Aku pun nak bahagia macam isteri lain, kenapa laki aku tak faham. Memang la dia yang bayar beli pampers, susu, rumah dan kereta tapi aku nak jugak duit buat beli jajan. Aku memang rasa nak berpisah, tapi suami aku ni pandai sejak lahirkan anak kedua..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku menulis sekadar ingin meluahkan rasa. Nak baca, nak komen silakan. Elok berikan pandangan dan elakkan komen berbaur kecaman, hahaha. Aku dah berumah tangga 6-7 tahun.
Dikurniakan anak sepasang. Yang sulung sudah berumur 2 tahun 8 bulan. Yang adik pulak baru berumur dua bulan. Keduanya aku lahirkan secara czer. Masalah aku sekarang ialah suami aku. Walaupun memang dia masalah aku tapi biaselah aku nak hidup dengan tenang, jadi aku terima sahajaIah buruk baiknya.
Cumaaa aku rasa aku tak begitu betul – betul cinta dengan dia. Pelikkan dah pun beranak dua, tapi tak semarak cinta gitew. Walaupun sebenarnya dia adalah pilihan aku sendiri. Malah dulu – dulu mak aku dah pesan sebelum kahwin.
Tak kan lah dia nak jadi suami aku. Aku senaraikan faktor yang buat aku tak de feel deep in love tu. Yang kadang – kadang buat aku sedih dan kesal. 1. Mulanya isu duit nafkah aku. Awal – awal kahwin ada dia bagi tapi digunakan untuk beli barang dapur.
Sudahnya jika tak cukup aku minta lah lagi. Tapi, lama kelamaan dia tak bagi lagi duit dia untuk aku. Katanya kalau bagi pun, masih lagi nak minta – minta duit dia. Haruuuuuu rasanya. Aku adalah minta cakap baik – baik dengan dia.
BagiIah RM10 setiap hari untuk aku. Buat duit jajan aku lah. Katanya aku kan kerjaaa. Adoihh pedihhhnyaa hati. Aku cuma ingatkan saja akan duit nafkah aku agar tidaklah berlaku tuntutan di akhir4t nanti tapi dia tak tahu ke ekkk.
Dan semestinya aku pun rase nak disayangi dari seorang suami. Sekarang lagi lah anak yang sulung tu, aku teringin gembirakan si kecil itu setiap kali aku pulang kerja dan ambil dari taska nak belikan dia makanan. Tapi tiada duit yang dikirim untuk anak – anak kepada aku.
Jadi aku pakailah duit aku sendiri. Berat perasaan ni, aku niatkan sedekah untuk anak – anak tapi sebeIah lagi kecewa dengan suami aku. Yang aku harapkan nah ni duit belanje anak – anak ambillah. 2. Kos pembedahan czer ditanggung aku sendiri.
Sesudah merayu dan meminta izin untuk melahirkan di hospitaI swasta, akhirnya dia bersetuju untuk sumbang RM2000. Total semuanya RM8500. Aku bukanlah kaya raya yang ada bisnes juta – juta. Kali ni aku gadaikan semua barang kemas aku.
Ngam RM7000 tambah duit sumbangan dia 2000. Jadi cukuplah bayar kos pembedahan itu. Tapi aku sedeh pedihhhh setelah sebulan melahirkan, dia beli handphone yang harganya RM2000 something untuk dia. Jadi dia pun tidak lah in love dengan diri aku juga bukan.
Ada duit tapi terima kasih yang loving – loving pun tidak ada. Cukuplah bouquet bunga pun tak ada. Haaa sedehh. Dia kata belanja makan lagi kenyang. Pada aku makan tu dah memang dia kena bagi makan kan. Suami aku ini seorang yang punya hobi, biase lelaki mesti ada duit kalau punya hobi.
Pernah dulu dia kata, tak kanlah semua duit dia untuk aku sahaja. Tapi masalahnya tak ada pun duitnya aku minta – minta. S4kit lagi hati aku. 3. Soal rumah, kami tinggal di rumah sewa, kereta atas nama aku, dia tiada kereta, hanya motor sahaja. Tiada hutang.
Memang dia tak suka menambah harta kerana mind set yang bagusnya itu, tidak mahu berhutang. Dia sudah ada rumah pertama atas namanya, tapi keluarga dia yang duduk dan bayar. Bila aku hendak beli rumah sendiri, permohonan aku tidak lepas kerana hubungan aku dengan suami. Hm bukan aku yang duduk pun.
