tooth, dia tak makan benda – benda manis. Dia pun jarang minum air yang manis – manis. Dia banyak minum air kosong je.

Br3akfast dia makanan macam kita orang makan, nasi lemak atau roti canai. Roti canai macam biasa 2 keping sorang. Tapi badan tak pernah naik – naik. Malah m4kin kurus. Padahal badan aku bagai dipam – pam.

Aku perasan A makan tak banyak kecuali waktu br3akfast, tapi dia kerap makan. Macam Biskut, muffin untuk kudapan. Setiap apa yang dia makan tu dia kira berapa kalori dia. Mula – mula aku tak faham kenapa dia buat macam tu.

Tapi bila aku tanya dia cakap dia tanya Doktor untuk naik kan berat badan dia. Dia sekurang – kurangnya kena ambik dalam 2 ribu lebih Kj untuk sehari. Jadi, aku pun ikut diet dia. Apa yang dia makan hari tu.

Aku makan sekali waktu kita orang sama shift. Kalau kita orang tak sama, aku mintak dia whatsapp aku apa yang dia makan hari tu. Genap sebulan aku tiru diet dia, kita orang pun timbang la berat badan kita orang.

Peliknya, berat A langsung tak naik. Berat aku yang naik 1.5kg. A nampak kecewa, Dan aku rasa menyampah tapi aku sorok kan la. Maka A m4kin lama m4kin kurus walaupun dia masih ikut kalori yang doktor cadangkan.

Apa yang aku tak suka pasal A ni, dia memang banyak minum air kosong. 1 hari 3.2L. Kadang – kadang air lemon. Jadi aku rasa sebab tu dia kurus. Bagi aku sebab dia kurus dan leper, aku bagi la dia tips – tips nak besar kan dia punya ‘tu’.

Come on la, benda tu aset wanita kan. Siapa yang tak nak benda tu besar. Bangga kot. Tapi A buat tak tahu saja. Dia Kata dia OK saja dia punya kecil. Sekurang – kurangnya tak tarik perhatian lelaki pandang sebab dia tak suka.

A ni memang naif sikit orang dia. Jadi aku dengan kawan – kawan laki sekerja start ejek – ejek dia la. Mula – mula A memang gelak. Tapi lama – lama kita orang perasan dia macam tak suka. Terutama bila kita orang kaitan dia tentang bakal suami dia takkan rase puas kalau dia kurus.

Kita orang hanya nak gurau. Tapi A nampak k0yak. Sampai la 1 hari tu A baIas balik apa yang kita orang cakap pasal dia selama ni. “Aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Aku yang kurus korang yang panas kenapa?”.

Sejak tu aku rasa A ni tak boleh bawak gurau. Benda yang kita orang cakap tu gurau kot. Chill la. Takkan tak boleh gurau. Tapi kita orang teruskan jugak. Hidup serius saja tak best la. Kita orang tak peduli la A tak suka ke ape.

Memang kenyataan dia kurus keding. Aku yang dah 3 tahun kerja pun naik berat badan walaupun aku mula – mula kerja saing – saing dia saja kurus. Cuma aku rendah saja. Dia tinggi meIampau. Apa yang kita orang cakap, A mesti baIas balik.

Kadang – kadang ayat dia memang buat kita orang sentap la. Sebab A memang tak pernah keluarkan perkataan sinis dia kecuali kalau dia marah. Tapi lepas tu dia OK saja dengan kita orang. Cuma kalau kita orang start balik dia akan dengar dan akan att4ck kalau meIampau.

Tak relax kan A ni? Kita orang cuma nak bagi semangat supaya dia naik kan berat badan dia. Dia kurus sangat. Tapi apa yang pelik, waktu kita orang buat medicaI checkup, result dia memang positif. Walaupun dia underweight, koIesterol dia, air dalam badan dia, jantung dia semua sihat.

Cuma dia underweight saja. Bila doktor tanya dia kata dia exercise sekurang – kurangnya 4 kali seminggu. Tapi dia dah terlalu kurus nak bersenam. Aku rasa benda tu menyampah sangat. Kau dah kurus. Kau nak kurus mana lagi??

Menyampah tau tak. A ni walaupun dia keding dan leper saja, tapi aku nampak ramai suka dia. Kawan – kawan lama aku kalau jumpa A ni, mesti usha dia. Mintak no dia. Kadang – kadang kalau keluar lepak mintak aku ajak A sekali.

Tapi tak pernah sekali pun A ikut. Alasan dia ibubapa dia tak kasi. Aku tak tau la dia tipu ke atau memang betul. Bagi aku A ni boring person. Walaupun dia kelakar, tapi hidup dia memang boring. Balik kerja, duduk rumah.

Sekarang A masih ikut daiet dia. Aku pernah la sound dia sekali, “makan jelah semua banyak – banyak, nanti dah s4kit tak boleh makan” tapi A senyap saja. Aku sump4h rase menyampah dengan dia. Kalau kau nak naik kan berat badan, makan jelah banyak – banyak kenapa nak kira berapa kalori masuk bagai.

Alasan dia senang saja, doktor suruh. Dah la air manis tak minum. Gula hanya pada makanan saja. Dia bukan sweet tooth pun. Manalah badan dia nak naik. Tu bila kita orang b0dy sh4ming dia, dia jawab dia tengah cuba naikkkan berat badan dia.

Menyampah betul aku dengan jawapan dia. Tapi apa yang aku pelik, macam manalah lelaki boleh minat A ni. tak ada curve, kurus, leper. Cuma muka saja cantik. Hiding mancung, putih, dengan gigi taring dia nampak bila dia senyum.

Tapi selain tu memang tak ada papa la dia ni. Bak kata member kita orang yang laki peIuk pun rase tuIang saja. Sampai kita orang gurau dengan dia suruh dia bukak baju la, tak payah tunjuk kat semua, tunjuk kat aku saja.

Nak pastikan dia ni perempuan ori ke jadian. Lepas tu A k0yak. Gurau dengan dia pasal benda macam ni memang tak best. Normal la gurau macam tu. Aku tak tahulah korang macam mane. Tapi kita orang dah kerja 3 tahun sama – sama. Dah macam family kot.

Setakat gurau, “kau ni nanti bila dah kawin, aku risau patah saja suami kau buat ni.” Takkan nak k0yak kot. Benda tu gurauan. Tapi kalau benda tu betul, kenapa nak k0yak? Pernah kita orang yang perempuan ni bagi dia hadiah birthday supplement untuk besar kan dia punya ‘tu’.

Kira macam vitamin la, muka dia nampak macam tersinggung. Yang member laki kita orang b4ntai gelak la. Siap ade instructions lagi nak ambik waktu bila. A memang bagi kita orang se d4s dua waktu tu. Tapi kita orang tak ambik hati pun.

Benda yang kita orang buat tu pun gurauan. Takkan la A nak k0yak. Sekarang ni A sama macam dulu. Dia memang sedia kurus. Pipi dia nampak cengkung. Tapi masih ade laki yang usha – usha dia. Aku tak tahulah apa yang dorang usha A ni.

Kita orang still gurau – gurau pasal badan A, dan A still k0yak bila kita orang borak macam Iucah sikit. Dia akan baIas macam biasa, sinis – sinis kita orang. Kita orang tak ambik port pun, cuma dia la yang k0yak. Jadi kepada A, aku cuma nak pesan, kalau betul lah kau Chahaya, aku harap la kau baca confession aku ni.

Chill la. Nak gurau pun takkan tak boleh. Kau kene makan banyak – banyak supaya gemuk. Nanti kalau kau dah s4kit tak dapat kau nak makan. Niat aku bukan nak maIukan kau ke tulis confession bagai, cuma nak orang bagi pendapat kat kau.

Nasihat kan kau, sebab bila kita orang nasihat kan kita orang tak tahulah kau ikut ke tak. Lepas tu bila gurau, kau k0yak pulak. Chill la. Minum saja air manis banyak – banyak. Tak payah nak kira – kira kalori bagai. Kau hidup sekali saja. Makan saja selagi boleh makan.

Jadi sekian. Sampai sini jelah confession aku. Aku harap kepada para pembaca, supaya komen pasal confession aku ni. Dan aku harap A atau Chahaya baca komen dengan confession aku ni. Dan aku harap yang A dan Chahaya ni orang yang sama. Sebab aku menyampah bila orang kurus ni acah – acah dia kene b0dy sh4ming. – Dee (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Anna Nur Bella Luna : Kata – kata kita menggambarkan dan mencerminkan diri kita yang sebenarnya. Apa yang keluar dari mulut, itulah yang terbit dari hati. Bila hati Kotor maka kata – kata pun jadi buruk. Begitulah sebaliknya.

Konon nak gurau segala bagai. Sebelum tu tengok diri dulu ya. Orang yang mengata ni sebenarnya mencerminkan per4ngai buruk masing – masing. Orang macam kau ni tak layak berkawan atau jadi kawan.

Dasar t0ksik. Negative vibes ja. Lantak dia la nak jaga b0dy dia macam mana. Yang kau s4kit hati kenap sangat apsal? Jangan busuk hati.

Nur Humaira Yasmin : Ooo so ni la kawan A yang jahat ni, gurau ada had tau, kalau orang tu tak suka kau tak boleh teruskan. Dan ada beza antara gurauan dengan b0dy sh4ming dan s3xuaI h4rrasment.

H4ng ni b0dy sh4ming, jeaIous, busuk hati dan penyokong kepada s3xuaI h4rrasment. Itu badan dan life dia, so hak dia, kalau dia kata tak suka, kau tak boleh teruskan. Dia bukan naif, dia jaga diri bukan macam kau.

Dia bukan boring, dia enjoy life dia. Apa jenis perempuan kau ni. Ni first time aku komen macam ni. Angin betul. Per4ngai buruk Pastu dok salahkan kawan tu. Kalau kau rasa benda ni biasa, nanti suatu hari, anak perempuan kau atau kau kena gurau – gurau macam tu, gelak je la, gelak sampai m4ti.

Jangan cakap apa – apa. Jangan sentap – sentap. Kau yang kuat sentap, kata si A, padahal kau mulakan dulu. Apa benda la perempuan ni.

Farah Ant : Kalau dengki cakap je sis. Dan untuk pengetahuan kau, orang kurus memang perlu senaman sebab kena build muscIe mass. Kalau tak, kau makan lah hape pun, leper gitu jugak. Lepas tu, dah memang kadang eating behavi0r orang lain – lain.

Tekak pun lain – lain kak oiiii. Kebetulan lah memang kawan kau ni seleranya makanan sihat. Cumanya, dia perlu lebihkan kuantiti je lah. Oh ya wahai cik Chahaya, minum chocolate milk hari – hari (kalau tak suka manis, beli Farm Fresh Chocolate Milk), haaa nanti akan Naik cantik.

Aku pun sekian lama struggIe jadi underweight. Apa nak buat, aku tak suka jajan, tak suka benda manis artificial tu semua. Air plak aku lebih suka kosong atau favorite drink, green tea lemon. Cake nak habiskan sep0tong pun hazab.

Jadi, aku banyakkanlah buah – buah manis, kurangkan air favorite tu dan ya, banyakkan nasi. Senam jangan skip, kalau tak nanti naik menggelebeh. Kalau buat dengan betul, InshaAllah naik dengan konsisten DAN b0dy cantik. Sekian, dari yang pernah underweight.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.