Katanya masa bujang tak pernah terfikir nak beli rumah bersama isteri. Oh hoi. Kesiannya jadi isteri dia. Kerana tidak jelas status rumahnya itu, aku fikirkan nanti kahwin bolehlah beli rumah sesama aceeegitew. Yeahhhh sungguh yakinnya aku masa itu.
Akhir sekali, aku pernah rasa ingin betul berpisah dengannya semasa anak pertama. Rasa tak suka dengannya m4kin membuak buak masa tu. Str3ss bila permintaan aku selalu diketepikan. Aku bukan kaki bebel. Bila bincang cakap baik – baik dengan dia.
Aku selalu terdiam dengan kata – kata dia.. Tergamam.. Pernah dia ajak bincang, kerana perubahan per4ngai aku. Tapi aku terk3jut bila dia kata, “kenapa ko macam ni, ko nak cari lelaki lain ke?” Hati ni tak lah tergamak sangat nak berlaki lain.
Laki lain belum tahu per4ngai lagu mana. Tapi, sekarang dia menang sebab sudah ada anak, pandai dia layan anak, mandikan, bersihkan ber4k anak dan bermain bersama anak. Kali ni aku cuba mengawal perasaan ingin berpisah tu sebab dia bukan kaki pukuI, kaki baran. Dan sudah pun ada anak kedua.
Dia bayar pampers, susu, rumah, kereta aku (kereta aku minta dia yang bayar dengan sebab nak bawa anak pergi hospitaI, nak happy kan aku dan anak – anak ke mana – mana guna kereta juga). Masa tak ada anak, malah aku merangkak tidak berduit, aku yang bayar.
Dan kereta tu tak lama lagi habis bayar dengan bank. Aku sudah minta, tetap maintain bayar online kepada aku cuma tulis lah duit nafkah isteri. Jawapannya itulah, nanti dah bagi duit pun. Minta – minta duit dia juga. Apakah dia tak faham duit dapur, duit nafkah dua kategori duit yang tak sama. Aku, pun ingin bahagia dan dimanjakan sebagai isteri. Sekian, – Ivy (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Akrima Abu Bakar : Kadang – kadang as wife, sesekali kita kena cuba juga letak diri kita dalam kasut suami. Suami dah sediakan keperluan rumah dan anak – anak. Even bayarkan kereta yang kita guna. Itupon kita kata dia kedekut.
Sedangkan kita ni, nak keluarkan duit untuk belikan jajan untuk anak sendiri pon berkira – kira. Jadi siapakah sebenarnya yang lagi kedekut? Untuk bahagia, kita perlu ada perasaan ‘cukup’. Alhamdulillah suami aku pandai jaga anak – anak.
Alhamdulillah suami aku dah sediakan nafkah yang wajib serba cukup. Kita nak rasa dihargai, tapi tanya diri kita dulu, pernah ke kita even mengucapkan ‘terima kasih’ pada suami bila beliau belanja kita makan sedap – sedap atau sponsor ape – ape keinginan kita?
Kita cuba belajar hargai suami dulu, mana tau hati kita lebih tenang cinta lebih mekar. Niat cintai suami kerana Allah. Kita nak ubah orang tu susah, kita cuba ubah diri kita dulu. Semoga Allah beri jalan yang terbaik untuk puan.. aminn.
Fathin Zaima Zaid : Ukur baju di badan sendiri kak, nak lahir czer kat private tengok poket sama. Buat apa sampai gadaikan barang kemas. Kita punya facilities gov bagus giIa dah skarang. Specialist dan peralatan lengkap.
Mana tau nanti em3rgency barang kemas tu part of investment tau. Kira kedekut lagi ke husband tu sedangkan major expenses family dia yang tanggung? Awak pun give n take la, takkan duit jajan anak pun berkira nak guna duit sendiri.
Cik Puan : Confessor ni kata suami dia kedekut dengan dia dan anak – anak. Tapi mostly yang dia tuntut daripada suami dia tu adalah ‘kehendak’ dan bukan keperluan pun. Kalau suami langsung tak sedia kan keperluan /nafkah makan / tempat tinggal semua tu kot suami kaki j0li abaikan anak anak dan isteri kesian la jugak.
Ni hanya kerana suami dia tak layan ‘kehendak’ dia yang demand tu. Pun nak mengadu. Sebab tu jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain kak oiii. Ni nak bersalin kat hospitaI swasta saja. Sampai merayu suruh suami top up duit kos bersalin tu.
Kalau tak mampu.. buat cara tak mampu. Dah nak sangat. Tahu suami jenis macam tu, guna lah duit sendiri. Kadang – kadang benda takde isu pun tapi sebab jenis tak ukur baju kat badan sendiri dan mengungkit, tu yang str3ss dok fikir.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.